FOLLOW HIJABUL CREWZ

Wednesday, 14 September 2011

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah



Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”


Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenarannya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua.




kredit kepada : zzxmelayucyber

27 comments:

  1. Artikel ini pernah menjadi bahan ketawa suatu masa dahulu. Kerana apa? Kalau nak dijadikan tauladan dan sempadan kepada budak Tadika sekalipun, biarlah jalan ceritanya betul walaupun tidak logik. Apa kejadahnya anak perempuan meletakkan/meninggalkan kad pengenalan arwah ibunya bersama mayat ibunya? Anak dia ni sindrom down ke apa? Bukankah artikel ini dicedok dari Mastika? Kalau dalam TV...mesti Rashid Sibir akan menjadi pengarah filem Seram ini.....

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri ... jalan siang mencari Ilmu

    ReplyDelete
  3. Betul tu...ape ke jadahnya letak kad pengenalan kat jenazah ibunya. Ini semua alasan cerita nak korek mayat selepas dikebumikan..baru ade cerita menarik. Ingat senang-senang nak korek semula . Perlu lapuran polis , imam dsbnya. he he he.

    ReplyDelete
  4. Entah apa-apa lah yang kau cerita nih.1. Kalau nak gali kubur bukan boleh buat senang-senang macam tu mesti dapat kebenaran dari mahkamah,bukan macam nak gali jamban.2.Kalau dah kad pengenalan tertanam dengan mayat tak perlulah nak gali,memadai dengan buat repot polis dan terus pergi buat sijil mati di JPN.jgn jadi bodoh

    ReplyDelete
  5. yang pentingnyer maksud yang nak disampaikan!...
    lantaklah jalan ceritanyer macam mane sekalipun..
    lu org sumenyer penyokong tegar watak utama ker??
    hangin semacam jer??
    kwang...x3...

    ReplyDelete
  6. yang penting pengajaran akibat perbuatan salah disisi ugama.Bab betul tidak ka,wallahuaqlam.

    ReplyDelete
  7. pd peringkat awal citer ni ada sedikit unsur x...sedap jg baca hehehe....tapi bila sampai bab tertinggal ic atas jenazah terus malas nak teruskan...merapu sungguh.

    ReplyDelete
  8. maaf sy kenal hijabul... dia bukan pakar dlm bab plot citer nie sgt...walaupun dia byk mengkaji dan membaca...btul x hijabul crewz...(xpernah wat novel pom)

    ReplyDelete
  9. salam ukhuwah semua...;)

    huhu, banyak benar yer spekulasi yang timbul. Sudah dinyatakan di akhir artikel ini, hanya Allah Yang Maha Mengetahui kejadian yang sebenar. Saya hanya mendapatkan kisah ini daripada seorang sahabat.

    Dalam soal ini, anda mesti berlaku adil !!! Apa yang penting, pengajaran yang dapat diambl daripada kisah tersebut. Anda tidak akan ke mana-mana jika anda bersikap skeptikal dan sentiasa pesimis dengan orang lain.

    Pertimbangkan segalanya dengan rasional, buka mata hati dan akal fikiran. InsyaAllah, sama-sama kita...

    ReplyDelete
  10. kepada anon [20 September 2011 03:15],

    hehe,Muhammad bin Zainuddin. Bagi saya, komen anda agak merapu (maaf yer). Entah macamana la tetiba ada sangkut paut dengan novel pulak? Masuk pulak bab plot-plot cerita. Pening den dibuatnye...

    Lain kali, kalau nak komen pun biarlah baca biar habis dulu. Komfem baca tak habis ini. Menggatal nak komen pulak. Apa daaa ???~;)

    ReplyDelete
  11. Merapu Tak Merapu
    Logik Tak Logik

    Yang Penting Keinsafan dan pengajaran yang boleh kita dapati setelah membaca artikel ini.

    Dan lagi, Tak merapu ke berita-berita di akhbar harian kita akhir-akhir ini?

    ReplyDelete
  12. ~anon 7 October 2011 09:39~

    insyaAllah,ya betul saudaraku...

    ReplyDelete
  13. apa pn jalan cta x penting...yng penting ALLAH akan tahu akan apa yng berlaku...dosa tetap dosa...

    ReplyDelete
  14. ~anonymous~

    Wallahu taala 'alam...;)

    ~™ﻔﯽﺬﺍﻧﺍ ~

    yerrp...jazakallah.

    ReplyDelete
  15. kita harus faham motif kisah ni.......ini mrpkan stu prngatan kpd kta sesama Islam....x kisahla jlan ctanya cmna pon.....yg penting,keinsafan setelah bca kisah ni......ingat,Allah maha Besar dan Amat berat azabNya.....ALLAHUAKBAR....

    ReplyDelete
  16. benar.. ambikla iktibar setelah baca artikel ini.. bukan menghukum orang atau komplen merapu,jangan ambik kerja Allah, Allah saja yg layak MENGHUKUM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sama-sama kita muhasabah diri. Syukran. ^_^

      Delete
  17. astagfirollah al'azimmm...semoga kita gak tergolong orang-ornag yang di benci allah dan di jauhkan ajab-ajjab seperti itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, amin ya rabbal alamin.

      Delete
  18. salam semua....kenapa cerita begini pun ada orang nak kondem, ambik je pengajaran dari cerita ni, dan buat renungan untuk diri sendiri....tuuu cerita drama indon yang nonsense2 aka tahyul2 di tv tu tak da sapa plak mau kondem....sebab peminat dia pun yang paling rama orang melayu jugak....bersyukur lah ada orang yang memperingatkan kita akan azab2 Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama muhasabah diri. InsyaAllah.

      Delete
  19. yang komen cerita ni betul tak betul.merapudan sebaganuya tu...tak sihat iman...

    ReplyDelete
  20. Saya baca komen dari atas sampai bawah, saya respek Hijabul Crews editor kerana sentiasa berfikiran matang dalam menjawab beberapa komen dari pembaca, saya juga bersependapat dengan yang lain, sebenarnya tak perlu pertikaikan tentang jalan cerita yang dibuat, ambil intipati tentang pengajaran yang ingin disampaikan dalam cerita tersebut, seperti juga zaman-zaman kita kecil dulu.. RTM selalu ada kartun Sang Kancil & Sang Buaya, Sang Kancil & Si Monyet.. Betulkah cerita tu?? tentu sekali rekaan, tujuannya apa? untuk memberi pengajaran yang berguna kepada penonton2 nya.

    *Sekadar pendapat* :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ridz Varn kerana berkunjung ke mari. Ya, itulah maksud saya sebenarnya, setuju dengan pandangan anda. Mohon para pembaca mengambil iktibar. InsyaAllah. :)

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget