FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 20 May 2013

[Bongkar] Sejarah Yang Digelapkan: Konspirasi Yahudi & Christopher Columbus




Perpustakaan Kongres (Library of Congress) di Washington DC ada menyimpan sebuah 'khazanah tersembunyi Islam' yang mana ianya adalah sebuah perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, pada tahun 1787. Di perpustakaan tersebut - akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee ketikaitu AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, anda akan ditemui cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat manakala kaum lelakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.

Cara berpakaian ini dapat ditemui dalam gambar atau lukisan suku Cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum akhirnya benar-benar pupus dari benua Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.


Berbicara berkenaan suku Cherokee, tidak boleh terlepas dari suku Sequoyah. Sequoyah adalah orang asli suku Cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah sebuah aksara. Jika sekarang kita mengenali abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara mereka sendiri.

Yang membuatkannya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat Cherokee abad ke-7 yang ditemui terpahat pada batu-batuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” dalam bahasa Arab.


Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga pada Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ia ditunjukkan pada gambar-gambar antara tahun 1835 dan 1870.

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak terjangkau oleh pancaindera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti kenyataaan oleh seorang Ketua Suku Ohiyesa :”In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”. Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.

Bagaimana Ketua Suku Indian Cheeroke Boleh Menjadi Seorang Muslim?

Semangat orang-orang Islam dan Cina ketika itu untuk mengenali lebih jauh tentang dunia tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluaskan dakwah Islam telah mendorong beberapa pemberani di antara mereka untuk melintasi wilayah yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka pada ketika itu.


Beberapa nama masih lagi sangat tersohor sehingga kini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya -- sebut sahaja Cheng Ho dan Ibnu Batutta, namun beberapa nama lagi hampir tidak terdengar dan hanya tercatat di dalam buku-buku akademik.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan Muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871 – 957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang pengembara muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Andalusia, Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.

Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang antara lainnya memuatkan bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh turut menulis, bahawa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol ke Barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan Atlantik. Mereka kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehi dari tanah asing.

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Andalusia, Hisham II (976-1009) seorang pengembara dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulauan Canary).

Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Perlayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maroko dicatatkan juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Maroko pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307) raja ke-enam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Karibia pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang kini telah dilupakan, dahulunya adalah merupakan sebuah pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan yang maju di benua Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan orang menuju ke Timbuktu atau bermulal dari Timbuktu.

Sultan yang tercatat mengembara benua hingga ke benua baru saat itu ialah Sultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para pengembara ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’is yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada Raja Uthmaniah, Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bahagian barat, Amerika Selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brazil secara cukup tepat.


Bukti lainnya adalah, Christopher Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Karibia) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Dia faham bahawa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudakkan rakyat Amerika. Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa orang daripada mereka menikahi orang-orang pribumi.

Seterusnya, Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Hingga ini sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Kuba, Mexico, Texas dan Nevada.


Dan tahukah anda? 2 orang nakhoda kapal yang dipimpin oleh Columbus, kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu dua bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Maroko Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Dan mengapa hanya Columbus sahaja yang hingga kini dikenali sebagai penemu benua Amerika? Kerana ketika terjadi pengusiran 300 000 orang Yahudi dari Sepanyol oleh Raja Ferdinand yang beragama Kristian, orang-orang Yahudi kemudiannya telah mengumpul (membiayai) dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ telah dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang merupakan orang Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran Columbus ini nampak sangat demi hanya mengejar kemahsyuran dan diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesanan penaja Columbus’ iaitu orang Yahudi Sepanyol. Sehingga kini media massa mahupun ahli akademik dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh Yahudi terus-menerus mengguna pakai 'berita penemuan benua Amerika' oleh Columbus.

Maka tampaknya ada ketidakjujuran dalam menulis fakta sejarah berkenaan penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan kaki ke benua Amerika.

Dan tahukah anda? Sebenarnya laksamana Cheng Ho adalah penemu benua Amerika lebih awal iaitu sekitar 70 tahun sebelum Columbus.

Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di tanah Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah terlebih dahulu datang ke sana. Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London tidak lama dulu telah mengalami kejutan besar dek kerana pendedahan seorang krew kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya dan lantas mendapat perhatian besar.


Menzies yang tampil dengan penuh keyakinan - menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur asal China, Laksamana Cheng Ho. Bersama bukti-bukti yang ditemuinya dari catatan sejarah, dia lantas membuat kesimpulan bahawa pelaut serta pengembara ulung dari Dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.

Bahkan menurutnya, Cheng Ho ‘mengalahkan’ Columbus dengan jarak (perbezaan) waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies tentu membuat kekecohan kerana masyarakat dunia selama ini mengetahui bahawa Columbus lah penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Pendedahan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah.

Beliau menunjukkan sebuah peta yang dilakar sebelum Columbus memulakan ekspedisinya, lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Cheng Ho yang disandarkan sebagai bahan bukti. Menzies sangat yakin selepas beliau meneliti ketepatan dan kesahihan bahan-bahan bersejarah tersebut.

Cherokee Syllabary ”Laksamana inilah yang sepatutnya dinobatkan sebagai penemu pertama benua Amerika,” ujarnya. Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk penelitian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga penggunaan teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti tersebut, kata kunci yang boleh mengubah sejarah ini, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan penjelajahan Cina kuno bersumberkan pada masa pelayaran Laksamana Cheng Ho. Penjelajahannya sehingga merangkaui benua Amerika telah mengambil masa antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Cheng Ho berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Huraian astronomi pelayaran Cheng Ho menyebut, pada larut malam ketika terlihat bintang selatan sekitar tanggal 18 Mac 1421, lokasinya di hujung selatan benua Amerika Selatan. Kata kunci ini kemudiannya dibina semula dengan menggunakan software Starry Night dengan membandingkan peta pelayaran Cheng Ho.

“Saya memprogram Starry Night hingga masa di tahun 1421 serta bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” jelas Menzies yang juga merupakan seorang ahli pelayaran dan bekas komanden kapal selam angkatan laut British. Daripada bukti ini, beliau akhirnya menemukan dua lokasi berbeza daripada pelayaran ini berdasarkan catatan astronomi (bintang) ekspedisi Cheng Ho.

Telah terjadi pergerakan pada bintang-bintang ini, sesuai putaran serta orientasi bumi di angkasa. Akibat putaran bumi yang kurang sempurna membuatkan paksi bumi seolah-olah mengukir lingkaran di angkasa setiap 26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut ketepatan, berarti tiap titik kutub membidik bintang berbeza selama waktu berjalan. Menzies menggunakan software untuk membina kedudukan bintang-bintang seperti pada masa tahun 1421.

“Kita sudah memiliki peta bintang China kuno namun masih memerlukan penanggalan petanya,” kata Menzies. Ketika sedang pening memikirkan masalah ini, tiba-tiba beliau menemui kata kuncinya. “Dengan kemujuran luar biasa, salah satu dari tujuan yang mereka lalui, yakni antara Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.”

Bahagian dari pelayaran tersebut sebenarnya sangat dekat dengan garisan khatulistiwa di Lautan Hindi. Adapun Polaris, sang bintang utara, dan bintang selatan Canopus, yang dekat dengan lintang kutub selatan, tercantum dalam peta. “Dari situ, kita berjaya menentukan arah dan kedudukan Polaris. Sehinggalah kita boleh memastikan masa daripada peta itu iaitu tahun 1421, lebih dan mkurang 30 tahun.”

Sequoyah Atas penemuan tersebut, Phillip Sadler, iaitu pakar pelayaran dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, mengatakan perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang amatlah dimungkinkan (berkemungkinan tepat). Dia juga bersetuju bahawa anggaran waktu 30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies, juga masuk akal.

Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Cheng Ho sebagai penjelajah ulung. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat dayaYunan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada etnik minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Cheng Ho diketahui pernah membuat perjalanan menunaikan haji ke Tanah Suci Makkah. Sementara Cheng Ho sendiri membesarr dengan banyak mengadakan pengembaraan ke banyak wilayah. Beliau adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming. Pada saat pasukan Ming menguasai Yunan tahun 1382, Cheng Ho turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Cheng Ho pun dijadikan sebagai pembantu putera mahkota yang kemudiannya menjadi Maharaja bernama Yong Le. Maharaja inilah yang memberi nama Cheng Ho hingga akhirnya beliau menjadi salah seorang panglima laut termashyur di dunia.

76 comments:

  1. dalam malaysia pun banyak sejarah yang disembunyikan, bagaimana melaka boleh berlawan dengan portugis, belanda sampai beratus tahun kalau keupayaan orang-orang melaka (dalam buku sejarah) hanya menggunakan keris dan tombak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sedara..mungkin mereka x gunakan keris dan tombak sedara..kan ketika tu iman baru je masuk ketanah melayu dan ianya masih segar..boleh jadi(walahuaklam)ketauhidan mereka berada ditahap tinggi,sejarah telah membuktikan apa saja jenis kuasa besar yg dimiliki kafir hanya boleh dikalahkan dgn tauhid,dan apa saja kuasa besar yg dimilki islam akan hilang jika ketauhidan lemah..firaun yg punya macam2 keupayaan pun kalah juga dgn tauhid,sebab tu semua nabi2 bawak tauhid untuk ditegakkan kedalam hati2 tiap manusia..tauhid lah senjata yg tiada mana makhluk pun boleh kalahkan walaupun kamu berseorang diri insyaAllah..bila tauhid hilang,baru makhluk lain boleh ulam2 ganyang2kan kita.khalid alwalid ada 4o k tentera yg keupayaannya x setanding lansung dgn rom hampir 3oo k/walahuaklam(parsi dah terlungkup ,perang pertama dgn rom nabi hantar 3k je,pun rom xdapat kalahkan tentera islam,bahkan muka mereka yg malu)..keyakinan nabi saw dan sahabat2 semasa perang bukan lagi bergantung pada senjata,tentera nabi saw 313,ada yg guna pelepah tamar je,pun kafir x dapat kalahkan islam,bahkan muka mereka yg malu..moralnya,apabila kita masih berfikir/yakin/berpegang yg senjata itu boleh tentukan maju mara/pergantungan kepada manusia itu boleh tentukan maju mara kehidupan kita org islam,itulah
      tanda kita telah mundur kebelakang..mana taknya,fikir kita sama je mcm fikir2 org kafir..sebab tu kita tak berjaya..umar ckp ape selepas pecat khalid disebabkan penelitiannya manusia hampir taksub pada khalid?"yg menangkan kita bukan khalid tapi ALLAH"..khalid ckp ape tentang pemecatannya kerana khalid x menunjukkan kemarahannya pada umar?"aku berperang bukan kerana umar tapi kerana ALLAH"..dalam hati mereka ada ALLAH je..apa ada dlm hati2 kita(termasuklah saya yg jahil ini)?bergantung pada manusia?bergantung pada senjata?insyaAllah sama2 muhasabah sayangilah sedara mara kita dgn berpesan2 pada Allah dan rasul,insyaAllah..inilah tanda kasih sayang sebenar insyaAllah..yahudi tak mungkin kalah dgn senjata2 yg kita ada wahai sedara,ianya akan kalah dgn tauhid..kafir akan berjaya dgn fikir/pegangan kafir tapi islam x boleh berjaya dgn fikir/pegangan kafir..

      Delete
    2. terlupa..apa pun saya respek kat sedara kita tuan blog ni en hijabul yg menahan dirinya dari terus bercerita salah menyalah sesama kita sama sedara yg x bertepi ddalam politik d kala ramai manusia lain belum mahu berenti..walhal kalau dia nak teruskan pun boleh juga kan hehe..semoga kamu en hijabul,keluarga kamu,sedara mara kamu,kawan2 kamu ALLAH kurniakan kebahgiaan zahir dan batin insyaAllah..salam bro.

      Delete
    3. Sudah sedia maklum dengan kajian mutakhir ini, orang Melayu dahulu kala bukan hanya berperang menggunakan keris, tombak. Meriam sudah mnjadi senjata utama City-States di seluruh nusantara. Kita sahaja yang ditipu oleh "Buku Teks Sejarah" kita sendiri sejak dibangku sekolah menengah lagi. Kenapa fakta berkenaan dengan teknologi persenjataan Melayu disembunyikan oleh kerajaan? Kenapa?

      Melayu mudah lupa~

      Kepada yang rasa sebelum ini, saya banyak menulis artikel berunsurkan politik, saya hanya berharap anda menghormati pandangan dan tulisan saya seadanya. Sebenarnya sejarah dan politik takkan pernah dapat dipisahkan, segala kepincangan yang berlaku dalam politik tanah air berkait rapat dengan kepincangan sejarah kita. Buka mata hati, bijak dalam menilai. ^^

      Delete
    4. sejarah dan politik xkan pernah dpt dipisahkan ni hanya nyanyian dongeng pentaksub2 politik,ianya di ulang2 ntah untuk tujuan apa pun tak taula,ianya samar..dari mana asal usul pemikiran begini pun x pasti la kan..ianya samar..mari cuba sama2 tengok perkara yg jelas/terang/soheh/bukan dongengan.. tapi x berapa ada yg nak ulang2kannya..
      -Allah la yg x boleh dipisahkan dari hati/kehidupan/jalan kehidupan..bila Allah dipisahkan bukan sejarah je akan pincang..pincang yg memang dah pincang pun akan pincang ..bahkan lebih dari itu..
      kita manusia mudah lupe..x gitu?lain disuruh nyanyi lain yg kita nyanyi hehe..sama2 muhasabah insyaAllah.

      Delete
    5. Ha'ah. Tahu pulak Allah tidak dapat dipisahkan dalam setiap gerak geri kita. Islam itu syumul, ia merangkumi semua aspek bidang dalam kehidupan. Ibadat, politik, aqidah, tasawuf, muamalat, munakahat termasuklah sejarah. Tak syok la kan jika kita kata kita ambik agama, agama yang macamana yang kita maksudkan? Sedangkan agama itu sendiri memandu kehidupan keseluruhannya. ;)

      Delete
    6. kat pentaksub2 politik boleh la kamu bohong hehe..muamalat celah mana bila pas ajar manusia2 bersangka buruk/musuhi umno dan umno ajar manusia2 bersangka buruk/musuhi pas..dan gerak kerja ni makin hebat dari hari le hari,muamalat buatan sendiri ke hehe?lagipun.. tauhid/aqidah lah yg akan melahirkan muamalat,bukan muamalat yg lahirkan tauhid/aqidah,dan tauhid/aqidah yg benar akan lahirkan muamalat yg benar(insyaAllah)bukan lahirkan muamalat buatan sendiri hehe..kalau kamu berani,buatla artikel yg mengajar manusia sangka baik pada umno,x payah lama kamu buat 3o hari je,pada pengkomen2 umno pula mehla klu berani ajarla manusia sangka baik kat pas pada komen2 kamu tu,kamu pun buat 3o hari je..toksahlah dok nak bohong ngan muamalat politik kamu tu hehe..

      Delete
    7. Senyum tak perlu kata apa2. ^^

      Delete
    8. masa kamu kalah dlm pilihanraya tercinta kamu hari tu kamu senyum x?kehkeh politik politik..xpe,kamu ada lebih kurang 1825 hari lg untuk pilihanraya tercinta kamu tu muncul insyaAllah,x kan 3o hari darinya kamu x boleh curik menulis untuk mengajak manusia sangka baik/suburkan silaturahim sesama sedara semuslim?
      -usahalah sayangi/suburkan silaturahim sesama kita walaupun ianya x dibenarkan politik ciptaan manusia ni insyaAllah..
      -kita sayangi/suburkan silaturahim sesama kita bukan kerana diri mereka atau diri kita tapi kerana Allah insyaAllah..
      -kalau kerana diri2 kita atau diri2 mereka sape2 pun x mampu menyayangi/suburkan silaturahim antara 1 sama lain insyaAllah..
      -yg paling penting,suburkanlah kasihsayang/silaturahim kita terhadap kedua ibu bapa kita yg kita kasihi sedaya upaya,doakanlah untuk kedua ibu bapa kita setiap2 hari untuk kebahgiaan mereka disisi Allah,bantulah keperluan mereka sedaya upaya insyaAllah..

      Delete
    9. Anda telah terpengaruh dengan persepsi yang memakan diri sendiri, agama dipandu politik sedang saya dan sahabat dalam perjuangan PAS menggunakan konsep politik dipandu agama.

      Nak tahu kenapa ramai orang berpesepsi sama macam kamu? Sebab UMNO/BN yang nakkan rakyatnya berfikiran sedemikian. Maaf cakap, anda telah berjaya diracuni pemikiran oleh Team Rahsia Tingkat 4 Putrajaya. Nak saya bongkarkan apa modus operandi Team ini? Kalau nak, saya sudi dedahkannya khas untuk anda. Team ini ibarat Mossad Israel Malaysia.

      Delete
    10. sian aku tengok kamu,kamu memalukan diri sendiri hehe,kamu ni dah kena rasuk ke ape?kamu jgn ingat semua manusia kat bumi malaysia ni perlukan umno dan pas(yg bercakaran didalam 1 lobang najis yg sama)ni mcm kamu(apetah lagi parti2 selain dari umno dan pas),kamu memalukan lah kehkeh,kamu jgn ingat semua manusia kat malaysia ni bergantung pada umno dan pas mcm kamu,oleh kerana kamu dah x mampu nak berfikir benda selain politik(walahuaklam),habis semua manusia kamu ingat sama mcm kamu,aku ulang ye dgr ni baik2-aku x menyokong umno dan pas,bagi aku umno dan pas sama je,bercakaran didalam 1 lobang najis yg sama kehkeh..clear?dan dgr ni baik2 -sayangilah sedara mara kamu dgn BERPESAN2 KEPADA KEBENARAN IAITU KETAUHIDAN TERHADAP ALLAH DGN CONTOHAN NABI SAW..moga2 politik x jadi agama kamu insyaAllah.kamu baca balik komen kamu,sian aku tengok..kamu pandu diri kamu dulu la sedara hehe.

      Delete
    11. Mr bLOGGER Hijabul...jgn layan pencacai yg memisahkan politik dgn Islam.Mereka dah le jahil..tp nak bercakap mcm org ade ilmu..

      Delete
    12. Asyik bergaduh memperbodohkan antaar satu sama lain. Patut Allah perkenankan doa antara kalian.

      Delete
    13. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Delete
    14. Assalamualaikum admin. Mintak maaf la terlambat, kebetulan terjumpa blog ni. Nak bersabar tapi tak boleh nak sabar tengok komen anonymous tu. Tapi saya dah x nak mencarut2 ni. X tahu nak cakap apa. Sokongan saya untuk anda. Dah keluar ke belum artikel Team rahsia tingkat 4 putrajaya tu? Macam best je.

      Delete
  2. Harap admin teruskan artikel begini..jauhkan dari bercerita mengenai politik..barulah boleh jadi penulis yg berkaliber..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik & Sejarah jangan dipisahkan. ;)

      Delete
    2. Suke hati la..berhati-hati dlm mengeluarkan artikel mengenai politik..confirm dulu baru post..skrg ni zaman fitnah..

      Delete
    3. Iya. Terima kasih atas peringatannya. Memang prinsip saya dalam menulis, akan menilai kesahihannya sebelum dikongsikan kepada umum. ;)

      Delete
    4. Yang itu jadi sejarah. Apa yang berlaku dalam dunia moden ini adalah kritikal.

      Konspirasi disebalik Yahudi yang kini mengongkongkan kuasa ekonomi, kuasa politik dan juga kuasa pendidikan moden yang kami skrg sedang menujui itulah yang kritikal. Pun ada orang yang catat konspirasi ini.

      http://realingenious.blog.com

      Delete
  3. Salam tuan rumah..
    Ini barang yg lama aku cari..
    Trimas.

    p/s:moga hati-hati kita sekalianya disatukan.

    ReplyDelete
  4. Melayu Melaka berperang menggunakan Meriam,Terakol(senapang) dan Pistol Melayu( ketika org puteh masih guna powder,org Melayu dh guna peluru bulat,hasil pemindahan teknologi China)
    Kalo x mana mungkin Portugis terpaksa berpatah balik dari dari Goa dan mengumpul kembali kekuatan dari Lisbon..
    Meriam Melayu lbh mudah dilaras krn lbh kecil dan lbh byk..X tertahan kapal2 Portugis nk menanggung bedilan meriam Melaka..Meriam2 ini diangkut dgn kapal yg kecil dan lbh laju dan Kapal2 ini mengepung dan membedil Kapal2 Portugis sehingga tenggelam..Bc buku Teks sejarah,kompom x kluar citer ni..Kena dapatkan info dari Acheh krn keturunan kesultanan Melaka berada di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya setuju. Melayu dahulu kala sudah mempunyai meriam, pistol, terakol & kapal2 perang yang hebat lebih awal daripada tamadun barat. Ketika serangan ke atas Melaka berlaku, ada pembelotan daripada panglima melayu sendiri.

      Kenapa saya kata begitu? Mana mungkin sebuah kerajaan empayar yang sebegini luas, tidak mempunyai sistem peperangan laut yang cekap dan hebat. Tapi ketika serang dilakukan mana semua kapal2 perang ini?

      #Nak tahu lebih lanjut: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/kejatuhan-kesultanan-melayu-melaka-satu.html

      Delete
  5. Ini mcm laa beb..
    baru jempol!!!

    ReplyDelete
  6. ni ada kaitan dengan tajuk asignment aku ni,,''Tokoh Penjelajahan dan Penerokaan:Ibnu Battutah dan Laksamana Cheng Ho''..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Jadi buatlah satu kelainan dalam assignment tu. Jangan hanya mengulangi fakta yang sama tanpa percambahan maklumat dan pemikiran. Jentik sikit pemikiran pensyarah & rakan sekuliah kamu. Jangan hanya bergantung kepada buku yang digunakan dalam kuliah.

      Semoga berjaya. ^^

      Delete
  7. Meriam dan bom sudah adala di tanah melayu zaman tu. Tapi penulis buku teks, penyemak, profesor, menteri BN kata melayu pakai teknologi zaman besi dan kayu je. Hingga satu ketika depa kata negara ni tak pernah terjajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya setuju 100%, siapa yang sembunyikan segala fakta sejarah ini? Siapa lagi kan. Sendiri boleh fikir la.

      Dan yang paling penting kenapa mereka sembunyikan dari pengetahuan rakyat? Hurm.

      Delete
  8. Teknologi alat bedil,leluhur kita sudah lama memiliki formula ramuan untuk membuat belerang/bahan letupan.

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn anon 16:09.... kita sebenarnya telah di tipu...nak tahu siapa sebenarnya Melayu aka Bani Jawi bacalah 'Alter Terahsia Bangsa Melayu" barulah kita tahu siapa kita yg sebenarnya...

    http://www.umplife.com/t1911-senjata-senjata-melayu-yang-digelapkan-dalam-sejarah

    ReplyDelete
  10. Slm,
    lubuk komentator paling 'aman damai' pernah aku jumpa semenjak beberapa abad yang lalu penuh dengan 'jiwa kacau'...
    Alhamdulillah..
    Teruskan bro.

    ::bangsaku penuh dengan jiwa halus adanya.
    (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. You should respect me, when you come to my home. ;)

      Delete
  11. Sememangnya kita advance dari segi senjata tetapi dengan senjata yang hebat dan tentera yang begitu banyak, kenapa Melaka boleh jatuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://hijabulcrewz.blogspot.com/2010/02/kejatuhan-kesultanan-melayu-melaka-satu.html

      Delete
  12. assalamualikum wm wbrt.
    Alhamdulilah artikel mantap...analisis yang kemas. Insyallah teruskan bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih, insyaAllah.

      Delete
  13. Mohon share tuan tanah

    ReplyDelete
  14. terima kasih hijabul crewz. krn membenarkan saya mengunakan blog saudara untuk mencari fakta bukti dan komen rakan2. terima kasih dgn anymous yg berkongsi ilmu tauhid. kebenaran tidak diragui. kerana senjata orang islam paling kuat adalah doa. walaupun info2 tentang terakol sudah saya diketahui. cuma isu nya kenapa ditiadakan dalam sejarah kita.
    jika dikaitkan dengan politik pernah perdana menteri kita dulu ( nama tak perlu sebut ) pernah berkata orang melayu nak buat jarum pun tak tau....sedihkan.
    kita buat isu baru. kenapa tuah 5 bersaudara nama bermula HANG mereka ini melayu ke cina. adakah mereka ini datang bersama puteri hang li po.. tolong komen.
    akhir sekali terima kasih hijabul crewz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat maklumat serta informasi yang saya kaji serta tahu, Hang Tuah 5 bersaudara memang wujud. Dan mereka semua ialah Melayu Islam. Bukannya datang bersama Puteri Hang Li Po.

      Saya ada sudah menyimpan & spare 1 artikel berkenaan dengan kewujudan Hang Tuah ini, namun tiada masa nak edit dan olah lagi. Tunggu la. Satu per satu. InsyaAllah.

      Delete
  15. Kekecohan politik negara-negara yang kaya aset dan sumber asli, dan juga peperangan-peperangan besar dunia boleh di'trace back' to the sinister plans and strategies of the Jews.
    Contoh:
    4. NED, NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY, perpengkalan di Washington, dan dipegang dan diasaskan oleh Yahudi di USA, melakukan kerja batu api, melalui pentajaan dan dana yang teramat banyak, dengan memprovokasi aktiviti kepembangkangan.

    Apabila pembangkang menjadi kuat dan provokatif, pihak kerajaan akan mengambil tindakan keras terhadap pembangkang dan ini akan membolehkan kepercayaan sebahagian besar rakyat terhadap kerajaan yang telah dipilih menerusi cara demokrasi tergugat .

    5. Media Barat akan membantu usaha ini (menjatuhkan parti yang memerintah) dengan meuar-uarkan analisis, pungutan suara rawak, dan pelbagai berita bahawa parti-parti pembangkang akan menumpaskan parti kerajaan dan apabila pembangkang gagal dalam pilihan raya tersebut, parti-parti yang didanai NED telah turun ke jalan raya untuk melakukan protes.

    6. Kaedah lain menggugat keamanan negara ialah menyatukan beberapa parti pembangkang berlainan ideologi di bawah satu payung. Gabungan pembangkang ini akan didanai menerusi seorang tokoh yang dikenal pasti dengan harapan dapat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

    7. “Media training workshop” (untuk pemimpin/ tokoh/ parti pembangkang/ NGO/ media, kononnya untuk melatih peserta mewakili masyarakat dalam bidang komunikasi awam.

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/10/ned-dan-penglibatan-ciliknya-di-negara.html

    Sila juga baca buku:
    Protocols of the Elders of Zion,

    The International Jew (by Henry Ford)
    dan
    Rothschild, Yahudi kepercayaan Dajjal (ibnuyaakub).

    aslmkm


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Nampaknya, informasi yang saudara kutip ini daripada Ibnu Yaakob. Betul kah? Apa maksud komen saudara? Nak kata semua tokoh2 pimpinan pembangkang ini ditaja dan dilatih oleh Yahudi?

      Anda kenalkah siapa Ibnu Yaakub sebenarnya? Anda kena baca keseluruhan artikel beliau. Baca beberapa artikel terakhir beliau. Anda akan tahu bagaimana kerajaan UMNO/BN lah sebenarnya proksi Yahudi & Zionis. Hehe.

      #Jangan hanya kaji ilmu konspirasi tak sudah2, ilmu agama (bersanad) & sejarah akan membantu saudara berfikir dengan lebih rasional dan tepat.

      Delete
    2. Sila baca (juga) buku asal oleh Major Count Cherep Spiridovich, bertajuk The Unrevealed in History.

      Ianya ditulis pada tahun 1926, selepas beliau membuat analisa dan penyelidikan selama 3 tahun berturut-turut.

      Buku tersebut boleh dibeli melalui amazon.com

      Buku wajar dibaca sehingga habis. sekian. selamat membaca.

      Delete
    3. *ralat : saudara -> puan

      Hurm. Banyak jugak buku yag puan baca & beli berkenaan dengan konspirasi Yahudi ini. Menarik. Walaupun saya tak pernah baca buku Unrevealed in History ini, namun saya dah baca hampir semua kajiannya yang diolah dan disebarkan dalam bahasa Melayu.

      Saya bergelumang dengan dunia kajian konspirasi ini sejak di sekolah menengah lagi. Umur saya baru setahun jagung waktu itu, ketika semua rakan2 saya dan ramai rakyat Malaysia masih belum kenal apa itu "Konspirasi". Di akhir analisis saya, disamping merujuk sumber bacaan yang pelbagai, individu yg berasingan. Saya mengambil keputusan untuk bersama perjuangan Parti Islam Semalaysia yang yang orang kata telah terjerumus dalam najis demokrasi ciptaan dajjal. Politik di Malaysia adalah ciptaan dajjal. Macam2 pula orang kata kepada PAS serta pakatan pembangkang.

      Ada yang kata haram, alat zionis dan sebagainya. Namun, tidak pula mereka menyalahkan UMNO/Barisan Nasional. Kenapa? Jujur jika selepas segala maklumat serta ilmu konspirasi yang telah anda semua tahu, siapakah yang sebanar benarnya menjadi "alat dajjal"? UMNO atau PAS?

      Dengan segala kemaksiatan serta penyelewengan agama Islam serta penghinaan hukum Tuhan SELAMA LEBIH 50 tahun, siapakah sebenarnya proksi Zionis Dajjal? Renungkan.

      Delete
  16. Sistem demokrasi ciptaan Yahudi sememangnya meletakkan dua pihak untuk saling bersaing dan berebut mendapatkan kerusi pemerintahan. sama ada menang atau kalah kedua-dua pihak yang bertanding adalah proksi Yahudi, yang parti bebas pun proksi jugak. sebab parti pemerintah ,parti pembangkang dan calon bebas semuanya mendokong dan mempertahankan sistem demokrasi Yahudi tersebut. The Dark Hidden Hand yang mencatur dibelakang semuanya. Janganlah begitu naif dan polos. Kita semua sudah terperangkap dalam kemelut ini dan terlibat dalam pertelingkahan yang berterusan.KIta perlu mencari pemimpin yang dilantik oleh Allah yang dijanjikan pada setiap zaman. Parti Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita diperangkap. Namun, satu persoalan. Bagaimana kita nak keluar daripada perangkap ini dengan cara yang paling "berstrategi, hikmah, syara' & yang paling penting tidak mendatang kemudharatan yang lebih besar kepada umat Islam khususnya di Malaysia"?

      Ada jawapan? Renungkan. Jangan hanya kata kita diperangkap, diperangkap, diperangkap. Tapi, solusinya?

      Delete
    2. habis siapa yang betol? kalau dua2 salah? nak jadi mcm satu golongan syiah yg saban minggu menunggu di pintu gua menunggu imam mereka keluar menghancurkan kebathilan,tanpa berusaha? nak tahu ssb apa parti islam masih belum menang p/raya di malaysia?sbb ada org mcm saudara,golongan tabligh,hisbur tahrir dan NGO Islam lain yg enggan menyertai p/raya atas alasan imam masing2....sepatutnya kita menyokong antara 1 sama lain,kalau p/raya x jalan juga,baru kita cari kaedah lain.begitu juga kita hendaklah menyokong usaha tabligh untuk mensucikan diri dan mengamalkan sunnah dlm setiap aspek kehidupan.juga menyokong program penerangan hisbur tahrir dlm pergertian khilafah islamiyyah,menyokong produk muslim dll.bukan menunggu pemimpin yg ada (malaysia) menyembah imam kamu menyerahkan tampuk pemerintahan malaysia....teori2 juga,jgn semua diteorikan sampai kita ni x bergerak....belum lagi pendedahan ttg bagaimana penjajah british berjaya memisahkan golongan tabligh drp politik,sbb itu mereka dibiarkan bebas bergerak,cuba kalau depa ambil pusing pasal politik,tgk apa yg berlaku.bergitu juga hisbur pendedahan hisbur tahrir yg imamnya keluar daripada saf kepimpinan ikhwanul muslimin saat mereka hampir mencapai kemenangan.apa yg saya tgk hisbur tahrir hanya beretorik,hanya banyak berdemonstrasi....


      kabilah merdeka

      Delete
  17. sedarlah kawan2. saya bersetuju dengan hijabul crewz. penularan freemasson sudah menular di negara kita malaysia tanpa kita sedar. pernahkah puan nshinah melihat kebanggaan kita menara petronas dengan sulaiman temple. pernahkah diselidiki bangunan2 dan layout putrajaya ada persamaan dengan agenda the hidden hand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu. Kaji konspirasi, jangan tinggal ilmu2 agama.

      Delete
  18. Bissmillahhirahman nirahim... Assalamualikum wm wbrt.
    Allah hu akhbar,Allah hu akhbar,Allah hu akhbar,.... ramai kekawan islam diluar sana tak sedar konspirasi Yahudi. Kita bergelumang dengan banyak angkara Yahudi. Walaupun jumlah Yahudi di dunia ni hanya 13.5juta(Economic Review, 2012) tetapi angkaranya kuat sekali.Banyak sungguh sejarah diputarbelitkan oleh Yahudi.Kita harus teruskan perjuangan menegakan Dakwah Islamiah dan melahirkan banyak penulisan untuk menyedarkan konsiprasi ini. Insyallah usaha yang nampak kecil tapi insyallah impaknya besar. Kita harus adakan diskusi diskusi kecil diantara kekawan seiman, seangkatan dan sehaluan dan menjemput kekawan lain dalam perbincangan ini. Kenang dalam doa kita agar kekuatan islam dapat kembali secepat mungkin, dan selamatkan generasi anak anak kita agar tidak terpadaya dengan dakyah Yahudi.
    Wallahu a'alam.

    ReplyDelete
  19. Bagi saya, mana-mana sumber sejarah pun tak dapat kita pegang dgn yakin kerana tak ada bukti yg 100% tepat. Melainkan sejarah yg diceritakan dari al-quran dan hadith sahih. Cerita sejarah yg lain tu walau dr sumber mana pun kalau tak nak percaya pun tak apa, sekadar pengajaran secara umum. Kita selamat kalau pegang Al-quran dan Sunnah, termasuklah ilmu-ilmu sains dll yg benar yg merupakan "extension" kepada Al-quran dan hadith.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al Qur'an & Sunnah sebenarnya tidak menghalang kita menerima sumber sejarah daripada mana-mana pihak mahupun seumber sekalipun hatta ianya daripada seorang Kafir Yahudi sekalipun. Namun, mesti ingat Islam boleh menerimanya selagi tidak bercanggah dengan syara'.

      Dengan fakta serta bukti yang sebegini kukuh, saya berpendapat 90% peratusan untuk fakta ini adalah benar dan tepat. Wallahualam.

      Delete
  20. Melaka kalah mngkn mamak bndara bg ic dkt portgis n sdra mara marco van bastern,hahaha

    ReplyDelete
  21. setuju. banyak sejarah yg sengaja disembunyikan malah ada sejarah sengaja diauta oleh pihak2 tertentu. pendidikan sejarah di sekolah2 di Malaysia banyak berorientasikan barat. sebagai contoh zaman neolitik, paleolitik dll. adakah umat2 zaman dahulu kuno dan mundur sebagaimana diceritakan? bagi sy pendidikan sejarah di sekolah wajar dibahagikan mengikut zaman rasul daripada nabi adam a.s hinggalah zaman sekarang, nabi muhammad saw. barulah anak muda zaman sekarang dapat menghayati ajaran islam sebaiknya... -[http://www.alkhudhri.com ]-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sejarah kita dan dunia amnya telah diselewengkan oleh "mereka yang menang". Baik penjajah, orientalis mahupun pewaris kemerdekaan daripada penjajah (if u know what i meant). Pendapat anda saya sokong dengan pembelajaran terperinci berkenaan sejarah para Nabi dan Rasul namun bagi saya sejarah-sejarah yang selainnya juga wajar diambil berat. Daripada sejarah kita dapat mencorak masa depan.

      Saya sudah follow blog anda, dan linkkan di bloglist saya.

      Delete
  22. salam , tahniah kerana tidak menyembunyikan yg hak , pape pon , truskan tegakkn kebenaran dan ianya hanya akan tertegak dgn mengikuti sunnah2 bagaimana islam itu tertegak melalui ajaran al-quran , kite semua wujud dari satu bangsa yg beriman pada Allah suatu ketika dahulu dan diselamatkan dari banjir yg besar , akan tetapi kite lupa dan leka kerana tiada ilmu yg benar . hope lepasni ada artikel2 berkaitan sejarah yg benar , apa kata sejarah kerajaan malaka , adakah spt dlm buku teks ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Alhamdulillah, jazakallah khaian jaza'. Nak tahu mengenai Kerajaan Melaka? Rujuk arkib artikel2 saya yang dahulu.

      Delete
  23. Seronok baca tulisan dan komen2 kakak2 dan abg2 sekalian.. walaupun byk pendapat yg bertentangan, sekurang2nya dpt membuka minda rmja prmpuan mcm sy ni.. terima kasih semua.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Berseronoklah dalam menuntut ilmu. :)

      Delete
  24. salam...
    saya suka dengan kandungan blog saudara... teruskan perjuangan untuk dakwah dan tarbiyah

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN