FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 18 June 2015

Nota Ringkas Ulangkaji Bab Puasa


Ulangkaji Bab Puasa:-


Syarat Wajib Puasa:-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tak bermusafir)
6. Suci (dari haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-

1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-

1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yangg membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa:-

1. Makan & minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma atau juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauh daripada percakapan yang sia-sia & perbuatan yang tidak membawa manfaat

Makruh Ketika Puasa:-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa:

1. Orang sakit yang ada harapan sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
5. Orang yang pitam / mabuk 
6. Orang yang sangat lapar & dahaga

Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-

1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bagi setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh
3. Orang yang terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. (fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil daripada harta pusakanya)
5. Perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:

* Orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seperti :-
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki / Perempuan. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir/miskin.

Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa:-

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir jika darurat perlu berbuka
3. Orang yang terlalu tua & amat lemah keuzuran
4. Org yang tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil atau menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri atau anak yang disusui itu

Selamat beribadah dibulan yang mulia ini sahabat-sahabat semua. [share]

Friday, 5 June 2015

Analisis : PAS Akan Mendapat Jumlah Kerusi Tertinggi PR Dalam PRU-14. Kenapa ?


Kenapa masih tidak memahami sosio-demografi kawasan2 yang dipertandingkan oleh PAS dalam PRU ? PAS berlawan dengan UMNO di kawasan majoriti undi Melayu Islam yang mana pada PRU sebelum ini, undi Melayu Islam mencecah 80% lebih memihak kepada UMNO. Ini kerana mereka masih lagi tidak yakin, menaruh kepercayaan kepada PAS mampukah untuk membela orang Melayu dan Islam. Banyak faktor yang mempengaruhinya. 

Jadi, kali ini PAS telah transform untuk menjadi lebih progresif dengan isu-isu yang berkaitan dengan Melayu dan Islam. Maka, berilah mereka peluang itu. Undi kaum Cina sudahpun mencecah siling berpihak kepada PKR dan DAP tapi masih lagi PR tak mampu menawan Putrajaya kerana Core-Votes atau Undi Teras dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah kaum Melayu Islam. 

Saya percaya dan yakin PAS bakal lebih diterima rakyat selepas ini dengan perubahan ini khususnya kaum Melayu Islam. Lihat sahaja bila kalian lihat di laman sosial dan masyarakat kampung. Mereka bukannya benci PAS. Tapi, mereka melihat seolah-olah PAS ini adalah komponen terlemah dalam PR yang seakan-akan terlalu tunduk kepada DAP dan PKR. Sedangkan, umum mengetahui bukan senang masyarakat Melayu nak buang "fobia" kepada DAP dan imej Anwar Ibrahim yang mengetuai PKR juga yang tercalar teruk dengan isu Liwat, rapat dengan pimpinan US dan Yahudi, serta krisis ekonomi 1997 kononnya tindakan Anwar Ibrahim seolah-lah menggadaikan negara kepada IMF. 

Berilah peluang kepada perubahan PAS daripada sebelum ini yang condong progresif kepada undi bangsa bukan Melayu dan bukan Islam kepada lebih condong progresif kepada kaum Melayu Islam pula dengan saya yakin tidak akan sesekali mereka mengabaikan hak dan kepentingan kaum dan agama lain.

Maka selepas ini, PAS boleh berlawan dengan UMNO tanpa rasa gusar lagi. Tiada lagi modal isu PAS diperkudakan DAP, tiada lagi PAS hanya pak turut Anwar Ibrahim, tiada lagi isu PAS dikuasai Syiah, tiada lagi modal PAS dikuasai fahaman liberal, tiada lagi isu PAS dikuasai fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tiada lagi isu PAS hanya mempermaikan Hudud untuk kepentingan politik.

Sinar yang gemilang menanti PAS dalam PRU-14 kerana UMNO telah kehabisan modal untuk melawan PAS. Undi Melayu Islam pasti terarah kepada PAS !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN