Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.
Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?
Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?
Beberapa Versi Tentang Kematiannya
Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.
Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.
Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.
Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.
Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).
Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.
Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, "Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945."
Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.
Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, "Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun," kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.
"Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. "
Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.
Biografi Ringkas Adolf Hitler
Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang "anti-sosial" sebagai sebuah kecacatan.
Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa.
Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).
![]() |
| Surat keiizinan masuk |
Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.
Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar "singa podium", ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.
Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.
Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.
Bukti-Bukti Hitler di Indonesia
Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya?
Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.
Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.
Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran "Doktor Jerman".
Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.
Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan sekerja Hitler yang sama, seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah. Begitu pula tulisan tangan yang ditulisnya dibuku tersebut sangat hampir dan mirip dengan tulisan tangan Hitler.
Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ianya merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.
![]() |
| Surat Izin Mengemudi Dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar |
Hitler yang bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler.
Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler pun menikahinya.
Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain.
"Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries.
Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru gertakan yang sering diucapkan Poch.
![]() |
| Adolf Hitler (kanan) ketika berusia 75 tahun di Sumbawa Besar |
Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar dengan masyarakat," kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, kata Aries, adalah caranya memandu kenderaan Jeepnya.
"Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum bagus, tapi dia memandu dengan satu jari. Luar biasa, "kata Aries. "Itu tanda-tanda dia bekas tentera," tambah Aries.
![]() |
| Adolf Hitler saat berusia 78 tahun, dengan keadaan tubuhnya yang agak bongkok |
Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi.
"Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali tenteranya. Penduduk ketika itu sudah mengira dia bekas tentera NAZI, "jelas dia.
Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang pernah bertugas di kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' di Sumbawa Besar.
Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan sebagai Hitler.
Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan.
![]() |
| Foto ketika Dr Poch menikah dengan Sulaesih |
Kemudian tangannya, kata Dr Sosrohusodo, tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut.
Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika ianya tua, yang ditemui di sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu dengannya di tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu berusia 71 tahun.
Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia temui itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai kepakaran tentang kesihatan.
![]() |
| Surat Perkawinan Lain Dr Poch dan Sulaesih |
Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula terjadi, Poch lalu bertanya pada isterinya yang lalu menjawab, "Ini terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali. "
Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter.
Kata Dr Sosrohusodo, isteri Poch, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya 'Dolf', yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.
Hitler Mati di Indonesia
Pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia adalah memang Hitler yang sebenarnya, Der Fuhrer. Apa sahaja kegiatan Hitler sebelum dia meninggal?.
Terdapat kenyataan daripada Stanlin, bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan di bahagian akhir buku ini menceritakan bagaimana akhirnya seorang pemerintah Nazi meninggal di Indonesia.
Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah.
Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.
Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke sebuah pulau. Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.
Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya. Bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel.
Penutup
Kematian Pemerintah Jerman, Adolf Hitler yang diyakini tewas dalam pertempuran dengan membunuh diri dalam sebuah bunker, pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih dipersoalkan dan menjadi misteri.
"Siapa yang menyaksikan peristiwa di bunker saat Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara rasmi bahwa Hitler dan istri, Eva Braun telah meninggal.
Bukan tidak mungkin Hitler mati di Indonesia. Kerana Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. Silakan siapa pun untuk menemukan jawaban yang sesungguhnya. (Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.,Penulis Buku)
(Foto-foto diatas ditanda untuk menghargai hak cipta)
Judul Buku : Hitler Mati di Indonesia
Katagori : Umum / Tokoh / Sejarah
Ukuran : 14 X 21 cm
Penulis : Ir. KGPH Soeryo Goeritno, Msc
ISBN : 978-602-97263-0-5
Isi Buku : vi + 122 halaman
Penerbit : Titik media Publisher
Buku ini akan menjawab beberapa soalan yang belum terjawab, spt: Mengapa Hitler lari ke Indonesia? Mengapa Hitler akhirnya menjadi Muslim? Apa hubungan Hitler, Indonesia dan Yahudi? Apa yang dilakukan Hitler di Indonesia? Bagaimana hubungan Hitler dengan Sukarno? Dimana kubur Hitler di Indonesia? Bagaimana Hitler boleh berada di Indonesia? Apa kata Jerman, Rusia, Inggeris dan Israel? Siapa lagi yang mengetahui Hitler di Indonesia? Bagaimana Hitler menyembunyikan identitinya?” Buku yang akan menggemparkan dunia” (H.Oetoyo Oesman, SH- Mantan Menteri Kehakiman).
” Merinding saya membacanya” (Drs. J.B Soedarmanto Kadarisman- Mantan Dubes RI untuk Argentina dan Belanda).
” Merinding saya membacanya” (Drs. J.B Soedarmanto Kadarisman- Mantan Dubes RI untuk Argentina dan Belanda).
- Sila Follow Twitter: HiJaBuL Cr3wZ -
.jpg)










boleh sy tau, macam mana nak dapat kan buku ni? sila hubungi saya ye, 0132787378-maslina
ReplyDeletesaya nak juga buku ini. call/sms 0194584229
ReplyDeleteUntuk mendapatkan buku ini, sila berhubung dengan:-
ReplyDeleteNama Syarikat Penerbitan : Titik Media Publisher
Telefon : 0813 15343900
Email : titikmedia@gmail.com
Link Facebook : http://www.facebook.com/pages/Titik-Media-Publisher/539703222722190
Mudah-mudahan dapat membantu bagi sesiapa yang ingin menempah atau membeli buku ini. ^_^
Buku yg sgt menarik, tq. Insya Allah sy tak akan lpskan peluang dptkn buku ni.
ReplyDeleteSila la dapatkannya. InsyaAllah.
DeleteFakta yg dikeluarkan oleh mereka yg berkuasa harus diteliti.. kerap pihak berkuasa memprbodohkan rakyatnya demi utk kepentingan politik.. rakyat harus bijak
ReplyDeleteRakyat sememangnya perlu bijak menilai, membuka minda dengan pelbagai sumber maklumat dan fakta seterusnya menilai dengan sebaiknya. Kini, sangat ramai golongan yang berkuasa memutar belitkan sejarah demi kepentingan politik. Allahurabbi.
DeleteSy pon nak juga buku ini...
ReplyDeleteDapatkannya. Maklumat adalah seperti yang saya tulis di atas. ^_^
DeleteVersi Bahasa Melayu ade tak..Jgn versi indonesia..xfaham..hehe
ReplyDeleteHurm, setahu saya, belum ada lagi. ;)
Deletengape tak paham?
Deletekami aje orang indonesia faham bahasa malaysia
he he he
Hehehe ;)
Deletefakta ini lebih boleh dipercayai berbading fakta dikeluarkan oleh YAHUDI...
ReplyDeleteYa, insyaAllah.
Deleteboleh share dilaman org ingerris?
ReplyDeleteSilakan, tapi jangan lupa translate dulu, takut diorang tak faham pulak. hehe
DeleteSalam,
ReplyDeleteOrang yg dalam foto itu berbeza drp Hitler dari segi bentuk atau susuk tubuh. Bukankah Hitler orangnya pendek? Ini orangnya kelihatan tinggi lampai. Muka pun tidak sama. Ini dari pandangan mata saya, entahlah.
Maka, saya teringat tentang Neil Armstrong yang dahulunya heboh dikatakan memeluk agama Islam.
AM
Waalaikumussalam.
DeleteYa ke berbeza, nampak sama sangat bagi saya. Muka lagi la sama, ace perhatikan betul-betul. Kalau Neil Armstrong dahulu tiada bukti serta kajian yang kukuh lagipun dengan pengakuan terbuka Neil Armstrong juga terang-terang menafikan keislaman beliau. Namun kali ini memang berbeza. Betul bukan? ;D
tapi bro kalau betul dia 2 hitler n menyamar jadi Dr poch kenapa masih simpan misai mcm hitler??kita kalau menyamar mesti nak padam semua aspek agar orang tak kenal..pelik jugak..
DeleteKena tengok pada zaman la saudara. Dulu lain, sekarang lain. Kalau sekarang, ya. Bahkan dengan pembedahan plastik sekalipun musuh masih boleh menjejaki kita. Sila fikirkan keadaan zaman itu dengan zaman sekarang. Maka saudara akan nampak bahawa penyamaran yang sebegini rupa sebenarnya telah cukup amat-amat berkesan dah. Lagipun, dengan lokasi persembunyian pun tidak diketahui oleh musuh. Faham? ^_^
Deletesiapa ckp hitler pendek??ketinggian beliau melebihi dri 170cm...mohon saudara bnykkn membaca....
DeleteYa, betul.
DeleteBRO BOLEH X NK SHARE DI BLOG SAYE??????
ReplyDeleteBoleh, silakan. ^_^
ReplyDeleteok thnks ye....
ReplyDeleteAfwan ;)
DeleteKalau betul, baguslah. Pengakhiran hidup dalam beriman.
ReplyDeleteInsyaAllah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya. ;)
DeleteArtikel bodoh gitu kalian percaya saja ... Apa-apa kalau sudah dilabel Islam langsung amin-amin-amin ... Otak tidak dipakai .... Payah kalian ini semua ....
ReplyDeleteSaya tak paksa kamu percaya pun. Terserah. Hanyalah kajian manusia, berdasarkan teori serta kajian yagn mendalam beserta bukti-buktinya sekali. Namun, selain Al Qur'an, Al Hadis, Ijma' dan Qias. anda bisa menerima atau menolaknya. Terpulanglah kepada anda tapi rasional la!
Deletekadang2 bila kita komen sesuatu pon bole nmpak mentaliti BODOH..komen seharusnya menggunakan ayat y adil sbb kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan..terpulang kepada orang sama ada nak percaya atau pun tidak, kita manusia biasa dan kajian di lakukan manusia juga belum tentu tepat TAPI belum tentu salah sepenuhnya..boleh mengkritik bukan menghina...SEKIAN
DeleteBetul tu. Saya setuju. Terima kasih Mariatul Qibtiah Dzulkefli Simspsons(IceQueen). ^^
DeleteMemang mantap writers di blog ni. Penuh dengan sumber rujukan yang hebat. Kekalkan gaya penulisan anda semua.
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan anda. InsyaAllah, saya cuba untuk istiqamah. ^^
DeleteBetul ke nie? entah2 propaganda je kot. Nak nampakkan umat Islam nie semacam syok sendiri. Hai entahlah... Kalau betul dia masuk Islam, alhamdulillah.
ReplyDeleteTerpulanglah. ^^
Deletemungkin bisa jadi hitler meninggalkan jerman sbelum jerman di serbu total oleh tentara Rusia, saya berpendapat tak mungkin Petinggi pemerintahan sperti Hitler mati karena bunuh diri semudah itu, masih banyak pengikut setia Hitler yg ingin melindunginya.
ReplyDeletekalau hitler benar2 masuk islam diya mendapatkan Hidayah dari Allah Swt.. Sekian
Moga ianya benar. Pelbagai konspirasi serta teori yang telah dikemukan. Semuanya adalah kabur sebelum kajian ini dilakukan. Jelas bukan? ^^
DeleteHi Hijabul crewz,
ReplyDeleteAnda minat utk mengetahui siapa sebenarnya Sultan Abu Bakar yg kedaulatannya tersebar dari Johor , Riau dan Lingga? Kedaulatan Johor di iktiraf sebagai negeri sahabat pada tahun 1885 oleh Queen Victoria nenek kpd Queen Elizabeth II di London saat ini. Yg sekarang mengaku sebagai keturunan sultan Abu Bakar di Johor itu adalah Pengkianat besar. Yg menjadi sultan di Johor sekarang ini bukanlah dari keturunan Almarhum Sultan Abu Bakar yg sebenar.
Salam kepada Harun Aminurasyid,
DeleteYa, macam ada sesuatu yang menarik nampaknya. Agak teruja saya untuk mengetahuinya. Boleh kongsikan lagi?
Assalamualaikum.
DeleteMohon pencerahan. Saya juga sangat berminat. Saya difahamkan darah kesultanan negeri Johor berkesinambunangan daripada darah kesultanana Melayu Melaka. Saya juga sangat2i meyakini, sebahagian kerabat diraja yg menduduki takhta kesultanan sekarang ini bukanlah pewaris takhta yg sebenar, yg mana pewaris yg sah, disingkirkan atau disembunyikan utk satu tujuan yg relevan bagi kebangkitan Islam dalam masa2 terdekat ni.
Mohon pencerahan. Ayyubishahid@gmail.com
Wallahualam. Itu diluar pengetahuan saya. ^^
DeleteAssalam.. Boleh juga saudara dapatkan informasi mengenai Panglima Awang Enrique, yang dikatakan orang Melayu dan manusia pertama mengelilingi dunia? Saya amat terpengaruh dengan kisah tersebut, tersebut Awang dibawa ke Sepanyol selepas Melaka ditakluki dan membuka kawasan yang diberi nama Malaga sempena Melaka. Harap saudara dapat membuat kajian. Terima Kasih
DeleteWa'alaikumussalam. Sejarah berkenaan dengan Panglima Awang sudah saya tulis. Lihat link ini:- http://hijabulcrewz.blogspot.com/2011/04/bongkar-sejarah-panglima-awang.html
DeleteBerkenaan dengan Malaga itu pula, saya juga pernah terbaca bahawa nama Malaga di Sepanyol itu diambil sempena nama Melaka di Tanah Melayu. Namun, saya tak pasti sejauh mana kebenarannya. Dengar cerita, sebab di situ wujud perkampungan pedagang-pedagang dari Tanah Melayu (Empayar Kesultanan Melaka) yang membukanya di sana. Wallahualam.
aku sudah beberapa kali baca tentang kematian adolf hitler.memang saya sangat kagumi kerana Adolf Hitler adalah idola saya sebenar. ternyata ini benar dr poch itu adalah Adolf hitler yg sebenar tpi bagi di negara jiran lain, org tidak percaya apa dia baca tentang artikel walau dari segi bahasa itu lain.
ReplyDeleteSebaik-baik idola itu Nabi Muhammad saw. Tapi kita boleh salute kepada Hitler ini. Dia telah membuka mata dunia berkenaan dengan Yahudi. Wallahualam. ^^
Deleteya. kedua dua saya sokong trime kasih kerana bagi penjelasan walaupun tiada kukuh berbanding yg lain ttpi berkenaan maklumat itu tidak ade kesalahan bagi saya. :)
DeleteYup. Sama-sama.
DeleteTahniah, walau lewat/lambat mengetahui informasi spt dicatat. Pada fikiran sy melabelkan Hitler sbg kejam dan tidak berperikemanusiaan mirip persepsi Yahudi - satu bangsa bongkak dan sebenar-benarnya mrk lah yg kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah Hitler pernah berkata, dia tidak menghapuskan Yahudi supaya dunia tahubetapajahatnya bangsa ini.
ReplyDeleteHati-hati tipuhelah Yahudi menerusi pelbagai media dan pentas antarabangsa, kembali merapat ukuwwh Islam sedunia, berpegang kuat al quran, hadis, ijma ulama.
Ya, saya sokong. ^^
Deletesaya suka artkel ni...saya nak share :-)
ReplyDeleteSilakan. ^^
Deletebetul kah cerita ni?
ReplyDeleteBerdasarkan kajian bukan hanya teori semata-mata. Telah dikaji. Kebenaran mutlak hanya Allah yang tahu. Wallahualam.
DeleteWallahu 'alam - jika dilihat bentuk kepala Hitler dan bentuk kepala Dr Poch adalah berbezaan yang cukup ketara. Hitler mempunyai bentuk kepala yang membulat tetapi Dr Poch mempunyai bentuk kepala yang memanjang.
ReplyDeleteMungkin sahaja seseorang apabila susut badannya, wajahnya akan menjadi cengkung. Namun itu tidak mampu menukar bentuk kepala seseorang.
Hakikatnya, perbezaan physiologi tidak dapat diketepi apabila membuat dakwaan bahawa Hitler dan Dr Poch adalah orang yang sama.
Itu perkara biasa la. Pabila tua muka menjadi lebih kurus dan cengkung. Lagi2 dia berada di persekitaran yang jauh berbeza dengan tempat asalnya. Wallahualam.
Deletepada pendapat aku lah....rasanye betul,hitler tuh mati dkt indonesia,xkan lah die sng2 jew nk bunuh diri,terkena racun la...jgn prcaya sgt cerita barat atau israel dieorang semua nk kawal dunia...hitler tu tinggi dia pena jumpe allien...lagi satu waktu muda bntuk tidak akan berubah,bila tiba wktu tua bntuk badan otak semua akan berubah...bagi aku larh,hitler nie adalah salah seorang dari berpuluh ribu pejuang sebenar yang cuba pihak barat dan israel tenggelamkan.
ReplyDeleteKemungkinan itu ada. Kerana ianya berdasarkan kajian. Wallahualam.
Deletealhamdulilah, with the artikel. Pengupasan macam ni bagus mantap. Kepada yang tak appreciat tak pe lah... bro this a challange dalam dunia penulisan.Insyallah Wallahua'alam.
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah, sokongan dan semangat para pembaca sekalian akan saya jadikan oengat azam.
Deletehitler kn hidup lg..kt jd penerbit/pengarah filem lg kt malaysia.callsign dia opie zami
ReplyDeleteHahaha. :D
Deleteklau bace kt wiki , dia ckp hitler mati tembak bunuh diri , dan jelas2 dia ckp bunuh diri , Allah terima ke org yg bunuh diri ?
ReplyDeleteTak baca ke artikel kat atas tu? Huhu.
Deletebaru tau aku kalo hitler itu dokter :D
ReplyDeletedemi kebanggaan buta lantas semua logika ditabrak. coba cek sanggahan yang ada dulu sebelum posting, jangan malah jadi bahan tertawaan. hoax dipercaya, kasian
Hahaha. Dokter apa'an? Kok bacain sampai habis dong. Dia kan general di medan perang, jika ngubat-ngubat yang biasa itu mesti dah jadi kebiasaan, malah dalam medan perang lebih teruk daripada sakit yang normal pun ada. Dunia dahulu bukan macam zaman sekarang, hanya dokter yang benar-benar keluar daripada Universitas yang bisa melakukan pekerjaan itu. Dia askar!
DeleteFAKE FAKE FAKE FAKE,,, orang yang cetek pemikiran sja yang percaya bulat2 fakta ini,, seluruh dunia dah tahu adolf hitler mati di germany tapi org bawah tempurung in ckp hitler mati di indonesia, orang dah sampai kt bulan ko masih kt bawah tempurung, nanti kalo ada yg nk pegi temuduga jadi guru sejarah, kena tanya soalan, ko ckp jak hitler mati kt indonesia, pasti ko yg terbaik 'dari belakang'
ReplyDeleteBetul ke org naik ke bulan,?aku tak prcya dgn amerika ni,
ReplyDelete