FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 15 July 2013

Kisah Gugurnya Muallaf Britain di Perang Bosnia: Abu Dawood al Brittani


Dawood, begitulah lelaki tersebut menukar namanya setelah memeluk Islam. Beliau adalah mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29 tahun. Namanya begitu popular selepas memutuskan diri untuk membela kaum Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Croatia di Bosnia pada 1993.

Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sejak kecil,dia didik dengan ajaran Kristian hingga menginjak dewasa. Setelah tamat pengajian di universiti, dia bekerja pada salah satu syarikat Komputer.

Hingga suatu pagi, Dawood memeranjatkan semua orang di pejabatnya. Tiba-tiba saja, pagi itu dia muncul dengan cara berpakaian berbeza dari biasa. dia berpakaian seperti seorang Muslim di Timur Tengah.

Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.

Dawood mula kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rakan-rakan di tempatnya bekerja juga memulaukan nya. Kerana dia sudah menjadi seorang Muslim. Tak ada yang mahu menerimanya ketika itu, selain saudara-saudaranya dari komuniti Muslim.

Lantas dia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rakan Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan tujuan boleh hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keislaman.

Empat bulan telah berlalu. Beberapa rakan senegara nya mengajaknya untuk pulang ke tanahair namun beliau menolak. Akhirnya beliau tetap menetap di Bosnia.

Beliau seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga dengan cepat menguasai bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahawa ia adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara sunah. Ia termasuk salah seorang yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya sesama Muslim di Bosnia.

Ia tidak melewatkan untuk solat malam, walau cuaca teramat sangat sejuk. Bahkan ia sering berdoa sepanjang malam. Ia hanya tidur sebentar dengan posisi tidur meringkuk ke kanan.

Setelah beberapa waktu kemudian, ia bergabung dengan mujahidin Bosnia dibawah pimpinan komando Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi Dawood kerana kasalehannya. 

Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, dia bermimpi dan sempat bercerita tentang mimpinya itu kepada rakan-rakan nya. Dalam mimpi tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan megah.

Di dalam mimpi itu dia bertanya "Siapakah pemilik Istana yang megah ini?"

"Inilah milik salah seorang syuhada" begitulah jawapan dari mimpinya itu.

Dawood bertanya lagi, "Di mana istana milik Abu Ibrahim?" Abu Ibrahim adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berbangsa Turki. Mereka dahulu bersama-sama datang dari Britain. Abu Ibrahim ditembak mati oleh PBB Perancis berhampiran Lapangan Terbang Sarajevo.

Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab "Istana Abu Ibrahim ada di sana".

Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim. Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian menceritakan mimpinya.

Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahawa Dawood mungkin akan gugur di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood. Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, kerana ia ceritakan dalam mimpinya bahawa ia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.

Keesokan harinya Dawood terlibat dalam satu operasi ketenteraan melawan Pasukan Croatia. Dawood tertembak tepat di jantungnya dan tewas seketika. Ia berguling ke bawah bunker Croatia yang mengakibatkan jasadnya tidak boleh diambil.


Setelah tiga bulan berikutnya, barulah jasad Dawood ditemui oleh Pasukan Mujahidin. Diceritakan oleh Komandannya Abul Haritsh bahawa jasad Dawood saat ditemukan sudah berbau kasturi. Jasad tersebut ditemui seperti kedudukan Dawood tertidur iaitu meringkuk menghadap ke kanan. Subhanallah

17 comments:

  1. Assalamualaikum wahai sahabatku....

    selamat menyambut bulan ramadhan yg penuh berkah.lama hamba tidak jejak kesini kerana mood utk berblog hilang seketika.
    artikel yg menarik untuk membangkitkan semangat jihad dlm diri.bak kata pepatah,andai api jihad tidak bernyala,baranya usah biar padam....

    komen saya tentang mereka yg tidak sertai p/raya dan menyamakan pas dan umno sbg helah yahudi zionis/amerika/illuminati/dll..

    habis siapa yang betol? kalau dua2 salah? nak jadi mcm satu golongan syiah yg saban minggu menunggu di pintu gua menunggu imam mereka keluar menghancurkan kebathilan,tanpa berusaha? nak tahu ssb apa parti islam masih belum menang p/raya di malaysia?sbb ada org mcm saudara,golongan tabligh,hisbur tahrir dan NGO Islam lain yg enggan menyertai p/raya atas alasan imam masing2....sepatutnya kita menyokong antara 1 sama lain,kalau p/raya x jalan juga,baru kita cari kaedah lain.begitu juga kita hendaklah menyokong usaha tabligh untuk mensucikan diri dan mengamalkan sunnah dlm setiap aspek kehidupan.juga menyokong program penerangan hisbur tahrir dlm pergertian khilafah islamiyyah,menyokong produk muslim dll.bukan menunggu pemimpin yg ada (malaysia) menyembah imam kamu menyerahkan tampuk pemerintahan malaysia....teori2 juga,jgn semua diteorikan sampai kita ni x bergerak....belum lagi pendedahan ttg bagaimana penjajah british berjaya memisahkan golongan tabligh drp politik,sbb itu mereka dibiarkan bebas bergerak,cuba kalau depa ambil pusing pasal politik,tgk apa yg berlaku.bergitu juga hisbur pendedahan hisbur tahrir yg imamnya keluar daripada saf kepimpinan ikhwanul muslimin saat mereka hampir mencapai kemenangan.apa yg saya tgk hisbur tahrir hanya beretorik,hanya banyak berdemonstrasi....


    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu ssb apa parti islam masih belum menang p/raya di malaysia!! Sbb Parti Islam Di malaysia pun Tak betul2 Islam lg..Masih tertunduk dengan kaum Kuffar..seperti di Shah Alam..Parti Kuffar mengarahkan Parti Islam hantar balik Arak ke Pusat Hiburan selepas Dirampas oleh seorg hamba Allah yang benar..Mungkin sbb 2 Allah SWT masih Belum memberikan kemenangan Kpada Parti Islam Di malaysia..dan bukan kerana ada hamba Allah yang tidak ingin terjebak dengan DemoCrazy Tajaan Yakjuj Dan Makjuj..Sekian

      Delete
    2. kalau x solat x payah cerita pasal agama ye adik

      Delete
    3. senang je Fitnah Orang tak solat..nanti akhirat ko tolong jawap tomahan ko ni ek..aku tunggu nanti

      Delete
    4. Saya setuju dengan pandangan Kabilah Merdeka. Sekarang ini, bukan sola siapa salah, siapa betul. Allah swt dah sebut dalam Al Qur'an bahawa jalan jihad tak mudah memerlukan kepada istiqamah dan kesabaran yang tinggi.

      Kalau kita bandingkan PAS di Malaysia dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir, maka amat layaklah Allah kurniakan kemenangan kepada mereka pada saat ini walaupun sekarang mereka telah ditentang dengan hebat oleh Zionis, US dan puak2 sekular. PAS pula masih perlu banyak belajar, yang perlu diperbetulkan dari aspek teknikalnya walaupun daris segi dasarnya sudah kemas.

      Ya, saya juga sebenarnya sedikit bersetuju dengan pandangan Khalid al Walid. Allah sebenarnya masih lagi menangguh kemenagan PAS dalam pilihan raya. Namun, itu bukanlah bermakna perjuangan PAS salah, tersasar dan menyimpang. Itulah yang dinamakan ujian, tapisan untuk orang yang benar2 berjuang ataupun sebaliknya.

      Nak tahu tak, ini FAKTA yang ramai orang tak tahu:->

      Walaupun pimpinan PR meramalkan kita akan memenangi PRU-13, namun, Majlis Syura & Ulama' PAS meletakkan sasaran kemenangan pada PRU-14. IsyaAllah. Nak tahu kenapa? Dari mana saya dapat maklumat ini? ;)

      Delete
  2. slm,syiah dia dh syirik,akibat x ikut sunnah,dlm sunnah xda syirik..apalah guna ada negara,ada nuklear tapi syirik..biar xda negara tapi x syirik,kita menyangka kita sedang pesan hal agama,rupanya hal dunia,dah la hal dunia x ikut sunnah pulak tu..sedangkan ketauhidan/mencegah syirik itu jalannya adalah jalan nabi saw,kalo tergelincir dari tauhid tanpa sedar lalu mati apalah guna ada negara atau ada bulan dan bintang sekalipun..nak tauhidkan Allah itu x perlu negara..tapi jika tauhid kita betul insyaAllah dunia tunduk kat kita,x caya tengok nabi saw dan sahabat..berpesan2lah kepada hal yg benar insyaAllah.adalah malang bila kta berpesan kepada hal yg bukan syarat wajib untuk perkara yg unggul peri pentingnya iaitu ketauhidan terhadap Allah dgn contohan nabi saw..sunnah itu mencegah syirik insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam itu syumul, jangan sempitkan. Dunia itu jambatan ke akhirat. setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan disoal di hadapan Allah swt kelak. Apa yang dibawa oleh PAS adalah ingin supaya dunia in ditadbir dengan agama. Tak mahukah?

      Delete
    2. salam
      berpesan2 kepada sedara mara sendiri tentang hal keperluan(tampuk pemerintahan)seolah2 ianya hal hidup dan mati ni contohan dari mana?syumul kat mana?hal hidup dan mati(hal maksud hidup)pula di layan mcm hal keperluan,ini bawaan agama dari mana?terangkan la..
      jika sorang manusia taksub sangat pada soal rezki(keperluan),insyaallah 1 hari nanti dia x ikut jalan nabi saw cari rezki lagi dah,tapi da akan mencuri/menipu/menindas untuk dapat rezki..
      berpesan2lah pada hal yg benar,jgn lah hal keperluan kamu gambarkan sebagai hal hidup dan mati,hal hidup dan mati pula kamu diamkan mcm ianya hal keperluan..bulan ramadhan ni,setahun sekali berkata la benar untuk sedara mara kita sendiri, kalau x dapat tiap2 bulan..salam,walahuaklam.
      (Saidina umar pecat khalid sebab takut org ramai syirik,ada dia kesah pasal pencapaiaan/kemahiran/ketangkasan khalid dan tentera sebelum ni?sapa yg bg menang?ALLAH..inilah risau yg benar untuk sedara mara,ini soal hidup dan mati)

      Delete
  3. yg beri mudarat dan munafaat walau sebesar zarah kepada diriku dan keluargaku ialah ALLAH,bukan PAS UMNO DAP PKR MCA DAN LAIN2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar!! Btul,jawapan bernas dan benar!!

      Delete
  4. sedara2 ku ialah seluruh muslim x kira dia pas atau umno atau pkr yg aku tau dia muslim,aku x pedulik sebab aku x pilih ape mereka semua pilih,yg aku tau mereka muslim,semuanya berhak berada dlm doa dan sangka baik ku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mereka semua muslim. Namun, perlu diperbetulkan. Perbezaan mereka adalah dari segi addin mereka. Apa yang mereka amalkan, apa yang mereka perjuangkan. Itu mempengaruhi marhaen di sekliling mereka. Itu sebab kita kena pilih yang terbaik, sesuai dengan manhaj kenabian. Doakan kepada semua. :)

      Delete
    2. salam,nak betulkan manusia?so kenapa kamu pesan hal keperluan mcm hal hidup dan mati?nak betulkan manusia kena pesan Allah,tauhidkan Allah,ni la yg nabi saw buat..
      obses nak betulkan org?agama tu nabi saw ajar mula dari dalam bawa ke luar bukan dari luar bawa kedalam,pandang diri bukan pandang org,mula dgn diri bukan mula dgn org,misalnya kamu nampak org mencuri kamu tetap kena jawab dalam hati dia curi mungkin sebab jahil tapi aku yg berilmu ni lebih zalim sebab ilmu yg aku ada ni x jadi asbab kepada org tu untuk tidak mencuri..ayuh kamu datangkan bukti bahawa agama itu bermula dari org lain lalu ianya akan berdezup masuk ke dalam diri kita,kamu cuma akan jumpa ianya bermula dgn diri bawa ke luar dan balik ke diri juga,nampak org jahil lalu kita memandang diri kita juga sebagai jahil,dgn kejahilan kita lah org tu jahil..bila nampak org baik amal agamanya maka lebih2 la lagi rasa diri kita ni jahil..dari diri balik ke diri insyaAllah.bukan bila kita solat org keliling kita jadi hina..ini x balik ke diri balik ke org lain,kalo org keliling x solat kita la hina sebab kita x buat dakwah ilallah mcm nabi saw..
      habis tu siapa nak menghukum mereka?kamu buat kerja kamu je..datangkan lah bukti kalau kamu org yg benar bahawa agama itu tertegak dgn obses "mengintai" org bukan "mengintai" diri..mereka jahil sebab org berilmu mcm kita ni zalim sebab berdakwah di "kerusi empuk", kita marahlah diri kita dulu sebelum kita nak marah org..hal keperluan pun kita pesankan mcm hal hidup dan mati, apa la yg kita nak marah kata org lain x betul,kita pun salah pesan..salam walahuaklam.

      Delete
    3. 1000% setujuuuuu

      Delete
  5. umno mesir dh lali dgn arak,maksiat,judi...mereka sakit hati ikhwan muslimin @ PAS memerintah...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN