FOLLOW HIJABUL CREWZ

Wednesday, 30 July 2014

Aku Sayangkan Pakatan Rakyat, Tapi Selepas Apa Yang Kau Buat Selama Ini Adakah Aku Hanya Membisu ?

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.


Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu? 

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang. 

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung! 


PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat... 

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana? 

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya. 

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?


Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya! 

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka? 

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini? 

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Todak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizinkan tolak ansur ininkalau bukan Presiden PAS tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect... 

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! 


PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam... 

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB! 

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu? 

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat. 

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan muat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah bersabar, mengarahkan MB Kedah bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana suauk ininyang mengarahkan MB keraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apanyang kirang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. 

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu ditutup?

Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Penerangan Pas Kedah
Mantan Su Sulit MB pas Kedah

55 comments:

  1. Bro panjang lebar nko becerita beb........kalau nko baca whatapps ceritanya pasai nak gabung dgn umno yg kluar dr ktua ops pas.......ape nak cerita pasal kedah lak? Dr situ la timbul issu pengkhianatan pas thp PR.......KALAU PAS NAK KERUSI MB PUN jgn khianat persetujuan tahalul siyasi yg nko org angkat........Pas rah da!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu nak menunjukkan org PKR tak sedor diri, organisasi pun berterabor....tapi berlagak habis. Nak letak bino dia berdepan dengan sultan selangor, masalah air, UMNO, jangan harap.

      Delete
    2. SU PAS ni pun banyak juga kepentingannya semasa MB Azizan , serta labanya . Tu sebab PR di Kedah kecundang PRU lepaih . Ulasan panjang lebor tapi ekor bergulumang taik . Sama spesis UNO ......

      Delete
    3. TGHH dah tegaskan PAS bukannya lapar sangat kerusi MB, namun segala tindakan yang diambil dalam berpolitik haruslah mengira maslahah besar rakyat dan islam. Mesti syar'ie. Isu whatsapp kan sydah dijelaskan, ianya hanya satu senario daripada banyak-banyak senario simulasi dalam kajian tahaluf siasi. Itu pun nak diperbesarkan ke? Bukannya kenyataan rasmi daripada PAS Pusat, Presiden ataupun Majlis Syura pun.

      Yang Anon kat bawah ni plak, tak tahu apa hukum fitnah ke? Kau tak tahu apa situasi sebenar yang berlaku zaman Ustaz Azizan hari tu, jangan nak memandai. Aku tahu.

      Delete
  2. mabuk ketum ka mamat ni, qawitt cerita2 lain. Mana dia perjanjian, mana dia buku jingga. Islam apa tak menepati janji yang d meterai brsama PAS+DAP+PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah manusia yang merosakkkan PR . DAP & PKR ada ke sabotaj rakan kongsi ! sejak dulu PAS ni , memang suka main kotor . Buat sesuatu atas nama islam , tapi memalukan islam saja . Dimana keikhlasan , kejujuran dan amanah dalam setiakawan . Dah lah PAS jangan retorik lagi . GET OUT FROM PR >>>>>>>>> !!!!!!!!

      Delete
    2. Hehe. DAP & PKR tak pernah sabotaj?! Hehehe. Kalau saya singkap semua cerita belakang tabir dalaman PR ini mahu terkejut beruk semua kang. Kalau ada mana-mana ejen UMNO baca pulak lagi haru. Lagi haru kalau UMNO sebarkannya dan lagi-lagi la haru kalau ianya bocor kepada pihak media massa. Hilang la harapn rakyat kepada PR.

      Jadi, demi menjaga maslahah yang lebih besar dan beradab dengan pimpinan jemaah PAS, saya tidak ingin membukanya.

      Delete
  3. Nak berdakwah tak boleh mengungkit, lainlah kalau sekadar nak menang. Dah berapa juta dewan permuda berjaya mengislamkan orang bukan Islam kepada Islam. Mungkin juta terlalu sikit, berapa belas juta yang berjaya diislamkan? Perjuangan perlukan kesabaran, dakwah perlu berterusan, jgn dah menang, pub & bar dok macam tu jugak.Dakwah tak boleh mengungkit, mengungkit melambangkan tiada keikhlasan, jangan hipokrit tanya diri sendiri.Kita tak boleh memaksa org masuk syurga, sebab syurga bukan milik kita. Tetapi kita kena berpesan dan menyeru ke arah kebaikan, kerana kebaikan itu adalah tiket ke syurga. Seru dan berpesan dengan kesabaran, kebenaran serta ikhlas dlm melakukannya.

    - Alifa Bukhara @ Bulgaria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam dakwah ni kdangkala perlu ngungkit sdara....supaya dia tu sedor diri, jangan besor kepala sangat, ingat dia je kena org lain ikut.

      Delete
    2. Mengikut pengiraan kitewang dewang pemude dah mengislamkan hampir 1 million org yg telah islam. Yg bukan islam rasenye tak dak kot. Kenyatan hjH ari tu telah membuat ketua Agama n. Selangor senyum riang sehingga berpati pati jalur tiga.......hebat sungguh dewang pemude ni!

      Delete
    3. Perlu tahu pucuk pangkal sebelum komen sedare...

      Delete
  4. Alahh...org Pas berwharapps kau dah bising satu Malaya...PKR dan DAP dah berapa ramai yg khianat dan berpaling tadah tu macamana!!...jangan lebih sudu dari kuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro hasan ali itu pkr ke? Nakhae, nasharudin, .........dr DAP beb! Tak sangka org Islam Pas ngong sampai macam ni. Rasa dah melepasi tahap din ayam rupanya kalau pasal khianat...dan kini taik diekor sendiri pun nak salah org lain. Ngucap lebai hoi, ngucap sebulum nak berkata2.

      Delete
    2. Hoi bro bangang....Negeri Perak ingat skit..angkara siapa

      Delete
    3. Sokong Anonymous 30 July 2014 10:10. Renungkan. ;)

      Delete
  5. dgn umno ke dgn pkr ke suma sama je..suma darah umno.pgkat duit..pgkat,duit..x bole ke nk hormat kputusn pas..pas lebih senior dr korg suma..pas dh hadapi mcm2..termsuk ngan kerenah darah umno korg..kalo kata pas nk kuar pakatn pun..ada ko rujuk sbb dia..smpai bila pas nk bsabar dgn kerenah drah umno korg..korg cuma jdikn pas pendengar setia je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ramai ahli dan pimpinan PKR samada di peringkat pusat mahupun bahagian masih membawa "tahik umno" mereka. Maaf cakap.

      Delete
  6. Kah kah kah! Istilah of the decade...." Pas lebih senior".... Kes HJH nak kena saman psal pil kuda pun cucut teloorr, pas lebih sr.? Kah kah kah lawak minggu ini! Syawal! Jelas mamat PKR lebih matang dr lebai Pas. Ninak habaq mai, org pas memang tak mau duit dan pangkat......sampai bagi jadi MB pun satu pengal je.....lepas tu lebai lebai ni bagi balik kat umno......punya la wala' dgn umno.......Pas boleh jalan dah kalau masuk lubang yg sama kali kedua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul pun PAS lebih senior, veteran dan berpengalaman dalam pembangkang di Malaysia berbanding parti pembangkang yang lain. Mempunyai jentera dan ahli paling ramai serta mempunyai cawangan dan markas hampir di keseluruhan negara menjadikan parti ini mempunyai sokongan akar umbi dan kekuatan yang tanpanya PR tiada apa-apa.

      Tak habis-habis guna isu pil kuda. TGHH tak mahu memperbesarkan lagi isu ini. Lagipun, dalam kenyataan TGHH tidak menyebut secara khusus mana-mana individu jadi secara asasnya walau TGHH pergi jugak ke mahkamah kes itu takkan ke mana kerana tiada pertuduhan secara khusus. Jadi, daripada pergi ke mahkamah membuang masa lebih baik fokus kepada kerja kepada rakyat, parlimen dan negara. Ingat, TGHH tu amat sibuk bukan sahaja dia diperlukan di Malaysia malah seluruh dunia Islam menjadikan beliau sebagai pakar rujuk dalam pelbagai aspek politik, pentadbiran dan kenegaraan. Aspek fiqh dan lain-lain bidang Islam tu tak payah sebut la. Cukup la sekadar TGHH mengatakan berkenaan ada calon yang terlibat dengan pil kuda secara umum, ianya sebagai peringatan keras kepada Anwar dan PKR agar lebih berhati-hati dan cermat dalam pemilihan calon. Takkan masih tak belajar lagi daripada peristiwa kejatuhan Perak?!

      Delete
  7. komentar yang bull shit.. tak sedar diri

    ReplyDelete
  8. la ni aku nak tanya hang,sapa nakhoda pakatan?pasai apa hampa x patuh,hampa yg kianat ,hampa pusin cakap kami yg ghopla..hang ni cakap x pikiaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nakhoda PR? Errr Haji hadi! Bukan bukan bukan! Tapi nape hj. H nak tempeklak persetujuan bersama? Oh munkin dia nak jadi nakhoda kut! Sebagai org islam kami mengucapkan tahniah dan berdoa mimpi ini jadi kenyataan, walau pun amanat (TGHH) nya bertentangan.........insyaAllah!

      Delete
    2. Nakhoda PR? Setiap parti komponen PR mempunyai kuasa yang sama untuk setuju untuk tidak bersetuju berdasarkan prinsip, dasar dan pegangan parti masing-masing.

      Anologi, kita ada dua orang kawan baik, maknanya tiga sekawan la. Dua orang kawan mintak kita minum arak, kita nak kena minum jugak ke? Sedangkan kita tahu ianya bertentangan dengan hukum syarak. Mana boleh ! Sudah jelas-jelas tiada sebab syarie yang dibuktikan boleh menggugurkan TSKI daripada jawatan Menteri Besar, mana mungkin PAS nak setuju?!

      Kita PAS letak nas, dalil syarak dulu di hadapan perjuangan, bukan strategi dan kaedah dulu dalam berpolitik. Perlu ingat tu. Kita hidup bertuhan kan. Islam pulak tu. Kalau tak mahu ikut Islam, kamu nak ikut apa?!

      Delete
  9. lu org pas banyak buih bila bercakap nanti lepas meeting 10ogos lu orang tunduk la macam biasa wa cakap lu..bab bercakap lu orang memang A..tapi lu orang pengecut,telor simpan dalam..bila lu tak membisu lu ingat trade mark pengecut lu orang tu boleh bersih?lu tunggu la 10 ogos ni wa cakap lu,lu orang jangan cakap banyak sebelum 10 ogos,nanti bila dap dah masuk campur tolong pkr ludah muka lu orang,hilang la lu orang punya telo lagi muahahaha

    ReplyDelete
  10. Nak bagi pandangan pun susah bebEnor ngan puak2 ug ni.....namun kami mengambil ikhtibar untuk mengucapkan selamat menyambut syawal dan mudah2an Hj.H dapat dilantik sebagai tiimbalan PM atau apa apay jawatan yg sewaktu denganya. Dah mudah2an din ayam dapat menjadi penternak yg berwibawa. Salam syawal.

    ReplyDelete
  11. Hairan sungguh dengan pas in, dah nak join " the devil that everybody know " la pulak. Dulu kata madey setan, aik! Hari ni nak join geng setan pulak........iman tinggi sungguh puak puak dewang pemede ni, macang pemude ameno, kah kah kah..dunia dunia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa la PAS nak join "the devil that everybody know"? Tunjukkan bukti dan sumbernya !!!

      Delete
  12. Hakikatnya pkr adlh serpihan umno 98 ha ha yg mpunyai sejarah adun lompat Parti he he so sbnrnya gila pgkt je ha yg pasti pas xleh join umno, jalan terbaik kuar pakatan n jgn masuk umno, pas bjuang sorang2 lbh baik sbb pas ni bkn ada cita2 tggi utk perinth sbb tu kkdg kptsn yg dibuat byk sngkn umno,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pro-kontra. Apa-apa pun, buat masa sekarang kita wala' dan percaya dengan keputusan yang diputuskan oleh pimpinan kita iaitu Presiden dan Majlis Syura Ulama'.

      Delete
  13. Pengalaman buat kerja praya dgn pkr di N.S mmg mengharukan. Kerusi nak tapi jentera tiada. Ahli pas yg sejak dulu setia berkawan terpaksa bantu dan mmg benar darah umno masih pekat. Dulu pas turut terkena dgn S46. Mrk berebut kerusi sesama sendiri dan bergaduh. Perangai buruk ni mmg memalukan. Pemimpin pas pertahan khalid sbb strategy politik dan Islam krn perangai jatuhkan kwn sama mcm perlaku umno terengganu kes ahmad said. Kok ye pun sabarlah dulu sbb rakyat perhati perangai ni.. rakyat bukan bangang mcm dulu2. Cuba
    bayangkan klau sultan selangor buat mcm sultan terengganu. . Tak terima pengganti MB baru tu. Bukankah sultan ni jenih gedebe jgak. Dia pnh tegur khalid samad dan kata biadab, baginda sentuh bukan anak sgor. Tak mustahil dia boleh kenakan wan zizah dan isu jantina utk pegang Jawatan. Bukankah jadi isu dan jejas imej pr kelak? Maaf nk ckp pemimpin pas terbukti kental dlm perjuangan ini dan istiqomah. Klau adapun yg palingksn tumit lari itu sudah sunnah perjuangan. . Kata hj hadi yg akan tinggal dan kental ialah pati dan yg hampas@ hampeh ajan terbuang! !! Saya harap ahli pkr duduk ikuti usrah dan tarbiah sbb kita seagama. Kena perbetulkan niat dan wala'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AllahuAkbar. Nak mengalir air mata saya baca komen saudara. Sememangnya inilah realiti Pakatan Rakyat. Harap yang duk maki hamun dalam blog ni baca komen ni.

      Delete
  14. anon 30 july..depa ni jenis tak tau malu nak habaq mai,depa ajaq org baguih suruh patoh pemimpin la ni anwaq ibrahim tu kan pemimpin pakatan,awat depa sendiri lawan pemimpin tapi depa ajaq orang patuh pemimpin..depa ni semua tau tak anwaq ibrahim tu dapa dalam pakatan?ada betoinya hang anon30 july cakap buleh jadi depa yg nak jadi nakhoda..apa punya jeneh kawan la ni nak habaq mai.hang keluaq la pakatan tengok hang buleh pegi mana,hang nak kawan balik umno?hang tak tau malu ka,dok ludah kahak hijau hari2 kat depa la ni hang nak jilat balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih kih kih...

      Lawak la mengkeme nih...

      Siapa Anwar?

      Presiden pun bukan ada hati nak jadik ketua...

      Sadar la saudara, Anwar tu depa buat macam maskot kontijen Malaysia pi sukan sea jek...

      Depa tu samada pkr mahupun dap!

      Delete
    2. la ni sapa maskot sapa nakhoda hang habaq mai?pas maskot ka anuaq nakhoda..pasai apa awai2 tak sukong?la ni dah tau la sapa anuaq?tulong respek sikit nak habaq mai

      Delete
    3. Hang apa pasai?! Duk meroyan tak tentu hala. Anwar dilantik di port Ketua Pembangkang pun atas persetujuan bersama DAP dan PAS. Hang baca komen aku kat ataih tu. Harap faham la kot noooo, kenapa PAS berkeras dengan pendapat kekalkan TSKI dulu. Islam diletak kat depan bukan ikut suka strategi, langkah, kaedah la untuk kePutrajaya sampai mengambaikan nas syarak !?

      Delete
  15. .. buruk umerno pasal dah lama sangat memerintah sampai 'lupa daratan' dan sekarang seperti 'harimau menjilat luka..', yang ini baru sepenggal dua, lagi teruk perangai dia... sah jenis mahluk yang sesuai dengan perpatah 'paku dulang paku serpih'... walau macam mana pun ... alhamdulillah. .. sekarang 'orang kampung semua sudah tahu..' ..' yang mana intan, yang mana kaca..' semoga segera bubar DUN Selangor... kita tengok apa cerita selepas ini, teman di Selangor sudah tidak sabar hendak pergi mengundi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana "tahik-tahik UMNO" masih melekat mungkin di badan mereka...

      Delete
  16. Aku sokong PAS tapi benci geng ostad dan ularmakk!!!! Dah aku akan pastikan geng geng ostad ularmakk ni terbelit kelemasan dalam serban sendiri. Walau camanapun aku tetap ABU cuma kalau ditakdirkan ostad jadi calon tempat aku nanti, lebih rela tak mengundi le aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS itu parti Islam. Islam itu mesti dipandu oleh ulama la. Takkan nak bagi tukang kayu baiki kereta, kereta panggil pomen masuk bengkel la brader!

      Delete
  17. Akhirnya PAS dah mula faham siapa PKR nih.. teruslah mengkaji

    ReplyDelete
  18. aku tegaso kono main kek pr,apo tidak eh bn dah tontulah musang yang tak pakai topeng,kito buleh kona,ini koang dah lobih kurang musang pakai topeng ayam jo..ekau ajak kito demo bagai nak gilo ekau sendiri gupo2 eh musang bobulu ayam..nasib baik hal ni tojadi,kalau tak pas pun sonyap jo kan orang dah makan duit rakyat?itu pun pasal pkr lawan pas,kalau pkr tak lawan pas,pas tulong cover kan?apo nak jadi tipu rakyat,abis sumo kono tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam. Huhu. Moga Allah jaga jemaah ini.

      Delete
  19. samo eh mombongak

    ReplyDelete
  20. PAS bongok dipinpim oleh ostad dan ularmakk setan bertopengkan manusia yang gila jawatan

    ReplyDelete
  21. PAS is pussy for ALL

    ReplyDelete
  22. pas keluar pakatan

    org melayu pkr dan melayu dap umpama musang berbulu ayam
    contohi ihwanul muslimin dan hamas

    ReplyDelete
  23. Selamat tinggal PAS. Cukup sampai disini.

    ReplyDelete
  24. lu orang2 pas semua,apa resault meeting hari ni?sokong anwar ke khalid?muahahaha...next time kalau dah tau diri tu jenis cakap A macam hebat tapi takda telo tolong jangan banyak buih sebelum meeting,lu orang sendiri tau lu orang jenis manusia pengecut,tunggu la meeting baru bersuara,sebelum meeting lu orang bersuara meletup berbuih takda guna..geli la lu orang ni..hahahahaha..

    ReplyDelete
  25. PAS kena bijak dan tegas tapi sebaliknya.

    ReplyDelete
  26. Kalu mcm ni la pas.. sampai bebila la camtu gak. Bodoh sombong!! menyesal lak aku sebagai belia sokong pas dlm diam.

    ReplyDelete
  27. KALAU BOLEH PAS JANGAN MASUK HAL RUMAH TANGGA ORANG KECUALI ATAS PERMINTAAN TUAN RUMAH. IKUT PERJANJIAN PAKATAN RAKYAT YANG DIBUAT BERSAMA. MENJATUHKAN KAWAN BERMAKNA MENJATUHKAN DIRI SENDIRI.....

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN