FOLLOW HIJABUL CREWZ

Khamis, 5 Disember 2013

Isu Lembah Bujang: Kenapa Terlalu Buta & Jahil Sejarah Bangsa Sendiri? BENGONG!


Benarkah candi Lembah Bujang menghadap kiblat? Benarkah Lembah Bujang lebih hebat daripada Candi Borobudur dan Angkor Wat? Apakah lagi misteri yang "disembunyikan" di Lembah Bujang ini sehinggakan menarik perhatian bukan sahaja arkeologis dan sejarahwan seluruh dunia malah pengintip serta ejen risikan barat? Apa pula kaitannya dengan kedatangan Islam di nusantara? 

Di Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak tamadun yang setiap satunya memberikan kebanggaan kepada negara masing-masing. Bagan di Myanmar yang mengandungi lebih 1000 buah kuil dari bersaiz kecil hingga besar, Borobudur di Indonesia yang merupakan monumen Buddha terbesar di dunia, puing-puing Sukhotai dan Ayutthaya di Thailand, Myson, pusat kebudayaan tamadun Champa di Vietnam serta wajib dalam senarai, kompleks Angkor yang mengandungi Angkor Wat dan Angkor Thom dengan wajah-wajah gergasi di Bayon,Kemboja.


Semua negara-negara ini mengambil berat akan sejarah mereka seperti Indonesia yang bekerjasama dengan UNESCO untuk membaikpulih Borobudur akibat gempa bumi. Kerajaan junta tentera Myanmar sekalipun, berusaha membaikpulih kompleks Bagan dengan cara mereka sendiri tetapi mengapa Malaysia seolah-olah buta sejarah dan terus mengabaikan warisan sejarahnya?

Kita mempunyai tapak tamadun tertua di Asia Tenggara mengatasi segala pencapaian Angkor, Bagan, Borobudur dan Ayutthaya. Jika Borobudur dibina lebih 400 tahun sebelum Angkor Wat, ada candi-candi di Lembah Bujang dibina lebih 800 tahun sebelum Borobudur dibina!

Di Lembah Bujang terdapat kompleks peleburan besi yang tiada tolok bandingnya di rantau ini. Tiada tamadun lain di Asia Tenggara seawal 1 Masehi malah sehingga 1000 Masehi mempunyai teknologi peleburan besi sebagaimana di Kedah Tua.

Perhatikan catatan pengembara dari Bukhara,Abu Dulaf yang melawat Kedah Tua pada 940 Masehi:

"...saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda..."

Tetapi mengapa pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab yang kononnya berkaitan dengan 'sejarah' di Malaysia terus menjadi makhluk-makhluk yang pekak, buta, tuli dan bisu? Di manakah suara Muzium Negara?Arkib Negara? Perpustakaan Negara Malaysia yang sehingga ke hari ini memeram manuskrip-manuskrip Jawinya untuk dijadikan arak pekasam di stornya? Mana kelab-kelab pencinta sejarah? Mana Persatuan Sejarah Kedah?

Mana dia pensyarah-pensyarah dan profesor-profesor sejarah? Mengapa tiada ulasan atau tindakan dari mereka? Tiada semangat perjuangan dari mereka semua ini. Jelas, apa yang diharapkan adalah semata-mata wang dan material dari profesion mereka. Tiada tanggungjawab sosial dan rasa prihatin. Mereka berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pihak-pihak yang rakus memusnahkan warisan sejarah kita demi mengaut keuntungan.


Anak-anak Melayu terutamanya perlu jelas pasal ini. Candi Lembah Bujang bukan dibina oleh 'Indian trader'. Pasal apa pulak candi Lembah Bujang dikreditkan pada makhluk asing bernama 'Indian trader' ni? Takde pasal mereka nak bina lebih 50 buah bangunan di Lembah Bujang. Dah berniaga dapat untung cabut balik India lah. Habis tu mana perginya kerajaan Kedah Tua yang digembar-gemburkan oleh para pedagang Arab dan Parsi tu? Kerajaan bunian?

Dah ada bukti tapak bangunan di Lembah Bujang, kredit kat 'Indian trader' pulak. Lepas tu persoalkan kenapa kerajaan-kerajaan Melayu dulu takde binaan. Takde binaan kepala otak hang berjambui, dah semua binaan sejarah yang ada dikreditkan kat makhluk asing, lepas tu apa yang kamu dapat? Ini namanya bodoh piang. Tak baca buku. Lepas tu kena tipu hidup-hidup dengan makhluk asing.


Angkor Wat, Borobudur dan Cham Tower kat Vietnam tu takde pulak media mereka kreditkan kat 'Indian trader'. Kajilah pelan layout 'candi' Lembah Bujang tu macam mana. Orientation dia sama ke dengan orientation kuil-kuil di Tamil Nadu, Orissa atau Kerala. Bahan binaan dia sama ke dengan kuil-kuil Chola atau Pandya? Kuil-kuil kat Tamil Nadu standard dia batu gunung yang dipotong bukan batu-bata laterit yang dibakar dan disusun. Brihadeeswarar Temple kat Tanjavur, Tamil Nadu sebagai contoh dibina dengan batu granit gunung bukan batu laterit atau batu sungai.

Semua binaan di Lembah Bujang dibina oleh rakyat tempatan. Tiada kaitan dengan entiti bernama 'Indian trader'.

Sebuah dokumentari di Youtube pasal teknologi Angkor Wat yang sebenarnya dibina di atas sekeping tanah yang terapung di sebuah tasik dan ini memeranjatkan pengkaji mat saleh bahawa bagaimana tanah yang terapung ini dapat menampung berat keseluruhan Angkor Wat! Lepas tu ada mamat dari India dakwa itu adalah teknologi rakyat Tamil kemudian dakwaannya dibidas oleh ramai penonton dari Kemboja yang mengatakan teknologi kuil di India tidak ada sepatah haram pun menyerupai Angkor Wat.

Lihat monumen-monumen di bawah yang telah dikalahkan oleh hanya puing-puing di Lembah Bujang. Hebat dan pelikkan warisan sejarah ini? Nampak zahirnya mereka jauh lebih hebat, tapi tanpa Lembah Bujang, "mereka" tidak akan wujud. Faham?

Myson di Vietnam
Angkor Wat di Kemboja
Kota Ayutthaya di Thailand
Angkor Thom di Kemboja
Bagan di Myammar
Candi Borobudur di Indonesia
Sukhotai di Thailand
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN