FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 5 May 2014

Selagi Belum BACA & BUAT perkara ini, Jangan Sembang Pasal HUDUD ?!


Sebelum kita ke perbahasan lanjut berkenaan hudud, meh sini sign petisyen kat bawah ini dulu.


Nak faham macamana HUDUD patut diimplementasikan di negara kita. Baca kenyataan Dr Mohd Zuhdi Marzuki :-
"Mana ada deraf undang-undang dalam dunia ini yang sempurna ketika ia pertama kali dibentangkan, termasuklah undang-undang British yang dilaksanakan sejak Malaysia merdeka. Sebab itu ada parlimen, DUN dan ada peruntukan pindaan undang-undang untuk meneliti dan mengizinkan perkembangan undang-undang itu dari masa ke semasa. Demikianlah dengan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan, deraf itu mustahil terus sempurna sehingga tidak perlu lagi pindaan di masa akan datang. Laksanakan dulu biarkan undang-undang itu berkembang dengan ijtihad-ijtihad semasa para ulama, barulah kita boleh lihat kehebatannya berbanding undang-undang ciptaan manusia. Saya berpandangan itulah semangat buku Hashim Kamali "Punishment in Islamic Law: A Critique of the Hudud Bill of Kelantan, Malaysia". Kalaulah buku itu semangatnya untuk menghalang Enakmen Jenayah Shariah Negeri Kelantan dari dilaksanakan, penulisan seperti itu bertentangan dengan nature perkembangan sesuatu deraf perundangan."
Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan sesebuah negara yang mengamalkan hudud atau tidak adalah sama sahaja malahan boleh jadi lebih teruk dan mundur andai sesebuah negara itu melaksanakan hudud. Adilkah kenyataan begini? Sila baca juga kenyataan Dr Muhd Zuhdi Marzuki :- 

"Saya berpandangan tidak adil untuk menjadikan ranking The Safest Countries yang lazimnya berdasarkan Global Peace Index untuk menilai keberkesanan Undang-undang Islam (Hudud) untuk mencegah jenayah. Indeks tersebut berdasarkan banyak parameter bukan sekadar kadar jenayah (criminal rate). Termasuk dalam parameter indeks keamanan global itu ialah kadar insiden keganasan, insiden konflik dalaman, hubungan harmoni dengan negara jiran, jumlah perbelanjaan pertahanan, jumlah anggota pasukan keselamatan, sumbangan terhadap misi keamanan PBB dan lain-lain. Kalau berdasarkan parameter ini memanglah Arab Saudi dan Pakistan tertinggal ke belakang, kerana negara ini dijadikan medan untuk menghadapi terroris oleh kuasa besar sendiri. Hubungan Pakistan dengan India sampai sekarang hampir mustahil boleh distabilkan. Oleh sebab itu mengambil indeks ini untuk menilai keberkesanan Islam dan hukumnya untuk mengekang jenayah adalah tidak tepat. Sepatutnya lebih sesuai diambil secara spesifik kadar jenayah yang berlaku dalam 100,000 penduduk sesuai dengan tujuan hukum jenayah Islam (hudud) adalah berkaitan dengan jenayah. 
Kalau diambil kadar jenayah (criminal rate) negara-negara yang dikatakan paling selamat itulah yang tertinggal, sebagai contoh kadar rogol berdasarkan statistik 2009: 
a. Sweden berada di kedudukan kedua dengan 53.2 kes per 100,000 penduduk
b. New Zealand di kedudukan ketiga dengan 30.9 kes
c. Ireland di kedudukan kelima dengan 22.3 kes
d. Iceland di kedudukan keenam dengan 21.6 kes
Keempat-empat negara ini berada di kedudukan teratas dalam Global Peace Index dari segi negara paling selamat diduduki. Negara-negara Islam termasuk yang melaksanakan sepenuh atau sebahagian hukum Islam adalah antara paling rendah kes rogol, contohnya Sudan kadarnya 2.9 dan Maldive 3 dalam 100,000 penduduk. 
Berhubung dengan jenayah bunuh dengan niat pula, berdasarkan indeks kadar jenayah global, kadar bunuh di Arab Saudi adalah 0.8 kes bagi 100,000 penduduk dan UEA juga 0.8, lebih rendah daripada New Zealand 0.9, Sweden 1.0, Australia 1.0, Ireland 1.2, Kanada 1.6, Finland 2.2 dan US 4.8.  
Bagi kejadian rompakan pula, kejadian rompakan di Arab Saudi (statistik tahun 2000) hanya 2.9 kes bagi 100,000 penduduk, Pakistan (tahun 2000) 0.1 kes, Qatar (tahun 2004) 2.6 kes dan Brunei (tahun 2006) 0.5 kes, berbanding dengan US (tahun 2006) 146.6 kes, Sweden (tahun 2006) 94.2 kes, Australia (tahun 2002) 81.8 kes, New Zealand (tahun 2006) 59.7 kes, Ireland (tahun 2006) 55.7 kes, Switzerland (tahun 2006) 54.6 kes dan Finland (tahun 2006) 32.3 kes. 
Jelas sekali berdasarkan angka-angka itu dari segi kadar jenayah dan kejadian jenayah-jenayah tertentu negara-negara yang melaksanakan secara sempurna atau sebahagian hukum jenayah shariah lebih berjaya dari negara-negara scandinavia yang dibanggga-bangggakan. Pakistan selalu dijadikan sebagai model buruk perlaksanaan hukum jenayah shariah, sedangkan semua maklum negara itu adalah negara yang politiknya tidak stabil dan banyak berlaku konflik dalaman disebabkan pengaruh kuasa-kuasa dunia yang terlibat dalam politik serantau.  
Jumlah penduduk Pakistan pula lebih dari 180 juta, justeru amat dangkal untuk membandingkan dengan negara yang jauh daripada konflik dan tidak menjadi medan percaturan kuasa-kuasa dunia seperti di Sweden, Switzerland, Finland dan Iceland, apatah lagi penduduk mereka yang begitu sedikit seperti Iceland hanya 300,000, Finland 5 juta, Switzerland 8 juta dan Sweden 10 juta. Dalam keadaan konflik dan penduduk yang begitu ramai, Pakistan masih dapat mengatasi beberapa negara ini dalam aspek-aspek jenayah."

Ok. Dah settle? Meh baca ni plak.

Ada yang kata, hudud tak boleh dilaksanakan atas alasan tidak selari dengan perlembagaan negara. Benarkah begitu? Tak boleh matchingkan ke? Jom tengok ulasan rakan blogger MatRodi berkenaan dengan hal ini:-


1. Mereka yang menentang hudud menggunakan pendapat bahawa ianya 'unconstitutional'- bercanggah dengan Perlembagaan. Mereka yang menyokong pula tampaknya seolah-olah bersetuju dengan pendapat ini. Hakikatnya perlaksanaan hudud mengikut lunas perundangan negara bukanlah satu perkara yang mustahil.

TENTANGAN PERUNDANGAN

2. Menurut hujah mereka, hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan kerana:

a) Negeri tidak mempunyai kuasa menggubal dan menghukum orang Islam di atas kesalahan yang termaktub di dalam Senarai Persekutuan seperti jenayah awam seperti bunuh, rogol dan merompak walaupun ini adalah kesalahan serius di dalam Islam. (Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9, Senarai 2, Perenggan 1)

b) Negeri mempunyai had hukuman ke atas sebarang kesalahan yang ditetapkan iaitu maksimum penjara 3 tahun, denda RM5000 dan 6 sebatan. (Mahkamah Syariah (Kanun Jenayah) 1965). Maknanya adalah mustahil untuk Negeri meminda hukuman kepada potong tangan dan rejam mati dengan batu.

c) Negeri tidak mempunyai kuasa mengenakan hudud kepada bukan Islam walaupun bukan Islam rela hati mahukan hudud. Ini bermakna hudud kepada orang Islam akan membawa kepada keadaan di mana satu kesalahan- tetapi dua jenis hukuman kepada dua pesalah yang berbeza agama. Ia bertentangan dengan konsep 'kesaksamaan undang-undang tanpa mengira bangsa dan agama'. (Artikel 8, Perlembagaan Malaysia).

3. Terdapat 2 solusi bagaimana untuk mengatasi perkara (a), (b) dan (c).

SOLUSI 1

4. Perkara 76A dan 80 Perenggan 4 (Perlembagaan Persekutuan) membenarkan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kuasa kepada Negeri bagi menggubal undang-undang berkenaan dengan jenayah yang terdapat di dalam Senarai Persekutuan. Bermaksud kerajaan Kelantan boleh menggubal serta menghukum bagi jenayah seperti bunuh, rogol dan merompak. Untuk menggubal undang undang bagi membenarkan Kelantan melaksanakan hudud dengan menggunapakai Perkara 76A dan 80 (4) supaya perkara (a) dan (b) diatasi, hanya majoriti mudah diperlukan.

5. Bagaimanapun untuk memastikan perkara (c) tidak berlaku, tidak dapat tidak hudud mesti dilaksanakan kepada semua rakyat termasuklah bukan Islam. Ini hanya boleh berlaku sekiranya Perlembagaan Malaysia dipinda dan ditetapkan bahawa Malaysia adalah negara Islam yang mana undang-undang jenayah hanyalah satu dan tertakluk kepada semua. Ini memerlukan majoriti 2/3 Dewan, persetujuan Majlis Raja-Raja dan TYDP Sabah Sarawak.

6. Terdapat 137 MP Muslim di Dewan Rakyat- kurang 11 MP untuk majoriti 2/3 dewan. Memandangkan mustahil 11 MP bukan Islam menyokong Solusi 1, maka lebih realistik jika dilakukan solusi 2.

SOLUSI 2

7- Penal Code atau Undang-undang jenayah Persekutuan yang sedia ada digubal hukumannya mengikut hukuman hudud. Contohnya jika hukuman merompak yang sebelum ini disabitkan penjara ditukar kepada potong tangan.

8. Solusi ini tidak akan membawa kepada masalah perlembagaan kerana pindaan terhadap Penal Code tertakluk kepada orang Islam dan bukan Islam. Ia akan mengelakkan daripada perkara (c) berlaku. Ia juga tidak memerlukan majoriti 2/3 dewan sebaliknya hanya majoriti mudah. Situasi ini samalah seperti meminda undang-undang Perbankan Islam dan Takaful.

Bagaimana Hudud Boleh Dilaksanakan Mengikut Lunas Perundangan Malaysia

9. Memandangkan BN dan PR main selamat dan tidak mungkin berani membentangkan Solusi 1 atau 2 (Penulis yakin PAS berani), mana-mana ahli parlimen yang tidak memegang jawatan menteri bolehlah membawa rang undang-undang perlaksanaan hudud sebagai 'Private Members Bill'. Dalam hal ini, MP PAS mungkin boleh secara senyap bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Dalam negeri meminta mereka menyediakan khidmat pakar dalam menggubal rang undang-undang (atau pindaan) hudud.

10- Tuan Speaker Dewan dengan budi bicara beliau bolehlah meletakkan Private Bill ini sebagai 'keutamaan' kerana dari segi praktisnya 'Private Bill' akan ditenggelamkan dengan hal-hal urusan kerajaan. Selepas rang undang undang ini dibentangkan buat kali pertama, Tuan Speaker boleh mengarahkan rang undang-undang tersebut dirujuk kepada Menteri yang berkenaan. Dalam solusi 1, kemungkinan Menteri Hal Agama dan Menteri Undang-undang iaitu YB Jamil Khir dan YB Nancy Shukri. Dalam solusi 2, mungkin Menteri KDN YB Zahid Hamidi.

10. Selepas kementerian berkenaan menggubal secara teliti rang undang-undang tersebut, ia akan dibaca kali kedua di Dewan Rakyat. Ketika ini perbahasan dan pengundian dibuat di kalangan ahli parlimen. Harus ditekankan di sini rang undang-undang hudud hanya memerlukan majoriti mudah bagi diluluskan dewan. Maknananya ia hanya memerlukan 111 undi daripada 137 MP Muslim di Dewan Rakyat.

11. Mengikut kelaziman, sebarang undang-undang yang telah diluluskan Dewan Rakyat tidak mempunyai kesukaran untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa dan Dewan Negara. Selepas itu, rang undang-undang hudud boleh dipersembahkan kepada YDP Agong bagi mendapat persetujuan dan dijadikan undang-undang. Jika ini berjaya, ia mungkin menjadi sejarah pertama di dalam Parlimen Malaysia di mana 'Private Member Bill' berjaya dibentang, dibahas, diundi dan digazetkan.

KESIMPULAN

12. Memandangkan setiap undang-undang mempunyai pelbagai tafsiran dan rujukan kes, kemungkinan ada beberapa pandangan yang berlainan. Apa yang penting, untuk dengan mudah mengatakan hudud adalah 'unconstitutional' adalah satu pendapat yang separuh betul dan tidak demokratik.

13. Harus diingat tulisan ini menerangkan soal perundangan dan ingin berhujah dengan mereka yang mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan atas faktor perundangan (atau sebab main politik mungkin?). Tulisan ini juga cuba memberikan solusi dan bukan sekadar beretorik. Soal hudud yang bagaimana yang ingin dilaksanakan serta adakah hudud wajar dilaksanakan adalah soal yang berbeza dan tidak dijawab di dalam artikel ini.

So, apa macam sekalian pembaca sekalian? Setuju ke tidak HUDUD dilaksanakan SEKARANG?!

12 comments:

  1. Setuju hudud
    Takkan susah sebab Allah dah beri petunjuk sejak 1400 tahun lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga lebih ramai insan seperti saudara terutamanya dalam kalangan umat Islam sendiri.

      Delete
  2. Setiap umat muslim wajib sokong hudud allah seperti disebut dlm alqur'an.klau umat islam BERKALAU dlm melaksanakan nya,itu bermakna iblis telah menghasut kita dari melaksanakan perintahNYA.

    ReplyDelete
  3. Perumpamaan org yg BERKALAU serta memberi ulasan2 saingan terhadap perlaksanaan hudud adalah seperti seseorang anak yg.berkalau dn memberi komen saingan terhadap masakan ibunya.

    ReplyDelete
  4. perlembagaan malaysia tu datang dari Allah SWT atau dari reid ...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pasal la kita pening. Apa perlembagaan daripada Reid tu tak boleh dipinda ke? Kebal sangatkah ?!

      Delete
  5. Hello Fitnahul Crews... Terkejut campur tergelak gak aku bila laman web fitnah ni nak bincang pasal Hudud Islam...

    Lagi2 bila kopi pes daripada wikipedia aduh memang aku nak tergelak betul lawak di pagi hari ni!!! Woi tau tak apa beza 'rate' dengan 'count'??? Apa yang ko sebut 0.8 kes di Arab Saudi tadi adalah 'rate' atau dalam bahasa Melayu dia KADAR... Bukannya kau sebut COUNT atau JUMLAH kes itu sendiri ye... Bila aku rujuk kat wiki alahai memang le ambik sesangat daripada wiki... Meh sini aku sebut JUMLAH kes kat sana...
    Ini hanya jumlah jenayah yang direkod di dalam laporan United Nation on Crime and Drug atau dikenali sebagai UNODC pada negara yang mengamalkan Hukum Hudud... Sebagai perbandingan lebih baik jika aku letak sekali Malaysia dalam list ni... Ni aku hambik pada 2012 senang cerita...

    Sudan 11.2 dan jumlah kes 4159
    Nigeria 20.0 dan jumlah kes 33817
    Iran 4.1 dan jumlah kes 3126
    Pakistan 7.7 dan jumlah kes 13846
    Arab Saudi 0.8 dan jumlah kes 234
    UAE 2.6 dengan jumlah kes 235
    Special Malaysia 2.3 dengan jumlah kes 652
    Lagi Special Brunei 2.0 dengan jumlah kes 8 SAHAJA!!!

    Adik2 sekalian, janganlah jadi bangang dengan menjadikan FITNAHUL CREWS sebagai sumber rujukan ilmiah untuk korang... Konon berjuang untuk Islam tapi adakah matlamat menghalalkan cara??? Adakah patut korang menipu untuk menyokong Hudud???

    Aku pun sokong HUDUD tapi kenalah dengan caranya... Kalau cara tak betul macam mana la orang anggap korang ni pejuang Islam??? Korang ni pejuang Islam ke Pejuang Anwar???

    JANGAN JADI MACAM ARTIKEL SEBELUM NI YE BILA AKU KONDEM CUKUP-CUKUP TERUS KORANG UBAH KANDUNGAN ARTIKEL YANG KORANG TULIS SEBELUM NI DENGAN UBAH FAKTA HARAM JADAH!!! KALAU KORANG BUAT GAK MEMANG KEPALA KORANG MEMANG KEPALA BANA BADIGOL MANGKUK HAYUN HARAM JADAH!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Hehehe. Mudahnya kata kat orang pemfitnah.

      Mula-mula kau bajet bawak fakta la tu kononnya. Lepas tu bawak kata kat aku duk ambik daripada wikipedia la, copy paste la. Nampak sangat tak baca apa yang aku tulis. Satu kebangangan pertama yang kau bawak adalah:

      "United Nation on Crime and Drug". Aku pun buka la jugak website yang kau kata ni. Cari punya cari, download punya download. Aku tak jumpa la data statistik kau ni. Lagi-lagi bila aku tengok, skrol-skrol data statistik jenayah yang ada kat situ dibuat mengikut jenis yang tertentu. Misalnya, homocide, assault dan lain-lain.

      Persoalannya. Data yang kau kata kopi pes ni ambik dari mana? Klik yang mana satu? Kat mana nak download? Lagi satu, jenis jenayah yang mana satu kau ambik ni? Bunuh, gangguan seksual, dadah, bunuh atau apa?

      Hahaha. Kan dah kantoi tu. Lagipun, pelik aku. Ni jenayah apa yang sampai setahun 652 kes je jumlahnya di Malaysia. Kau sebut ini rekod kan. Tapi, rekod jenayah apa? Memandangkan kau state ini hanya jenayah secara umum tanpa menyebut jenis jenayah apa, aku kira ianya jumlah keseluruhan jenayah.

      Tapi, mana mungkin jumlah jenayah di Malaysia sekecil tu. Hadoi. Ini, baca ini daripada kadar indeks jenayah terbaru yang dikeluarkan surat khabar baru-baru ini dengan 111,020 kes jenayah indeks yang direkodkan sepanjang Januari hingga September 2013. Itu 2013 bro. Takkan la data yang kau ambik 2012 jadi 652 kes sahaja? Maharaja Lawak betul la.

      Ok, hujah di atas satu dah cukup. Satu lagi kau tak faham ke Hudud ini hanya dijalankan untuk 6-7 jenis jenayah sahaja. Bukan semua jenis jenayah. Mengaji la dulu. Sebab itu dalam kes selain daripada yang termasuk dalam hukuman hudud akan dihukum dengan Mahkamah Sivil atau disebut sebagai takzir. Ace, baca artikel yang aku bawak kat atas tu. Aku dah asing awal-awal lagi. Buta lagi, atau tak pandai baca tulisan rumi?

      Ish3. UMNO, UMNO dulu, kini selamanya. :D

      Delete
    2. Biasa la geng2 umno...aq sendiri pon dh lali dgn org umno.

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN