FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 18 October 2011

Kisah Benar : Pemuda Meninggal Dalam Khusnul Khatimah


Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.

Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.

Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di Masjid Sri Petaling.

Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya. 


-ditulis oleh Abu Jihah-

22 comments:

  1. saya x stuju utk post comment....

    ReplyDelete
  2. kami geng anonymous, menolak kenyataan anda di 'Post a Comment'

    ReplyDelete
  3. ~ kedua-dua anonymous~

    hahaha....ada geng rupanya.;p

    ReplyDelete
  4. buanglah kartun welcome tu, menyemak aje, nak baca artikel pun susah.

    ReplyDelete
  5. kalau nk dpt ni semua jgn memaki hamun,keji org...xguna beramal tp mengeji org...Allah akan bukakan aib kita bila kita pn suka membuka aib org...bl tgk semua ni insaf tp selama mane?jgnckp dimulut tp hati kosong...pulanglah kepangkal jln ok...

    ReplyDelete
  6. bgus jgak ada web yng mcm ni....plis la..jangn nk emo sgt k...kalau rasa diri 2 baik...tolng diam dri...berdiam dri itu lebih bk dari berkata2..fham kan..jangn jdi bdh sombong...islam bkan tepat nk tunjuk keras kepala...islam is the one for your life..

    ReplyDelete
  7. subahanallah..xtau nak kata apa..bergetar jiwa sya skang..

    ReplyDelete
  8. subhanallah, sungguh besar kuasa Allah, ketika bacanya terasa bergenang air mata Lia..

    ReplyDelete
  9. ~dua orang anonymous~

    kepada anon yang pertama, blog sudh saya perbaiki dan kemaskini.

    kepada anon yang kedua, apa maksud saudara ?;)

    ReplyDelete
  10. ~mujahiddea,KK dan Cik Lia Lomi~

    Terima kasih kerana melawat blog picisan ini. InsyaAllah, sama-sama kita mengambil manfaat daripada kisah di atas. Jazakallah khairan kathira =)

    ReplyDelete
  11. erm...kira tuan blog ibu saudara allahyarham huzaifah la kan?
    sy pernah sekolah asrama sekali dengan dia...pernah duduk sekelas masa form 4.terkejut gak bila baca artikel ni masa dpt kat email...
    tengok nama mcm kenal...dan cerita dlm entri ni lebih kurang sama mcm yg pernah sy dengar dri mmbe2 sekolah yg lain...
    agak lambat gak utk kongsi tpi bagus la utk renungan orang lain...
    mintak kebenaran nak masuk blog gak artikel ni... :)

    ReplyDelete
  12. eh...bukan ibu saudara...bapa saudara la kan...silap pemahaman tadi.

    ReplyDelete
  13. ~APAN~

    Bukanlah. Sebenarnya cerita ini sudah lama tersebar di alam maya. Bukan saya yang mula-mula postkan di sini.Di blogspot,wordpress,fb, twitter dan lain-lain.

    Betul, saya ada kena mengena dengan beliau tapi saudara seIslam sahaja. Saya ada sertakan penulis asal artikel ini adalah Abu Jihah di akhir artikel berkenaan. Dialah penulis asal.

    #sama-sama ambil pengajaran.

    ReplyDelete
  14. oh...salah paham la gitu...mungkin tertinggal link kot...baru senang nak refer.papepun tq sebab share mende ni... :)

    ReplyDelete
  15. ~APAN~

    Yep...huhu, dah memang tiada url. Saya dah cuba mencari sumber asal kisah ini tetapi tidak ditemui. Namun, kisah ini telah disahkan sememangnya kisah yang benar-benar berlaku. Bukan rekaan atau karangan biasa. =)

    ReplyDelete
  16. salam..datanglah ke masjid di mana jenazah ini sampai...insyaallah di sini ada jawapan kepada KECELARUAN..INSYAALLAH...salam n walahuaklam.

    ReplyDelete
  17. pasti orang itu masuk surga...
    sungguh menyentuh hati bagi kita umat yang masih hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amien ya rabbal a'lamin. InsyaAllah.

      Delete
  18. Pertama, syurga / neraka bkn pandangan kita untuk menilai pasti/tidak nya bgi kita / org lain. Supaya kita tidak langgar hak sempadan Hak ALLAHu.

    Kedua, ikan yg mati lemas di darat klw cepat masuk freeZer...lepas 7 hari, defrost pun masih darah merah segar. Daging lembu segar selepas 77 hari defrost pun darahnya masih segar.

    Ketiga, Hasan-ul-Khatima / Husn-ul-Khatama bukanlah maksudnya pada zahirnya jasad "pada kematian / keadaan yg baik" sebab ramai sahabat & cucu-cicit-piut Nabi Muhammad yg mati dipenggal kepala, digantung jasad smpai mereput ditengah kota & dibakar jadi abu...dll yg tidak baik pada zahir mata. Ia haqnya merujuk kepada "penutupan-yg baik padanya (status terakhir ruh penumpang jasad pada saat ruh ditarik" pada Pandangan ALLAH Adha-wa-Jalla. Ramai yg amal hayatnya tampak hasana, tapi adakah pada saat kematiannya dia ingat Rabb nya? Atau seseorang itu lebih ingatkan sesuatu yg lain hingga lupa pd DIA?

    Saya doakan pejuang sunnah yg mati itu dimasukkan melalui Pintu Jihad fi sabili LLAHi dgn izin Empunya Milik Segala. Amiin.

    ReplyDelete
  19. Salam. Jemput ke blog saya. http://mhuzazi.blogspot.com (memburu cahaya Ilahi)
    jemput baca di bawah label : Kata-kata hati

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget