FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 14 February 2010

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah






Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban.Berperang lagi... hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar... perang saudara... kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.

Dalam artikel saya akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Saya akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"

Benarkah begitu?







'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu





Pada tahun 80-an,satu filem telah diterbitkan berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik serta unik dan menimbulkan pelbagai misteri.

Apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:




Pemuras


Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.




Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?

Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.


Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.

Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka,Mozambique meletakkannya di bendera mereka,bayangkan,kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.





Terakol








Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)


Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.





Istinggar




Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.





Lela Rentaka


Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.





Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!

Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani.Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.




Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??

SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.

Masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu.

Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.

Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.





Dalam legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?








Bibliografi:
Sejarah Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan kajian persendirian yang lain.


#Digubah daripada Mistisfiles

- Sila Follow Twitter: HiJaBuL Cr3wZ -


98 comments:

  1. KERJA YANG BAGUS SAUDARA DEDAHKAN TERUS MUSLIHAT PANJAJAH INI.. SESUNGGUHNYA SAYE PERCAYA SEJARHA KITA YANG ADA HARI INI ADALAH DITULIS OLEH PENJAJAH DAN PENGAMPUNYA ATAS BERBAGAI KEPENTINGAN.. LIHAT SAHAJA SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA,, IA SANGAT MEMUALKAN PADAHAL KALAU KITA MAHU JUJUR SEJARAH ISLAM DINUSANTARA IALAH SEJAK ZAMAN PARA SAHABAT MASIH HIDUP LAGI

    ReplyDelete
  2. salam tuan,

    bila tuan menulis senjata melayu saya teringatkan blog sejarahnagarakedah. kalau saya baca sejarah tentang negara kita pun kadang2 kita dapat merasakan ada yg tak lengkap. cerita perang melaka portugis pun mcm kita cuma membaca cerpen.

    saya pun tak pasti apa yg kerajaan mau sorok. atau pengkaji sejarah tempatan tak berani publish cerita yg sebenar? kenapa kita mau telan sejarah negara dan bangsa kita yg ditulis org putih pun saya tak paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara mengatakan kerajaan sorok sejarah sebenar? adakah saudara yakin sejarah yang tertulis itu semua nya x betol ?adakah saudara tau kisah yang sebenarr? kalau x tau jangan timbulkan spekulasi..ini lah yang merosak kan politik dan sosio ekonomi malaysia zaman sekarang..

      cuba kaji balik bagaimana catatan sejarah itu boleh disahkan dan di ambil kira sebagai sebuah cerita yang sebenar, cerita orang tua2 pon di kira sejarah tapi mesti disertakan dengan bukti catatan ataupun bukti kejadian,,kalau x ia nya dikira sebagai dongeng je

      sekian terima kasih

      Delete
    2. mengapa terdapat muzium britain yg menyimpan khazanah tanah melayu ? bknnya kt tanah melayu sendiri? mst ada sesuatu yg xkena...

      Delete
    3. so nak cakap bahas melayu tu inggeris cipta ka?bila hikayat hang tuah tu ada di dalam perpustakaan di oxford?duhhh faham2 sendiri la dulu,faham xnak pastu nak carik bukti terus..haihhh sedih la ada orang macamni...sooo english...duhhh

      Delete
    4. Hahaha. Sebenarnya, kerajaan kita tak serius dalam "mencilok" kembali sejarah2 kita yang telah "dicilok" daripada kita dan dibawa lari ke negara2 penjajah. Kekadang ahli sejarah kita nak dapatkan kembali bahan sejarah kita tapi tak dapat peruntukan. Walau sebenarnya itu kita yang punya, tapi hal ini payah sebab kerajaan kita sendiri lembik sangat dan terlalu kedekut!

      Delete
  3. mohon keizinan utk copy dan siarkan kepada kengkawan yang lain.... boleh?

    ReplyDelete
  4. salam sume,

    saya juga amat bersetuju dengan pendapat saudara briged mp segambut n paloibinmalau....

    saudara mhmd Baden Powel,
    anda dialu-alukan untuk menyebarkan kepada kengkawan anda...

    ReplyDelete
  5. Salam kpd saudara hijabul crewz...syabas buat saudara....jika tidak kerana saudara,pemikiran sy terhadap sejarah bangsa kita masih lg kuno...izinkan sy copy article ini.....

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. IZINKAN JUGA SAYA COPY

      Delete
  7. terima kasih...
    akan up di nizran.multiply.com

    ReplyDelete
  8. salam perjuangan sahabat,sedikit ulasan drp saya :

    Kita hari ini terperangkap dalam sejarah melayu era penjajahan.Ini realitinya.Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka,era penjajahan sehingga merdeka.SEjarah orang Melayu pada hari ini di buku-buku teks sekolah je....

    harap2 jati diri org melayu n islam akn kembali gemilang...

    ReplyDelete
  9. benar kata tuan, saya juga menerima respon di page saya yang memberangsankan...

    ReplyDelete
  10. Keyassinaan Quran ketika Lahfus-Mahfus Islam Allarh seluruh alam milik Nya...

    Datok sir Norad Sri Panda Beraja

    ReplyDelete
  11. syukran norad equifax,

    sungguh tinggi kiasan bahasa saudara...jika ada masa boleh la terangkan kepada kita ini apakah maksud sebenar tulisan saudara demi mencapai makrifat kepada-Nya...

    ReplyDelete
  12. alhmdulillah..teruskan usaha yang baik. minta saudara kaitkan peranan ulama kita terdahulu dalam perjuangan anti penjajahan kerana mereka sebenarnya pembangkit jihad dan pelaku sejarah sebenar... wasslm

    ReplyDelete
  13. korek lagi dedah lagi, rasenye ramai lagi yg dahaga dgn maklumat macam ni

    mesti lebih banyak lagi yg lebih menarik

    ReplyDelete
  14. syukran kedua-dua anon di atas..

    terima kasih kerana meyokong dan melawat blog ini...sokongan anda adalah pembakar semangat kepada saya...

    ReplyDelete
  15. Tak lama lagi penggunaan musket di alam melayu akan didedahkan melalui filem terbaru arahan U-Wei Saari

    http://ecentral.my/news/story.asp?file=/2010/10/15/movies/20101015082418&sec=movies

    ReplyDelete
  16. syukran saudara Adha atas informasi itu....

    semoga ianya menjadi kenyataan...
    kembalikan maruah bangsa Melayu Islam...

    ReplyDelete
  17. Salam semua
    Pertamanya tahniah kpd hijabul crew kerana berjaya membuat research berkenaan perihal senjata melayu ini. Untuk makluman tuan, saya adalah penceramah patriotisme dan selama ini apabila saya bercakap mengenai senjata tentera Melaka hanyalah berdasarkan tulisan Tun Sri Lanang, kitab Sejarah Melayu, yg menceritakan ttg pemilikan 20,000 meriam oleh 20,000 tentera Melaka dalam menghadapi serangan Portugis.

    Agak malang apabila tiada di dalam buku teks sejarah betapa Portugis telah melancarkan serangan sebanyak 17 kali dlm usaha menawan Melaka tapi berjaya ditangkis tentera Melaka. Kali ke 18, Portugis menggunakan helah dengan menggunakan kapal pedagang China utk merapati pantai dan jambatan Melaka (idea Trojan Horse) tanpa ada syak dari org Melaka dan tenteranya. Lalu akhirnya penjajah menang kerana faktor strategi perang portugis dan juga pengkhianatan di kalangan org Melayu, bukan disebabkan oleh penggunaan keris dan lembing oleh orang Melayu semasa berperang.

    Tidak juga dinyatakan oleh buku teks sejarah betapa rumah2 orang di Melaka dibina dari batu dan bukannya buluh2 beratap rumbia spt yg sering disogokkan kpd kita melalui drama dan filem. BATU blok yang diambil dari batu karang di laut dan dijadikan blok2 utk membina rumah. Bukan setakat rumah bahkan batu2 nisan juga (sila lawat satu kuburan lama di kawasan perigi Hang Tuah dan anda akan dapati batunya sama spt batu yg digunakan utk membina AFamosa).

    Satu fakta lagi, AFamosa dpt dibina dalam masa hanya beberapa bulan. Akal yg rasional akan bertanya darimana dan bagaimana portugis memperolehi batu2 tsb? Dibawa dari GOA atau LISBON yang begitu jauh? Tentu sekali tidak. Ambil batu karang laut dan menjadikannya blok2 binaan? Tidak sbb akan makan masa yg lama juga. Batu2 yg membina AFamosa datangnya dari rumah2 org melayu yang dirobohkan setelah usai mereka MENJARAH dan MENCURI harta rakyat Melaka dan membunuh serta membakar orang2 Melaka yang tidak mahu meninggalkan Islam. Pedagang Islam (Arab dan Gujerat) juga dibunuh beramai2. Bagaimana pula nasib pedagang China? Mrk datang dan menyembah Alfonso dan mengingatkan Alfonso ttg janjinya utk bantuan yang diberikan kpd Alfonso bagi menyerang Melaka (kali ke 18).

    Sayugia diingatkan, nenek moyang kita adalah pejuang dan pereka cipta, bukanlah pemalas dan dungu spt yg sering digambarkan. Apabila kita hidup sbg hamba dan diletakkan di ulu banat, adakah kita punya akses kpd pendidikan? Tidak! Akses kpd bisnes dan kekayaan? Tidak! Barang juga diingat bahawa Flor De la Mar yang tenggelam tu bukanlah kapal dagang tp antara kapal perang yg memilih utk pulang ke Lisbon usai peperangan. Ia sarat dgn harta rampasan perang dan hari ini kita tahu betapa begitu banyak emas dan perhiasan dari emas yang dijarah dari rumah2 melayu.

    Tahniah sekali lagi utk tuan dan saya dengan ini meminta izin untuk menggunakan gambar2 meriam tsb utk digunakan di dalam ceramah2 patriotisme saya yg rata-rata pendengarnya adalah anak-anak melayu dan buta sejarah sendiri!
    Trimas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terbaca jurnal seorang wanita Inggeris yg merujuk kepada apa yg dia pernah baca dari catatan Portugis. A Famosa dibina dari batu-batan dari masjid-masjid yg diruntuhkan. Jurnal ni ada kat inetrnet, lupa linknya tapi cubalah cari. Niat Portugis adalah utk memaksakan Kristianit kepad org Melaka, spt yg dibuat di jajahan2 nya yg lain.spt Filipina.

      Delete
  18. tahniah tuan Pang5kundur..

    saya juga teruja dengan update yang tuan berikan. Tak sangka kemahiran membina rumah batu sudah ada sekian lamanya pada waktu tersebut!

    ReplyDelete
  19. tuan, setelah memohon izin utk post kat di multiply saya http://nizran.multiply.com, kemudian di blog yang saya selenggara, http://pusman9.blogspot.com , kini saya minta izin pula utk pos ke blog peribadi saya iaitu di keluarganizran.multiply.com
    semoga diberik keizinan tuan, kerana inginkan anak-anak dan keluarga mendapat ilmu ini nanti tuan. Saya juga memohon sekiranya boleh, ada artikel2 lain nanti, saya repost kan ke blog saya dan multiply saya utk meluaskan capaian ilmu ini tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. erl silap tuan .. sepatutnya ke http://keluarganizran.blogspot.com
    maaf, terima kasih.

    ReplyDelete
  21. sebenarnya ini semua perancangan dajal.. kerana Rasulullah saw mengatakan penyelamat dunia datang dari dataran benua khurasan dari timur , jika di lihat dari garisan khatulistiwa.. maka diantar malaysia dan thailand lah jawabnya..dan bukan indonesia.. kerana ianya bukan benua tetapi sebaliknya adalah pulau.. apabila dikatakan tentang penyelamat dunia.. maka pastilah hebat bangsa yang hadir dari timur ini jika di bandingkan dari bangsa Arab dan Israel.. ini kerana penyelamat dunia ini iaitu Al Imam Al Al Mahdi itu .. seperti yang mereka telah tahu dari sihir harut dan marut untuk melihat masa depan dengan izin Allah melalui doa Iblis yang tidak pernah Allah tolak.. maka mereka pasti tahu akan kemunculan imam ini.. oleh kerana itu .. mereka yang di ketuai oleh ahli sihir ini telah merancang agar budaya dan bangsa yang melahirkan untuk imam Almahdi itu di tutup dengan rapi.. sebenarnya ini adalah perancangan Iblis yang tahu bangsa melayu itu adalah imam Almahdi.. Iblis mahu menyesatkan manusia pada pemikiran yang mana mahu menunjukkan kepada Allh bahawa manusia itu suka bermusuhan dan tidak mulia seperti yang di firmankan dari Allah untuk sujuds kepada Adam dari ciptaan yang palingt mulia dan sempurna. Dengan takdir kejadian ini maka Iblis merasa cemburu dan apabila disingkirkan , iblis ini terus di keluarkan dari syurga..dan berjanji akan mereosakkan anak adam..dengan itu mereka terus mencatur agar keturunan imam ini tidak boleh di nobatkan semula seperti Nabi Muhammad yang mana imam ini akan dilahirkan dari keturuanan baginda. dengan itu mereka cuba menakluk bangsa yang mereka telah tahu ini dan dibodoh-bodohkan pemikiran mereka agar tidak naik dan melawan mereka.. sesungguhnya imam itu telah ada.. dia bukanlan imam masjid.. tetapi raja ditanah melayu ini.. suatu hari dia akan ditabalkan sebagai sultan melaka.. dengan di tanjaknya terdapat satu betuk bintang daud yang dihormati Israel.. maka tunduklah seluruh bangsa israel kepada nya dengan semua menjadi islam agama yang di ikuti.. dan dia akan menguasai dunia dari barat dan timur dengan Daulah datuk moyang nya iaitu Rasulullah saw dengan penuh kasih dan sayang.... insyaallah.. iblis akan tewas ditangannya.. maka doakan untuk nya wahia semua saudara ku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..ape nie??dah mati kot pewaris sultan melakeee tuee....hahahahahahahahahah..mende la kome nie...

      Delete
  22. Artikel di atas bukan milik penuh blog ini kan? Ianya di copy dari laman mistisfiles

    ReplyDelete
  23. syukran saudara pang5kundur,

    hebat ulasan dan info saudara.Pencerahan tambahan nampaknya.Syukran ya...


    syukran saudara mhmd Baden Powel,

    Silakan sahaja kalau nak sebarkan ke mana-mana kerna ilmu Allah itu luas dan perlu disampaikan kepada yang belum mengetahui. InsyaAllah bermanfaat kepada semua.

    ReplyDelete
  24. syukran anon dan firdauz...

    yerp firdauz...artikel asal adalah daripada mistisfiles...saya sharekan di sini dengan mengubahnya sedikit mengikut kesesuaian namun tidak lari daripada fakta...InsyaAllah..bermanfaat kepada orang yang membacanya...

    ReplyDelete
  25. saya cadangkan kite buat usul untuk mengubah silibus dan kandungan buku sejarah kita.. kenapa la kite still gune buku sejarah yang berdasarkan fakta dari penjajah.. salah satu sebab bangsa kite down adalah kerana buku sejarah.. andai kata kite sedar bangsa kite hebat setanding bangsa penjajah..alangkah bangganye menjadi bangsa MELAYU!

    ReplyDelete
  26. Salam Tuan Blog dan Tahniah.....
    Rupanya masih banyak yang aku tak tau tentang sejarah negara dan bangsa ku sendiri. Maklum la selama ni dok baca yang penjajah tulis ja... Teruskan mengali...

    ReplyDelete
  27. syukran...fikiran saya terbuai sejenak ketika membaca artikel ini,terasa diri ini amat bertuah dilahirkan dibumi malaysia yang terlalu istimewa, sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yg istemewa, kaya dengan hasil bumi, jauh dari bencana alam..tak hairan la kenapa penjajah berebut rebut untuk mendapatkan bumi malaysia ini..tak hairan la kenapa kerajaan sekarang sangup pertahankan putrajaya hingga ketitisan darah terakhir... :)

    ReplyDelete
  28. tahniah!!! salah satu artikel yang berharga dalam menambah ilmu pengetahuan..saya sentiasa menjengah blog ini..harap diperkenankan...

    ReplyDelete
  29. ~syukran kepada keempat-empat anonymous~

    Wasalamun 'alaik,InsyaAllah, semangat dan kesudian anda semua berkunjung ke blog ini, akan menambahkan seri dan semangat saya dalam berkarya di alam maya. Segalanya demi ilmu yang hanya secebis saya miliki yang wajib bagi saya menyampaikan kepada masyarakat demi kesedaran bersama.~;)

    ReplyDelete
  30. Tahniah..tahniah..atas usaha membongkar sejarah yg cuba di gelapkan ini , bangga teman tgk org Melayu dulu rupanya hebat2 belaka klu nk harap sejarah yg ada ..hampeh

    ReplyDelete
  31. ~Anonymous [11 October 2011 08:01]~

    Terima kasih, sememangnya kita pernah mempunyai tamadun yang hebat dahulu kala. Kita digelar Raja di Lautan oleh seluruh kerajaan-kerajaan purba yang besar. Mereka mengangumi kita. Mereka belajar daripada kita.

    Ketika kerajaan-kerajaan purba masih lagi melakukan perdagangan melalui hubungan darat dan perdagangan melalui jalan laut yang hanya berdekatan dengan mereka, KITA sudahpun belayar dan berdagang ke serata dunia dengan kapal-kapal kita yang besar. Megah mengharungi samudera !!!

    ReplyDelete
  32. Rupa2nya sejarah bangsa kita telah lama diselewengkan. Begitu juga sejarah Mat Indera. Barangkali blog ini akan menerima kritikan dari pengkaji2 sejarah didikan penjajah nanti. Nanti akan ada demo oleh Perkasa yg tak puas hati, ehem2....

    ReplyDelete
  33. ~Pak Mat~

    Nampaknya begitu la, Pak Mat. Pak Mat ni, tua-tua pun masih bersemangat lagi untuk berjuang. Patut dicontohi generasi muda kini.~;)

    ReplyDelete
  34. salam..maaf mencelah..
    tuan..saya rasa macam tak percaya jer orang melayu boleh buat senjata canggih spt senapang dan meriam..maaf lah ..kadang2 kita perlu berfikir mencanggah pemikiran kita sikit..sebabnya teknologi tersebut tak ada orang melayu yang mewarisinya sehingga sekarang..takkan mati semua keturunan yang pandai buat senjata itu..takkan mati begitu ilmu dan teknologi tersebut..sedangkan ilmu dan teknologi orang melayu lain masih diwarisi..contohnya dalam pembuatan keris..masih ramai lagi tukangnya di terengganu, kelantan n jawa..pembuatan golok n parang ..masih ramai tukang nya di sekuruh malaysia..pembuatan songket masih ramai tukang di brunai dan terengganu..pembuatan kapal masih ada tukang nya di terengganu..ni sampai nak cucuh bedil yg ada tu org melayu tak tahu dan tak berani..macam mana..heran gop saya..sama-sama kita fikir..kalu salah fikir perkara ini tak apa..bukan melibatkan akidah n menyalahi undang2 negara..fikir2 kan lah..

    ReplyDelete
  35. ~zaki~

    Wa'alaikumusalam. Saudaraku, inilah yang puak-puak penjajah ingin tanamkan kepada setiap kaum atau masyarakat yang pernah mereka jajah. Ingat, senjata-senjata ini berlainan dengan warisan keris, kapal, golok ataupun parang. Warisan yang anda sebut di atas adalah perkara yang biasa bagi sesebuah budaya. Malah, warisan-warisan seperti ini telah banyak berada di seluruh dunia dalam tamadun lain. Bukan sahaja alam Melayu.

    Inilah yang dikatakan perancangan yang amat teliti dan kompleks yang telah dilakukan oleh musuh-musuh kita yang datang menjajah dan menjarah bumi kita. Mereka hapuskan sesuatu yang hebat daripada kita, mereka tinggalkan yang biasa-biasa sahaja. Mereka hapuskan kesan-kesan sejarah yang boleh menggugat kredibiti dan kemegahan mereka dan mereka curi khazanah tersebut, ciplak dan katakan mereka yang memulakannya dan menciptanya. Mereka ambil apa yang dirasakan perlu sahaja, bukan semua. Mesti bezakan,dan mereka tinggalkan kepada kaum terbabit apa yang mereka rasa tak perlu.

    wallahualam, jika anda ingin lebih kepastian lagi boleh rujuk laman web ini, ada pakar sejarah yang juga menjadi admin dalam blog ini. Boleh tanya di http://mistisfiles.blogspot.com/

    ReplyDelete
  36. sejarah pembuatan meriam...cuba lihat permainan meriam buluh oleh orang melayu...dari manakah berasalnya idea tersebut...masyarakat cina hanya bermain mercun...tetapi bangsa melayu bermain meriam buluh...

    ReplyDelete
  37. ~Anonymous~

    Sejarah dan tradisi yang kekal sehingga hari ini sememangnya saling berkaitan. Itulah warisan bangsa kita. Mungkin perkara itu saling berkait Seni warisan senjata pertahanan meriam dan permainan meriam buluh....Saya juga berfikiran begitu.=)

    ReplyDelete
  38. Salam, penggunaan meriam di dalam angkatan tentera kesultanan Brunei mungkin bermula pada zaman Sultan Sulaiman (Sultan Brunei Ke-4 dan satu zaman dengan Sultan Mansur Syah di Melaka)Apabila Kota Batu siap dibina pada zaman Sultan Bolkiah (Sultan ke-5), 56 buah meriam tembaga dan 6 buah meriam besi diletakkan di atas kota berkenaan yang semuanya dihadapkan ke laut. Beberapa buah kampung di Kampong Ayer menyumbangkan tenaga ke arah penghasilan meriam-meriam ini dalam saiz besar dan sederhana. Laporan pihak Sepanyol semasa Perang Kastila (Brunei-Sepanyol) pada zaman Sultan Saiful Rijal (sultan ke-7) menyebutkan tentang tempat penyimpanan senjata di istana sultan yang antara lain menyimpan selaras senapang patah dan belerang membuktikan kewujudan senapang pada zaman tersebut.

    ReplyDelete
  39. ~wizurai~

    Sememangnya, kesultanan-kesultanan Melayu sudah lama menggunakan senjata-senjata api. Namun, berkemungkinan penggunaannya tidak diperluaskan. Hanya terdapat di pusat pelabuhan-pelabuhan negara kota atau pemerintahan negara. Terima kasih atas maklumat di atas.

    ~abe amri~

    Segalanya dirafakkan kepada Ilahi.;-)

    ReplyDelete
  40. Tahniah kepada tuan. . tuan boleh sahaja panggil saya hilmi. .saya sememangnya menunggu tentang sejarah melayu ini. .terima kasih kepada tuan kerana berjaya mengorek rahsia kekuatan kerajaan melayu kita. . .jika ada cerita terbaru saya ingin membacanya. .jika boleh. . .Tuan tunjukkan lah segala senjata yg pernah digunakan di tanah melayu dari lawi ayam hingga ke meriam. . kerana saya amat meminati seni ukiran senjata ini. .selain itu jika ada. .ingin juga saya melihat pakaian perang pahlawan melayu. .say sering berfikir apakah pakaian yg digunakan sewaktu perang dahulu. .yg saya tahu hanya menggunakan baju melayu sahaja. .terima kasih. .moga tuan dapat menyampai informasi terbaru mengenai tanah melayu yg dicintai ini. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang ada. Saya pernah melihat baju perang orang bugis. Hebat. Nantu saya cuba buat satu artikel dengan pelbagai gambar-gambar artifak melayu silam yang tidak ramai orang ketahui. InsyaAllah.

      Delete
  41. saya seronok sgt dapat baca artikel ini...amat lain dari sejarah yang ada. Mmg sblm ni saya tak minat baca sejarah sbb tak rasa kehebatan org Melayu....rupanya sejarah kita sudah dipadamkan oleh penjajah laknatullah ni. Harap kerajaan Malaysia dapat mengguna pakai kajian artikel ini sebagai salah satu bukti sejarah yang akan menjadi kebanggaan kita semua.
    TAHNIAH....anda telah membuka minda kami semua.

    azimah26@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya percaya dan yakin sudah ada ahli-ahli sejarawan yang sedar akan perkara ini. Mereka sedang cuba untuk memperbaiki sistem pendidikan sejarah kita. Namun, kerajaan pula seakan memandang sebela mata akan hal ini. Wallahualam.

      Delete
  42. saya percaya kalau anda wujudkan ruangan untuk di link ke fb atau twitter, tentu maklumat segini akan tersebar luas seantero dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan cuba publishkan page ini di FB. InsyaAllah.

      Delete
    2. maaf sebab terpaksa komen d link ini sb saya suda cuba d link post comment tp gagal.

      saya cuma mahu katakan tentang sejak dari bangku sekolah lagi saya memang tidak percaya dengan apa yang dihidangkan dalam buku teks sejarah kita.ini kerana terlalu banyak 'loops' and 'holes' dlm dan juga fakta yang bercanggah.juga, sangat tidak logik tentang kadar perkembangan kemajuan orang melayu yang sgt tidak pada aras yang setara dengan brunei dan juga negara-negara sekitarnya pada masa itu. untuk penetahuan pihak tuan punya blog, ayah saya selalu bercerita tentang terakul dan juga pemuras.tapi tidak banyak yang ingin tahu,. dan kami anak-anak beliau rasa kagum kerana terfikir bagaiman aayah yang boleh tahu benda-dan perkara yang tidak banyak diketahui oleh org lain pada zaman ini.bila terbaca tentang blog anda, saya rasa bertambah yakin dengan firasat hati saya dan juga cerita-cerita daripada ayah saya sendiri.

      Delete
    3. Alhamdulillah, saudara telah didedahkan sejak kecil lagi oleh keluarga. Jarang ada keluarga yang begitu menitik beratkan ibrah pengajaran sejarah2 dahulukala. Betul tu, saya bersetuju dengan saudara, sememangnya banyak kelopongan dalam sejarah yang kita pelajari.

      Seolah-olah ada pihak yang mengawal serta menapis segala bahan sejarah yang kita pelajari dengan cara yang halus. Allahuakbar.

      Delete
  43. "Pemuras" mengenai senjata ini kami pernah di ajarkan sewaktu sekolah rendah tentang alat2 kebesaran di raja Brunei...
    Terima kasih pada hijabul mengupdate kan tentang senjata melayu ini..yang semakin di lupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Ayuh sama-sama kita memelihara warisan sejarah kita. Pemuras & pelbagai lagi senjata telah digunakan oleh panglima serta pendekar-pendekar Melayu sejak zaman berzaman lagi jauh meninggalkan bangsa Eropah.

      Delete
  44. minta izin hendak di copy
    buat simpanan peribadi

    ReplyDelete
  45. sekarang ni pun ada lagi apa,tu yg reka senapang angin tuh,org melayu lah yg polis dok tangkap kt kampung2 tuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wao, senapang angin. Mungkinkah ini diwarisi turun temurun? Ada juga kemungkinannya. Jika tengok reka bentuknya pun ada yang sama dengan senjata-senjata api tradisional Melayu itu.

      Delete
  46. tengok kat internet taip... altar bangsa melayu....banyak info menarik dalam meningkatkan semangat jati diri bangsa melayu

    ReplyDelete
  47. Assalammualaikum saudara,

    Agak2 boleh tak berikan judul filem 80-an (jika masih ingat) yang saudara sebutkan? dan juga filem2 lain luar negara yang berkaitan dengan sejarah Melayu yang sebenar? Puas bertanya kepada Encik G tapi xdpt jawapan yang memuaskan... hehe.. Jumpa 1-2 filem sahaja drpd thai. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.

      Maaf, sudah saya nyatakan di atas, artikel ini bukan sepenuhnya milik saya. Anda boleh rujuk di Blog Mistisfiles.

      Sebenarnya, banyak juga filem-filem luar termasuk dari Thailand, Indonesia malah daripada China serta Barat sekalipun ada yang menyelitkan babak-babak ketamadunan Melayu namun hanya sedikit ataupun secara halus. Senarai filemnya? Maaf lah, dah saya sendiri pun dah tak ingat. ;)

      Delete
  48. Salam..betul artikel anda ini telah mengembalikan ingatan sy > citer1 org2 tua /dan peninggaln leluhur/nenek moyang kami( termasuk senjata) ikut cerita keturunan kami adalah kerabat draja brunei + bansawan tempatan..( lg wujud kubur moyang yg bernisankan nisan yg kirim oleh pihak istana)anyway..yg menarik perhatian saya ia lah kesamaan' citer tn dgn apa yg diceritakn ole org2 tua kami turun temuru..
    A) My anvestors merupakan pelayar /pedagang n pendakwah disamping para panglima selain kerabat ,belayar sehingga ke filipina /manila (B) Penggunaan senjata api seperti yg tn tuliskn di atas..kat rumah tua dulu yg dibina speperti kubu(fort) terdapat bnyak senjata2 lama..termasuk le rentaka ini.yg bentuk mulutnya seprti buaya n naga..e penjuru pagar diletakn rentaka yag agak besar beralaskan kayu belian ( terdapat 2 bbuah rumah pusak yg di bina sedemikian..)terdapat jg peluru mcm bola kecil bg meriam/rentaka ini.semasa kecik kami bermain2 dgn senjata2ini termasuklah lela rentaka..(C) tentang penggunaan senjata api dan kebal..moyang dikatakan mempunyai ilmu kebal..dan hanya boleh di bunuh ddddngean peluru emas( peluru gilir) oleh adik beliau sendiri atas titah sultan..logiknya kalom ada peluru emas maka mesti ada senjata apikan? gelaran meka tak silap pengiran di gadung..asal usul tempat ialah di Tjg Maya ,Tutung Brunei( samapi sekarang..Maya/Nur maya merupakan salah 1 nama ahli keluarga untuk memperingati tempat..
    ..asal) (D) ilmu mistik... emang ilmu khasnya ilmu berperang/tempur..itu diwarisi turun temurun..yg terakhir mewarisi ialah ..arwah bapa2 sdra...cuma syg peningalan2 itu termasuk atik2 ect sudah hilang..hanya tingal2 sedikit sisa2 shja..kisah yg sebnar pun sudah dilupakn shj apa lg bila yg tua2 sudah meninggal...hanya mereka yg wris dr sebelah lelaki yg lg menggunkn gelaran shj. sgai bukti kewujudan..keturunan ini..sedangkn regali seperti pedang/keris/cop mohor ect..sudah tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.

      MasyaAllah, apa yang anda kongsikan sebenarnya telah mengesahkan lagi akan kehebatan ketamadunan Melayu dahulu kala. Memang betul apa yang saudara cuba sampaikan. Segalanya adalah benar, nenek moyang kita pernah membina satu delegasi empayar yang hebat. Hanya terkalahkan dek pengkhianatan dalaman serta kerana adanya perkara-perkara maksiat yang mula meresap ketika waktu-waktu kemerosotan empayar.

      Delete
  49. assalaumualaikum.
    Tahniah atas penulisan dan pencerahan yang dibuat.Sebagai seorang lulusan sejarah daripada UM saya amat meminati penulisan seperti ini. Saya ucapkan setinggi2 tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pendedahan sejarah kehebatan orang Melayu dahulu kala. Sebagai orang Melayu pasti kita akan berasa bangga dengan kehebatan tersebut tetapi sengaja diputarbelitkaan oleh penjajah.

    ReplyDelete
  50. Wa'alaikumussalam. Terima kasih, sememangnya itulah matlamat saya kongsikan perkara ini. Untuk memperbetulkan apa yang selama ini kita diajar di peringkat sekolah lagi, malah penipuan ini meleret sehingga ke peringkat universiti. Sejarah kita disembunyikan, pertamanya oleh penjajah barat, seterusnya diteruskan pula oleh delegasi kerajaan. Namun, alhamdulillah kini usaha untuk memperbetulkan sejarah semakin giat diusahakan. ^_^

    ReplyDelete
  51. sungguh menarik artikel dan komen komen yang diberi. Terasa saya mengajar ajaran sesat kepada murid murid tentang sejarah melayu dan sejarah bangsa kita mengikut sukatan pelajaran hari ini. Andai dibuat satu forum untuk membersihkan dan menjernihkan sejarah negara kita langkah baiknya untuk kesedaran anak anak bangsa kita yang buta akan sejarah kerana kesalahan pemimpin kita yang mengagung agungkan penjajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, lepas ini tuan ajarkanlah perkara yang sebenarnya kepada murid-murid tuan. Perbetulkan sejarah. Forum itu di luar bidang tugas saya. Namun, apa yang saya boleh bagitahu, sudah ajar penggiat sejarah sekarang yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbetulkan semula sejarah kita. ;)

      Delete
  52. saudara Zaki,sebenarnya ilmu itu ada diwarisi oleh anak2 bangsa melayu skarang....contohnya,kalau musim raya kita buat meriam buloh @ meriam buatan sendiri pakai besi paip.mungkin inilah keturunan pembuat @ musketeers melayu itu..mungkinkah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segalanya mungkin. Memang itu sebahagian daripada warisan itu. ^_^

      Delete
  53. Assalamu'alaikum. Saya amat tertarik dengan penulisan saudara. Lebih-lebih lagi ianya mengenai sejarah dan ketamadunan masyarakat kita sendiri. Cuma saya nak menegur dari segi penggunaan bahasa kepada masyarakat Cina yang digandingkan dengan perkataan komunis. Semoga kita lebih berhati-hati apabila menulis supaya tidak menyinggung atau mengguris mana-mana pihak secara tidak sengaja. Wallahua'lam.

    Tahniah dan teruskan berkarya bagi mendidik anak bangsa =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Allahurabbi, terima kasih atas tegurannya. InsyaAllah, akan lebih cakna selepas ini.

      Delete
  54. Ramai gila org delusional dlm nih.

    ReplyDelete
  55. Maksudnya walau mcmmana canggih pun senjata kita pada zaman dulu, walau macammana takut pun pihak Barat terhadap senjata kita pada zaman tuh, kita perlu menerima hakikat bahawa kita dijajah oleh mereka selama lebih 400 tahun. Apa guna kita berbangga dgn senjata kita pada zaman dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangga bukan bermaksud sombong, tapi atas dasar jati diri. Ambil ibrah dan pengajaran daripada peristiwa lampau. Itulah yang dipinta oleh Islam. ^^

      Delete
  56. Lembah beringin, bujang senang, bujang lopok, lela rentap.. tuntut lela buat meriam besar.. belubang dada pejuang,, bejuang sampai putus tali ikatan meriam.. main letak saja atas kereta roda yang di tarik tentera dari sana nak ke pekan petempuran,, nak tuntut kawasan.. pekan koboi lela rentap.. ju...

    ReplyDelete
  57. Sangat mengujakan..saya tak dpt berkata apa2..hati berkobar..maka benarlah cerita dari bapa saya tentang datuk saya yang hidup dari zaman 1890..mmg org melayu dulu dah ada senapang. kebetulan datuk saya memang dari keluarga pengikut Sultan Perak.

    ReplyDelete
  58. Sedar kah kita keris melayu telah di usung ke england berkapal kapal . .hingga di kumpul bagai muzium di sana .sila cari semula buku kajian keris melayu nusantara keluaran oxford university yang amat detail penulisan nya yang di tulis oleh pengkaji barat ..saya agak ragu tentang senjata api melayu . .jika benar ia milik melayu ..kemana kah menghilang nya kesan2 sejarah dan waris tukang2 senjata api ini . kemahiran pandai besi keris masih ada hingga kini ..kenapa kemahiran senjatapi ini hilang tak bernisan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada cuma kalu buat salah kot sebb bahaya hehehe....dulu ada je org kampung sy buat senapang patah sendiri...last2 kene tangkap..sbb buat senjata api...tpi takda lah snapang mcm dlm gmbar kat atas tu....tapi pandai jugak lah kn buat senapang sendiri...lg satu klu tipu pn tgok gmbar kat atas tu yg adat istiadat raja brunai...kn diorg bwak senjata pemuras...mcm keris jgk la kn...tak kan la bwk saja2 msti ada sejarah yg tersembunyi

      Delete
    2. Setuju dengan aku lahir. Moga dapat penjelasan.

      Delete
  59. salam info yg bagus.....bangasa melayu antara bangsa yg paling hebat di dunia...bangun lah MELAYU MALAYSIA!!!!!....patut la sy pandai main dan suka main meriam masa dulu2 heheheheeh

    ReplyDelete
  60. klu tak silap saya filem yg megambarkan lela rentaka adalah filem sumpah di bumi merkah lakonan ahmad yatim dan rahim razali.diterbitkan pada tahun 1981.mmg ini adalah filem melayu yg hebat bagi saya..walau pun gagal di pawagam.ceritanya mengenai kerajaan melayu kedah berperang dgn raja ligor kalau saya tak silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat. Terima kasih atas informasi.

      Delete
    2. Betul Filem bertahuk Sumpah di Bumi Merekah. Filem semasa Perang Musuh Bisik dimana orang-orang Kedah melancarkan perang gerila terhadap askar Siam/Ligor atau Nakhon SI Thammarat. Yg saya pasti, ia mengisahkan semasa pendudukan Siam selepas 1823 selama 20 tahun. Jadi orang-orang Kedah dibahagian pedalaman melancarkan peperangan gerila menentang SIam. Tidak ditunjukkan mereka menentang secara terbuka seperti serangan Tunku Kudin yg berjaya menakluki sehingga garisan pertahanan di Ligor

      Delete
    3. Terima kasih atas informasi.

      Delete
  61. Serious Shepherd27 August 2013 19:31

    Izinkan saya membuat perbandingan mudah dengan analogi zaman sekarang bagi memahami apa yang terjadi pada masa silam.

    Zaman sekarang Taliban lawan penjajah dengan senjata ringan yang mampu dipikul manusia, sedangkan penjajah menggunakan senjata canggih seperti pesawat pengebom dan helikopter penggempur. Adakah umat Islam mundur dan tiada senjata canggih? Tidak, sebab senjata canggih dimiliki oleh negara umat Islam, dan tidak mampu dimiliki sekumpulan pemberontak yang dipimpin oleh seorang jutawan yang zuhud.

    Dulu Dato' Maharajalela lawan penjajah pakai tombak dan lembing, sedangkan British menggunakan senjata api. Adakah umat Islam mundur dan tiada senjata api? Tidak, sebab senjata api dimiliki oleh negara umat Islam, dan tidak mampu dimiliki sekumpulan pemberontak yang dipimpin oleh seorang pembesar.

    British menjajah Tanah Melayu dengan 'gunboat diplomacy', bukan dengan penaklukan ketenteraan. Maka British tidak berpeluang merasa peluru dari Tanah Melayu, jika dibandingkan dengan apa yang terjadi di Acheh misalannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbandingan analogi yang menarik. Jika dihuraikan lagi lagi baik. Terima kasih.

      Delete
  62. salam. boleh saya tau apa nama tajuk filem 80-an tu dan kat mana nak dapatkan filem tu ye? terima kasih. solaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumpah di Bumi Merekah. Filem semasa Perang Musuh Bisik dimana orang-orang Kedah melancarkan perang gerila terhadap askar Siam/Ligor atau Nakhon SI Thammarat. Yg saya pasti, ia mengisahkan semasa pendudukan Siam selepas 1823 selama 20 tahun. Jadi orang-orang Kedah dibahagian pedalaman melancarkan peperangan gerila menentang SIam. Tidak ditunjukkan mereka menentang secara terbuka seperti serangan Tunku Kudin yg berjaya menakluki sehingga garisan pertahanan di Ligor.

      Mana nak dapatkan? Entah la, saya sendiri pun tak tahu. Arkib negara mungkin...

      Delete
  63. Maaf saya katakan, Ketamadunan Melayu masih tidak lenyap di muka bumi bertuah ini, selagi adanya Sultan-sultan yang memerintah

    ReplyDelete
  64. sian ko, hebatnya org melayu cipta senjata-senjata ni sampai dihidekan oleh barat???...wakakakaka...org melayu tok nenek ko dulu bercawat la bodo, dok atas pokok tu...kalau x datang islam, sure sembah pokok sampai hari ni...ada hati nak cipta senjata cam tu?..ye keris parang dll senjata melayu, kalau senjata api ni aku x percaya, kalau ada dah tentu portugis x dapat tawan melaka dulu...buta sejarah korang ni...asyik tengok cerita doraemon aje camni lah jadinya. sian pemikiran orang melayu camni...

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget