FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 21 July 2011

PDRM Guna Gas Pemedih Mata Buatan Israel ???


Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.

Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin. Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.
“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya. “Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi./kd

wallahualam...

Thursday, 14 July 2011

BONGKAR : Kajian CIA Dalam Menghadapi Kebangkitan Islam !!!


Sebuah buku kajian CIA yg dikeluarkan oleh agensi National Security Research Division (RAND) yangg bertajuk Civil Democratic Islam: Partners, Resources, Strategies menunjukkan betapa telitinya si kafir barat dalam menghadapi kebangkitan Islam. Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca buku tersebut bolehlah mendownload menerusi website yang saya sertakan di atas.
Sebagai pendahuluan, penulis buku tersebut secara terang-terangan menyatakan bahawa musuh utama dunia (US) adalah Islam yang menyebabkan kepada perubahan Ideologi baru. Buku ini secara ringkasnya membahagikan kepada 4 golongan umat Islam yang berbeza penerimaannya terhadap idea-idea barat dan strategi kepada setiap golongan ini juga berbeza.
1. Golongan pertama – golongan fundamentalis
  1. musuh US yang tidak boleh bertolak-ansur
  2. menolak demokrasi, hak asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat
  3. Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama sekali nilai barat seperti demkorasi
  4. menuju menegakkan khilafah
    2. Golongan kedua – golongan tradisionalis

    1. lebih menumpukan soal kerohanian dan keilmuan
    2. Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih tertumpu soal kerohanian
      3. Golongan ketiga – golongan modenis

      1. Golongan modenis ini mereka mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global
      2. Mereka memberi nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, perekonomian dan nilai-nilai lain.
      3. Ia merujuk kepada sesetengah ulama’ dan pemikir Islam hari ini.
        4. Golongan keempat – golongan sekular

        1. telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada dan tokoh-tokoh pemikir mereka.
          Jika diperhati, mereka menggolongkan umat Islam kepada nilai-nilai barat. Dari sini mereka menggunakan strategi yang berbeza untuk menghalang kebangkitan umat. Kita jangan terperangkap dalam pengklasifikasi ini. Mereka mengklasifikasikan umat mengikut sesuka hati mereka mengikut kepentingan mereka. Mereka menamakan golongan ini mengikut sesuka hati mereka,akan tetapi janganlah kita terpedaya pada nama rekaan mereka.
          Strategi barat untuk mencari ‘partner’

          1. Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam.
          2. mereka menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular, golongan pemerintah dan pemikir sekular bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini.
          3. Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.
          4. RAND mencadangkan untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis.
          5. Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami.
          6. Maka mereka perlu diberikan peluang bergerakan dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka.
          7. Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan.
          8. Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik.
          9. Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain.
          10. Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan.
          11. Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis.
          12. Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional.
          13. Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan.
          14. Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam.
          15. Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.
            Musuh Islam iaitu Barat menghasut umat Islam agar bermusuhan sesama sendiri dengan menjadikan musuh utama barat (golongan fundamentalis) sebagai musuh utama umat Islam yg lain.
            Strategi-strategi menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara langsung menyerang mereka.
            1. Golongan sekular

            1. sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis.
            2. Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis.
              2. Golongan Islam modenis

              1. golongan Islam modenis hendaklah diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari.
              2. Ini kerana golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah sekular.
              3. Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat tidak terhakis.
                3. Golongan Islam tradisionalis

                1. Bagi golongan tradisionalis, ulama’-ulama’ mereka perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis.
                2. Ini merupakan golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dalam kacamata ummat.
                3. Keupayaan mereka membahas agama perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan fundamentalis.
                4. Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar disokong untuk mewujudkan perseteruan sesama Islam dan secara spesifik disebut mereka ini wajar diberi dana untuk membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka.
                5. Secara jelas diberitahu, segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka.
                6. 4. Golongan Islam Fundamentalis
                7. Bagi menghadapi golongan yang mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi, serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka
                8. wujudkan gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran.
                9. Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis kecuali menentang dan menghancurkan mereka.
                Itulah ringkasan apa yang digariskan oleh RAND untuk US menghadapi kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan kita mengikut sejauh mana penerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari situ diatur strategi yang berbeza.


                Saya yakin ramai ummat Islam yang ikhlas berjuang tidak menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA. Inilah pentingnya ummat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia dengan kaca mata politik Islam agar dengan itu kita dapat bergerak menuju kebangkitan Islam.
                Sekali lagi saya sertakan link untuk mendapatkan buku tersebut:
                Memang dari dulu lagi pelbagai usaha menyesatkan umat Islam telah dilakukan. Agenda ni telah dimulakan selepas peristiwa perang Salib lagi. Antara gerakan bawah tanah yang menjadi dalang utama adalah Freemason dan Illuminiti.
                Walau apa pun, yang dirancang oleh CIA yang disokong oleh Yahudi Zionis saya percaya perancangan mereka ini akan menjadi senjata makan tuan dek kerana telah ramai pemimpin-pemimpin gerakan Islam kini yang telah sedar akan permainan ini. Justeru, mereka tidak lagi merujuk kepada sistem-sistem barat malah menggunakan demokrasi ini sebagai salah satu jalan untuk ke arah kebangkitan Islam akhir zaman. Mereka kini mengangkat institusi ulama' dan agama di tempat yang tertinggi dalam gerakan Islam mereka untuk memandu jemaah supaya selamat menempuhi "jalan-jalan demokrasi ciptaan barat".

                Allah adalah sebaik-baik perancang, walau sehebat mana perancangan mereka, perancangan Allah adalah Maha Hebat. InsyaAllah, senjata yang mereka gunakan untuk melemahkan umat Islam akan memakan mereka kembali. Allahuakbar !!!

                Sunday, 10 July 2011

                Husam: Episode Bersih 2, BN terluka parah

                Akhirnya, kami sampai di kawasan bersebelahan bangunan sebuah tokong Budha di sebuah jalan menghala Stadium Negara.

                Ribuan berhimpun. Tidak lama, ia menjadi belasan ribu, kalau pun tak puluhan ribu.

                Sungguh pun ada barisan FRU menghalang jalan itu ke Stadium Negara, perhimpunan berjalan aman betul-betul bersebelahan sekatan FRU.

                Pak Samad Said di situ. Saya melihat mata kanannya merah. Terkena semburan gas pemedih mata di KL Sentral sebelum ke sini. Diserbu FRU bersama pimpinan Bersih dan PR ketika mereka mula nak bergerak dari sana.

                Ustaz Hadi ditahan. Pimpinan lain juga.

                Ada yang cedera. Salah seorang adalah pengiring Datuk Seri Anwar Ibrahim. Luka parah dengan lumuran darah di pipi kanan beliau.

                Saya tiba beberapa minit selepas rombongan bergerak dari Hilton. Sempat menyaksikan polis mengheret pimpinan ke dalam trak FRU.

                Pak Samad terlepas bersekali Haris. Ia ke sini. Meneruskan tapak-tapak perjuangan rakyat yang cintakan damai menuntut kesaksamaan pilihanraya, sekalipun sukar.

                Bukan dekat berjalan kaki ke sini. Hampir lima belas minit berjalan laju.

                Saya berucap dulu.

                Kagum. Sekatan polis begitu mencengkam seluruh kotaraya Kuala Lumpur.

                Amaran polis dan pimpinan Umno/BN sebelum tarikh ini bertubi-tubi. Malam tadi saya menyaksikan kenyataan Ketua Polis Negara, polis akan melakukan apa sahaja untuk menghalang perhimpunan ini.

                Serbuan di mana sahaja ada rakyat berhimpun.

                Namun, di depan mata saya ada belasan ribu. Ribuan lagi di berbagai lokasi di kora raya. Hebat rakyat Malaysia. Serta merta rasa bangga dengan keberanian rakyat Malaysia semua kaum menyerap masuk ke dalam hati kecil saya. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada???

                Adakah strategi kepungan polis Malaysia begitu naif???

                Adakah polis kita memerlukan penilaian semula terhadap pendekatan dan kaedah berfikir mereka?

                Atau ombak semangan rakyat begitu cekal?

                India, Cina, Melayu, tua, muda, bahkan berkeluarga, Sabahan, Sarawak juga, satu hati membuktikan kuasa rakyat lebih kuat dari kuasa polis!

                Ugutan tidak boleh meleburkan tekad mereka. Sekatan, serbuan dan gas pemedih mata ala Tahrir Square adalah kecil di mata kebangkitan. Jangan lupa ini.

                Ombak rakyat lebih tinggi dari gunung, lebih hebat dari tsunami. Lebih kukuh dari kekerasan, kekejaman dan hilang pedoman pihak berkuasa yang paling kuat sekalipun.

                HUjan yang turun mendamaikan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis menjadi bukti Tuhan bersama rakyat yang inginkan politik yang BERSIH.

                Jika pemimpin UMNO/BN dan polis bersopan, mendengar nasihat Yang Di Pertuan Agung, mengizinkan perhimnpunan aman di Stadium, tidak lah UMNO/BN dan polis dimalukan sebegini.

                Tidaklah dunia menjadi saksi Najib menyembunyikan sebuah perjalanan pilihanraya yang penuh dengan penyelewengan untuk meneruskan talian hayatnya.

                Kini, dunia menyaksikan Malaysia sedang menyusur jalan kejatuhan yang sama dengan regim kotor yang lain. Terakhir, perubahan politik di negara jiran, Thailand.

                SPR, keluar dari eiposod BERSIH 2, sebagai kaldai tunggangan UMNO/BN.

                Keutuhannya hancur. Kehendak Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mendapat KEPERCAYAAN AWAM.

                Kepercayaan awam terhadapnya telah hancur dengan sikapnya menjelang Bersih 2.

                Izin Agung lantik SPR baru


                Pengerusi dan anggota SPR wajar mengosongkan kerusi mereka jika mereka benar menyokong pilihanraya yang bersih dan bukan berada di situ melindungi nyawa UMNO/BN. Izinkan YDP Agung membentuk anggota SPR yang baru.

                Pandanglah kebangkitan rakyat di tengah kepungan polis ini sebagai lambang tuntutan kepada sistem yang bersih. Demi negara tercinta, pandanglah pada semua penyelewengan yang anda sendiri memang mengetahuinya (tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya), dengan bertindak jujur dan memberikan peluang reformasi yang sangat penting untuk keselamatan negara.

                Kenyataan berunsur perkauman para pemimpin UMNO/BN sebelum perhimpunan ini telah meletakkan jurang yang amat dalam antara pemimpin ini dengan majoriti rakyat yang rasional dan cintakan keharmonian.

                Wajah sebenar Najib dan pentadbirannya yang bermuka-muka dan sanggup membelakangkan teras demokrasi, keharmonian rakyat Malaysia dan kesopanan dengan Raja Melayu, terserlah. Ia cukup menggerikan. Kelayakan pemimpin sperti ini untuk memimpin rakyat pelbagai kaum di negara ini dan meletakkan keselamatan rakyat tanpa memilih bulu telah hilang.

                Ugutan dan terkeman kumpulan ektremis sepanjang episode BERSIH 2 yang dibiarkan tanpa sebarang tindakan membuktikan perlunya pimpinan baru mengambil alih negara jika kita inginkan keamanan dan keselamatan, kestabilan dan keharmonian. Minda gelap mereka berada di mana-mana.

                Kekerasan tidak bertempat yang ditunjukkan oleh polis di pelbagai insiden pada hri ini, menyerlahkan minda mereka meletakkan keselamatn regim yang ada lebih penting dari sumpah dan tugas mereka menjaga keselamtan rakyat.

                Darah banyak yang menitis, kecederaan, pemimpin di cekup dan diseret seperti penjenayah dan lainnya, bukan berlaku angkara peserta demo yang seluruhnya datang dengan niat yang BERSIH.

                Andalah yang telah mengotorkan himpunan ikhlas 9 Julai ini. Akhirnya, andalah yang cedera parah dalam minda majoriti rakyat yang cintakan damai.... Malang....
                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

                ARTIKEL POPULAR BULANAN

                ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

                Widget