FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 22 October 2013

Ustaz Azam Calon PAS Sg Limau Yang Aku Kenali...



Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika terasa kurang di mana-mana.

Dia menimba ilmu di Al-Azhar Mesir dan Syiria, ilmunya terjelma menyerlah dalam akhlaknya.

Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun 2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan seumpamanya... Tidak terasa panjangnya surah-surah itu, kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.

Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya, yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...

"Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?"

"Ya mak cik, Azam ada mak cik"

" Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai. Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon balik"

"Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda"

" Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi telefon"

"Ok mak cik, Assaamualaikum!"

"Waalaikumussalammmm!"

Sebeum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia telepon balik.

Telefon saya masih di telinga gara-gara sambutan keibuan yang sangat menarik di talian, sayang untuk ditamatkan.

Demikian ibunya, demikianlah Ustaz Mohd Azam! Maka, sepanjang dalam Dewan Pemuda, dia diamanahkan mengendalikan pengurusan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) yang melibatkan 12,000 pelajar pra sekolah, ribuan guru dan pengelola PASTI seluruh Kedah. Sekolah-sekolah PASTI berkembang pesat dan teratur dibawah pimpinannya. Dia mewujudkan koperasi dan pusat jualan untuk menambah dana membantu guru-guru PASTI yang bergaji rendah. Majlis Guru PASTI (MGP) aktif dan cergas merencana berbagai program dibawah kelolaaan Ustaz Azam. Pelajar makin bertambah, guru-guru makin ramai, kokurikulum juga semakin hebat.

Usaha pentingnya ialah membantu menambah pendapatan guru-guru tanpa membebankan waris dengan kenaikan yuran. Setiap kali meneliti dan mendengar laporan tentang PASTI, dada sebak dengan kesungguhannya, dan kepala menjadi berat membayangkan kepayahan yang ditempoh oleh Ustaz Azam dan warga PASTI. Sukar mencari orang yang memiliki kesanggupan bertaraf tinggi seperti Azam!

Ustaz Azam sebelum menjadi Ketua Pemuda Jerai, dia berkhidmat di banyak posisi sama ada dalam pemuda dan MTD. Dia sentiasa ada di markaz. Sepanjang saya berkhidmat dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN dan YDP PAS Jerai, yang terkenal dengan 'cengey' dan tegas, sukar berkompromi dengan kesilapan dan sentiasa mahukan hasil tugasan yang paling baik....Ustaz Azizan tidak pernah meninggikan suara dengan Ustaz Azam, di depan atau belakangnya.

"Azam tu budak baik tuuu..."

" Azam tu budak betoiii, beraluihh dengan orang tua-tua..."

Pada waktu lain, Ustaz Azizan menzahirkan belas kasihnya kepada Ustaz Azam....
"Kesian Ustaz Azam tuu...ayah dia tak dak dah... Nak urus menikah kahwin nanti tentu susah...nasib dia macam aku la jugak lahh! Untunglah siapa dapat menantu macam dia...orangnya baik sangat-sangat."

Ustaz Azam Samat telahpun dipilih memikul amanah menjadi calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ustaz Azizan. Sg Limau bertuah, dan masyarakatnya bakal beruntung sekali lagi kerana kelahiran susuk-susuk hebat ini dari buminya, menumpahkan khidmat dan limpahan anugerah Allah kepada watannya. Dialah pengganti Ustaz Azizan yang menghampiri kesempurnaan, dari semua sudut - kecuali Ustaz Azam tidak garang! Dia paling cocok dengan Sg Limau yang pernah mengirimkan TG Hj Yahya Joned, TG Ustaz Azahari dan Ustaz Azizan ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Mereka semuanya adalah tokoh ilmuan dan aset besar kepimpinan di Kedah.

Sehingga kini, selepas bersahabat bertahun-tahun, Ustaz Azam masih memanggil saya "Abang Sanusi" walaupun jarak usia kami hanya dua tahun. Bertuahlah ibunya, adik-adiknya, sahabatnya, pimpinannya dan masyarakat yang bakal dipimpin oleh Ustaz Azam....Calon PAS DUN Sg Limau. Semoga dia tabah dan berupaya mengharungi amanah besar ini untuk ummah. Siiru 'ala barakatillah.

Ditulis oleh: Muhammad Sanusi Md Nor, Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Monday, 21 October 2013

Pengarah Filem Hina Nabi Menangis Minta Keampunan Allah


Pengarah filem hina Nabi menitis air mata semasa haji, Arnold Van Doorn, bekas penerbit filem yang menghina Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi tetamu Allah menunaikan kewajiban haji pada tahun ini, air matanya tidak henti-henti saat tiba di Mekah.

Dia mencari saat yang paling bahagia ketika ini. Van Doorn akan menghasilkan filem yang bertentangan dengan filemnya yang terdahulu bertajuk Sayyidul Basyar (Penguhulu Manusia).

Melalui kenyataan kepada harian Saudi Okaz, dia mencari apa yang dia cita-citakan dalam Islam. Dia mengingatkan masa lalunya yang memerangi Islam dan seperti orang yang menangkap angin. Dia datang ke baitullah untuk meminta ampun dan meminta kepada Allah untuk menghapuskan kesalahannya di masa lalu.

Setelah kepulangannya dari haji, dia bertekad berkhidmat untuk Islam dan muslimin dengan mengerjakan suatu projek besar pembuatan filem yang menggambarkan Nabi adalah Nabi yang rahmat.

sumber 

Tuesday, 8 October 2013

80 Gambar Terbaik Sekitar Ijtimak Tarbawi 3.0 Pagoh 2013

Alhamdulillah, Ijtimak Tarbawi 3.0 anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia yang diadakan di Parit Medan, Pagoh, Johor Darul Takzim pada 4, 5 dan 6 Oktober telah diadakan dengan jayanya yang mana kehadiran dianggarkan mencecah 7000 ribu orang. AllahuAkbar!

Di sini, saya sertakan gambar-gambar terbaik sepanjang program berlangsung. Saksikan...

Berkerusi roda tak menghalang beliau untuk perjuangan.









Tua dan muda sama-sama demi sebuah perjuangan.
Semut merah 'beraksi'. Ini akhlak pejuang Islam.
Pimpinan berjiwa rakyat. Salute.



Kehadiran hadirin pada ceramah ini menjangkau 7 ribu orang





















Bergandingan tangan demi sebuah baiah perjuangan.







Usia bukanlah penghalang. Tabik spring!
































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN