FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 25 February 2010

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka Satu Konspirasi ???

Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja. 

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?


Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.


Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? 

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?

Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu? “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Semua rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini. Pemimpin yang korup serta tidak amanah, menjual kedaulatan negara haruslah diganti dengan pemimpin yang amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara serta yang paling penting mengamalkan perintah Allah dan rasulnya. Pemimpin yang adil diturut, pemimpin yang zalim disanggah !!!

53 comments:

  1. blh email tak sejarah melayu yang di gelapkan kpd aku.sirnadia@gmail.com.tentu byk dlam smpn tuan.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    dari zaman berzaman k0nspirasi terus berlaku..
    usah cerita s0al sejarah, yG di depan mata pun masih banyak yG digelapkan..
    nasib ada yG masih celik & membuka mata..
    insan2 seperi tuan semestinya..
    Tahniah..teruskan berk0ngsi yer

    ReplyDelete
  3. Atas kejatuhan kota melaka kita bina jiwa merdeka. Manusia lupa sejarah dan nampaknya sjeraha kehancuran kota melaka akan berulang lagi. bukan hnaya di melaka tapi di sleuruh malaysia.

    ReplyDelete
  4. salam perjuangan rakan2 sekalian,

    kepada sir,
    saya nie bukannya seorang ahli arkeologi or ahli sejarah....hehe..saya masih lg belajar nie.cuma saya ni mempunyai minat yang agak tinggi tentang sejarah.

    saya hanya membuat beberapa pemerhatian dan kajian melalui forum di internet,laman2 web yg membincangkan tentang sejarah dan baca beberapa buku sejarah lama yg terdapat di rumah saya...lepas tu, kumpulkan fakta2 yang berkaitan dan release kat blog ni..

    Tak der la sampai saya simpan bertimbun-timbun....apa-apa pun, saya berjanji akan share la secebis pengetahuan sejarah yang saya tau dalam blog ini.jadi, nak tau lagi follow je laa...haha

    ReplyDelete
  5. kepada saudara Azrai,
    memang betul apa yang saudara cakap.memang ada banyak perkara yang kita rasa biasa, tetapi sebenarnya ada sesuatu yang luar biasa tersembunyi dalam perkara yang kita anggap biasa tu...hehe..(harap2 faham la maksud ayat tu)..

    InsyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan menerbitkan artikel tentang perkara yang digelapkan sekarang ni..contohnya kes Anwar la dan bermacam-macam lagi...(kalau saya rajin la,hehe)

    kepada syameel,
    saya sokong pendapat saudara, jika kita melupakan sejarah, sejarah itu akan berulang menimpa kita...

    nasihat saya pada pembaca sekalian, fikir-fikirkanlah mana yang betul dan baik ,mana yang haq atau batil..untuk kebaikan kita semua, rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  6. hanya pemimpin yg tidak tahu asal usul sahaja,yang tergamak mengatakan bangsanya? bodoh dan mudah lupa.sebenarnya sebahagian rakyat tidak pernah lupa apa yg dilakukan oleg beliau.cuma yg memenangkan beliau adalah sifat halus umat melayu yg pemaaf dan mengenang budi(kadang2 terlalu mengenang budi sehinggakan kezaliman yg berlaku di depan mata seolah-oleh dihalalkan,kerana beliau seorang pemimpin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab teguran pemimpin itu la sekurang2nya bangsa melayu dan bangun dari tido..50 tahun dulu bangsa melayu asyik main Dam n duduk kat kedai kopi je..cina je yang buat bisnes untuk majukan diri..sekarang syabas melayu di kelantan dan seluruh malaysia sudah makin maju..

      Delete
    2. Ya, disebabkan pemimpin Melayu itulah, Melayu mula bangkit. Tapi banyak juga Melayu yang dijatuhkannya. Dan satu fakta yang bukan auta lagi, Melayu yang paling bangkit ketika itu adalah Melayu kroni, Melayu anak-beranak dia, Melayu UMNO. Melayu lain terus layu dan dilayukan dengan hiburan yang melampau, dijauhkan daripada agama serta ketidakadilan dalam ekonomi. "Hidup Melayu!".

      Melayu mana? Melayu UMNO....

      Delete
  7. syukran Pacifist,

    memang sikap sesetengah kita orang melayu ni sentiasa tak nampak or buat2 tak nampak kezaliman depan mata...

    tapi kebajikan dan kebaikan yg dibuat oleh pemimpin riuh rendah, heboh sana sini, masuk paper...

    entah la...semoga kebenaran akan segera muncul..yang haq tetap haq.yang batil tetap batil !!!

    ReplyDelete
  8. Salam trima kasih saudara kerana mendedahkan kebenaran tentang bangsa Melayu Islam yg amat gagah pada 1 ketika dahulu....Insyaallah sekarang ni kita tgah menunggu kemunculan tentera panji hitam ufuk timur disebelah nusantara ini untuk menegakkan kembali syiar Islam...Insyaallah...

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah anon di atas...

    syukran a'la ziarah...

    ReplyDelete
  10. Saya sikit pesimis. Buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah sangat bias pada raja raja, sampai sembunyikan kebenaran.

    Hakikat, GDP empayar melaka pada zaman tu cuma sekitar 1% dari GDP dunia, berbanding China (anggaran 30%). Bagaimana mau digambarkan negara melaka sebuah empayar yang hebat?

    Kesimpulannya, anutan Islam di melaka sangat hambar zaman Malacca Sultanate. Makanan rakyat melaka adalah daging anjing, disamping makanan lain yang diimport dari luar. Seks bebas berleluasa, sultan melaka sendiri miliki ramai gundik di samping permaisuri.

    Saya pernah baca tulisan Hishamudin Rais, menyindir 'orang melayu tak pernah nak mengaku salah'. Dia memberi contoh, kita sering salahkan barat sebagai punca seks bebas. Hakikatnya, dari zaman melaka lagi seks bebas tu telah berlaku.

    Dari sumber kerajaan China pada zaman portugis di melaka ada menyebut 'secara umumnya, kerajaan sekarang (portugis) adalah lebih teruk dari kerajaan sebelumnya, walaupun ada penambah baikan dari segi moral rakyat. peniaga zaman sebelumnya ramai yang menipu.''

    Tegur saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapalah yang kira GDP Melaka 1% tu? Anda bandingkan pula dengan GDP China?

      China memang Negara besar sejak sekian lama tetapi anda pesimis tentang Melaka. Tidakkah anda lihat keturunan Portugis di Melaka, jyga keturunan Cina, India, Baba Nyonya dan Chitty dan anda tentu tahu dari mana mereka datang. Jika Melaka tidak hebat buat apa nenek moyang mereka datang ratusan tahun dahulu?

      Anda sebut empayar Melaka tetapi anda tidak tahu maknanya. Melaka sebagai empayar kerana ia meliputi Tanah Semenanjung dan sebahagian Pulau Sumatera. Sekian banyak pulau-pulau kecil berada di bawah jajahan Melaka. Selat paling sibuk di dunia itu pun sampai sekarang dikenali dunia sebagai Selat melaka. Sebab itu tidak aneh ia dipanggil empayar Melaka. Raja-raja Melayu di negeri lain tunduk kepada kekuasaan Melaka.

      Cukuplah itu membuktikan empayar Melaka.

      Dan ayat anda yang akhir anda tulis "kerajaan sekarang (portugis) adalah lebih teruk dari kerajaaan sebelumnya".

      Delete
    2. Anda jadikan Hishamudin Rais ebagai rujukan. Wahai tuan, Hishamuddin Rais bukanlah pengkaji sejarah. Idea-idea beliau banyak kepada idea untuk politik. Tidak ada satu pun kajian sejarah atau catatan sejarah yang boleh menyokong kata-kata anda.

      Delete
    3. Perlu jujur dan adil saudara. Sokong komen kedua-dua Anonymous. Terbaik.

      Delete
  11. Saya rekomen tengok movie nie

    The Queen of Langkasuka''

    Cerita perjuangan orang melayu, bikinan orang siam

    ReplyDelete
  12. Pada yg berminat boleh lawat laman web sultan sulu (sila google) dan blog sajarahnagarakedah. anda akan dapat lihat ada sedikit persamaan dlm versi mereka ttg perang melaka-portugis. tapi versi mereka memg jauh dr teks buku sekolah.

    ReplyDelete
  13. syukran Sophon Charoenpura,

    memang ada pendapat yang menyatakan bahawa Melaka tu penuh dengan maksiat ,namun keadaan itu hanya berlaku ketika zaman Sultan Mahmud Shah...

    Sudah terang lagi bersuluh, Melaka juga pernah menjadi permata islam yang bersinar manikam ketika era Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Mansor dan beberapa sultan lagi...
    sehingga mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Turki Uthmaniah.

    Saya sudah menonton filem tu memang best tetapi tak paham apa diorang cakap, kalau saudara ada file movie tu yang ada subtitle melayu atau inggeris boleh r share...send gune email pon ok jugak...hehe

    ReplyDelete
  14. syukran Paloibinmulau,

    saya pernah baca en3 blog tu...namun dah lupa la...nanti saya check balek...thanx..

    ReplyDelete
  15. Sesebuah kerajaan yang munafik dan aniaya kepada rakyatnya tidak akan bertahan. Kalau betul kisah Tun Mutahir nak menderhaka kenapa dia tak melawan semasa titah raja datang nak membunuh beliau? Pengikutnya ramai. Bukan kecik anak. Satu keluarga dibunuh kecuali yang sorang kanak-kanak dan sorang lagi Tun Fatimah. Sebenarnya Sultan masa tu sangat zalim. Bala Allah dah sampai. Dia pun boleh lari dari Melaka. Banyak lagi tempat di alam melayu kalau nak menyorok. Yang pastinya, Melaka jatuh. Aku rasa sebabnya ialah Rakyat dah tak tahan dengan kezaliman raja dan menentangnya. Bukan secara terang-terangan tetapi secara senyap. Berperang tak bersungguh hati. Kalau dah dipaksa, dikejami, ugut, aniayai, dan lain-lain penganiayaan, sudah tentu ada yang terluka. Semangat juang pun hilang. Macam kat Malaysia ni juga. Dalam sekejap sahaja dah jatuh ke tangan Jepun. Itulah akibatnya kalau lama dijajah. Semangat yang hilang. Kalau UMNO dan kuasa-kuasa ISA dan darurat di salahguna, rakyat akan hilang semangat juang. Senang cakap jadi penakut. Jangan harap nak pertahankan negara. Aku pun tak nak. Duit orang kaya pulun. Menghadapi musuh, aku yang kena pegi. Berdasarkan buku-buku sejarah, di salahkan pedagang China kerana membantu Portugis. Ini semua fitnah aje. Kerajaan yang korup tak susah nak ditumpaskan. Kat Malaysia ni pun KALAU ADA DUIT YANG MAHA BANYAK boleh kita tawan.

    ReplyDelete
  16. syukran anon 20.04,

    kita sendiri boleh fikir...takkanlah tun mutahir berani menentang sultan secara terang-terangan ketika sultan menitahkan supaya seluruh ahli keluarganya dibunuh...

    rancangan yang paling bijak adalah secara senyap-senyap iaitu bersekongkol dengan Portugis...

    apa2 pon, hanya Allah yang maha mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ketika zaman kejatuhan Melaka dulu. Kita tidak berhak menghukum seseorang itu masuk syurga atau tidak, banyak dosa atau tidak...Lagipun tiada fakta yang benar-benar sahih dalam versi kejatuhan Melaka ini...

    artikel di atas hanyalah salah satu versi yang diterbitkan berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan.

    Kita cuma boleh mengambil pengajaran yang amat berguna daripada peristiwa tersebut..

    Wallahualam,semoga Allah terus memelihara bumu Malaysia yang berdaulat ini.

    ReplyDelete
  17. salamikhwan...
    to hijabul crewzs...

    saya nak tahu sangat tentang D.S.A.I(faham kan?)...bila nak post tentang cter beliau???
    plz respon

    cepak87

    ReplyDelete
  18. syukran cepak87...

    InsyaAllah jika berkesempatan saya akan postkan di blog ni..namun saya melihat kini maklumat2 yang saya perolehi masih terdapat banyak kekosongan....

    saya sedang mengumpulkan maklumat ni... namun jika maklumat saya kumpul menjurus kepada perkara yang tidak jelas dan samar2 selagi itulah saya tidak akan dapat menyiarkan hal yang berkaitan dengan ini...

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  19. Salam..maaf mencelah..
    apakata kalau saya katakan tak wujudpun kerajaan melaka di melaka sekarang ni..sebab macam tak adapun peninggalan sejarah yang dapat dibuktikan secara konkrit misalnya keluarga hang tuah..keturunan si kitol ker ..keturunan pegagang2 arab ker (takkan tak ada yg kawin di melaka)..dll..kesan istana..senjata2 yang kot tertanam ker..yg tenggelam dalam laut ker..kot kerajaan melaka tu di langkawi kot..atau di terengganu kot..atau di singapura pun boleh jadi..kadang2 kot kita org melayu ni syok sendiri jer..

    ReplyDelete
  20. ~zaki~

    wasalamun 'alaik, mengikut kajian sejarah yang popular dan masyhur, Pusat Kota bagi Kesultanan Melaka sememangnya berada di Melaka. Namun, saya juga ada mengkaji beberapa kejian yang dijalankan oleh ahli arkeologi, sejarawan Malaysia dan Indonesia yang mengatakan Kota Melaka yang sebenar terletaknya di Terengganu atau lebih spesifik di fo-lo-an [Kuala Berang].

    Mengikut riwayat yang masyhur pula, ada merekodkan, kota Melaka serta Istana yang asal telah dirobohkan dan dibina di atasnya Kota A' Famosa dan bangunan-bangunan yang ala-ala Portugis. Setelah Portugis, Belanda pula mengubah suainya mengikut cita rasa Belanda pula dan begitulah seterusnya British, cuma British lebih banyak mengekalkan seni bina yang sebelumnya kerana tahu akan nilai sejarahnya. Mungkin inilah sebabnya hanya sedikit tinggalan kota yang asal dapat kita dapati atau boleh dikatakan tiada pada masa kini.

    Apa yang pasti, memang Kota Melaka berada di Tanah Melayu. Kalau soal pedagang-pedagang yang kahiwin tu kan memang ada. Sebab itulah ada pelbagai-bagai kacukan yang ada di Malaysia kini.

    Berkenaan dengan senjata pula, direkodkan pihak Portugis telah merampas beribu-ribu senjata milik Melaka dan diagihkan ke pusat-pusat jajahan yang lain. Selebihnya, wallahualam.

    ReplyDelete
  21. terjumpa link nie.. kejatuhan melaka

    http://www.colonialvoyage.com/eng/asia/malaysia/malacca/portuguese.html

    ReplyDelete
  22. kekejaman portugis Afonso d'Albuquerque "He ordered the slaughter of all the Muslim population in an effort to reduce religious divergence, hoping that it would force Hindus and Muslims to convert to Christianity."
    dari link http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Afonso_de_Albuquerque#cite_ref-7

    ReplyDelete
  23. ~azmi~

    Terima kasih atas maklumat tambahan.

    ReplyDelete
  24. elok la melaka jatuh psl Sultan pada masa tu gila pompuan ,kaki mabuk dan zalim serta bodoh dan perang secara membabi buta xda strategi camne x kalah lg satu yg penting berjuang bkn krn Allah SWT tp utk kepentingan sendiri akhirnya hancurlah kota melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam, biarlah Allah yang menhukum segalanya, kita tidak layak. Biarlah sejahat mana hamba-Nya tika hidupnya. Namun pintu taubat masih terbuka kepadanya sehinggalah ajalnya dan sesungguhnya rahmat Allah amatlah luas.

      Ada riwayat menyatakan bahawa Sultan Mahmud Syah sebelum hayatnya telah beruzlah, bertaubat dan meninsafi dosa-dosa silamnya. SeMOGA Allah merahmati baginda sultan. Amiin.

      Delete
  25. setau aku dlm hikayat hang tuah, org melaka yg belu meriam dari sultan rum di setambul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itu juga saya pernah baca. Namun, kalau tak silap saya Turki Uthmaniah mendapat teknologi meriam lewat sedikit daripada Kerajaan di Nusantara. Kaji info berkenaan dengan tarikh Urban menciptakan meriam kepada Sultan Muhammad Al Fateh.

      Delete
  26. akum tuan blog....mungkin sejarah tanah tumpah hamba ni lebih konpius...sila ke link ini...http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-apa-jadi-pada-malam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. anonymous---hamba disini--https://www.facebook.com/razilan.salleh

      wassalam..

      Delete
    2. Wa'alaikumussalam. Ya, saya dah baca memang banyak maklumat tambahan baru bagi saya. Informasi yang menarik untuk dicungkil dan dibongkar. Terima kasih.

      Delete
    3. pada aku...tak logik langsung org portugis tidak tahu apa itu cermin...tak kan dlm kapal perang yg canggih ketika iru tidak ada sekeping cermin pun..sedangkan cermin merupakan bahan asas bagi para bangsawan eropah dahulu kala...amboi canggih benar melaka...pada aku,ini hanya sebuah artikel yg syok sendiri...informasi mungkin ada yg betul..tapi bila masuk bab cermin,aku dah hilang kepercayaan terhadap artikel ini

      Delete
    4. Dah memang Portugis ni JAHIL! Harus diingat yang mula mencipta cermin adalah orang Islam. Tatkala, mereka berada pada zaman kegelapan. Ketika mereka mula2 menyerang Melaka, mereka sebenarnya baru sahaja bangkit kepada zaman Renaissance.

      Delete
  27. dan sekiranya melaka lebih maju masakan perbendaharaan bahasa melayu hari ini banyak meminjam dari bahasa portugis?sepatutnya portugis lah yg meminjam bahasa melayu dlm bahasa mereka..ini juga salah satu hujah menunjukkan orang melayu berada di belakang bangsa2 asing dari segenap bidang.malah perkataan CERMIN sendiri pun bukan dari bahasa melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon bezakan asimilasi dan adaptasi. Pertembungan budaya, bahasa adalah perkara biasa jika berlaku penaklukan, hubungan antara kerajaan2 pada zaman dahulu.

      Delete
    2. Mudah saja. Oleh kerana sejak 1511 hingga 1641 Portugis berkuasa maka Portugis mempengaruhi bahasa Melayu. (contoh perkataan adalah Almari, Bangku, Baldi, Bendera, Biola, Bomba, Boneka, Bola, Dekan, Garpu, Gereja, Jendela, Keju, Kemeja, Kereta, Meja, Sekolah, Limau, Mangga, Paderi, Pesta, Pita, Renda, Roda, Sepatu, Soldadu, Tanngki, Tuala, Tukar).

      Semasa Portugis diperintah oleh Kerajaan Umayyah Andalusia, bahasa Arab mempengaruhi bahasa Portugis. Begitu juga bahasa Arab juga mempengaruhi bahasa Sepanyol.

      Sorry, CERMIN bukan bahasa Portugis. Portugis sebut ESPELHO.

      Delete
    3. Selanjutnya, dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) disusun oleh Tun Sri Lanang sudah disebut bahawa Istana Sultan Mansur Syah yang dibina untuk menggantikan istana lama bercahaya berkilau-kilauan kerana puncak bumbungnya dipasang kaca merah, dan didndingnya ditampal CERMIN-CERMIN BESAR dari China.

      Anda perlu tahu bahawa Melaka sudah lama menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Negara-Negara yang bertamadun di dunia termasuk Parsi, Negara-Negara Arab, India, Cina, Jepun, Majapahit, Pasai dan Siam.

      Delete
    4. Sebuah Kerajaan Melayu kuno di Kelantan dikenali sebagai Kerajaan CERMIN. Jadi CERMIN memang perkataan Melayu.

      Delete
    5. Terima kasih atas penambahan maklumatnya. Ia, saya setuju 100% komen-komen saudara.

      Delete
  28. dari dulu hingga kini mmng melayu rosak dan jatuh angkara dr bangsa melayu tu sendiri .. org melayu mmng hati busuk ,.,. terutama mereka yg suka laung hidup melayu ...

    ReplyDelete
  29. boringla baca blog ni..politik je..x minat aku..mana2 parti politik pon penipu skang ni jgnla nk slahkan 1 parti je..aku ingat nk baca sejarah rupenye ade komen politik boring tol..blahla......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar. Nak mengaji kena banyak bersabar dik.

      Delete
  30. Salam
    Berkenaan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, ia memang dirancang oleh Portugis. Portugis bersama Sepanyol pernah diperintah oleh Kerajaan Islam Umayyah. Setelah Portugis bebas dari Kerajaan Umayyah, mereka mewarisi pengetahuan dan teknologi umat Islam Umayyah. Mereka membina kekuatan tentera, politik dan ekonomi. Semasa Portugis datang ke Melaka, Portugis sudah menjadi kuasa besar dunia.

    Portugis ke Melaka bukan untuk berdagang biasa tetapi ada niat lain. Semenanjung ini sudah dikenali sejak abad ke 2 Masihi zaman Ptolemy. Ptolemy melukis peta Semenanjung dan menamakannya sebagai sebagai "Aurea Chersones" ertinya "Semenanjung Emas".

    Begitu juga Portugis telah lama mengetahui tentang Melaka. Semasa Portugis ke Melaka mula-mula pada 1505 mereka merujuk Melaka senagai "Aurea Chersones". Mereka juga mencatat bahawa orang Melayu memanggil "Ayrea Chersones" sebagai "Malacha".

    Portugis menghantar spy Lopez de Sequira. Kemudian seorang lagi spy bernama Ruy de Araujo.

    Memang Portugis ingin menakluk Melaka dari awal. Jika tidak masakan mereka lebih dahulu menakluk negara lain seperti Ceuta, Ormuz dan Goa sebelum itu. Setelah itu Melaka. Selepas Melaka mereka menyerang negeri lain pula seperti Pasai di Pulau Sumatera.

    Catatan sejarah mengatakan Portugis datang dengan kapal-kapal bersenjata sebanyak 16 buah atau 18 buah kapal. Apakah namanya ini kalau bukan ancaman kepada Melaka.

    Banyak buku sejarah mencatatkan pada zaman tersebut Melaka sudah terkenal sebagai Negara enterport, pelabuhan yang terlindung angin, pedagang yang pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, India, Pegu, Siam, Jawa, Cina dan Jepun.

    Tetapi ada satu perkara lagi yang didengki oleh Portugis iaitu Melaka adalah Negara Islam, Sultan beragama Islam dan rakyat ramai yang Islam. Portugis merujuk orang-orang Melaka sebagai "pengikut Muhammad" (Mohammedans) menunjukkan tahap pemikiran mereka tentang agama Islam.

    Kepada pihak-pihak yang mencela di Melaka banyak maksiat seks, . Yang ada dicatat dalam buku sejarah kejahatan seks orang Portugis terhadap wanita-wanita di Melaka.

    Siapa pula yang kata orang Melaka makan anjing. Anda perlu tahu makanan yang dilaporkan dalam catatan sejarah antaranya adalah beras, durian dan "grapes'. Anda tentu tahu apa itu "grapes".

    Barang-barang dagangan di Melaka sebagai yang paling hebat di dunia. Pegawai pelabuhan atau Syahbandar dijawat oleh 4 orang. Melaka digambarkan lebih kaya dari Venice. Maklum saja sebab di Venice kekayaan mereka dengan perdagangan system riba (usury) ada banyak penindasan . Di Melaka berdagang system Islam (ada banyak keikhlasan).

    Dengan jatuhnya Melaka, Portugis mengawal perdagangan dunia. Orang Eropah terpaksa bergantung kepada Portugis untuk mendapatkan barang dari Kepulauan Melayu, Arab, Parsi, India, China dan Jepun. itu matlamat keduniaan mereka.

    Kejayaan Portugis dibantu oleh beberapa pihak mengikut catatan sejarah iaitu (i) askar upahan India (ii) askar upahan Jawa (iii) beberapa pedagang Cina (iv) pengkhianat asing seperti Utimutiraja, Si Kitul, Raja Medeliar dan Ninachatu.

    Orang Inggeris (di bawah William Farquhar) yang meruntuhkan Kota Melaka. Jika Inggeris tidak mengebom Kota Melaka, saya berpendapat tentu ada banyak perkara yang dapat diketahui tentang Melaka zaman silam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Terima kasih atas penulisannya.

      Delete
  31. Salam

    Kepada yang memberi komen "kita syok sendiri" serta "tidak wujud kerajaan Melaka" saya harap anda kena faham satu dua perkara.

    Pertama penaklukan Melaka menjadi kebanggan Raja Portugis iaiatu Raja Emanuel sehingga beliau menulis surat "Epistola.." kepada Pope Leo x di Rom di mana Raja Emanuel menceritakan tentang serangan yang dilakukan dan rampasan harta benda yang diperolehi.

    Surat Raja Emanuel telah mendapat sambutan di Eropah sehingga diterjemah ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eriopah yang lain.

    Sejarah Melaka telah menjadi sebutan dan kajian sejarawan antarabangsa sejak sebelum Portugis menjajah. Mereka telah mengkaji Melaka lebih awal yang dikenali di kalangan mereka sebagai Aurea Chersones.

    Jadi kta bukanlah "Syok sendiri". ini sejarah bangsa yang perlu kita kaji dan pelajari. Kita tidak boleh mempercayai bulat-bulat pendapat orang tanpa bukti.

    Kedua, apabila kita kaji Melaka, janganlah ingat Melaka zaman dahulu bersaiz kecil macam sekarang. Ingatlah Melaka dahulu dikenali di Eropah sebagai Aurea Chersones iaitu seluruh Semenanjung ini. Kerajaan lain yang ada pada masa itu seperti Kelantan , Kedah, Terengganu, Pahang berada dalam jajahan Melaka.

    Tambahan daripada itu tempat-tempat lain seperti Singapura, Riau, Lingga, Kampar,

    Melaka zaman dahulu sangat luas. Hanya pusat pemerintahan utama sahaja berada di Muara Sungai Melaka.

    Inilah sejarah yang masih ramai tidak faham. Ramai yang ingat Melaka negeri kecil. Jadi mengapa negeri Melaka yang kecil dipanggil empayar.

    Mudah-mudahan setiap catatan sejarah yang kita baca, hendaklah dikaji untuk difahami.

    ReplyDelete
  32. Sejarah sentiasa digelapkan untuk menjaga perasaan bangsa yang lain.

    ReplyDelete
  33. kerajaan melaka tumbang kerana dendam kerajaan majapahit kepada kerajaan melaka.. pada ketika itu kerajaan british dan sekutuna dari negara negara eropah telah bersatu bagi menjatuhkan kerajaan kerajaan islam diluar timur tengah yang berbaiat kepada khalifah kerajaan khilafah uthmaniyyah kerana berdendam dengan sultan muhammad al fateh yang telah berjaya menawan constantinopel dan berjaya menyebarkan islam hingga eropah barat pada ketika itu kerajaan islam acheh dengan kekuatan tentera tiga kerajaan iaitu kerajaan demak dan kerajaan melaka yang berbaiat kepada khilafah telah banyak menawan wilayah kerajaan kafir majapahit dengan sokongan wali songo iaitu salah seorang dari mereka adalah digelarkan pendeta adi putera guru kepada hang tuah yang berasal dari riau pada ketika itu kerajaan kedah yang juga kerajaan islam yang berbaiat kepada khalifah kekuasaanya sehingga kemboja sehingga pulau sanglang(sri langka) namun satu persatu jatuh ke tangan musuh kafir kerana kelalaian pemerintah mentaati baiat dan tidah mengikut perintah ALLAH, bila siam ditawan musuh dari kalangan budha kerajaan segenting kra dan keluarga kerajaan langkasuka kedah hanya tinggal fathonni darussalam dan kedah serta pulau pinang itu pun kerana panglima hitam melarikan diri ke perak dan berjumpa wakil kerajaan melaka di sana dan melaka menghantar armada serta askar mujahiddin membantu kedah kehebatan siam menundukan gajah telah belajar dari kedah yang berkongsi ilmu bersama melaka serta kerajaan islam yang lain selain itu kerajaan islam di pantai barat telah menerima utusan dan titah dari sultan melaka untuk menghantar utusan atau dakwah ke wilayah wilayah yang berdekatan kerana itu adanya kerajaan melayu islam di filipina sabah serawak brunei dan sebagainya disinilah semenanjung emas melayu sanggup mengharung lautan hanya kerana mahu menyampaikan islam melaka adalah nadi nusantara ini cuba kita lihat peta dengan armada british yang lemah dahulu mampukah dia menjatuhkan melaka sebelum sampai di melaka dia perlu melalui acheh dan kedah dahulu.. mustahil kecuali satu perkara, perdagangan candu arak dan wanita, siamlah sekutu rapat barat, sehingga kini mereka terkenal dengan industri pelacuran tapi kenapa di sebelah selatan kenapa tak di sebelah bangkok atau utara itulah senjata besar siam menawan kedah perdagang pedagang cina yg datang ke melaka adalah islam namun ketika kerajaan qing jatuh kerjaan kafir menguasai cina dan mula melemahkan orang islam dengan candu dari situlah mulanya kejatuhan empayar islam melaka
    SEKIAN

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN