FOLLOW HIJABUL CREWZ

Friday, 9 November 2012

Tok Guru Tok Wali pun sokong PAS, Mung nak lawan?

Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama' Pondok, dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya' yang berada dalam perjuangan PAS. Apa lagi alasan dan tuduhan yang anda nak lemparkan kepada PAS ???

Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik." Anda sudah terlalu skeptikal terhadap mereka dengan mudah-mudah melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Ramai golongan UMNO dan golongan yang berada dalam bidang agama sendiri menggelarkan ulama'-ulama' yang menceburkan diri dalam bidang siasah politik dengan pelbagai gelaran seperti "ulama su'", "ulama' dunia", "ulama wahabi", "ulama' syiah", "ulama khawarij", "ulama syaitan" dan bermacam-macam gelaran yang tidak elok malah amat menyakitkan hati. Semua ulama' PAS dikatakan tak betul, sesat la, menyesatkan.



Ok. Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama' Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini?


Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Saidina Jibril daripada Allah ‘azza wajalla yang berfirman: Maksudnya:


“Sesiapa menghinakan waliKu, maka sesungguhnya dia telah berani memerangi Aku, bahawa Aku murka bagi pihak wali-waliKu, sebagaimana garang singa yang ganas, dan tiada berdamping kepada Aku oleh hambaKu yang mukmin seperti dia berdamping dengan Aku dengan menunaikan perkara-perkara yang difardhukan dan diwajibkan di atasnya, dan sentiasalah hamba Aku yang mukmin itu berdamping kepada Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku telah kasihkan dia, jadilah Aku baginya pendengarannya, pandangannya dan tangan (kudratnya). Jika kiranya dia berdoa kepada Aku, nescaya Aku kabulkannya, dan jika kiranya dia memohon (sesuatu) kepada Aku, nescaya Aku berikan. Aku tiada teragak-agak terhadap apa yang Aku perbuat, Aku teragak-agak pada mengambil roh hamba Aku yang mukmin yang bencikan mati.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya).

Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:-

Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik
Tokoh ulama Tauhid Melayu , seluruh pelajar pondok Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. Sering menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan DS Anwar Ibrahim.


Allahyarham Al Arifbillah Pak Teh Mad Isa Mahang, Mursyid Tarekat Syatariah.
Sesetengah ulama' mengiktirafnya sebagai Wali Allah.

Syeikh Hassan Bangkok. Bekas mufti Bangkok bertarekat Syaziliah.

Tuan Guru Haji Abdul Rahim b Abdul Rahman Pendang

Tuan Guru Haji Abd Hamid bin Abd Rahman Al Jarumi

Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi. Antara permintaannya yang menyentuh
hati adalah ketika beliau sedang diziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
kerana beliau sakit agar Tuan Guru Nik Aziz sudi menjadi imam bagi solat
jenazahnya nanti. Allahurabbi...warak dan tawadhuknya. T_T

Tuan Guru Haji Ahmad b Haji Muhammad Nor Kuala Nerang (Tok Teh Mad)

Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai. Antara ulama' yang lantang memberi fatwa berkenaan kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya. Dikatakan "Golongan Wahabi tidak berani berdebat secara ilmiah jika ada Haji Omar Zuhdi."
Allahyarham Tuan Guru Haji Ali. Seorang Wali Allah dan ahli PAS seumur hidup. 
Antara kisah karamahnya:-
1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan.
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.


Allahyarham Tuan Guru Haji Zakaria (Pak Lang Zakaria Alor Janggus).

Tuan Guru Haji Ismail Besut, Mudir Pondok Matla' Badrain.  Turut turun ke BERSIH 3.0.

Tuan Guru Haji Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim (Pak Njang Izuddin).
Pernah bersama rakyat dalam himpunan BERSIH 3.0

Tuan Guru Haji Abd. Wahab b. Haji Hasan (Ustaz Awang Lanai)

Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman Lubuk Tapah


Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman (Pak Teh Keroh).

Tuan Guru Haji Ghazali Bagan Datoh

Tuan Guru Haji Hashim Kajang

Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi

Tuan Guru Haji Yahya bin Junid. Anak murid kepada Tok Kenali.

Tuan Guru Haji Hashim b. Haji Abu Bakar

Tuan Guru Haji Hussein Ibrahim Lubuk Tapah

Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili. Seorang ulama
 ”yang bersangatan alimnya" sehingga digelar “al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi
 al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili al-Indonesi”.

Tuan Guru Haji Wan Ibrahim b Haji Wan Abdul Qadir (Pakcu Him Gajah Mati)


Syeikh Abdul Karim al-Banjari

Syiekh pada satu ketika, baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya.


Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama’? Dengar kata beliau “mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham.

Tuan Guru Haji Ghazali Hasbullah



Tuan Guru Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ Melaka Tersohor. Beliau terkenal dengan
kehidupan sufinya. Beliau dikenali kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. Antara peristiwa berhubung karamahnya yang diceritakan anak muridnya adalah tindakan beliau mengisi air dalam tangki minyak kereta setelah kehabisan minyak ketika keluar berdakwah.


Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha. Terkenal kerana digeruni oleh Komunis. Inilah yang yang menjadi kelebihan pada diri Tuan Guru Haji Yahya. Sehinggakan masyarakat Cina tempatan pada awalnya tidak mempercayai Tuan Guru Haji Yahya sudah meninggal kerana mereka mendakwa masih melihat beliau dimana-mana. Dan memang tidak dinafikan bahwa Tuan Guru Haji Yahya ini dikurniakan karamah iaitu antaranya digeruni musuh.

Madrasahnya, Madrasah Khairiyah pernah menjadi tapak bagi penubuhan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah dan beliau sendiri telah terpilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Kedah yang Pertama pada tahun 1953.

Ini hanyalah segelintir paparan yang saya bawakan kepada anda berkenaan dengan keterlibatan dalam PAS oleh para Ulama Thurath, Tok-tok Guru Pondok malah perjuangan ini adalah perjuangan para Wali Allah. Mana mungkin insan yang dekat dengan-Nya bergabung serta menyokong kebathilan. Semestinya ini adalah perjuangan jihad fisabilillah, perjuangan yang Haq, perjuangan menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu ajmai'n. Anda lawan PAS, samalah dengan anda melawan para ulama' dan auliya'. Barangsiapa yang memerangi Kekasih-Nya (Wali Allah), Allah akan memeranginya!

- Sila Follow Twitter: HiJaBuL Cr3wZ -

139 comments:

  1. Salim Rubayyi' Ali9 November 2012 10:11

    Ulama Kedah yg mana yg join Bersih 3.0? Saya dgr dia masa Bersih 3.0, dia duduk kat tepi menara maybank, masa polis tembak gas, walaupun gas kena kat dia, tapi dia tak rasa apa2 pun. Mohon pencerahan blogger hijabul crews, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana mohon utk berkongsi artikel ini, tuan.

      Delete
    2. Ada beberapa orang ulama' Kedah yang turun ke Bersih 3.0. Antaranya TG Hj Salleh Pondok Sik, TG Hj Wan Izzudin(Pak Njang Izuddin) dan Sheikh Zainal Asri(Mudir PAKSI).

      Namun, kejadian yang anda nyatakan di atas berlaku kepada TG Hj Salleh Pondok Sik. Dikala orang di sekelilingnya berlari kepedihan dia hanya berjalan macam tiada apa yang berlaku. MasyaAllah. ;)

      Delete
    3. Kepada Anonymous, silakan share dan sebarkan artikel ini. Ianya sebahagian daripada jihad. InsyaAllah.

      Delete
  2. Tuan Guru Hj Saleh, Pondok Sik

    ReplyDelete
  3. Salam tuan, izinkan saya mencopy artikel ni untuk simpanan dan tetapan, SEJUK HATI MEMANDANG ULAMA-ULAMA/ WALIULLAH NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, dipersilakan. InsyaAllah dengan memandang para ulama', hati akan menjadi tenang dipenuhi sakinah disiari barakah. Ulama' kan pewaris para nabi.

      Delete
  4. nasib baik aku pangkah pas 2008 dulu..x sabar nak pangkah pas lagi..takbir..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar! Anda telah melakukan pilihan yang bijak. Tahniah. ;)

      Delete
    2. Saya dulu pembangkang pastu masuk umno..xpi bila tgk kerajaan yg korup kani semua pangkah bulan aminn..smoga undi kami sekuarga mendpt rahmat dariNya

      Delete
  5. setitik demi setitik air mata saya menitik,,mengapa ya melihat para wali dan ulamak diatas sy begini,sedeh dan sayu sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakinah dan barakah bersama mereka. Melembutkan hati insan yang ikhlas. InsyaAllah.

      Delete
  6. Dalam amno mana ada tuan guru yg mursyid macam ni......kalo ada tu bukan tuan guru......

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda adalah insan yg terpilih..insyaAllah..

      Delete
    2. dalam umno pun aderr la bro,,berlambak bro..cuma diorang bukan tok guru,,diorang tok garu..

      Delete
    3. Ya setuju dengan komen anda. Insan-insan pilihan sebegini mana mungkin berada dalam "Rumah yang dipenuhi najis". Kalau ada, ianya sememangnya Tok Garu. Hehe.

      Delete
  7. sapa faham agama tak akan join amno.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahuakbar...

      Delete
    2. Salam. Sapa faham Al-Quran, tak akan join politik kepartian. Politik tidak disebut langsung dalam Al-Quran. Macam mana tuan-tuan guru boleh tertipu dengan yahudi ni?

      Delete
    3. Wasalam. Hehe. Mana boleh pulak tak ada dalil ini?

      "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

      Ini apa ini?

      Delete
    4. Assalamualaikum.. Semoga Umat Islam bersatu. Demokrasi hanya memecahbelahkan kita. Berakhlaklah sebagaimana Akhlak Rasulullah SAW. Moga Allah beri kepada kita Pemimpin yang dapat menyatukan kita semua. In Shaa Allah.

      Delete
  8. Sekiranya insan kerdil ini dapat berguru dengan mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada lagi ulama'-ulama' ini masih hidup. Kita semua masih ada peluang. Tanamkan azam dan usaha, insyaAllah dipermudahkan Allah.

      Delete
  9. Gua tada hal punya..10 November 2012 17:57

    Slam beb,
    apa sandaran lu beb?..
    apa pegangan lu beb?..
    apa yg lu nak sampaikan beb?..
    politik??? demokrasi???....
    kasi servis lu punye kepala beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Anda kata kat saya ke? Kalau anda kata kat saya, saya boleh terima dan bersabar lagi. Kalau anda kata kat Ulama serta Auliya' yang menyokong perjuangan ini, anda yang patut repair skru kepala anda. Anda lebih alim, lebih faham agama daripada insan-insan ini ke?

      Islam itu syumul, meliputi keseluruhan sisitem kehidupan. Jangan sempitkan. Demokrasi jika diguna berpandukan syariat serta hukum Allah akan nampak keputihannya, yang mengotorkannya adalah opuak-puak seperti UMNO dan pakatannya. Habis semua orang ingat politi itu kotor, hanya keran sebahagiannya mempergunakannya kepada jalan yang salah dan kotor.

      Delete
    2. Gua tada hal punya17 November 2012 22:18

      Salam beb.
      Gua cilok sama abatasa.
      Bro Tycoon,gua mintak settle....

      "Demokrasi = lubang najis tahap dewa.
      Jika hendak memartabatkan islam dengan demokrasi sebagai tools...something big trouble beb.
      "Pangkah PAS anda akan (dijamin) masuk syurga"....
      anak haram mana yg buat kenyataan ini,terang-terangan syirik beb...Walnauzubillah.
      Pada2lah dalam bermain politik......"

      UMNO hukum PAS...
      PAS hukum UMNO..
      Pada gua,dua-dua bangang tahap gaban,sama-sama ucap syahadah tapi sebab 'politik taik' pun boley clash...budak kecik pun tau nak berbaik.
      Bak kata sahabat kaum cina.."itu nabu chibai punya olang"
      "khinzir" yg tiada akal pun tahu sayangkan kaumnya.

      Ape criter lu beb?

      Delete
    3. Waalaikumussalam. Saudara faham apa makna alat, tools, atau wasilah? Ish3. Sila baca komen-koemn saya kat bawah ni. Banyak yang saya terangkan. Jenuh nak tulis balik.

      Berkenaan dengan kenyataan-kenyataan yang seperti di atas tu takkan la saudara tak faham-faham lagi. Ok, saya ambik contoh. Allah berfirman dalam Al Qur'an berkenaan dengan balasan syurga bagi golongan yang memperjuangkan Islam di jalan fisabilillah. Maksud ayat itu sebenarnya bermaksud "Sesiapa yang membantu perjuangan Islam Allah menjanjikan Syurga kepadanya." Kita lihat pula siapa yang memperjuangkan Islam di Malaysia ini. PAS!

      Kalau anda kata ada jalan lain sekarang ini untuk memperjuangkan Islam, menegakkan undang-undang Islam selain daripada jalan demokrasi di Malaysia ini, sila nyatakan. PAS menceburkan diri ke arena ini pun atas dasar tidak pernah redha akannya. Cuma menggunakannya sebagai jalan kerana sudah tiada jalan lain yang paling sesuai untuk digunakan berdasarkan waqi' di Malaysia. Saudara tau tak? Keputusan untuk memasukkan PAS dalam sistem ini bukan keputusan seorang dua, tapi kesepakatan ulama'-ulama' melayu terdahulu, termasuk para auliya' melayu ketika zaman itu. Anda fikir ii keputusan main-main?

      Ilmu kita di mana? Ibadat kita di mana? Makrifat serta hakikat kita di tahap mana? Jauh la kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka ini. Renung-renungkan lah. Selepas ini, kalau anda tetap nak mempertikaikan muafakat ijtihad para auliya & ulama' melayu, anda jangan pertikaikan saya tapi pertikailah, lawanlah dengan para auliya' & ulama' ini. Satu persoalan. Anda rasa anda mampu??? ;)

      Delete
    4. Gua tada hal punya19 November 2012 14:30

      Salam beb,
      Ali pesan..lau lu mau debat sama itu syiah..sama itu wahhabi..
      comfirm lu kalah punya..total lost!
      Gua tara hal.. lu mau bekokok satu dunia pun..itu luu punya pasal..
      Tapi bila gua tengok lu ada pusing guna nama para auliya' & ulama'..gua lg ada banyak kasian sama luu..kasian sama luu beb..
      Gua ada dengar baru2 ni,lu 'doa' punye bunyi...
      Apa gua boley ucap sama lu beb?...
      Ta'ziah...gua simpati sama lu beb.
      Lu sudah over dose!..Sudah stuune..
      Hidup biar pada-pada beb.
      Agak-agakkk.

      Delete
    5. Waalaikumussalam.

      Ali mana pulak nie? ;D
      Kenapa pula tetiba kaitkan isu Syiah dengan wahabi dalam artikel ini. Saya rasa saya tak gunakan bahasa yang tak elok dalam komen saya. Saya jauh sekali ingin gunakan nama-nama para auliya' untuk kepentingan peribadi namun hanyalah ingin menyatakan kebenaran yang selama ini ramai insan-insan yang sependapat dengan saudara sering pertikaikan dengan perjuangan PAS. Dah memang betul mereka pendokong PAS, ahli PAS takkan la saya nak pusing untuk mengatakan mereka ini sebaliknya. Itu adalah satu pengkhianatan kepada mereka saya kira. Saya tidak taksub. Tapi saya yakin dengan jalan perjuangan ini. Ianya jalan para ulama' dan auliya', mana mungkin saya menidakkan tindakan mereka. Semuanya berdasarkan ilmu dan adab dengan para muhibbin ini. Sama-sama buka hati. InsyaAllah.

      Delete
    6. Terima kasih kerana simpati terhadap saya. Saya juga bersimpati dengan saudara kerana telah memperlekehkan para Ulama' dan Auliya'. Muhasabah. ;)

      Delete
    7. wasslam brader x dk hal..wakaka..lu ingat lu sorang xdk hal??wa pon tarak hal sama lu brader...lu klw lu kata xdk hal..lu x yh la amik port brader.,..

      undi pas masuk syurga??wakaka..up to date skit la brader..isu lapok..lu len kali masuk tadika pasti..bukan kemas..wa bukan nk kurang ajar sama lu..tpi lu yg strt dlu kn??wakaka..nk tduh wa cepat melatah la??wakakaka..KESAH PULAK AKU!!

      lu nak sandaran kn??pegi cari sndri la brader..stg hijabul ne bgi fakta lu bukn nak caya pon..wakaka..

      Delete
    8. brader xde hal ni cam bdk kecik baru start blaja telan pil kuda.merapu xde fakta n hujah..kalo da macai,mmg selama nyer la ko macai..
      shame on you la brader.org laen ada gk menyumbang pada perjuangan dakwah ISLAM kt bumi malaysia ni.tp lu berkokok menyalak x kna tempat.klo lu macai piaw punyer,kasi fakta la brader.gua x penah lg jumpa macai2 bongok ni bg fakta yg btol2 clean.bnyk fitnah n putar alam cm macai 'brader xde hal' ni..
      pada admin,maaf ea kasaq bahasa..hangin tngok macai bn komen negatif pada ulama.teroskan uasaha anda.moga diberkati n insya'Allah ada bahagian anda dalam nikmat kurniaan ALLAH kelak..amiinnn..

      Delete
    9. Harap brader xda hal ni berkesempatan jumpa tok-tok guru atau ulama' untuk belajar...teruk sangat dah merapu..bahasa apa dia cakap pon tak tau la,teruk benor meroyan...kesian kat dia...

      Delete
    10. Komen Anon 23 & 24 April saya kira cukup piaww dah. Geli hati saya baca. Lucu pun ada. Tapi, betul apa yang ditulis. Saya sokong.

      Sama la dengan komen Amirul Hamsi. Memang kita kena kasihan pun orang macam ini. ;)

      Delete
  10. Salam

    Pohon izin untuk copy paste ke blog saya,terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Salamun 'alaik...

    Pertama, orang Islam telah diperbodohkan dengan agenda Romawi semenjak Perang Salib pertama lagi supaya menolak Sistem Khilafat Islam dengan menjunjung pungutan suara melalui Sistem Demokrasi ciptaan Romawi. Akibat itu, Khilafat Daulah Uthmaniyyah tumbang lalu berkubur.

    Kedua, orang Melayu telah ditipu semenjak tahun Francis Light menduduki Pulau Pinang lagi ketika mana sultan2 asal berdaulat berdarah gahara Sayyid-sayyid tulen telah dibunuh pada Perang Musuh-Bisik 1832 di Kedah lalu digantikan dengan Raja2 Melayu golongan pembelot bangsa bergelar Sir kurniaan Queen of England yg berketurunan Vlad III Dracul Si Penyula ratusan ribu orang Islam Turki. Queen of England telah menggunakan Panji Syarikat Hindia Timur pemuja syaitan Freemasons bagi menggantikan Panji Salib untuk mengelirukan Sultan2 Islam. Mereka berpakat dengan Siam dan raja2 pembelot bangsa untuk membunuh Sultan2 berdarah Sayyid bersusur galur Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian mereka mencorakkan Demokrasi pemecah Daulat Islam dengan mengimport masuk 1 juta orang Hindu dan 1 juta orang Cina dengan status pekerja estet dan pelombong timah, lalu mendapat kerakyatan Tanah Melayu. Akibat undian demokrasi mereka, Daulat Islam di Tanah Melayu tumbang.

    Ketiga....Andai kata para Auliya'ALLAH menyokong Parti PAS, sudah tentu ALLAHU Al-Fatah akan memenangkan PAS untuk memerintah Tanah Melayu sehingga Malaysia sekarang. Tetapi setelah lebih 50 tahun berlalu sejak Merdeka, namun ALLAHU Al-Malik tidak pernah memenangkan PAS untuk memerintah Malaysia walau sekali pun. Kerana ada kebathilan pada PAS yang lebih besar daripada kebathilan yang ada pada UMNO. Yakni kerana ALLAH tidak redho perjuangan PAS yang lebih menyesatkan rakyat dalam Islam Persangkaan mereka berbanding UMNO Thagut beracuan Freemasons yg lebih bersifat menindas rakyat tetapi kurang bermodalkan agama Islam. PAS juga bersekongkol dengan DAP kafir musyrik yang jelas mereka engkar perintah ALLAH dalam Al-Qur'an supaya jangan mengambil kafir musyrik sebagai rakan penolong. Yang nyata lagi jelas terbukti: ALLAH telah menggagalkan kesesatan yang dibawa PAS dengan tidak pernah memberikan PAS peluang memerintah Tanah Melayu sejak Merdeka lagi.

    "Yaa ALLAHU Yaa Rahmaani-irRahiimu Yaa Malikul Haqqq. ENGKAU cabutlah kerajaan dari UMNO Si Penderhaka Bangsa! ENGKAU halangilah pemerintahan oleh PAS Si Penyesat Agama! Dan ENGKAU bangkitkanlah Al-Masihi Imam An-Naas Al-Mahdi KhalifatALLAHU di zaman kami. 'InnaKA ANTA Wahabun."

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis di mesir itu,kenapa Allah baru memenangkan parti Ikhwanul Muslimin setelah beberapa dekad?Semua perkara itu ada hikmahnya saudara.

      Delete
    2. Aduh... sepatutnya tuanlah yang memerintah Malsysia ini, dan dunia seluruhnya kerana tuan tentunya maksum, tidak seperti pemimpin2 PAS yang manusia biasa-biasa...

      Kenapa Allah tidak melantik tuan jadi perdana menteri ye...!? malah jadi ketua kampung pun tidak.... muhasabahlah diri, bangulah wahai tuan yang tak bernama dari mimpi ngeri yang ada dalam dirimu!!!

      Delete
    3. Aduh... kalau begitu kenapa Allah tidak angkat saudara yang tidak bernama ini sebagai pemerintah ye...? Pemimpin2 PAS hanya manusia biasa yg berusaha keras untuk memerintah dengan sedikit kudrat yang ada.

      Kafir musyrik DAP itulah yang proses beras, gula, minyak masak, ikan masin, dan ratusan lagi bahan makanan yg tuan "tak bernama" telan dan suapkan ke mulut anak isteri.

      Jangan pandai berhujah saja...

      Bagi saya Allah tidak membenarkan PAS memerintah Malaysia ini kerana badi org2 seperti "tak bernama" berani berhujjah di belakang2 tapi tak buat apa2 untuk memenangkan Islam.

      Lebih baiklah jadi Ibrahim Ali... berani juga dia ke depan!!

      Delete
    4. aku percaya "tak bernama" ini dari Hizbut Tahrir...

      Delete
    5. Anon di atas...

      Ikhwanul Muslimin Mesir telah lama ALLAH menangkan dengan kerusi parti2 bebas mereka yang majoritinya lebih 2/3 di parlimen Mesir...mungkin saudara terlupa bahawa Thagut Hosni Mubarak jatuh bukan melalui pilihanraya tapi melalui Revolusi.

      Termenung Aku...

      Saya tidak ber-anak dan tidak beristeri, anda silap. Anda cuba berhukum Matlamat Menghalalkan Cara dan anda telah menyatakan kekafiran anda pada Ayat2 Suci pada Surah An-Nisa', Ayat 137 hingga 151. Tapi tak mengapa....BERSYAHADAH DAN BERTAUBATLAH!

      Anon Akhir...

      Syaitan dalam diri anda telah menipu mengatakan saya dari Hizbut Tahrir...sebenarnya tidak begitu. Anda juga sungguh telah ditipu dahulu oleh UMNO dan anda sekarang ditipu lagi oleh PAS! Sesungguhnya syayathon kerjanya menipu!

      TAPI ALLAH MAHA BENAR DAN SEGALA KATA KATA ALLAH DALAM AL QURAN JUGA MAHA BENAR.

      Nama saya Muhammadun 'AbdALLAH dan saya membenarkan Kalimat Tuhan kepada Segala Manusia.

      Delete
    6. Yaa ALLAH! PAS dan UMNO juga kafir pada Surat An-Nisa....ISLAM MUNAFIKKKK!!!!

      Delete
    7. TUAN TANAH..

      LEBIH BAIK TUAN DELETE ENTRI INI YANG MENGHINA AWLIYA YANG TELAH WAFAT (JUGA MENGHINA ALLAH) DENGAN MENGAITKAN MEREKA DENGAN PAS MUNAFIK KERANA PERJUANGAN PAS PIMPINAN DAHULU TIDAK BERSEKONGKOL DENGAR KAFIR MUSYRIK SEPERTIMANA PAS MUNAFIKUN PIMPINAN NIK AZIZ SEKARANG!

      Delete
    8. Waalaikumussalam.

      1. Saya setuju dengan kenyataan pertama anda. Khilafah jatuh dengan tertegaknya demokrasi kuffar. Itu pada zaman itu. Pada zaman sekarang, suasana serta waqi' jelas berbeza. PAS hanya terjun ke era politik demokrasi dengan tujuan amar ma'ruf nahi mungkar, menggunakannya sebagai wasilah untuk mempertahankan Islam yang dikucar-kacirkan oleh UMNO dan sekutunya. Jadi anda tak kisah la, jika UMNO dan sekutunya melenyek Islam, menghancurkan anak cucu anda masyarakat anda? Jika anda redha, silalah halang PAS daripada menjalankan tanggungjawabnya menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan. Anda dipersilakan dengan penuh sopan oleh saya. Silakan, silakan, silakan.

      2. Saudara ini ada aqidah tak? Kalau ada adakah saudara beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah? Ingatlah, sehebat mana pun perancangan mereka, hebat lagi perancangan Yang Maha Perancang. Apa anda ingat PAS buta sejarah? Buta semua fakta-fakta ini. Jika mereka gunakan senjata ini melawan umat Islam, apa tidak boleh umat Islam menggunakan senjata yang sama untuk lawan balik. Ingat, demokrasi ini hanyalah wasilah dan alat untuk mencapai matlamat Islam yang lebih besar. Kena ikut step by step, berstrategi, penuh helah, bersabar dan besar pengorbanannya. Inilah jalan perjuangan yang terpaksa PAS ambil untuk membela Islam di bumi Malaysia. Anda pula senang-senang sahaja nak menghalang usaha mereka. Allahurabbi.

      3. Hujah anda yang ketiga ini macam budak sekolah tadika. Saya tidak bermaksud untuk mengutuk anda, namun hanyalah untuk menegur dan memperbetulkan anda. Allah swt dah berfirman dalam Al Qur'an bahawa jalan perjuangan menegakkan Islam bukan jalan senang, ianya memerlukan banyak pengobanan daripada orang-orang beriman. Tengok Sirah Nabi Muhammad saw dah la. Rasulullah saw dah taraf Rasul, Nabi pun, Allah uji dengan pelbagai halangan dan cabaran. Apa baginda tidak pernah berdoa kepada Allah swt? Malah bagindalah makhluk yang paling banyak berdoa kepada Allah swt di muka bumi ini. Kenapa Allah tak terus menangkan baginda sejak baginda mula-mula berdakwah di Mekah lagi. Kenapa baginda terpaksa menempuhi bermacam-macam ujian yang hebat dan teruk? Allah menangkan baginda apabila tiba masanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bilakah kemenangan akan Allah berikan kepada pejuang-pejuang Islam di Malaysia. Apa yang penting kita semua mesti turut serta berada dalam saf perjuangan ini, bersabar dan ikhlas pada jalan-Nya. Contohilah para sahabat baginda radhiallahuanhum yang sentiasa bersama baginda dikala senang dan susah. Para ulama' dan auliya' pun dah turut serta dalam perjuangan ini, anda boleh pula mengutuk jalan perjuangan ini. Jaga-jaga, anda boleh jamin ke anda lebih hebat, lebih alim, lebih warak, lebih abid, dan lebih segala-galanya daripada insan-insan pilihan ini?

      Jalan perjuangan menegakkan Islam adalah jalan yang payah, susah, penuh dengan onak duri, dugaan dan halangan yang menjalar bukan sedikit, membutuhkan pengorbanan sang pejuang. Inilah perjuangan mata rantai jihad Rasulullah saw. Anda mahu larikan diri daripada medan perjuangan? Anda mengutuk para auliya' Allah dan ulama'? Fikirkan, muhasabahlah.

      Delete
    9. Bagi komen yang dibawahnya pula, berikut adalah komen saya:-

      Anda seakan-akan belum mengenal perjuangan Ikhwanul Muslimin. Untuk pengetahuan anda, PAS dan Ikhwanul Muslimin dah lama bekerjasama sejak dari zaman Hasan Al Bana sehinggalah sekarang. Namun, bagaimana cara yang gerakan ini praktikkan sedikit berbeza, sesuai mengikut waqi' dan tempat. Walaupun begitu, kedua-duannya menggunakan dasar manhaj yang sama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Malah, wakil Ikhwanul Muslimin menganggap PAS di Malaysia adalah adik beradik. Mana mungkin anda mengatakan Ikhwanul Muslimin betul tapi PAS salah? Hurm. Satu lagi, anda sendiri perlu faham apa peranan serta kaitan revolusi dengan pilihan raya demokrasi Mesir. Kaji balik ya. Kalau melalui pilihan raya Ikhwanul Muslimin kalah, agak-agak la, adakah Hosni Mubarak dan geng-gengnya akan dibicarakan, didapati bersalah? Adakah Mesir akan berubah seperti sekarang sehingga menggegarkan Israel, US dan sekutunya. Presiden Morsi pernah berucap selepas kemenangan Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya, bahawa matlamat perjuangan kita bukannlah Mesir, namun Al Quds (Baitulmaqdis). Jdi apa lagi hujah anda untuk mengatakan bahawa gerakan Islam tidak boleh menang jika masuk ke dalam sistem demokrasi?

      Kepada Anonymous | 14 November, macamana saya nak delete sedangkan ini adalah kenyataan dan kebenaran. Bukan semua ulama/auliya' di atas adalah ulama/auliya' dahulu, ada yang saya listkan pernah menjadi rakan seperguruan malahan guru serta tempat rujukan kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

      #Pssttt, Alhamdulillah saya mendapat maklumat sulit yang telah bocor daripada US yang telah didedahkan oleh seorang Ulama kita(thiqah serta terpercaya orangnya) yang mendapat maklumat daripada sumber yang sahih berkenaan dengan dokumen sulit berkenaan hal "Kemenangan & perjuangan Islam kini melalui sistem demokrasi lebih membimbangkan daripada daripada perjuangan bersenjata." Saya akan huraikan pada artikel selepas ini. ^_^

      Delete
    10. Tak Patut u ni...

      Delete
    11. hijabul crews...

      Bersyukurlah krn terpilih utk melihat yg tersirat dan tersurat.
      Aku ni penyokong PAS juga cuma perbezaannya aku tak kenal secara dekat dgn ulamak-ulamak ni tapi ALLAh telah ilhamkan kepada aku sejak aku kecil lagi ttg apa yg berlaku dan akn berlaku ttg dunia ni.

      PAS berada dilandasan yg betul sehinggakan pihak Freemason pun pening utk handle PAS. Mereka merancang sedangkan rancangan ALLAH tu lagi teliti, halus dan hebat.

      Penting ke menang Pilihanraya? Penting!
      kalau kalah camana? Kita berusaha lagi sampai menang krn menang dan kalah adalah hikmah ALLAH.

      Teringat sirah Rasullullah SAW dulu dimana ramai sahabat yang hampir sedih kerana selalu ditindas dan masa itulah turun Ayat mengatakan sesugguhnya bantuan ALLAH sangat hampir (maaf, saya tak ingat surah apa).

      Berdasarkan kajian dan ilham saya... segala yang berlaku di dunia sekrang termasuk di Msia adalh perangcangan hebat DAJJAL tapi yg kelakarnya rancangan beribu tahun DAJJAL laknat ni akan tewas kerana DAJJAL sendiri.

      DAJJAL mencipta sistem dan tewas dengan sistem yg dicipta sendiri. hahahha...

      Freemason membuat persiapan menyambut Dajjal.
      KITA membuat persiapan menyambut MAHDI

      Delete
    12. Alhamdulillah saudaraku. Semoga kita terus istiqamah dalam landasan perjuangan ini. Buatlah apa yang sekadar kita mampu, sekurang-kurangnya di akhirat kelak, kita dapat menumpang barokah serta syafaat baginda Nabi Muhammad saw, para Auliya' dan para Ulama'. Amien.

      Memang itulah juga saya dapati. Memang perancangan Al Masih Dajjal akan memakan dirinya sendiri. InsyaAllah. Allahuakbar!

      Delete
    13. hadoi brader yg komen ni.bru 50 tahun x perintah MALAYSIA tros kata ALLAH xtlong..huhu.mmg statement lawak ler..ni la sikap umno n setongkol nyer yang mendabik dada sombong,berjalan menongkah langit.lagak mcm FIRAUN yg xpenah saket n mengelar dirinya lah pemberi rezeki..walhal ujian ALLAH itu ada dlm pelbagai bentuk.NIKMAT DUNIA itu antaranyer..andai terjerumus kamu dalam nikmat n kealpaan dunia,kamu pasti ingkar n terlupa bahawa semua kuasa kamu hanyalah pinjaman sementara..tunggu masa jer.ini kali lah..

      Delete
    14. hamba ALLAH, aqidah tauhid dah ke laut la kalau macam tu. Huhu. Moga dia diberikan taufiq, hidaya. ;)

      Delete
  12. Mohon pihak2 berkenaan menerbitkan buku untuk rujukan anak2 masa depan

    ReplyDelete

  13. SALAM SAUDARA KU SEKALIAN.

    SUKA KAMI BAWAKAN KEPADA KAMU SUATU HADIS DARI RASULLULLAH YANG BER BUNYI, DI AKHIR ZAMAN NANTI UMAT KU AKAN TERGOLONG KEPADA 73 GOLONGAN YANG MANA KESEMUA NYA AKAN TERJERUMUS KESESATAN KECUALI YANG ADA AKU DAN SAHABAT2 AKU, YAKNI MEREKA MENGKAJI, BERAMAL DAN MENGETAHUI ILMU NAPAS INGAT SEMASA BERDIRI DAN SEMASA DUDUK. MANUSIA ITU TUHAN JADI KAN SAMA SEPERTI HAIWAN YANG PANDAI BERKATA2. ALLAH PERINTAHKAN MANUSIA ITU KELUAR DARI SIFAT HAIWAN MASUK KEDALAM SIFAT INSAN YANG KAMIL LAGI MUKAMMIL BERBUDI INSAN UBUDIAH. BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGETAHUI ILMU NAPAS INI MAKA SAMA LAH IA SEPERTI HAIWAN ANJING DAN BABI MALAH LEBIH HINA LAGI WALAU IA NYA DI GELAR ULAMAK ATAU AHLI BIJAK PANDAI SEKALIPUN.

    IKTIKAD MANUSIA TERHADAP AGAMA NYA DAN KEIMANAN TERBAHAGI KEPADA 4. YAK NI PERTAMA MUAFAKAD PADA YANG HAQ DAN BERDALIL IA MELALUI JALAN MAKRIFAT. INI LAH IKTIQAD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

    YANG KEDUA BERMUAFAKAD PADA YANG HAQ TAPI TIDAK BERDALIL. INI DIKATAKAN TAKLID SOHIH TAPI SESAT JUA AKHIR NYA.

    YANG KETIGA TIADA LAH IA BERMUAFAKAD PADA IJMAK TAPI BERDALIL LAH IA UNTUK MEMBENARKAN DIRI NYA NYA SENDIRI. GOLONGAN INI DI KATAKAN JAHIL MUKARRAB. SESAT LAGI MENYESATKAN MANUSIA. JGN LAH KAMU MENDEWA2 KAN IA WALAU MEREKA ITU BERGELAR TOK GURU SEKALIPUN.

    YANG KE EMPAT IALAH TIADA LAH MUAFAKAD BAGI NYA DAN TIDAK PULA BERDALIL DAN INLAH DIA TAKLID BATIL.....

    SAUDARA2 KU SEKALIAN....RENUNG2KAN LAH DEWASA INI BANYAK KETERAMPILAN YANG DIDALAM GOLONGAN KETIGA..KELAK ALLAH SWT AKAN MENGEMBALIKAN SEGALA KEBURUKAN APA2 YANG MEREKA LAKU KAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI. SEBURUK2 MANUSIA PADA MASA ITU IALAH ULAMAK2 YANG SUDAH TIADA MAMPU LAGI MEMAKAI SERBAN DAN JUBAH.. KERANA KERAP BERFATWA MENURUT HAWA NAFSU TANPA PENGETAHUAN YANG HAQ. KASIHAN MELIHAT RAMAI MANUSIA TERJERUMUS DGN LAKONAN YANG KONON NYA SEBAGAI TOKOH AGAMA YANG DI DEWA2 KAN MELANGIT OLIH PENGIKUT2 BUTA TAKLID. SEDANG KAN JUNJUNGAN NABI YANG MULIA DI HINA SEBAGAI SAMA SEPERTI MAMAT2 DI KAMPONG DI SAMAKAN DENGAN SEDEMIKIAN RUPA. MASYAALLAH....ITU KAH YANG DI PANGGIL TOK GURU?..RENUNG2 KAN LAH APA YANG KAMI SAMPAIKAN.....WASSALAM


    APAI

    ReplyDelete
    Replies
    1. APAI...

      Bukankah saudara dah ulangsebut kata Nabi S.A.W bahawa 72 dari 73 golongan Islam adalah tidak selamat? Sudahkah saudara ketemu satu golongan YANG SEDIKIT...YANG SELAMAT? Adakah saudara berijma' pada golongan yang BANYAK atau yang SEDIKIT?

      "jika tiada pemimpin/imam yang boleh diikut, maka duduklah dalam hutan dan tunggulah aku di Al Kautsar!"

      Salamun dari "tidak bernama"...
      Muhammadun 'AbdALLAH.

      Delete
    2. Dalam panjang-panjang komen saudara APAI, saya ingin menegaskan di sini bahawa saya menyokong perjuangan PAS ini bukan kerana taksubkan orang tertentu, bukan ikut-ikutan namun berdasarkan ilmu. Saya faham prinsip perjuangannya. Saya juga melihat PAS sebagai satu-satuya parti yang didokongi oleh begitu ramai golongan ulama' malahan ada antaranya dalam kalangan auliya' Allah swt. Apabila sesebuah organisasi itu dipandu oleh Ulama', didokongi oleh Ulama', didoakan oleh para ulama' pula. InsyaAllah, pertolongan Tuhan pasti akan tiba. Rahmat, sakinah, barakah akan sentiasa mencurah-curah bagi golongan yang bersama dengan para ulama'.

      Bagi kenyataan anda berkenaan dengan kuliah TG Nik Abdul Aziz berkenaan dengan kenyataannya "mamat kampung", saya sendiri telah rujuk para alim ulama'. Malah mengkaji pula maklum balas berkenaan dengan hal itu daripada TG Hj Salleh Pondok Sik, Baba Eil Sepanjang Al Fathani, TG Abdullah Saamah, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus dan beberapa maklum balas daripada agamawan-agamawan tanah air. InsyaAllah, saya akan tulis artikel bagi menghuraika berkenaan dengan hal ini. Doa-doakan.

      Delete
  14. KEPADA SEMUA GOLONGAN WAHHABI,SILALAH BERTANDANG KE

    http://anakbukitgantang.blogspot.com/

    APAI.TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah jenguk blog ini. Jika anda tidak bersetuju dengan TG Nik Abdul Aziz dengan mengatakan beliau wahabi. InsyaAllah, nanti saya akan terbitkan artikel berkenaan dengan isu beliau. Bukan untuk membela mahupun menjatuhkan sesiapa, namun hanyalah sebagai pencerahan kepada kita, golongan awam. ;)

      Delete
    2. Salam,
      sekadar berkongsi:

      http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2012/11/diskusi-ilmiah-debat-uttv-tgna-wahabi.html

      .

      Delete
    3. Ya, saya sudah sedia maklum dengan Ustaz Syed Faiz itu. InsyaAllah, nanti saya juga akan terbitkan artikel berkenaan isu ini dari kacamata ulama'-ulama' lain.

      Delete
  15. TAKBIR!! SEMOGA PAS MENANG PILIHAN RAYA AKAN DATANG.. AMIN....

    ReplyDelete
  16. ALLAHUAKHBAR!!!PRU13 MILIK PAKATAN RAKYAT..A.B.U

    ReplyDelete
  17. Allahyarham Lebai Hj Wahid itu nama yang dikenali sebagai wali Allah dari Melaka. Anak-anak lebai pernah menjadi guru saya sewaktu disekolah. Malahan lebai Hj. Wahid ini adalah rakan karib kepada arwah datuk saya Hj. Abu Bakar Hj. Mamat, pengasas madrasah di ayer molek melaka. Anak lebai hj. Wahid yang membuka madrasah selalu bertanya ttg keluarga kami apabila berjumpa dengan ayah saya..

    Allahuakbar!!! memang golongan agama tidak akan menyokong kepada kezaliman kecuali yang cari makan, banyak ustaz skrg yg cari makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, satu lagi penjelasan bukti yang menyokong artikel di atas. Terima kasih saudara. Saya menyokong kenyataan saudara. Allahuakbar!

      Delete
    2. Salamun 'Alaik... maaf menyelit... ingin bertanya tuan cucu kepada hj abu bakar ini daripada anak hj abu bakar yang mana? Maaf saya juga cucunya... hanya ingin bertanya...

      Delete
    3. Dia tak letak emel, payah dia nak jawab. Itulah bahananya bila guna anonymous. Huhu.

      Delete
  18. Salam 4 all,

    ......setelah berlaku 13 May 1969, PAS, di bawah kepimpinan Datuk Asri telah bermesyuawarah dengan ulama pondok dan keputusannya demi perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu, PAS perlu BERSATU dengan UMNO. Tuan Guru Abdullah Samaah adalah salah seorang golongan ulama pondok yang dirujuk oleh PAS ketika itu.......

    Kini PAS telah mufarakah dengan UMNO. Nik Aziz yang mengambil alih kepimpinan dari Datuk Asri telah bersumpah dendam tidak mahu bersatu. Atas sebab itu TG Abdullah Sammah menyeru semua umat Islam menolak PAS kerana keputusan-keputusan PAS lewat ini;
    - PAS telah mengetepikan peranan yang dimainkan ulama pondok
    -PAS telah mengganti peranan ulama pondok dengan menaikkan ulama PAS sendiri yang jelas adalah lantikan politik
    -PAS telah membuat fatwa sendiri dalam isu yang berkait dengan akidah seperti Kalimah Allah yang akhirnya membuka jalan kepada terbukanya floodgate kepada penggunaan bible dalam Bahasa Melayu.
    -Tindakan PAS yang jelas menentang polisi mendaulatkan Islam serta mempertahankan Pemerintah Islam dengan menyokong gerakan liberalisme dan pluralisme ugama seperti BERSIH dan bersekongkol dengan DAP dalam isu MURTAD telah memudaratkan umat Islam.
    -Hari ini PAS telah dilemahkan oleh parasit dalam PAS yang berpegang kepada manhaj Wahhabi, Syiah dan Hizbut Tahrir.

    M/P:
    moga islam di tanah malaya bersatu,bertaut kasih,saling erat,berpesan haq,berteguh tauhid, kaya raya... politik.. kuak ketepi dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara yang saya kasihi,

      Segala tindakan PAS adalah berdasarkan keputusan para ulama' semuanya. Untuk lebih jelas, tindakan PAS untuk bergabung dengan UMNO dahulunya pun atas kesepakatan syura Ulama dan tindakan PAS mufarakah daripada UMNO juga atas kesepakatan syura' Ulama. Apa yang nak dirisaukan. Kalau memang majoriti keputusan adalah untuk mufarakah jadi mufarakah la jadinya. Telusurilah Sirah Nabawiyah serta Khulafa' Ar Rasyidin.

      Kalau keputusannya 500 berbalas 100, jadi mestilah yang 500 akan menang. Keputusan musyawarah adalah keputusan yang barokah, insyaAllah. Jadi kalau perkara yang dah diputuskan dalam musyawarah, tapi tidak sealiran dengan sesetengah pihak. Adakah betul tindakan pihak yang tidak bersetuju itu untuk "membuka cerita" di luar musyawarah pula? Fikir-fikirkan sendiri la.

      1-Anda kata PAS mengenepikan peranan Ulama pondok? Jadi artikel yang saya tulis di atas ini sia-sia je la. Huhu

      2-Ish2, sila teliti sekali lagi artikel saya di atas. Malah pimpinan Syura PAS akan sentiasa merujuk Ulama-ulama'pondok dalam setiap tindakan dan keputusan mereka. InsyaAllah.

      3-Itu adalah soal pandangan bukan perkara pokok pun dalam agama. Dalam pimpinan PAS sendiri pun ada percanggahan pendapat. Masing-masing ada hujah tersendiri. Saya sendiri sejujurnya lebih bersetuju dengan pandangan TG Dr Haron Din berbanding pandangan TG Hj Abdul Hadi Awang. Tapi, bezanya mereka tidak sepedapat dalam suasana adab dan muhibbah. Orang yang di bawah pula berlebih-lebih. Hadoiii..

      4-PAS mana ada bersekongkol dalam soal liberalisme, pluralisme. Saudara kena faham PAS menentang semua ini. Namun, PAS hanya bekerjasama atas hal-hal yang tertentu yang tidak berlanggar dengan syara' seperti soal menegakkan kezaliman, kebajikan dan keadilan. Itu semua kan ada dalam Islam. Namun, dalam soal yang bercanggah dengan prinsip serta dasar Islam PAS mana pernah bersetuju. Tak percaya? Buka la sendiri FB pimpinan-pimpinan PAS tu. Berlambak. Jenuh saya ak tulis semua. Huhu.

      5-Ya, memang saya sendiri akui memang ada golongan-golongan parasit yang telah menyertai PAS namun bilangan mereka amatlah sedikit dan tidak mempengaruhi apa-apa pun dasar serta keputusan yang dibuat PAS. Lagipun, itu mereka punya pasal la nak sokong mana pun, nak lawan siapa pun. Tapi, kita PAS tidak akan pernah dikuasai mereka. Hanyalah sedikit golongan yang terpinggir. Kalau ada pun dalam kalangan pimpinan mereka tidak dapat mengubah apa-apa dasar kerana semua dasar dan keputusan PAS ditentuka Majlis Syura. InsyaAllah, PAS sendiri sekarang ini pun sedang dalam usaha pembersihan golongan parasit ini. Suatu masa nanti, semua pimpinan PAS akan dikuasai oleh golongan pejuang Islam yang beraqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, jelas aqidahnya, fikrahnya serta ibadatnya. InsyaAllah, takbir!!!

      #Politik itu kan sebahagian daripada Islam. Islam itu syumul. Anda nampaknya telah menolak satu juzu' daripada Islam. Hati-hati! ^_^

      Delete
    2. Gua tada hal punya30 November 2012 19:07

      Salam beb,
      brg ni gua paste...

      "Yang kes kafir-mengkafir dan doa kehancuran ni memang bangsat habis punya Melayu(kalau masih mengaku Melayu Islamlah).Yang perasan ahli syorga tu aku nasihatkan kembalilah pada Islam sebenar bukan ikut melulu parti2 politik yang gila kuasa ni."

      "Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x

      Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x

      Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami.
      Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

      Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

      Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
      Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.(org UMNO tu..hambe sape beb?)

      Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.

      Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

      Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

      Ya Allah hukumkan UMNO.

      Ya Allah hukumkan UMNO BN.

      KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.(ape kelanchau punyer doa ni beb?..)
      Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

      Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

      Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

      HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [menjerit!!!!!!!!!!](alim ulama mana yg ajar doa cm ni beb?)"

      Persoalan gua pd lu beb...
      Alim ulama mana yg lu rujuk beb?
      Or lu cuma menjual nama para ulama?
      Huru-hara punye doa.......
      Pada-pada dlm hidup.

      Delete
    3. Apa salah kita mendoakan orang yang telah berlaku zalim kepada kita? kaum keluarga kita? masyarakat kita? negeri kita? Sedangkan ada dalam kalangan para sahabat yang dijamin syurga radhiallahua'jmain pun berdoa akan keburukan kepada orang yang menzalimi mereka.

      Mereka mendoakan kehancuran UMNO/BN bukan orang Islam yang berada dalam UMNO/BN malah jika UMNO/BN hancur dan kalah, ramai orang Islam yang telah menyertai UMNO/BN dapat melihat kembali cahaya Islam yang sebenar. InsyaAllah. Kezaliman akan dihapuskan.

      Sila rujuk komen Ketua Pemuda PAS Pusat berkenaan dengan doa ini. Terang lagi bersuluh bukan?

      Isu DOA Kehancuran

      "ia adalah satu doa yang hadhir dari hati sanubari masyarakat yang tertindas sejak sekian lama. Hak mereka dinafi, sebahagian di tukar tempat kerja jauh ke pendalaman, terdapat yang dipenjara dibawah akta ISA, malah ada pemimpin yang dibunuh mati seperti peristiwa Memali dan Lubuk Merbau. Hasil negeri mereka turut dinafikan apabila Royalti dihalang. Semuanya UMNO dan BN bertanggungjawab.

      UMNO dan BN telah memperlekeh agama Allah, mencetus perkauman, menyeleweng dana negara, mengumpulkan kekayaan dari hasil negara hanya untuk kroni, rasuah berleluasa, jenayah meningkat dan 1001 perkara yang membawa kehancuran pada tamadun negara ekoran sistem dan dasar pemerintahan UMNO dan BN.

      Doa tersebut dari sudut jauh hati kecil rakyat marhain dan diaminkan oleh puluhan ribu ummat prihatin. Terdahulu doa ini telah maqbul apabila UMNO telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan UMNO Baru.

      Semoga UMNO dan BN hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli - ahli UMNO dan BN supaya meninggalkan "kapal" yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan PR.

      Aslim Taslam ! Terima Islam maka kamu selamat. Hanya Islam dan pendokongnya yang selamat sementara penentang Islam akan rosak dan binasa."

      "Usah bimbang pada doa itu. Doa tersebut supaya kapal UMNO karam, sementara kami telah menyediakan platform dan dermaga yang utuh untuk menyelamatkan ahli - ahli UMNO dari kapal yang semakin dimasuki air dan bakal tenggelam itu."

      Delete
    4. Hijabul Crew : Mula mula saya duk terfikir jugak..., kenapa saudara duk layan budak kecik yang cakapnya selalu merapu macam orang hayal telan pil kuda!! Tapi rasanya betul tindakan saudara...sampaikanlah ilmu walau satu ayat!! Teruskan penerangan saudara biar sampai orang orang yang telah dan hampir BUTA mata hatinya supaya bertambah ilmu dan IMAN mereka.. GOOD JOB Bro Hijabul Crew!!

      Delete
    5. Syukran raja, insyaAllah doakan saya ya. Semoga Allah campakkan keikhlasan dalam segala gerak kerja saya, dan mohon agar Allah istiqamah saya. Saya pun terfikir macam saudara mula2nya. Tapi bila difikirka balik, saya juga sebenarnya seperti merek-mereka ini sebelum ini, namun Alhamdulillah Allah memberikan saya kefahaman akan jalan perjuangan yang sedang dilalui PAS. Allah telah aturkan saya untuk bertemu dengan para ulama' serta auliya'Nya yang turut berada dalam saff perjuangan ini makan sejak itu saya berazama untuk tidak berganjak, berpaling ke belakang lagi. InsyaAllah. ^_^

      Delete
  19. Salam,

    Saya sokong doa Anon 15:44,Semoga Islam dapt berdiri teguh dibumi Malaysia ! Amin!Amin! Amin Ya Allah! Beginila doa yg sebaiknya.

    ReplyDelete
  20. Gua tada hal punya28 November 2012 17:16

    Salam beb Anon 15:44,
    Trimas sama lu beb.
    Salute spring sama lu beb..
    Moga doa lu,jatuh pada diri,anak bini,keluarga,keturunan,sdare mare lu beb.
    Gua dpt tempias pun jadik beb.
    Senang hidup lu dunia akhirat beb.

    ReplyDelete
  21. Daripada ape yg sy bace tuan mmg memiliki ilmu, cume ijtihad tuan berbeza dgn sy. apepon salam ukhwah drp sy di sblh bendera keris. alangkah baiknye jika kite berbaik2 sesame kite walaupon berbeza pandangan politik n alangkah baiknya jika kite mendoakan kebaikan sesama kite kerana junjungan bsr kite Rasulullah (SAW) tidak mendoakan keburukan kpd penduduk taif yg melyn baginda sebegitu rupe walaupon malaikat jibrail bersedia menghumban gunung ke atas mereka. bukankah Rasulullah itu sebaik2 ikutan? Renung2kanlah... tuan saudara sy n sy saudara tuan. kan, kan, kan... drp MK Hanafi Miskan, Sekinchan, Selangor, Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan MK Hanafi Miskan,
      Saya dengan berbesar hatinya menyambut salam persaudaraan tuan. Maaf jika saya katakan bahawa segala pandangan serta pendapat saya ini bukan ijtihad saya namun ijtihad para auliya' dan ulama sekalian alam Melayu sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi. Mereka telah mensyurakan segala tindakan yang diambil oleh PAS sejak dulu sehinggalah sekarang. Saya hanya menumpang barokah mereka sahaja. Tidak layak saya berijtihad sendiri dalam keputusan yang amat besar ini tanpa merujuk para alim ulama'. Tentulah mereka insan-insan pilihan Allah swt ini lebih mengerti kenapa UMNO dan PAS tidak boleh bergabung sekarang ini. Jika para Wali Allah turut serta merencana setiap perancangan politik PAS, siapa kita? Di mana taraf kita.

      Saya rasa anda sendiri sudah boleh agak, apa yang akan berlaku dengan PAS yang dibimbing oleh para Auliya' dan Ulama' yang ikhlas dalam perjuangan bertembung, berbincang dengan manusia-manusia yang tidak amanah, khianat, keras kepala hendak mengekalkan sistem sekular kuffar ini. Boleh jadi ke sebuah Negara Islam impian tuan tu? ^_^

      Delete
  22. Assalamualaikum,
    Apakah orang orang UMNO itu kafir?
    Apakah hukum kalau kita join dengan kafir harbi untuk menjatuhkan UMNO?
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Mesti anda telah terpengaruh dengan media tunggangan UMNO/BN ni. Mereka Islam selagi tidak memperlekehkan, menghina serta menolak hukum Tuhan. Ulama telah bersepakat boleh kufur sesiapa yang menghina Al Qur'an dan isi di dalamnya. Jadi, wahai orang-orang UMNO, anda tak perlu la risau dan bimbang, jika anda seorang yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, tidak menolak Al Qur'an dan hadis Rasulullah saw anda terselamat. ;)

      Jangan sempitkan istilah kafir harbi anda. Ulama sendiri berselisih pendapat dengan makna sebenar kafir harbi. Kalau anda maksudkan DAP adalah kafir harbi, ANDA PERGILAH BUNUH SEMUA CINA/INDIA/NON-MUSLIM DI KAWASAN PERUMAHAN ANDA, KAMPUNG ANDA. SAYA PASTI JIKA ANDA PEGANG PENDAPAT INI, 90% NON-MUSLIM DI MALAYSIA WAJIB DIPERANGI.

      Saya juga belajar talaqqi kitab-kitab ulama' silam. Saya juga mendalami beberapa kitab-kitab ulama' kotemporari dengan merujuk dengan pelbagai Tuan Guru, Ustaz dan Murabbi. Allahurabbi, bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi ingin menegaskan bahawa Ulama' juga berselisih pendapat dengan istilah kafir harbi ini apa lagi hendak disesuaikan dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia dan dunia sekarang.

      Wallahualam. Jangan jumud. ^_^

      Delete
    2. Assalamualaikum.
      Kenapa pula saya nak pergi bunuh non-muslim dikawasan saya?
      Mereka bukan kafir harbi. Saya tak pernah dengar mereka memerangan Islam atau Hudud.
      Ya lah saya tak tahu sangat tentang hukum hakam ni, sebab tu bertanya dengan orang yang banyak ilmu, belajar banyak kitab agama.
      Saya sebenarnya ada satu lagi kemuskilan iaitu tentang kata kata Nik Abdul Aziz mengenai Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Apakah itu memperlekehkan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam?
      Saya juga pernah mendengar Ustaz Kazim Elias mengulas tentang isu ini, tapi rasanya nak juga dengar pendapat orang lain. Saya rasa Ustaz Kazim Elias pun banyak juga belajar kitab kitab agama.
      Maaf, sekadar ingin tahu.
      Assalamualaikum.

      Delete
    3. Waalaikumussalam, Norami Azmi.

      Ok, ini saya nak jelaskan ya. Individu yang mengeluarkan fatwa DAP adalah kafir harbi adalah TG Abdullah Saamah, diterbitkan pula dalam akhbar Utusan Malaysia, serta disiarkan dalam media arus perdana seperti TV3, RTM dan seumpamanya.

      Anda tahu kafir harbi itu adalah satu istilah yang amat keras yang digunakan dalam fiqh oleh Ulama'-ulama' silam. Dalam kitab-kitab lama misalnya akan mengkategorikan "Kafir yang rumahnya adalah lebih tinggi/besar daripada Orang Islam dalam negara/wilayah Islam sudah dikira kafir harbi. Malahan, orang kafir juga tidak boleh dibenarkan mempunyai harta kekayaan melebihi umat Islam selain jika berada di satu jalan antara seorang kafir dengan seorang muslim, yang kafir itu diwajibkan keluar daripada jalan itu, memberikan laluan kepada yang muslim itu." Bereh? Lihatlah dunia sekarang, di Malaysia khususnya. Bagaimana pula keadaannya? Masih sesuaikah istilah kafir harbi diguna pakai dalam waktu sekarang ini di negara kita? Islam itu rahmat bagi seluruh alam dan sehinggalah hari kiamat. Ada dalam sesetengah perkara yang tak berkaitan dengan Aqidah, akan berubah-ubah mengikut zaman, waqi' dan sebagainya terutamanya dalam soal fiqh. Faham?

      Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh. Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.

      Di zaman ini, warga atau rakyat bukan Islam yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan bukan Islam.

      Bersambung...

      Delete
    4. Berkenaan soalan anda berkenaan dengan kata-kata TG Nik Abdul Aziz itu nanti akan saya jelaskan dalam satu artikel di masa akan datang. Ada antara Ulama-ulama Pondok yang menyokong PAS sendiri telah bertanya sendiri serta berbincang dengan TG Nik Abdul Aziz berkenaan soal ini. Apa yang boleh saya beritahu di sini bahawa memang percakapan itu boleh menimbulkan waham(salah faham) bagi orang-orang jahil yang kurang cerdik, yang cerdik sedikit pun mungkin boleh mempertimbangkan dan faham lagi kata-kata beliau itu iaitu apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh beliau berkenaan dengan Nabi Muhammad saw.

      Memang lah Nabi Muhammad saw itu adalah seorang insan manusia pilihan yang luar biasa dari segala aspek ciri-ciri, sifat, peribadi, akhlak dan segalanya berbanding dengan sekalian manusia di atas muka bumi. Namun, ada juga yang kebiasaannya iaitu sama dengan "mamat kampung" iaitu kedua-dua manusia ini tidur, makan, ada 2 kaki, ada 2 tangan, ada hidung dan seumpamanya. Tidak salah dari segi syara' jika ini yang dimaksudkan oleh Tuan Guru sebenarnya. Yang dijadikan kontroversi oleh pelbagai-bagai pihak adalah kerana Tuan Guru hanya berhenti setakat "mamat kampung" sahaja, tidak menghuraikan dengan lebih lanjut apa maksud sebenar percakapannya. Lebih-lebih lagi mungkin istilah "mamat kampung" dikira kasar dlam masyarakat kita. Iktikad itu yang penting. Mungkin beliau merasakan bahawa para hadirin yang hadir ketika itu sudah mengerti dan faham sebenarnya apa yang dimaksudkannya. Mungkin.

      Lihat link ini:-
      http://www.youtube.com/watch?v=74Bk_2LGR2s
      http://www.youtube.com/watch?v=aQPvfGnjKxc

      Kita sendiri boleh berfikir kan. Nabi Muhammad saw memang seorang manusia LUAR BIASA namun baginda saw juga seorang manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan biasa seperti tidur, makan, minum dan sebagainya seperti yang diterangkan dalam penyataan saya di atas namun harus diingat walaupun baginda saw tidur, makan, dan sebagainya seperti manusia biasa, tidur baginda dan segala perbuatan baginda tetap tidak sama dengan manusia biasa. Tidur baginda tidak sama dengan tidur orang biasa, makan baginda tidak sama dengan makan orang biasa. Konklusinya, Nabi Muhammad saw adalah seorang MANUSIA pilihan yang luar biasa, makhluk teragung, paling mulia yang sememangnya baginda seorang makhluk yang bernama manusia juga. Pokok pangkalnya, semuanya bermula dengan ilmu, kena mengaji, menuntut ilmu dan pelajari segala ilmu-ilmu Islam, jangan hanya tumpu kepada dunia. InsyaAllah.

      Harap membantu. ^_^

      Delete
    5. Assalamualaikum.
      Bagaimana pula dengan kata kata - ketika Baginda berumur 40 tahun ALLAH Ta'ala tengok hamba hamba Nya dimuka bumi ni, maka ALLAH memilih Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai nabi.
      Sebelum ni ALLAH tak tahu kah Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam UtusanNya? Ibu Baginda sendiri tidak tahu yang Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam ni seorang Rasul?

      Assalamualaikum.

      Delete
    6. Norami Azmi,
      Tengok dan perhatikan balik kata kata TGNA tu...tak faham bahasa kelantan, tanya orang kelantan...!!

      Delete
    7. Assalamualaikum, raja.
      Kawe ore kelate. Kawe cukup fehe baso kelate.

      Assalamualaikum.

      Delete
    8. Assalamualaikum.
      hijabul crewz,

      Bagi saya lah, sepatutnya kita orang Islam berkata sesuatu tentang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya menaikkan semangat orang cintakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bukan ada bau bau mempelekehkannya. Nanti disalah ertikan oleh orang orang yang JAHIL & KURANG CERDIK.

      Walaubagaimana pun saya mengucapkan berbanyak banyak terima kasih diatas segala jawapan awak.

      Setelah diteliti dan mendengar pendapat (jawapan dari beberapa pihak) hati saya lebih cenderung pada jawapan Ustaz Kazim Alias.
      Ma’asalaamah Pas.

      Jazakallah,
      Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.


      Delete
    9. Wa'alaikumussalam, Norami Azmi.

      Itulah saya kata, saya tak pernah kata TG Nik Abdul Aziz sebagai seorang yang maksum tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Berkenaan dengan kata2 Tuan Guru, saya tidak berani menghukum apa-apa kerana bukan taraf saya hendak menilai seorang yang lebih alim, malahan seorang Ulama' lagi. Keilmuannya serta aqidah beliau sebagai seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah diiktiraf oleh ramai Ulama' seluruh dunia malah Tuan-tuan Guru Pondok di hampir semua pondok-pondok di Malaysia.

      Ok, oleh kerana saya juga seorang awam seperti anda juga, saya akan menggunakan rujukan daripada Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik berkenaan dengan isu ini. Orang yang bertanya berkenaan dengan hal ini kepada beliau adalah seorang sahabat blogger saya, dia telah menulis satu aktikel yang bernas berkenaan dengan isu ini:-

      "ISU INI ADALAH ISU BESAR BAGI UMAT. Masyarakat kita akan keliru , maka saya sebagai pemuda tidak layak masuk urusan Tuan-tuan Guru ini , maka saya merujuk perkara ini kepada beberapa orang Ulama Pondok termasuk Tn Guru saya sendiri Sheikhuna Tn Guru Hj Salleh. Selain itu saya rujuk kepada beberapa orang ulama Pondok Di Kelantan. Semasa saya pergi menziarahi Kelantan pada 07/06/2010 saya melihat CD di Pejabat PAS Kelantan ada terjual CD yang menarik yang bertajuk " MUZAKARAH MENJAWAB TUDUHAN MELAMPAU TN GURU HJ ABDULLAH GENTING TERHADAP TN GURU NIK AZIZ"

      Saya beli dan saya lihat CD itu bersama Tn Guru Hj Salleh. Maka Tn Guru Hj Salleh melihat isu ini adalah isu besar yang menimbulkan kekeliruaan umat. TN GURU HJ SALLEH MERASA SEDIH DENGAN KEADAAN INI.

      TN GURU HJ SALLEH berpandangan bahawa kejadian ini adalah HIKMAH BESAR??? TN GURU HJ SALLEH berkata kejadian ini adalah untuk memberi peringatan kepada pimpinan Ulama kita agar selepas ini jangan keluarkan kenyataan yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat kita terutama ayat2 mutashabihat!

      Tetapi Tn Guru Hj Salleh amat duka cita andai perkara ini makin dibangkitkan. Melalui tontonan CD itu, berlaku perdebatan antara TOK PENGHULU GENTING DAN ANAK MURID TN GURU HJ LAH GENTING. Maka Tn Guru Hj Salleh membuat keputusan bahawa anak murid Tn Guru Hj Lah Genting tak berapa faham TAUHID.

      Saya tidak layak cakap soal ini, tetapi Tn Guru Hj Salleh memang ahli ilmu Tauhid hingga digelarkan BAPA TAUHID KEDAH,
      muridnya bertebaran seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan merata tempat. Sekarang beliau adalah ulama yang paling berpengaruh di Kedah. Beliau berguru dengan Syeikh Ismail Makkah (Pak Da Eil).

      Beliau berkata, "Depa ini tak reti (tak faham) tauhid". Selain itu Tn Guru Hj Salleh berkata mereka "jahil politik". Tn Guru Hj Salleh kata "Lawan wahabi sudah la, jangan sokong UMNO", merujuk kepada TG Hj Abdullah Saamah.

      Maka kesimpulan kita bagi masyarakat umum jangan kita keliru dengan apa yang berlaku. Semua ini ada hikmah.
      TN GURU HJ SALLEH BERKATA HIKMAHNYA PAS AKAN LEBIH KUKUH APABILA HJ LAH (TN GURU HJ LAH GENTING) SERANG WAHABI , MAKA PAS AKAN BERSIH DARI WAHABI, PARTI KITA MAKIN KUAT, TOK GURU NIK AZIZ MAKIN KUAT DAN TAMBAH PENGARUH, SAYANG HJ LAH DIA GOPOH (TERGESA2), DIA TELATAH CEPAT SANGAT (TERLAMPAU CEPAT HUKUM).

      KITA MENGHORMATI KEILMUAN TN GURU HJ LAH TETAPI KITA TAK SETUJU TN GURU HJ LAH KATA UMNO PERJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, UMNO ISLAM TULIN!!! KITA TAK SETUJU TN GURU HJ LAH KATA PAS WAHABI. Kita bersama Tn Guru Haji Lah tentang wahabi tetapi kita tidak boleh terima Tn Guru Haji Lah bersama UMNO!!!

      -http://pondoktauhid.blogspot.com/-

      Jadi anda faham? Apa-apa pun yang dikaitkan berkenaan dengan keburukan PAS, kewahabian PAS, kesyiahan PAS dan kekhawarijan PAS adalah tidak benar sama sekali. PAS menjujung Al Quran dan Sunnah atas jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perjuangan PAS didokong oleh para Ulama dan Auliya', itu anda perlu ingat, itu sebab saya keluarkan artikel di atas. Adakah para kekasih-Nya akan menyokong sesuatu yang bathil? Soalan ini saya rasa semua orang tahu jawapannya tanpa perlu saya jawab. ^_^

      Delete
  23. Kpda saudara APAI..kena faham dasar perjuangan pas..pas nk menegakan hukum al quran & sunah..manakala kerejaan tolak hukum islam..jelas2 doh saloh..aku pun tkejut tg nik aziz kate gitu..tp manusia mane x buat kslapan melainkan nabi...tg nik aziz buat saloh mungkin satu dua je...mg nk hentam..yg kerejaan tolak hukum allah bkpe mg x bising wak r tubik hadis k ayat quran k....tp aku suke kate2 Syeikh Abdul Karim al-Banjari doh x gune quran nk gune mnde ag...hahaha..x dan nok mikir kite....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, itulah...kadang-kadang bukan semua orang Allah nampakkan lagi pencerahan berkenaan dengan perjuangan, dasar, serta strategi PAS dalam arena politik tanah air. Huhu. semoga kita semua thabat dalam jalan perjuangan baginda Nabi Muhammad saw ini. Amien. :)

      Delete
  24. assalamu'alaikum hijabul crewz,
    salam mahabbah dan perkenalan...
    saya dh baca artikel2 anda dan rasa brsyukur ada teman seperjuangan seperti anda...
    teruskn perjuangan dan sebarkn islam itu dgn penuh kecintaan kpd sesiapa pon termasuklah musuh sndri.

    setiap amalan yg sdikit ttap akan dikira...
    sesungguhnya islam itu milik smua..
    Pas for All hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Amirul.
      Salam Mahabbah dan perkenalan kembali. Terima kaish atas kata-kata semangat saudara. Moga Islam akan dimenangkan di Malaysia.

      ::PAS 4 ALL:: ^_^

      Delete
  25. Mohon share ke blog saya yer Admin :)

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah, saya mendoakan hijabul crewz sentiasa di jalan yang lurus dan istiqamah demi agama Islam ...... Teringat satu hadith dari Aisyah R.A. lebih kurang bermaksud Aku tidak pernah melihat orang yang lebih susah dari Rasulullah S.A.W. ... selain itu dari peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W, baginda bersusah payah berjalan kaki berhari-hari bersama Abu Bakar R.A. dari Makkah Ke Madinah menandakan perjuangan menegakkan Islam bukanlah satu jalan yang mudah .....kalau Allah nakkan ia menjadi mudah sudah tentu boleh.....bagaimana seseorang itu merasakan dia beriman sedangkan dia belum lagi diuji...Allah menguji org terdahulu utk melihat siapa pada jalannya dan sebaliknya.....merujuk pada Surah Al-Kahfi ...perjuangan Islam ini sentiasa ada tentangan tak kira ketika Islam di pihak yang kuat, lemah atau sama kuat...dalam surah Al Imran kalau tak salah...Allah menggilirkan kemenangan dan kekalahan kepada umat Islam....mudah2an kemenangan kepada Islam akan muncul dalam masa terdekat....

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum...

    satu je bagi saya, bersatu padulah kita sesama Islam, baik Pas, Umno, Pkr & lain2...Rujuklah ulama & ustaz lain, jgn berpandangan pada satu saja..Tgklah pandangan Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz yang selalu menyeru kepada perpaduan,nilah contoh ajaran Sunnah WalJamaah..tidak cenderung mana2 parti, malah tegur pada yang telah melampaui batas dalam Islam.....Doakan mereka, bukan menghina akidah mereka, mengeji, menceritakn aib sesama Islam, Allah SWT berkata " Hidayah milik Allah, Dia akan memberi kepada sesiapa yang dikehendaki"..Contoh dah bnyk kt dunia ni, dari kafir msk Islam, dari yahudi msk Islam, dari sekular jadi AhliSunnah Wal Jamaah...INSYAALLAH, kalau kamu kata UMNO ini kafir, sekular baik kamu semua bertaubat..aku xberani nk menghukum, cume mendoakan, moga2 terbuka hati..Sebenarnya, nilah ujian dari Allah terhadap PAS, kalau kamu kuat, doakan mereka...Ingatlah sebaik2 kaum kafir, yahudi itu adelah sejahat2 orang Islam, Sejahat2 orang Islam mereka msh mpunyai iman..Mereka tidak akan redha, suka dengan Islam, dah jelas Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran...Tlg baca & paham Quran btl2, bukan baca sekerat2 je..keje Hidayan ni milik Allah, Allah SWT & Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang perpaduan, persatuan ummah... Allah SWT akan mengampunkan kita wlpn sejahat2 kita di muka bumi ini tetapi sekiranya mereka bertaubat nasuha, segala dosa dihapuskan & mnjadi seperti anak yang baru lahir.. TETAPI sekiranya kita membuat dosa sesama manusia, Allah xkn ampunkan melainkan tuan empunya badan yang pernah kita keji, fitnah, hina... Ingat, bukan senang meraih syurga, jgn ingat kita da confrim syurga, Umar Al Khattab yang warrak & Faham Agama pn takut, begitu juga Imam Syafie juga takut melalui Zikir Taubat sekiranya kita tidak dapat syurga yang diidamkan...Jadi siapalah sangat kita di zaman ini yang nk menghitung, menghina, bersangka buruk sesama kita?bukankah ajaran Rasulullah menyeru supaya bersatu padulah sesama Islam, ikutilah mereka wlpn sezalim mana mereka

    Teringat kisah Abdul Rahman bin Muljam seorang yang warak pada zamannya sehingga Umar Al-Khattab melantiknya sebagai al-Muqri, tetapi membunuh Saidina Ali kerana terpengaruh dengan khawarij,dan juga Kisah Abu Hurairah bersama raja paling zalim, di mana beliau masih solat dibelakang raja wlpn raja itu telah membunuh seramai 125ribu orang Islam, memancung orang dpn Kaabah ketika ingin mmbuat tawaf,menembak Kaabah sehingga hancur sebahagian Kaabah tetapi msh lg tunduk & menjadi makmum..jawapan Abu Hurairah " ketika dia solat, dia tidak zalim, jadi aku solat dibelakangya"...Subhanallah, warak & tawaduk sungguh..bnyk lg kisah2 yg xdpt ditulis, sekadar renungan

    Kesimpulan : Nilah ajaran Rasulullah, berpegang teguhlah kamu sekiranya Rasulullah sudah wafat iaitu Al -Quran & sunnah..ikuti, fahami, halusi bukan memntingkan emosi, dendam...

    astagfirullah, takutku hanya pada Allah...manusia itu bukan maksum, jgn terlebih memuja, kerana mereka itu seperti kita, manusia biasa...yang benar & HAQ itu hanyalah Allah SWT & ikuti pesanan Rasulullah SAW...

    Merindui perpaduan Islam & bangga menjadi Islam...Naikkanlah martabat Islam, jangan biarkan kafir, yahudi memerangi, menghancurkan, menggunakan dan menipu kita... Bersatulah kita wlpn tidak sependapat, ini kerana KITA ADALAH ISLAM...

    TEGAKKAN & PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH SWT, Aku Cinta Allah SWT...TQ Ulama Ustaz Haron Din & Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, anad sebenarnya pejuang Islam & hero Islam sejati..teruskan

    Aku merindui syurgaMU, aku ingin namaku mekar di Syurga..

    Mohor maaf dari saya,

    Pencinta Perpaduan
    Pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Sudah banyak yang saya jawab kat atas itu isu perpaduan. Malah di artikel-artikel saya yang lain dah banyak yang saya jawab. Jenuh nak tulis balik. Huhu. Sila cari.

      Delete
  28. hanya ada sorg-dua saja Tok Guru Pondok mengkritik PAS.... Tapi mereka (umno) mulalah sibuk mendabik dada merasakan merekalah dipihak yg benar.

    Mereka lupa atau buta dlm melihat dihadapannya bahawa ada lebih dari 50 orang lagi Tok Guru Pondok yang menyokong PAS.

    Demi mempertahankan kebatilan mereka...mereka menidakkan Pilihan Yang Jumhur yg menentang mereka dan memilih Pilihan Yang Lemah yg menyokong kebatilan mereka.

    Aduhai Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Dan ini adalah fakta. Umat Islam perlu berpegang kepada jumhur. Bukan pandangan yang kecil. Nak tanya soalan kepada puak-puak UMNO ini. Majoriti ulama itu menyokong PAS atau menyokong UMNO?

      Delete
  29. YA ALLAH, KEHIDUPAN YANG TERSIKSA DAN MENYIKSA, ADA ATAS MUKABUMI INI UNTUK HAMBA ALLAH TAHU DAN AMBIL IKTIBAR.


    http://www.youtube.com/watch?v=nKZIPJ0PMTw

    ReplyDelete
  30. Allahyarham Tuan Guru Hj Sabran Asmawi..saya pernah berjemaah dgn beliau semasa menjadi ADUN Semanggol..orangnya sgt rendah diri walaupun dia pemimpin...indahnya bersama ulama'..

    ReplyDelete
  31. Anda lawan PAS, samalah dengan anda melawan para ulama' dan auliya'.

    pas tu part ijer.. bukan orang
    esok lusa boleh jadi penzina yang memimpim parti ni...
    kan dah berlaku dah...
    jangan taksub dengan makhluk
    taksub dengan ALLAH dan Rasulnya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak taksub, namun kita mesti ingat Ahli Sunnah wal Jamaah telah menetapkan untuk kita sentiasa berpegang kepada jumhur ulama'. Ini kerana ulama itu pewaris para nabi. Kalau kita tak berpegang kepada ulama' kita nak berpandukan siapa? Jawab!

      Memang ulama' tidak maksum, namun pabila ulama'2 mensyurakan sesuatu keputusan, kita sebagai rakyat biasa kena ikut dengan kefahaman dan perbuatan. Saya hanya menyebut di Malaysia, ulama' telah mensyurakan berkenaan penubuhan PAS dan majoriti ulama' serta ahli agama tanah air berada bersama saff perjuangan PAS.

      Takkan la kita yang jahil ini tak mahu ikut bersama ulama' pula?!

      Delete
  32. pas k.o.. k.o pas..

    berpada2 lah berpolitik.
    meh kita bersalam2 sesama islam. pas islam. umno pun islam.

    syurga neraka bukan pada kertas undi

    mgkin dlm umno tiada wali
    tp pasti ada yg berjuang kerana agama bangsa dan negara dgn seikhlas hati..

    islam milik semua.
    suatu perjuangan pun milik semua.
    meh sama2 sucikan hati

    la ila ha ilallah
    muhammad rasulullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, PAS itu islam. UMNO juga islam NAMUN tidak faham. Ya, syurga neraka bukan pada kertas undi NAMUN setiap perbuatan kita di dunia ini menentukan ke manakah tempat pengakhiran kita di akhirat kelak.

      La ila ha ilaLlah | Muhammad Rasulullah SAW

      Delete
  33. Aq org sik, dan satu-satunya kebanggan aq tntg Sik adalah ada pondok Tuk Guru Haji Salleh, dan aq cukup pantang2 dgn mna2 manusia hina tuk guru, hampa ingat spa dya hampa hina, hanya krna masuk politik seseorg tu dianggp jahat,
    Hampa ingat tuk guru syok2 ka msuk politik, masalahnya kita lani di pegang oleh bapak juhala, kpala jahil paling besar, kalu dpgg oleh org yg baik xpa la jgk sbb tu ulama bwat PAS sbgi wadah pjuangan bg spa yg cintakn Allah dan Rasul,
    Dah2 trg2 tulih dlm new straits time Say No to Hudud, boleh dok p sokong g, pki la otak yg Allah bg

    ReplyDelete
  34. anak Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha mengajar kat skolah saya sbgai kaunselor..anak Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai pon pernah tpi dh pencen

    ReplyDelete
  35. Tahun lepas aku pernah sakit teruk,Masa sakit tu aku mengalami satu pengembaraan rohani..dan didedahkan dengan banyak perkara2 ghaib. sebab kenapa terjadinya sakit teruk itu..juga di dedahkan dgn banyak perkara ghaib,alam dan takdir (takdir ni paling susah sekali) tentang ikhlas juga susah..dan termasuk juga hal politik...dalam hal politik ni aku nasihatkan tingalkanlah pas...jika masih kurang percaya sebab kepercayaan kepada pas sudah sebati dengan diri..buat solat taubat dan istikarah selepas solat fardu doa bersungguh kpd tuhan tunjukkan jalan yg benar dan di redhainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kerana diberi ilmu laduni,ilmu direct dari tuan punya ilmu.Selalunya orang taksub dengan semangat kepartian ni kita tak boleh buat apa,jadi apa yg boleh kita buat biarkanlah siluncai terjun dengan labu2nya,bahagian masing2..

      Selagi masih duduk bawah tempurung politik demokrasi ni selagi itulah tak kemana,asyik berpusing2 dalam lingkaran yg sama..

      Delete
    2. alhamdulillah..syukurlh

      Delete
  36. Alhamdulillah sejuk hati bila mengenangkan wali2 Allah ini. Tapi sebenarnya demokrasi berparlimen ini sebenarnya dah lama dirancang oleh pakatan zionis semata-mata untuk mengundang permusuhan dalaman diantara puak2 terutama orang2 Islam dalam sesebuah negara. Mereka tahu bahawa parti yang berbeza2 ini akan bertelagah sesama sendiri dan akan sentiasa mencari keaiban lawannya. Dengan demikian kita tidak akan bersatu dibawah tali Allah dan mereka dengan senang menyucuk pengaruh mereka dalam negara kita. Cuba rujuk buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia dan Pendedahan 24 Protokol Yahudi dalam Bahasa Malaysia, tulisan Sabaruddin Hassein.

    Apa kata kita umat Islam sama2 bersatu dan berpegang kepada Quran dan Sunnah tanpa menolak hak2 orang bukan Islam yang tinggal di Malaysia sebagaimana yang diamalkan oleh nabi kita Muhammad saw semada baginda mentadbir Madinah dulu. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini,

      "Apa kata kita umat Islam sama2 bersatu dan berpegang kepada Quran dan Sunnah tanpa menolak hak2 orang bukan Islam yang tinggal di Malaysia sebagaimana yang diamalkan oleh nabi kita Muhammad saw semada baginda mentadbir Madinah dulu. Wallahualam."

      Bagaimana dalam keadaan sekarang, kita nak kembalikan sistem nubuwwah tersebut?

      Delete
  37. kepada:- Gua tada hal punya....sehat ke x ? Brape biji duk men kuda ?

    ReplyDelete
  38. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir ur...usanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.


    Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian... sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:


    وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ


    وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


    Maksudnya:

    …dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Istikharahku adalah untuk bersama dengan Parti Islam SeMalaysia dengan thariq gabungan haraki+sufi. Perjuanganku seiring dengan jalannya menelusuri telapaknya kaki Imam Hasan al Banna, Badiuzzaman Said Nursi, Sheikh Yusuf Qardhawi, para Habaib dan para Ulama Haraki termasuklah pimpinan Ulama' di Malaysia seperti Dr Zulkifli Muhammad, Ustaz Yahya Othman, TG Nik Abd Aziz, TG Abd Hadi Awang, Ustaz Fadzil Noor, Dr Haron Din dan lain-lain.

      InsyaAllah, amien.

      Delete
  39. https://www.youtube.com/watch?v=SwV7--D3SSM

    Semoga mendapat sedikit ilmu daripada perkongsian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tassawuf warisan Rasululullah..

      Delete
    2. Kami di pihak PAS tidak menolak tasawuf malahan menjadikan sebahagian daripada tarbiyah dan pegangan dalam menempuhi badai perjuangan ini.

      Delete
  40. https://www.youtube.com/watch?v=gUrtGDix3pQ

    perihal tentang penyakit hati bahagian 1...kena dengar...ni

    ReplyDelete
  41. Salam. Sapa faham Al-Quran, tak akan join politik kepartian. Politik tidak disebut langsung dalam Al-Quran. Macam mana tuan-tuan guru boleh tertipu dengan yahudi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Hehe. Mana boleh pulak tak ada dalil ini?

      "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al- Baqarah: 30)

      Ini apa ini?

      Delete
    2. Ayat tu bukan Allah suruh buat parti politik. Mana ada Allah sebut pasal politik. Khalifah mana dijadikan Allah melalui undi. Faham Al-quran ke tak ni? Khalifah wujud melalui penyebaran agama ke seluruh alam bukan melalui undi dan parti politik. Cuba baca sirah nabi s.a.w. dan sahabat r.hum. Penguasaan bumi apabila orang Islam mencapai tahap keimanan dan amal soleh yang dikehendaki Allah. Bukan melalui parti politik. Jangan tertipu dengan yahudi.

      Delete
    3. Ish, ish, ish. Takkan tak nampak perkaitannya lagi? Hadui.

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget