FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 15 December 2013

[GAMBAR] Bala Apa Yang Menimpa Bangladesh Sehingga Syahidnya Sheikh Abdul Kader Mullah?

Ketahuilah apa sebenarnya punca kepada kebangkitan rakyat di Bangladesh. Kenali juga siapakah insan pilihan Allah, Sheikh Abdul Kader yang telah syahid baru-baru ini? Baca juga apakah kata-kata terakhir beliau kepada para pejuang Islam bukan sahaja di Bangladesh malah di seluruh dunia. Lihat juga gambar-gambar sekitar pengebumian asy syahid di Bangladesh. AllahuAkbar!

Mahkamah Pengadilan Internasional Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed telah mendakwa pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan Pakistan untuk menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju dengan proses pemisahan Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu berlaku selama 9 bulan, iaitu pada 16 Disember 1971 di mana Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India, bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.

Sheikh Abdul Kader Mullah

Terbaharu pihak mahkamah telah mendakwa Abdul Kader Mullah, pemimpin Jamaat-el-Islami bersalah dan memutuskan hukuman mati di atas tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan pada bulan Februari lalu, Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan tiba-tiba berubah menjadi hukuman mati. Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum ini mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.


Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah ini adalah perubahan yang berpunca daripada protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Kader Mullah terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya. Dalam hal ini, Mahkamah Agung Bangladesh tunduk kepada tekanan segelintir golongan sekular pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya diberikan kepada Abdul Kader.

Sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan di masa perang 1971, tetapi pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran, dan ia beroperasi tanpa melibatkan pengawasan PBB. 

Sepatutnya Mahkamah Bangladesh melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata. Apakah Abdul Kader telah mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk rakyat Bangladesh? Hukuman ini menggambarkan kerajaan Bangladesh adalah zalim dan Sheikh Hasina adalah pemimpin kuku besi yang mewarisi pemerintahan negara tersebut.

Dalam keadaan parti politik seperti Jamaat-el-Islami semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?

Kata-kata terakhir buat keluarga as-Syahid:
"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.


Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.  
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya. 
Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."
Sheikh Hasina Wajed, Perdana Menteri Bangladesh

Mengenai isu berkaitan politik dendam Hasina Wajed, Ikhwanul Muslimin telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Jumaat, 8 Februari 2013 :
  1. Kami bersama deru angin kemerdekaan laungan rakyat yang bertiup melalui seluruh pelusuk dunia, menganggap perbicaraan di Bangladesh terhadap tujuh pemimpin kumpulan Islam (Jamaat-el-Islami) melanggar hak keadilan sejagat dan merupakan tuduhan bersifat politik (tuduhan kerajaan pemerintah terhadap parti Islam), bukannya tuduhan jenayah.
  2. Kami menyeru kepada semua Negara, dan di negara-negara Islam khususnya, bersama badan-badan dan institusi antarabangsa untuk melakukan tekanan agar tragedi kemanusiaan yang menimpa akibat ketidakadilan politik terhadap tahanan politik di Bangladesh ini dihentikan.
  3. Salah satu tujuan syariah (undang-undang Islam) adalah untuk melindungi kehidupan rakyat supaya hak-hak mereka dipenuhi. Kita mesti mendukung nilai Islam yang tinggi, prinsip dan cita-cita keadilannya melebihi dari pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang keadilan kerana sebab-sebab politik dan matlamat menjatuhkan politik lawan.
  4. Kami menuntut kerajaan Bangladesh (pimpinan Hasina Wajed) agar melepaskan semua pimpinan Jamaat-El-Islami yang ditangkap sementara menunggu penyiasatan ke atas kes diselesaikan. Mereka harus menerima perbicaraan yang adil sebelum hakim menentukan semula hak-hak mereka yang termaktub dalam semua lapangan perlembagaan.
  5. Kami memberi amaran kepada pimpinan yang diberi amanah mentadbir negara agar tidak menggunakan kuasa untuk melakukan penindasan, dendam dan ancaman untuk menghilangkan lawan politik rejim.
  6. Kami yakin bahawa Persidangan Kemuncak Islam yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, menyokong sepenuhnya pendaulatan negara berpaksikan keadilan dan kesaksamaan. Kami berdoa kepada Allah agar membimbing mereka berkhidmat demi kepentingan terbaik rakyat dan negara, serta menolak ketidakadilan untuk semua yang ditindas.
  7. Jamaat-el-Islami diasaskan pada tahun 1941 dan berakar dari politik pemikiran Maulana Sayyid Abul A'la Maududi (1903-1979), intelektual yang paling penting Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Al-Maududi juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas Ikhwanul Muslimin dan secara global ia mempunyai hubungan rapat dengan Jamaat-el-Islami. Kerana pengaruh yang dibawa oleh Al-Maududi, Kerajaan Bangladesh telah mengambil tindakan mengharamkan seluruh buku-buku karangan beliau di negaranya. Al Maududi sebagaimana yang didakwa Hasina Wajed telah membawa ideologi radikal dalam ajaran Islam.

Kepada pendukung Jamaat Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.



Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini. 

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi. 
Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.  
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabiladisabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.  
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. 
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.  
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah. 
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!  
Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia
Gambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:


Di bawah pula gambar-gambar sekitar krisis dan penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan diktator dekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya sendiri:


Lihatlah dunia. Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah bangkitnya para pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di sana sehingga membawa kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka, Sheikh Abdul Kader Mullah. Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami sekarang dipenjara. Awas Hasina Wajed, anda bakal jatuh!

Follow Twitter: HiJaBuL Cr3wZ

28 comments:

  1. Semoga Allah melindungi umat Islam seluruh dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA BENAR BENAR TIDAK PERCAYA DAN HAMPIR PINSANG KARNA
      ANKA YANG DIBERIKAN OLEH AKI GUNTUR BUMI TERNYATA TEMBUS,
      AWALNYA SAYA COBA COBA MENELPON DAN SAYA MEMBERITAHUKAN
      SEMUA KELUHAN SAYA KEPADA MBAH MUJARAF,,ALHAMDULILLAH
      AKI GUNTUR BUMI TELAH MEMBERIKAN SAYA SOLUSI YANG SANGAT
      TEPAT DAN DIA MEMBERIKAN ANGKA YANG BEGITU TEPAT..,
      MULANYA SAYA RAGU TAPI DENGAN PENUH SEMANGAT ANKA YG
      DIBERIKAN AKI GUNTUR BUMI ITU SAYA KALI 69 LEMBAR
      DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH BERHASIL,SESEKALI LAGI MAKASIH
      BANYAK YAA AKI,SAYA TIDAK AKAN LUPA BANTUAN DAN BUDI
      BAIK AKI GUNTUR BUMI YANG MEMBANTU SAYA SELAMA 5X PUTARANG
      BERTURUT-TURUT TEMBUS DAN,JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN
      HUBUNGI AKI GUNTUR BUMI =>KUNJUNGI=> http://iniblogcikanjjur.blogspot.co.id
      DEMIKIAN KISAH NYATA demi allah
      TERIMAH KASIH.!!!

      APAKAH ANDA SUDAH TERMASUK DALAM KATAGORI INI..!

      1. Di lilit hutang sama rentenir sehingga anda bisa setres
      dan pergi merantau keluar negeri karna malu hutannya banyak.

      2. Selaluh kalah dalam bermain togel sehingga
      tidak perna merasakan kemenangan.

      3. Barang berharga sudah habis di jual karna buat judi togel
      misalkan mobil,motor,surat-surat tana dan bahkan rumapun bisa di jual karna kalah main togel.

      4. Sudah menghubungi semua paranormal tuk minta angka tapi
      tidak ada yang menghasilkan solusi yang tepat.

      5. Mau pulang kampung tapi tidak ada biaya sehingga tidak
      bisa pulang tuk ketemu anak keluarga di kampung.

      Jangan anda putus asa karna anda sudah berada di salah satu paranormal yang
      sangat tepat dan baliau akan membantu anda dengan angka ritual beliau dan
      jika anda menbutuhkan angka ghoib hasil ritual dari AKI GUNTUR BUMI silahkan hub: 082-346-334-465



      Delete
  2. ya allah,kepaa engkau ku serahkan nasib ku dan nasib sekalian saudara2ku
    engkaulah sebaik2-kekasih
    engkaulah sebaik2-pelindung
    satukanlah hati2 kami ya allah.


    *yaah..kpd pas dan umno yg rasa2 kat hati tkda hubungan darah dan saudara..gaduh2lah selalu.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Rabbal Alamin.

      *siapa kata takde? kamu yang rasa ke atau pimpinan PAS?*
      hehe

      Delete
    2. syukur,semuanya ada..
      maka gunakanlah sebaik2nya.
      hehe..

      Delete
  3. sketsa santai minda

    “Apa gaduh-gaduh ni..”

    “Oh, mana ada gaduh, cuma kutuk mengutuk sahaja bang...”

    “Kenapa kutuk saudara kamu? Suka benar mengutuk orang ni.”

    “Oh, sebab benci laa...”

    “Kenapa benci?”

    “Sebab mereka itu munafik, Nabi pun cakap, benci dalam hati itu selemah-lemah iman.”

    “Kenapa cakap mereka munafik?”

    “Sebab mereka tidak amalkan ajaran Islam dengan betul, pura-pura Islam tapi mereka tolak hudud. Mereka penipu. Kami nak hak kami.”

    “Kalau begitu, kamu kutuk dia itu ikut ajaran Islam kah, Islam ajar kita mengutuk orang lain kah? Apa yang Islam ajar kita? Kamu pun munafik jugalah kalau begitu sebab kamu pun tidak ikut ajaran Islam.”

    “Jangan cakap macam itu bang.. Saya sokong hudud, saya tak munafik.. Saya tengah panas ni bang… kawan-kawan saya pun ramai tu..”

    “Orang-orang saya pun ramai juga, lebih ramai daripada kawan-kawan kamu. Islam itu diukur dari segi penerimaan hudud sahaja ke? Islam itu hanya hudud sahaja ke? Akhlak yang baik itu bukan ajaran Islam ke? Bos kamu kata no more hudud, no more Islamic state, kamu di pihak mana sekarang ini?”

    “Saya tetap sokong hudud bang.. Abang ni geng UMNO ke? Lain macam je bunyi.”

    “Saya bukan UMNO, PAS pun bukan, saya orang Islam macam kamu. Kalau begitu, bos kamu yang tak mahu hudud lagi itu bagaimana pula? Kamu nak kata dia munafik juga ke?”

    “Itu tak munafik bang… Itu tolak ansur dengan kafir bang…”

    “Eh, boleh pula kira macam itu ye? Allah terima ke alasan tu?”

    “Nak cepat ni bang.. kena gerak pergi tempat lain pula..”

    apadaaa..
    (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Anda terperangkap dalam persepsi negatif anda sendiri. Anda tanya siapa ni yang dia jawab camtu? Kalau anda tanya pimpinan tertinggi PAS, anda berani sumpah ke jawapan macam ini yang akan keluar?

      360 darjah SEBALIKNYA! Saya JAMIN!

      Delete
  4. ni lah contoh negara AWSJ yang jadi sanjungan penganutnya di seluruh dunia..mana nak letak muka..?kalaulah iran yang buat macam dalam gambar tu..mau mati semua ayatullah iran diludah dek ASWJ seluruh dunia dengan diketuai oleh Malaysia.

    ReplyDelete
  5. kow tim sama okapee dlm dep sonang jo..
    nanti jawap...umnok lagi bughuk jv sama mce
    tapi bila mau koe tim sama2 isele lain patee
    nanti jawap nye...banyak pulak cekadak..
    apecee?

    ReplyDelete
  6. pegangan kite ahlul pas...(kalau kwe tak saloh)

    .hanya ahli pas sahaja yg beriman
    .tgna dipuja seakan nabi sehingga kata2nya diterima sebagai firman o wahyu alquran
    .fatwa pas patut diikuti walaupun berlawanan dgn alquran
    .takkan melaksanakan hudud bilamana berkuasa demi menghormati permintaan sohabat didalam dap n pkr
    .sering mendakwa dibantu oleh malaikat apabila menang dan menyepi bila kalah
    .mendiamkan diri apabila pemimpin parti ditangkap khalwat dan dirakam video bersama perempuan bukan muhrim

    apaaa???
    buka n rujukl sejarah

    *sgt aku benci pabila terpaksa menyebut aib saudaraku sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegangan rasmi ahli PAS, termaktub dalam perlembagaan adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

      .hanya ahli pas sahaja yg beriman [SIAPA CAKAP BRO? UTUSAN? BH?]
      .tgna dipuja seakan nabi sehingga kata2nya diterima sebagai firman o wahyu alquran [BACA KAT MANA? METRO? MINGGUAN MALAYSIA?]
      .fatwa pas patut diikuti walaupun berlawanan dgn alquran [MANA BUKTI?]
      .takkan melaksanakan hudud bilamana berkuasa demi menghormati permintaan sohabat didalam dap n pkr [KO TAK BACA SURAT KHABAR KE? BUKAN SINAR HARIAN TULIS? UTUSAN, BH PUN TULIS? BINGAI.]
      .sering mendakwa dibantu oleh malaikat apabila menang dan menyepi bila kalah [HURM, MELALUT TAK TENTU PASAL]
      .mendiamkan diri apabila pemimpin parti ditangkap khalwat dan dirakam video bersama perempuan bukan muhrim [MANA SAKSI? MANA BUKTI? MANA QARINAH? KUKUH KE?]

      KESIMPULANNYA. Anon di atas cakap tak pakai otak, cakap tak ikut quran, hadis walau sembang kencang! Sekian.

      Delete
  7. jamaat islam....aku dah dengar kekejamanmu menyembelih beratus ribu nyawa tidak berdosa, merogol wanita-wanita dan anak-anak gadis....mangsa-mangsamu yang masih hidup juga ahli keluarga mereka yang kau bunuh yang masih hidup menjadi saksi kezalimanmu....janganlah kau berselindung disebalik nama islam, hakikatnya tiada bezanya kau, malah lebih dahsyat dari zionis.....dan sama saja dengan sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara melayu ku ini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoi? Mana bukti kau tuduh macam2 ni? Pernah jumpa ke pimpinan Jamaat Islami? Pastu kaitkan dengan PAS pulak. *sewel*

      Delete
  8. jamaat el islam, sebuah parti (bangsa bangladesh) yang bersama rejim pakistan menyembelih semua lelaki ilmuan bangsa bangladesh juga (yang dikhuatiri menentang) semasa pemerintahan pakistan ke atas pakistan timur (bangladesh).....beribu-ribu rakyat tidak berdosa disembelih, kepalanya dipotong dan digantung, balu2 dirogol, anak2 gadis dirogol....pakistan syiah dan sekutunya jamaat el islam juga syiah, menyembelih aswj.....mereka inikah yang tuan sokong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm. Baca mana la pulak ni? Maklumat mana yang hang ceduk ni? Huuuuh. Pening aku duk pikir, masih ada rupanya orang macam ini kat Malaysia. Patut la tak maju2 negara bukan setakat menteri, kebodohan dah membiak kepada rakyat sekali. Teruk!

      Delete


  9. AKU BUAT BOLEH!KAU TAK BUAT BOLEH!
    AKU TAK BUAT TAK BOLEH!
    KAU BUAT TAK BOLEH!
    APARAH,TARAK SUNAT KA?

    Kalau pemimpin UMNO ucap Selamat Hari Natal dikatanya MURTAD siap dengan hadis lagi.

    Tapi bila pemimpin PAS ucap siap bagi ucapan dalam GEREJA apa pulak hukumnya?

    apaaaa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana? Ace bawak mai sini. Nak jugak aku nengoknye...

      Delete
  10. THEY ARE CALLING THAT HANGED TERRORIST CRIMINAL A MARTYRE . THE JUDGEMENT OF THE APEX COURT OF BANGALA DESH CAME 42 YEARS LATE . THE MOST HORRIBLE STORY EXPOSE ONLY ONE INCIDENT , MULTIPLY IT TO THOUSANDS AND YOU WILL SEE THE GRAVITY OF JAHANNUMI CRIMES, WAS IT CONFLICT BETWEEN MUSLIMS AND CHRISTIANS , MUSLIMS AND HINDUS , SHIAS AND SUNNIES , NO DEFINITELY NOT, NONE OF THEM , BUT ONLY BETWEEN SUNNI MUSLIMS AND SUNNI MUSLIMS , THE DIFFERENCE BEING ONLY REGIONAL AND LANGUAGE , AND THE ORGANISATION WHICH PERPETRATED THESE HEINOUS CRIMES IS CALLED THE JAMA’AT OF ISLAM , WHAT A MISNOMER ? DOES ISLAM MEANS, TERRORISM , RAPE & KILLINGS ?

    NOW THIS IS GIVEN A POLITICAL TURN . THE HANGING CAME AFTER SUCH LONG DELEBRATIONS OF BANGLADESH APEX COURT AND NONE CAN SAY THAT THE DEATH SENTENCE AWARDED BY THE HIGHEST COURT COULD BE UNDER POLITICAL OR PRESENT GOVERNMENT PRESSURE .

    ONE SHOULD GET A LESSON FROM THIS , CRIMES DOES NOT PAY ALWAYS , EVEN IF IN THE GUICE OF LONG FLOWING BEARDS , KNEE HIGH PAJAMAS AND A DEEP PROSTATION MARKS ON THE FOREHEAD , OSAMA LADEN HAD IT ,ZIAUL HAQ HAD IT , ANWAR AULAKI HAD IT , MULLA OMAR HAS GOT IT , ALL GOT INSPIRATIONS FROM ABDUL WAHAB OF NEJAD .

    http://jafrianews.com/2013/12/15/disgrace-to-call-a-proclaimed-terrorist-mirpuri-qasai-a-patriot-pakistani/

    ReplyDelete
  11. apa yang hurm??? kalau tak tau hujung pangkal usah sebok hal rumah tangga orang (negara orang)...takde bezanya kamu dan kawan2 kamu yang nak guling kerajaan dengan jamaat el islam di bangladesh tu....sama jer korang dengan yang korang selalu kutuk bangla tu....sama jer....pengkianat negara...aku tuntut hak kedamaian aku di negara ini yang korang cuba nak kucar kacirkan ini, di akhirat nanti....aku tuntut!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan tuhan akan tuntut balik apa yang ko melalut sedangkan x paham apakah perjuangan zaman sekarang ni.

      Delete
    2. Allah pasti TUNTUT daripada kamu nilai nyawa seorang muslim !

      Delete
  12. Puak2 umngok walbahluli waljahli , tak payah la kau layari blog ni, kemudian bg hujjah pakai akal sekular
    Lebih baik pi cari ustaz umngok mengaji iqra'

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN