Perbincangan diteruskan dengan satu rahsia yang penting tentang 'The One'.Betapa sebenarnya Allah s.w.t telah menurunkan setiap kelompok manusia dengan seorang pemberi peringatan,dan setiap pemberi peringatan itu pula akan mengkhabarkan tentang kehadiran seorang pemberi peringatan agung;seorang rasul,seorang Maitreya,Messiah atau Kalki Avatar.
Nabi Adam a.s telah berdoa dengan menyertakan satu nama yang dilihatnya di tiang-tiang Arasy ketika saat kelahirannya.Nama itu bergandingan dengan nama Tuhan.Nabi Adam telah berdoa ketika dirinya berada dalam masalah yang amat besar;derhaka kepada perintah Tuhan yang menjadikan dirinya.Tuhan telah menunjukkan kemurkaan-Nya yang dasyat.
Namun mendengar nama yang istimewa itu,Tuhan bertanya kepada Nabi Adam,siapakah gerangan empunya nama itu?Nabi Adam menjelaskan nama itulah yang dilihatnya di tiang Arasy ketika mendongak sejurus dirinya dihidupkan.
Dan Tuhan memberitahu bahawa tanpa orang yang empunya nama itu,dirinya juga tidak mungkin diciptakan.Malahan seluruh alam semesta dan tidak mungkin wujud tanpa nama yang agung itu.Dan Tuhan pun mengampunkan Nabi Adam dengan asbab nama agung itu yang tidak dikenali oleh Nabi Adam ketika itu.
Di dalam dunia,setiap nabi dan Rasul pasti mengkhabarkan kepada umatnya akan kehadiran seorang yang agung;yang menjadi nabi dan Rasul kepada seluruh alam.Bukan sekadar manusia,malah Jin dan Syaitan juga mendengar namanya.Orang ini mempunyai gelaran yang pelbagai mengikut tradisi dan bahasa pelbagai bangsa.Orang ini dikhabarkan seorang yang terpuji,mulia dan penuh kasih sayang.Dia adalah penyelamat seluruh manusia.Para pendeta menunggu-nunggu kehadirannya dengan menghafal watak dan tanda-tandanya.Yang lain mula membina patung-patung sebagai merindui kedatangannya.Ada yang menghantar para perisik untuk menghidu kelahirannya.
Siapakah orang suci yang kehadirannya ditunggu-tunggu itu?
Muhammad Dalam Kepercayaan Pelbagai Agama
Jika kita mengkaji pola-pola dalam agama-agama besar dunia,kita akan perasan satu kronologi yang biasa berlaku kepada satu-satu ajaran.Sebagai perbandingan kita ambil lima agama besar;Kristian,Yahudi,Buddha,Hindu dan Islam.Lima agama ini diambil berdasarkan beberapa merit seperti tradisi lisan dan bertulis yang kuat,jumlah penganut,keunggulan ajaran serta pengaruhnya terhadap kehidupan manusia.
Di antara semua ajaran ini,hanya Islamlah yang menepati dan mengungguli semua merit.Pertama sekali kita harus berpandu kepada sumber-sumber ajaran yang bertulis kerana ini adalah rekod yang boleh dipercayai berbanding lisan yang lebih terdedah kepada kegiatan menokok tambah.Kristian mempunyai Injil (versi ubahsuai hari ini adalah Bible atau Perjanjian Baru),Yahudi mempunyai Taurat (versi ubahsuai hari ini adalah Perjanjian Lama) disamping Talmud (kitab kompilasi kupasan para rabbi),Buddha mempunyai Tripitaka dan Hindu mempunyai koleksi Veda.Kesemua sumber bertulis ini tidak dapat dibandingkan dengan AlQuran,sumber bertulis agama Islam,kerana kelemahan-kelemahan kitab-kitab itu sendiri.Injil dan Taurat sudah lama bercampur dengan tangan-tangan pendeta Yahudi dan Kristian,Tripitaka ditulis 300 tahun selepas kematian Gautama Buddha dan koleksi Veda sudah bercampur dengan cerita-ceriti dongeng dan mitos.
Anehnya AlQuran tetap terpelihara dan paling tinggi tahap keunggulannya.Pertama,ia adalah kitab yang diturunkan semasa Rasulullah s.a.w masih hidup,bukan seperti Tripitaka yang ditulis oleh para Bikkhu dan sami Buddha selepas 300 tahun kematian pengasas agama itu.Ia tidak bercampur dengan tangan-tangan manusia,tidak seperti Injil dan Taurat pada hari ini.AlQuran dari ia diturunkan sehingga ke hari ini adalah dalam keadaan yang asal tidak seperti Veda yang sudah rosak di sana sini dengan cerita ceriti dongeng para dewa-dewi yang berjumlah beribu-ribu,ada di antaranya berperang sesama sendiri dan ada yang berkahwin dan melahirkan anak.
Jika orang menafikan keaslian AlQuran dengan mengatakan AlQuran ditulis oleh Rasullullah s.a.w,maka itu adalah pendapat yang salah kerana Rasulullah seorang yang ummi;tidak boleh tulis baca (kasarnya seorang buta huruf).Kekurangan pada diri Rasulullah ini sebenarnya satu kelebihan dan hikmah kerana dapat menegaskan bahawa AlQuran adalah benar-benar wahyu dari Tuhan.
Namun tahukah anda apakah di sebalik agama-agama besar ini?Dan tahukah anda dari mana agama-agama ini berasal?Dan tahukah anda bahawa setiap sumber bertulis agama-agama ini ada meramalkan kedatangan Rasullullah sendiri;Muhammad Yang Terpuji?
Bagaimana ini terjadi?
Pertama sekali kita hendaklah mengetahui satu rahsia penting.Jika kita faham rahsia ini maka kita akan faham rahsia seterusnya.
Setiap Umat Diturunkan Pemberi Peringatan Masing-masing
Pelajaran pertama,bahawa sesungguhnya setiap kelompok manusia;umat,bangsa atau apa saja kita namakan ia telah diturunkan pemberi peringatan.
"Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan."
(AlFaathir ayat 24)
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyeru): "Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah tuhan-tuhan yang palsu itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan hatinya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)."
(An Nahl ayat 36)
"Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung"
(An Nisa ayat 164)
Melalui ayat-ayat di atas kita tahu bahawa setiap kelompok manusia ini telah Allah turunkan nabi-nabi atau rasul sebagai pemberi peringatan.Ada di antara nabi-nabi ini diterima oleh kaumnya namun tidak kurang juga yang ditolak sehingga hilang sirna dalam sejarah manusia,dilupakan dan terkubur begitu sahaja.Namun ada yang masih mengingati nabi-nabi ini,ditulis puisi atau kisah-kisah mereka disamping tokok tambah yang mendewa-dewakan mereka;sebagai orang-orang suci yang punya pengetahuan ajaib.
Ayat ketiga di atas menunjukkan pada kita bahawa terdapat rasul-rasul yang tidak diketahui oleh Rasullullah s.a.w.Di dalam AlQuran terdapat 25 orang rasul.Dan hanya inilah nama-nama pemberi peringatan bertaraf rasul yang diwahyukan kepada Rasullullah s.a.w.Soalannya sekarang,berapa ramai nabi-nabi dan rasul-rasul yang tidak diliputi dalam AlQuran?
Jumlah Nabi dan Rasul
Dari Abi Zar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." "Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas(312)"
(Hadits riwayat At-Turmuzy)
Dari hadis di atas jelaslah bahawa terdapat beribu-ribu nabi dan beratus rasul.Jadi apakah perbezaan nabi dan rasul?
Nabi (yang bukan Rasul ) adalah insan yang diwahyukannya kepadanya bukan dengan syariat yang baru, bahkan diwahyukan kepadanya mengikut syari`at rasul yang sebelumnya.
Manakala rasul ialah mereka yang diwahyukan kepadanya dengan syariat yang baru serta menasakhkan syariat Rasul yang sebelumnya.
"Pada Mulanya manusia dahulunya umat yang satu ( semunya berada dalam agama Islam) maka Allah mengutuskan para nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan"
(AlBaqarah ayat 213)
Perlu diingat bahawa yang dinasakhkan bukanlah persoalan akidah,akidah tetap bertunjangkan Tauhid tetapi syariat,iaitu hukum-hakam yang mencakupi cara hidup manusia termasuk cara ibadat dan menguruskan keperluan harian.Syariat nabi Ibrahim berlainan dengan syariat Nabi Musa,begitu juga syariat Nabi Isa berlainan dengan syariat Nabi Muhammad.Ia berbeza berdasarkan peredaran zaman dan kehendak Allah Azza Wa Jalla.
Jika terdapat beribu-ribu nabi,maka sebenarnya AJARAN YANG MENGAJAK MANUSIA MENGENAL TUHAN merupakan asal dari ajaran para utusan ini ataupun serpihan dari ajaran mereka.Kita mengenal Nuh,Idris,Hud dan Saleh tapi kenalkah kita nama-nama seperti Uzair,Ezekiel,Daniel atau Shith?Apatah lagi jika kita diberikan nama-nama seperti Kakusandha,Konagamana dan Kassapa?Bagaimana dengan tamadun Maya dan Aztek?Ataupun puak-puak Viking di laut Skandinavia?Bagaimana dan adakah nabi-nabi sampai ke sana?Kita tidak perlu risau akan perkara itu,ia tidak penting.Yang penting kita tahu bahawa nabi-nabi ini berjumlah beribu-ribu dan semua umat ada diutuskan nabi-nabi ini.Mungkin seorang nabi telah tiba ke pesisir pantai Norway untuk mengembangkan ajaran Tauhid kepada puak Norseman dan Viking namun telah dihalau atau dibunuh.Kita tidak tahu.Apakah itu Valhalla??
"(yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang di utus kepadamu."
(Yassin ayat 14)
Kemungkinan seorang nabi dilahirkan di antara puak-puak Jerman seperti Saxons,Angles dan Jutes atau dari kalangan bangsa Norman namun telah didustakan oleh pendeta-pendeta Druid yang menghasut masyarakat supaya menghalau atau mengugut nabi itu dengan ugutan bunuh,
"Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami."
(Yassin ayat 18)
Nabi itu dipadamkan dari ingatan masyarakat.Jika kaumnya memilih dewa pagan sebagai Tuhan,nabi-nabi itu tidak boleh berbuat apa-apa.Yang memberi hidayah bukan mereka tetapi Allah Azza Wa Jalla.Mereka hanya menjalankan tugas dakwah sahaja.Begitu juga yang terjadi kepada kisah Nabi Yunus a.s yang merajuk dengan kaumnya akibat nasihat darinya ditolak mentah-mentah.Ketika itu Nabi Yunus telah ditugaskan oleh Allah s.w.t supaya berjumpa dengan penduduk Nineveh,ibukota kerajaan Assyria tentang kedatangan tentera-tentera Cimmeria dan Schythia yang merupakan bangsa yang suka berperang dan ganas.Anda boleh menghayati suasana peperangan dan situasi tentera Cimmeria dan hubungannya dengan negarakota-negarakota purba dalam filem Conan The Barbarian lakonan Arnold Schwarzenegger.Conan adalah watak seorang Cimmeria yang membalas dendam akibat ibu-bapa dan kaumnya yang telah dibunuh oleh satu bangsa lain,mungkin raja-raja Hittite,Assyria mahupun Israel Kuno.
Nabi Yunus a.s telah lari meninggalkan penduduk Nineveh dengan menumpang kapal ke laut,dan seterusnya terjadilah kisah Ikan Nun yang masyhur itu.Namun raja Assyria telah insaf dengan nasihat Nabi Yunus tidak lama kemudian dan bertaubat lalu mengikuti segala nasihat nabi itu sepeninggalannya.
Setiap nabi ini telah membenarkan nabi-nabi yang lain,dan mereka tahu bahawa mereka adalah dari kelompok yang sama dan mendapat tugasan yang sama dari 'tuan' yang sama.Ini samalah seperti ejen-ejen CIA yang bertebaran di seluruh pelosok dunia seperti dalam filem Bourne.Nabi Isa a.s tidak boleh mendustakan Nabi Musa a.s.Beliau juga tidak mungkin akan mendustakan Nabi Muhammad s.a.w yang diberitahu oleh Allah s.w.t sebagai nabi/rasul selepasnya.Mereka telah 'menandatangani' satu perjanjian dengan Allah s.w.t.
"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian daripada para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjianKu terhadap yang demikian itu?". Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu". Barang siapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik"
(Ali Imran ayat 81-82)
Pelajaran-Pelajaran Lain
Pelajaran kedua ialah,selain kitab-kitab yang diwahyukan oleh Allah s.w.t,ajaran-ajaran para nabi/rasul ini tercatat dalam lembaran-lembaran yang dinamakan suhuf.Kita diwajibkan beriman dengan kitab AlQuran,Injil,Taurat dan Zabur.Jika Injil dan Taurat pun kita kurang mengenalinya bagaimana dengan Zabur?Adakah masih wujud Zabur ini?Sedangkan Injil dan Taurat telah diseleweng di sana-sini.Belum lagi suhuf-suhuf nabi-nabi lain yang tidak termasuk dalam daftar kitab-kitab.Bagaimana dengan suhuf Nabi Ibrahim atau Nabi Ezekiel?Adakah wujud ajaran-ajaran dari suhuf-suhuf ini?
Pelajaran ketiga ialah,selepas kematian para utusan ini,ajaran-ajaran mereka kebanyakan masih bertahan beberapa lama kerana orang-orang yang memahami ajaran itu masih hidup.Namun ajaran-ajaran suci ini makin lama makin pupus setelah kematian para pendeta atau alim tadi.Kemudian para pengikut ajaran itu mula menokok tambah di sana sini dan ada yang menyembah nabi tadi sebagai Tuhan.Ada yang mula membuat kisah-kisah mengarut tentang Tuhan yang menjelma dalam pelbagai watak.Mereka mula mengukir patung-patung dan menyembah berhala,menjadi manusia pagan.
“Mereka (Yahudi dan Nasrani) telah mengambil rahib-rahib dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah dan Al Masih putra Maryam, padahal mereka tidak diseruh kecuali untuk menyembah kepada Ilaah yang satu, yang mana tidak ada ilaah lain selain Dia"
(At Taubah ayat 31)
Kita perlu memahami semua pelajaran di atas sebelum kita mengetahui rahsia-rahsia seterusnya.Jika tidak,kita mungkin akan terkeliru dan mula mempersoalkan kenapa dan bagaimana?
Setelah memahami jumlah nabi yang beribu dan diutus ke setiap umat,serta pengetahuan tentang adanya lembaran-lembaran atau suhuf,kita akan bergerak ke rahsia seterusnya.
to be continued...