FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 5 October 2014

[Bongkar] Taktik CIA, Mossad & Intelijen Barat Menyerang PAS di Malaysia


Islam Tanpa Syariat


Ya, ia adalah konspirasi musuh Islam antarabangsa.

Gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat Islam mestilah dilumpuhkan. Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka.

Mereka telah lakukannya di Mesir. Sehebat mana Mursi memilih laluan demokrasi yang sempurna tetapi beliau telah menggunakannya untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil. Itu ditakuti barat. Justeru Mursi mesti ditumbangkan lebih awal sebelum auranya merebak ke seluruh dunia Islam.

Ikhwanul Muslim yang mengepalai perjuangan menegakkan syariat Islam hari ini dipenjarakan daripada aktif di laluan demokrasi besi.

Mereka juga telah melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan oleh fatwa para ulama muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al Asad mestilah disekat kerana ia pasti akan berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.

Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti ISIS. Maka Syria hancur dan fitnah ugama berterusan memporak perandakan Syria, negara yang dipenuhi para ulama besar.

Mereka telah cuba menghancurkan HAMAS di Palestin. Bilionan wang ringgit telah dibelanjakan walaupun terpaksa menerima hakikat kekalahan kepada singa-singa Allah yang kian mendekati Baitul Maqdis. 

Mereka sesekali tidak akan berputus asa. Perang di Palestin akan terus dicetuskan walaupun dengan alasan nyamuk sehinggalah mereka berjaya menghancurkan HAMAS. 

Di Turki, mereka membenarkan Erdogan dan partinya bergerak dalam perjanjian yang mengikat. Tiada Syariat Islam dan tiada seruan ke arah itu. Tentera Turki yang jauh lebih sekular daripada tentera Mesir memerhati dengan tajam. 

Di Yaman, Syeikh Abdul Majid Zindani dan parti Islahnya mesti ditumbangkan sebelum harum auranya memikat seluruh negara Yaman. Mereka membakar dan menghasut kumpulan Syiah Houthi Zaidiyah yang tidak pun dimusuhi oleh Syeikh Zindani agar memberontak dan menggempur Sana'a. Universiti sarat ilmu Syeikh digempur sedangkan kedutaan Amerika tidak pun disentuh walaupun slogan mereka adalah 'Maut buat Amerika'.

Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat. Semuanya dilakukan samada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam.

Misi mereka adalah menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada perjuangan Islam tanpa syariat. 

Ya, mereka menerima hakikat umat Islam sedang kembali kepada ugama dan sedang meninggalkan pemikiran warisan penjajah yang sedang nazak bersama parti-parti politik mereka yang korup. 

Tetapi mereka mesti melumpuhkan seruan ke arah Islam yang menyeluruh dan menggantikannya dengan Islam yang mereka boleh terima dan berkompromi dengannya. Maka dijaja projek Islam tanpa Syariat. Dijadikannya manis dan harum dengan seruan ke arah maqasid syariah yang bermatlamatkan keadilan buat semua.

Mereka bercakap mengenai keadilan untuk semua. Inilah Islam. Apa yang dilihat adil oleh mereka, maka itulah Islam walaupun ianya diukur sebaliknya oleh syariat Islam. Mereka bersedia dengan akalan untuk mentakwilkan maksud nas dan hukum ugama.

Akhirnya lenyaplah seruan ke arah syariah Islam yang merupakan maksud sebenar bicara mengenai Maqasid Syariah dan Siyasah Syar'eiyah.

Begitulah fitnah melanda gerakan Islam di seluruh dunia. Fitnah krisis identiti.

Di Malaysia, PAS konsisten berjuang menegakkan ugama di dalam negara. Mengekalkan kebaikan yang sudah sedia ada dan berjuang menyeru kepada syariat dan sistem Islam yang menyeluruh berpandukan al Quran dan al Sunnah yang tidak diimani atau diragui oleh pemerintah.

Itulah maksud sebenar Islam sebagai ugama persekutuan.

Ini telah merimaskan barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan BN yang semakin tua dan diambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang adalah cukup merimaskan. 

PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam.

Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai al Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS di ketuai presiden PAS.

Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, YA.

Ahli dan pendukung PAS mestilah dalam kesedaran yang tinggi.

AJK PAS Pusat
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

66 comments:

  1. PAS lebih selamat dalam BN. Dengan BN, PAS boleh bekerjasama penuh dengan UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Guru Presiden dah jelaskan PAS akan memprkukuhkan PR dalam muktamar baru-baru ini. Jangan mimpi !

      Delete
    2. kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang adalah cukup merimaskan.(ayat tak leh belah..pemain utama ke pemain simpanan??bila diperlukan boleh digunakan sesuka hati oleh PKR dan DAPIGs

      Delete
    3. Pejuang Islam meletakkan syariat dan akhlak dahulu di hadapan. Bukan akhlak islam memungkiri perjanjian, bahkan mereka yang memusuhi Islamlah yang akan "membubarkan" perjanjian itu sendiri. Biarlah Allah yang menentukan masa depan yang terbaik untuk Islam. Allah tahu.

      Delete
  2. memfitnah org dgn pil kuda dan sudah didapati bersalah.. konpirasi siapa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah apa? Kau tak percaya ke? Tanya orang kampung dia. Satu kampung tahu. Apa daa?! Jangan duk sembang kalau tak duduk kat tempat tu sendiri.

      Delete
    2. pooorahhh... kena saman tak berani pergi mahkamah. buta2 je kena bayar rm2 juta. padang muker mung tuang presideng ug.

      Delete
  3. nak tergelak bila kata pas ingin dijatuhkan oleh yahudi, cia. pas tak perlu yahudi atau cia utk hancur lenyap. geng ug boleh lakukan spt apa yg mereka lakukan skrg. tuduh org pengedar pil kuda, kominis, broker dan barua; letak calon disgaceh, kotadamansara stlh setuju kerusi itu diagih kpd pkr.

    kalaulah ulama tu pewaris Nabi saw, adakah perlakuan celupar khianat hadi tu diwarisi dari Nabi saw?

    kalau dikaji perangai pas dari dulu, hadilah ejen yg akan menghancurkan pas. lihat saja ucapan2 semasa ceramah pru. tak habis2 bagi peluru pd umno utk hentam pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mengedar pil kuda adalah PKR. Parti yang diasaskan berasaskan ideologi komunis adalah Parti Sosialis Malaysia, PSM. Yang menjadi membroker dan menjadi barua kepada ADUN PAS yang telah melanggar baiah jemaah adalah PKR. Yang mula-mula letak calon disgaceh dulu di banyak kawasan yang dia bagi ceramah semasa PRU walau dalam Majlis PR dan putuskan itu kawasan PAS/DAP adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Yang mengkhianati PR dengan meletakkan calon dari parti sosialis tanpa persetujuan Majlis PR terdahulu dan jika ikutkan kesefahaman PR hanya ada 3 komponen parti SAHAJA iaitu PAS, PKR dan DAP, mai mana pulak PSM? Boleh bayakan kalau PSM menang kat Kota Damansara, agak-agak dia ikut cakap PR tak? Sedangkan kita mana ada apa-apa perjanjian dan persefahaman dengan mereka? Risiko terlalu besar!

      Dengan semua yang saya sudah jelaskan di atas, masih lagi semuanya salah Tuan Guru Presiden Hj Abdul Hadi Awang? Siapa yang bagi peluru kepada UMNO sebenarnya? Sadis kamu!

      Delete
  4. Merepek sungguh artikel ini. Kalau nak membongak pun patut-patutlah sikit.Macamlah rakyat Malaysia ini tolol. Yang mentadbir Malaysia ini BN bukannya PAS.Logik akallah sikit.Pas hancur hanya kerana ada tukang fitnah dan tukang jual agama sahaja, seperti menikam kawan dari belkang, isu pil kuda, sabotaj calon masa pilihan raya. Janganlah nak menegakkan benang basah mentang-mentanglah ramai ulamak.Jangan lupa zaman sekarang ramai orang jual agama untuk tegakkan kuasa.Bayangkan ada orang kata jumpa nabi dalam mimpi....macamlah pernah tengok nabi...Be realistiklah kalau nak berbohong..Lagi satu kalau kata jumpa nabi dalam mimpi tu dah macam timbul riak....Ingatlah iman tidak boleh diwarisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadui! Dah sebab yang memerintah Malaysia ni BN la, pihak barat amat bimbang kepada kebangkitan gerakan Islam yang sekarang ini berada di posisi pembangkang terbesar negara iaitu PAS. Tak nampak lagi?

      Delete
  5. awat la hampa hingaq sgt,pil kuda tu bukan salah pas..israel punya konspirasi.

    ReplyDelete
  6. awat la hampa hingaq sgt,pil kuda tu bukan salah pas..israel punya konspirasi.

    ReplyDelete
  7. awat la hampa hingaq sgt,pil kuda tu bukan salah pas..israel punya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. penipu!!! salah tuang presideng ug. dah terbukti di mahkamah. padan muka tuang presideng ug kena bayar saman. huhuhuhuhuuuuuuuuuuuu

      Delete
    2. Mana kena bayar saman tu? Mana? Di mana?

      Delete
  8. awat la hampa hingaq sgt,pil kuda tu bukan salah pas..israel punya .

    ReplyDelete
  9. Banyak sgt tonton cerita hollywood sampai tak tau mana fiksyen, mana nyata. Yang bestnya syiok sendiri & percaya pulak tu. Patut la hadi awang jalan, ada semacam benda dok ikut, rupanya dron amerika & israel. Maklumlah hero umat islam mesti ditumbangkan dulu. Nampak sgt nipunya. Hebat sgtkah negara kita? Atau sekadar negara kencing deras...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang negara kita hebat! Barat dan Zionis sedang memerhati kebangkitan Islam di nusantara terutamanya di Malaysia. Serius.

      Delete
  10. yang penting musuh Islam belambak kiri kanan kita
    awas

    kita pun cuba tengok diri kita berapa ramai yang faham apa yang dibacakan oleh imam ketika solat
    koman sungguh diri kita mengaku Islam tapi bacaan yang berkaitan dengan agama kita pun duk tak paham dari dulu sampai lani - apa nak jadi kita ni

    ReplyDelete
  11. baca quran bagus...jgn baca pil kuda..
    kita terlanjoq menfitnah umngok pasal felda..tapi kita dah mintak maaf setle luar..dgn umngok pun kita boleh mintak maaf jika betul kita dah telanjoq salah...tapi puak pil kuda tidak..sebab bukan puak pil kuda yg salah,ini semua salah yahudi buat konspirasi..lagipun 1 dunia tau bahawa puak pil kuda ni tak pernah buat salah..ini semua salah yahudi..yahudi punya konpirasi pil kuda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf ke takut tu bro. Pandai-pandai la sikit baca permainan politik ini. Itu beza PAS dengan parti lain.

      Delete
  12. Insan ... selagi insan tidak berdiri di atas landasan keadilan dan kewarasan serta logik akal kurniaan Allah swt ... selagi sindrom penafian terus berjalan ...
    Nukilan oleh penulis begitu dramatik seolah-olah macam fiksyen sains olahan hollywood tapi terlupa bahawa PAS bukan domain dalam PR walaupun depa terasa depa dah cukup kuat. Tidakkah pemimpin PAS bemuhasabah tentang apa saja yang diucapkan oleh mereka? Salahkah atau malukah kita mengaku kesalahan pengucapan kita? Aku amat percaya bahawa pemimpin PAS lebih dihormati jika depa mengakui kesilapan mereka dan bukan secara berterusan menafikannya serta berbuat cerita sedemikian. Berbuat kesilapan adalah adat manusia. Tiada manusia yang tidak berbuat kesalahan ibarat bumi mana tidak ditimpa hujan. Jangan kita biarkan PAS dipersalahkan semata-mata kerana kecelupan mulut sebahagian kecil pemimpinnya. Ini ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga atau seekro kerbau membawa lumpur, terpalit sekawan.
    Logikal akal, perlukah CIA dan agen MOSSAD menjatuhkan PAS? ... entahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. logik ke tidak, tak berapa pasti,tapi mcm tak logik ler..yang dah pasti fitnah memang lebih besar dari membunuh..yang ni pasti.

      Delete
    2. PAS bukan dominan? Kenyataan yang paling kurang cerdik. PAS yang mempunyai jentera, ahli yang paling ramai, parti pembangkang paling lama, dasar dan perjuangan yang begitu kukuh ini bukan dominan lagi? Atau sebenarnya kamu telah tertipu dengan propaganda yang ingin menampakkan PAS supaya tidak nampak dominasinya? Hehehe. Kesian.

      Delete
  13. Article paling banging...Khalas!!

    ReplyDelete
  14. Kalau tak silap, ini ialah tulisan Nik Abduh Nik Aziz.

    ReplyDelete
  15. Seperkara yang saya nak tanya, apakah pandangan Sheikh Yusof Qardhawi berkaitan dengan melantik Muslimah/Perempuan sebagai pemimpin? Sekiranya pandangan tersebut berbeza dengan fatwa TGHHA, sanggupkah TGHHA melepaskan jawatan beliau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beliau menyatakan perempuan sesuai menjadi pemimpin NAMUN dengan syarat-syarat yang ketat. Adakah pelantikan Datin Seri Wan Azizah ke jawatan Menteri Besar telah memenuhi semua syarat-syarat ini?

      a- Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.

      b- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika tersebut.

      c- Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

      d- Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-

      “أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية "

      Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa zina”

      e- Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.

      Delete
  16. ini smua otak umno yg komen?????

    ReplyDelete
  17. Betul UMNO dah terpinggir oleh orang yang nak hidup Islamik. Geng projek berlambak dalam perut umno.

    ReplyDelete
  18. Geng UG boleh pergi mampos!! Pru 14 Jgn harap aku Akan pangkah pas selagi hj hadi president pas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng UG? Dari mana ambik sumber yang Presiden kita nak gabung PAS dengan UMNO? Statement yang cukup bodoh dan fitnah!

      Delete
  19. Maklumat semua. Hj hadi tak baca news dari internet atau portal selagi tak ada sesiapa yg bagi dia baca. Ini fakta dan maklunat yg sebenarnya dari kakitangan semasa jadi mb sampai sekarang. Mcmana dia nak tau isu dlm negara tak tau kecuali nasihat menantu. Sebab itu masa pru ke 13, isu pil kuda, langgar kaw org lain, semua ni berpunca dari tak hadir meeting pr dan mengikut nasihat dari yg tak sepatutnya. So apa pun hadi dah jadi bebanan pada pas. Undur hadi pas selamat. Selagi hadi ada, gang ug kukuh. Mudah saja, muktamar tahun depan ,singkir hadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana AMIR Wartawan Rasmi LR tahu? Saya mendapat maklumat yang sama daripada ramai pimpinan PAS samada di peringkat pusat ataupun negeri. Mereka cakap TGHH tak pernah tak tahu tentang apa sahaja isu. Ada antara mereka nak "test"adakah TGHH tahu dengan sesuatu isu, buku, artikel, kajian ilmiah mahupun akademik tapi ternyata jangkaan mereka meleset, semuanya sudah dibacam diketahui dan dihadam oleh TGHH malah beliau pula yang mensyarahkannya.

      Banyak sumber yang sampai kepada beliau. Kau ingat bodoh-bodoh je ke TGHH nak percaya bila sampai kepada beliau sesuatu berita. Beliau sendiri yang mendapatkan maklumat dan menyiasatnya. Banyak sumber, banyak orang samada daripada sumber polis, tentera, orang tempatan, orang kampung, pimpinan cawangan mahupun kawasan dan banyak pertimbangan yang beliau teliti dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Kau tak pernah jumpa cakap dengan beliau sendiri, tanya sendiri kenapa dan kenapa. Sesuka hati tuduh macam-macam.

      Delete
  20. demokrasi demokras demokras mampus keras la kau dlm demokrasial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sistem apa yg kita nak pilih kat Malaysia selain demokrasi buat masa sekarang yer?

      Delete
  21. dah didapati bersalah memfitnah masih backup tak salah?...gempaqqqqq mcm tu...satu kampung tau dia edar pil kuda kan?mana bukti?setakat cakap macam tu je tanpa bukti?satu kampung tau..senang mcm tu je?betul la konpirasi israel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TGHH tak mahu memperbesarkan lagi isu ini. Lagipun, dalam kenyataan TGHH tidak menyebut secara khusus mana-mana individu jadi secara asasnya walau TGHH pergi jugak ke mahkamah kes itu takkan ke mana kerana tiada pertuduhan secara khusus. Jadi, daripada pergi ke mahkamah membuang masa lebih baik fokus kepada kerja kepada rakyat, parlimen dan negara. Ingat, TGHH tu amat sibuk bukan sahaja dia diperlukan di Malaysia malah seluruh dunia Islam menjadikan beliau sebagai pakar rujuk dalam pelbagai aspek politik, pentadbiran dan kenegaraan. Aspek fiqh dan lain-lain bidang Islam tu tak payah sebut la. Cukup la sekadar TGHH mengatakan berkenaan ada calon yang terlibat dengan pil kuda secara umum, ianya sebagai peringatan keras kepada Anwar dan PKR agar lebih berhati-hati dan cermat dalam pemilihan calon. Takkan masih tak belajar lagi daripada peristiwa kejatuhan Perak?!

      Delete
  22. alasan bangang yang teramat bangang dari nik buduh. tuiiiiii....

    ReplyDelete
  23. peguam dan hakim tak tau nak bezakan tapi kau tau bezakan mana satu bentuk peringatan dan mana satu bentuk fitnah?peguam dan hakim tu sekolah tak habis dan kau sekolah habis..macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara ke saya yang tak dapat bezakannya? Fitnah itu kepada individu, si fulan bin si fulan. Perhatikan elok-elok ucapan itu ditujukan kepada siapa? Ianya berbentuk peringatan yang umum kepada rakan pembangkang. Macamana PAS nak bersetuju jika ada calon yang dipilih terlibat dengan pil kuda?

      Delete

  24. kesian..sampai tercirit2 nak tegakkan benang basah..
    yelah..mahkamah la yang salah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak tegakkan benang yang basah, tapi alangkah eloknya andai kita menjaga adab dan akhlak islamiah. Masing-masing menghormati antara satu sama lain. Ini dak, setelah segala macam pengorbanan yang telah dibuat oleh TGHH dan PAS dan setelah pelbagai helah, penipuan secara licik dan ketidakjujuran yang telah dilakukan oleh PKR, segala makian dan cacian yang telah kami terima? Adakah ini kejujuran? Dan apabila, PAS atau TGHH memberi "sedikit" peringatan yang agak keras kepada mereka, mereka terus melupakan segala apa yang telah mereka lakukan dan segala apa yang telah PAS lakukan untuk mereka. Sadis.

      Delete
  25. cara tegur tu islamik sgt kot sampai didapati memfitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beza nasihat (keras) dan fitnah !

      Delete
  26. alif, mim, nun tendang wau = umno

    pas + pis - pus = PUSSY

    pas + umno = UG

    UG = tuang presideng comolot dengan jibby. uwekkk

    ReplyDelete
  27. tegakkan benang basah sampai sebegini rupa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang menegakkan benag yang basah?

      Delete
  28. igtkn org pas berakhlak mulia,sopan santun.aku tgk cara hijabul crewz jawab mcm org desperate giler.sepatutnya bila org provoke ko jawab la baik2..ini x ko yg melenting habis.cappooodeyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di manakah "kebermelentingannya" saya itu? Cuba tunjukkan.

      Delete
  29. kalau setakat komen berapi tapi pakai anonymous pada pendapat saya pengecut dan penakut....tuan hijabul crewz pada pendapat saya menjawab dengan penuh intergriti....

    ReplyDelete
  30. Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.(Al-A’raf)

    Surah ini ja yang saya nak sampaikan kepada si fulan si fulan...Jangan malu untuk mengaku diri masih Jahil tentang agama...tgk keluarga kita,tengok anak² kita,tengok rakan² kita..itulah anda... Jazakallah akhi... Syabas admin..

    ReplyDelete
  31. Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar,mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi.(Al-A’raf)

    Surah ini ja yang saya nak sampaikan kepada si fulan si fulan...Jangan malu untuk mengaku diri masih Jahil tentang agama...tgk keluarga kita,tengok anak² kita,tengok rakan² kita..itulah anda... Jazakallah akhi... Syabas admin..

    ReplyDelete
  32. apa benda la yg korg sibuk bergaduh pasal parti politik ni. yang tolong korg kat akhirat nanti pemimin parti politik ni ke? aku tak paham dgn org2 mcm ni. sanggup bergaduh sesama bangsa dan agama pasal politik. kalau dgn bangsa lain lagi la teruk rasisnye. sedangkan allah sendiri tak memandang apa bangsa kamu. inikan pulak apa parti kamu semua. nasihat saya banyakkan la amal ibadat dekatkan diri dgn tuhan. dunia ni terlalu singkat utk dikejarkan. akhirat kekal abadi. assalamualaikum.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN