FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 8 March 2014

[GEMPAR] Antara Konspirasi, Realiti & Kepalsuan Kes Kehilangan MAS MH370 Malaysia Airlines

Berita terkini yang sentiasa akan diupdate dari masa ke semasa susulan isu kes kehilangan MAS MH370. Sebahagian artikel ini juga merupakan analisis tidak rasmi namun berpandukan kepada kajian firma agensi antarabangsa seperti Leham Co LLC, rujukan daripada pelbagai sumber serta pandangan penulis sendiri. 


Malaysia dan dunia telah dikejutkan dengan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 Boeing 777-200ER. Kehilangan secara tiba-tiba tanpa sebarang jejak atau signal yang ditinggalkan menyebabkan kes ini menjadi kes kehilangan pesawat kapal terbang antara yang paling unik dan pelik dalam sejarah.

Di bawah saya sediakan situasi dan apa yang berkemungkinan boleh atau telah berlaku kepada MH370:-

1- Kegagalan struktur kerangka udara atau enjin pesawat. Namun, perkara ini sangat tidak mungkin berlaku kerana melihat kepada sejarah serta rekod Boeing 777 sebelum ini. Namun, para penyiasat tetap akan menilai kemungkinan ini.

2- Kebakaran enjin berkembarnya dan hilang kawalan secara mengejut. Enjin RR pernah mempunyai sejarah gelapnya iaitu apabila ketulan ais pernah memotong aliran bahan apinya. Inilah punca British Airways 777- 200ER melakukan pendaratan cemas di London Heathrow. Selepas kemalangan ini, pembaikpulih telah dijalankan untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang, tetapi kemungkinan ini sudah pasti tetap akan dipertimbangkan. Namun perlu diingat, andai kata ini yang telah berlaku, tetap ada tempoh masa yang cukup untuk pesawat membuat pendaratan cemas serta melakukan panggilan kecemasan melalui sistem radionya. Dan Ram Air Turbine (RAT) akan diaktifkan untuk membekal kuasa asas seterusnya instrumentasi dapat dilakukan.

3- Pesawat menjunam, control upset (CAT) kerana pergolakan aliran udara di luar. Sebaliknya, apa yang dilaporkan kepada kita, aliran udara dan cuaca adalah baik ketika kejadian berlaku malahan di Lautan Pasifik cuaca buruk begini sangat jarang berlaku. CAT adalah malapetaka tahap ekstrem yang mana menyebabkan pesawat hilang keseimbangan dan terus menjunam ke dasar lautan dalam kelajuan yang amat tinggi, tempoh masa yang singkat sehingga menyebabkan isyarat kecemasan tidak sempat dihantar. Malapetaka inilah yang berlaku kepada Air France 447.

4- Ketidakfungsian kokpit dan kehilangan upaya semua anak kapal secara penuh diikuti dengan kemusnahan secara sengaja ke atas kapal.

5- BOM!

6-  Ditembak jatuh oleh misil atau peluru berpandu tentera samada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

7- Juruterbang membunuh diri. Dalam sejarah pernah berlaku sekurang-kurang 2 kali juruterbang membunuh diri dan pesawat terhempas ke dalam air. Data serta rekod sejarah juruterbang akan dikaji dan segala maklumat yang didapati daripada kotak hitam akan membantu pada ketika ini.

8- Serangan mahupun rampasan oleh pengganas atau penjenayah atau individu yang bersertanya alatan canggih yang dapat menghalang serta mengganggu sistem komunikasi pesawat sekaligus menyebabkan pesawat hilang daripada radar dan sebarang isyarat samada komunikasi ataupun kecemasan tidak dapat dihantar. Penjenayah kemungkinan memaksa juruterbang mengubah haluan pesawat ke destinasi yang tidak dikenal pasti dengan nyawa para penumpang menjadi tebusan.

9- Konspirasi kuasa besar dunia! Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines dikambing hitamkan? [sumber] 

10- Kuasa Allah swt (alam ghaib). [sumber][sumber]

Ok. Anda sudah baca semua kemungkinan yang berlaku di atas. Jadi, saya memang tidak dapat memberikan anda jawapan konkrit apa sebenarnya yang berlaku. Wallahualam.
------------------------------------------------------------------------------------------
Di sini saya sertakan 4 printscreen yang berbeza mengenai kes kehilangan MH370. Namun, kebenaran dan kepalsuan tidak dapat saya pastikan. Saya hanya kongsikan. Tolong jangan fitnah saya sengaja menyebarkan yang bukan-bukan.

------------------------------------------------------------------------------------------

[UPDATE LATEST] Rangkuman Berita Terkini MAS MH370 :

1- Salah seorang ahli keluarga mangsa (CHINA) berjaya menghubungi no telefon salah seorang penumpang yang berada dalam kapal terbang tersebut. Namun ia tak berangkat. Dan kemudiannya, ia diputuskan. Persoalan yang timbul mungkinkah penumpang di dalam pesawat tersebut masih hidup? [sumber] 

2- Namun kebarangkalian ia adalah angkara serangan pengganas ini dinafikan oleh PAKAR ANTI KEGANASAN ANTARABANGSA. Iaitu Prof Rohan Gunaratna. Bahkan teori ini juga kurang diyakini benar oleh salah seorang pilot yang enggan mendedahkan namanya. [sumber]
Katanya ;
"Dalam pada itu seorang juruterbang MAS yang enggan dikenali berkata, sistem keselamatan Boeing 777-200 dilengkapi dengan alat kawalan canggih yang membuatkan sebarang cubaan rampasan, hampir mustahil. 
 
"Memang tahap keselamatan pesawat tersebut tinggi. Terutama selepas kejadian serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, kebanyakan pesawat mempunyai tahap keselamatan tinggi yang tidak memungkinkan ia dirampas," katanya.  
Katanya pintu kokpit pesawat itu dilengkapi dengan kod akses serta kamera litar tertutup (CCTV) yang mana juruterbang boleh melihat segala perubahan yang berlaku di dalam kokpit. Selain itu, terdapat juga sistem penggera yang boleh mengeluarkan isyarat senyap tanpa pengetahuan pengganas."
3- Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan. Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu. [sumber]

4- Tompokan minyak di perairan Vietnam sah bukan bilik MH370. Menurut Agensi Maritim Malaysiai tompokan minyak tersebut adalah dari aktiviti kapal laut bukan dari kapal terbang.

5- Saham MAS merudum 19%.

6- Temubual Buletin Utama TV3 bersama Kapten Nurodin Abd Majid (Former, Fleet Manager B777, MAS) yang juga Kapten yang melakukan 'Test Drive' ketika MAS mula membeli pesawat B777. Beliau menafikan semua andaian sama ada insiden MH370 ada kaitan dengan hijack, meletup, terhempas, berpatah balik, kerosakan enjin dan sebagainya. Beliau nyatakan "PESAWAT HILANG".Kata beliau, "Ketika dunia teknologi di tahap tertinggi, Inilah keajaiban Allah mengatasi teknologi. Sebagai orang beriman, kita kena percaya kuasa Allah.  [sumber][sumber]

7- Sebanyak 1788 Bot Nelayan dari Kelantan dan Terengganu berkerjasama dengan Kerajaan Malaysia dalam misi mencari MH370. Kerajaan Indonesia dan Thailaind juga mengarahkan persatuan nelayan mereka turun membantu dalam misi mencari.

8- Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.



9- Nelayan di Kota Bharu buat laporan polis, lihat pesawat komersial terbang rendah di udara.

10- Gambar individu yang menggunakan passport curi disebarkan oleh pihak berkuasa. Seorang warga Iran dan seorang lagi belum dapat dikenal pasti.


11- Polis siasat empat sudut kemungkinan: rampasan, sabotaj, masalah psikologi para penumpang dan anak kapal dan masalah peribadi di kalangan penumpang dan anak kapal.

12- Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata "Lelaki yang telah dikenal pasti itu bukan dari wilayah autonomi Xinjiang Uyghur di China." Para pegawai yang meneliti rakaman CCTV itu berkata bahawa dua lelaki yang menggunakan pasport curi itu kelihatan seperti 'Caucasian'. Kedua-dua penyamar itu dilihat melalui pemeriksaan visual dengan mudah kerana gambar di dalam pasport sepadan dengan wajah mereka,".

13- Polis tak dapat sahkan kesahihan emel yang daripada kononnya kumpulan berani mati, 'Chinese Martyrs’ Brigade' yang didakwa bertanggungjawab menyebabkan kehilangan pesawat MH370.

14- Signal lemah squawk dikesan. Pemasangan Temporary Mobile Bicon telah mengesan isyarat lemah di perairan Laut China Selatan jam 1145 pagi hari ini (Hari 4) selama 30 saat.

15- “Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ,” lapor Washington Post. [sumber]

16- Radar menunjukkan pesawat MAS MH370 Diekori Pesawat Lain? Benarkah? [sumber]

17- Interpol mengesahkan 2 pasport yang hilang digunakan penumpang dalam pesawat itu didaftarkan dalam pangkalan datanya. 

18- Tentera Malaysia dakwa berjaya kesan MH370 di Selat Melaka. [sumber]

19- 8 pemuda dengar letupan kuat di perairan Marang, Terengganu jam 1.20 pagi hari pertama kejadian. [sumber]

20- Gambar lama skandal didedahkan TV Channel 8 Australia itu menerbitkan artikel dengan terperinci tindakan pembantu juruterbang itu, Fariq Abdul Hamid ketika membantu mengemudi satu penerbangan lain dari Phuket, Thailand ke Kuala Lumpur. Namun, ini gambar 3 tahun lepas dan semua krew yang terlibat telah dikenakan hukuman. [sumber]

21- Iran menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk menyiasat dua warganegaranya yang dipercayai menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport curi. [sumber]

22- Kekeliruan bilangan bagasi dan bilangan penumpang yang tidak menaiki MH370. Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4. Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370. Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching kerana tersilap tarikh. [sumber]

23- Kenyataan Ketua Polis Negara, DCA dan MAS penuh percanggahan dan kekeliruan. Dunia mula menuding jari kepada pihak berkuasa Malaysia [sumber][sumber]

24- Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan membuat pengesahan bahawa pangkalan udara Tentera Di-Raja Malaysia di Butterworth mengesan pesawat MH370 berada dekat kawasan Pulau Perak di Selat Melaka pada pukul 2.40 pagi Sabtu lepas sebelum isyaratnya hilang tanpa sebarang petunjuk. Ini juga menyebabkan Vietnam gantung operasi udara cari MH370 kerana tunggu penjelasan Malaysia. [sumber]

25- Kebetulankah Freescale dengan kes kehilangan MH370? Syarikat Freescale pula menjadi tumpuan ini kerana 20 orang penumpang MH370 adalah kakitangan syarikat berkenaan. Ia juga memiliki Freescale RF yang terlibat menyediakan penyelesaian terhadap keperluan Aeroangkasa dan Pertahanan dan ini dijelaskan melalui www.freescale.com/RFmilitaryProduk komersil Freescale RF memenuhi keperluan aplikasi seperti:

  • Komunikasi medan perang
  • Avionik
  • Radar HF melalui Band L- dan S-
  • Pemandu Misil (Missile Guidance)
  • Peperangan Elektronik (Electronic Warfare)
  • Pengenalan, sekutu atau musuh (IFF) 

26- Sidang media (KLIA, 5:00 pm, 12 Mac 2014), diketuai Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan bersama MAS, DCA dan pihak tentera:-
  • Hari kelima pencarian MH370, 12 negara telah menyertai pencarian ini, ianya adalah kerjasama multinasional dan yang terbaru dari India, Jepun dan Brunei
  • Kami berharap dapat membawa lebih banyak pakar untuk membantu untuk menganalisa data di darat atau laut
  • Fokus kami masih tertumpu untuk mencari pesawat dan kotak hitam
  • Kita mencari di Selat Melaka dan Laut China Selatan dan meliputi 27,000 batu nautika
  • Kali terakhir radar dikesan 2:15 pagi pada hari dilaporkan hilang, 200 batu utara Pulau Pinang oleh radar tentera
  • Radar awam (civil secondary radar) MH370 terakhir dikesan pada 1:30 pagi
  • Pihak berkuasa tidak akan mengurangkan usaha untuk mencari pesawat yang hilang
  • Pencarian diluaskan di dua kawasan dan memberi fokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan
  • 42 kapal laut dan 39 pesawat digunakan untuk mencari pesawat yang hilang di dua lautan tersebut
  • Kami sangat konsisten dengan pencarian kami dan kami tidak menjumpai apa-apa penemuan. Walau bagaimana pun kami masih memperluaskan pencarian pesawat yang hilang
  • DCA mengesahkan ada menerima "petunjuk" pesawat tersebut melakukan air turn back, pencarian diperluaskan sehingga ke Lautan Andaman. Azhar menekankan ia hanya "kemungkinan".
  • MAS CEO memberitahu, kesemua kapal terbang MAS adalah selamat untuk diterbangkan
  • Selagi kita tidak jumpa pesawat tersebut, kita tidak akan berhenti mencari - Hishamudin
  • 4 penumpang yang menempah penerbangan tidak hadir dan 4 orang yang lain yang dalam senarai standby mengambil tempat duduk mereka
  • Pihak India tampil ke hadapan untuk bekerjasama dan Malaysia mahukan kepakaran mereka dalam kompleks data.
26- Untuk mendapatkan update live terkini kronologi penuh Kes Kehilangan MH370, sila ikutinya di sini atau di sini. (Saya dah tak cukup masa nak update, sory)

Jika anda semua dahagakan informasi yang berbentuk spekulasi, info, teori konspirasi tahap tertinggi yang mana saya tahu sebahagiannya mengandungi kebenaran dan sebahagiannya  hanya teori tanpa fakta dan bukti yang kukuh. Namun, jika anda telusuri link-link yang saya serta di bawah ini, saya yakin pasti akan ketemu jawapan di salah satu daripada link di bawah ataupun kebenarannya ada pada kesemua link di bawah tapi anda sendirilah yang perlu bijak menilai. Sentiasa follow-up link-link di bawah dan kajilah sendiri! Sekian.


Sama-sama kita berdoa agar pesawat MAS MH370 segera dapat ditemui serta semua anak kapal serta penumpang selamat. #PrayForMH370 #MH370

[Analisis dan berita terkini akan diupdate di sini dari masa ke semasa. Sila Refresh]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN