FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 26 May 2013

[BACA NI] Korang Ingat PAS Ini Macam Tuuuutuuut !!!



"PAS kayu! PAS bodoh! PAS jumud! PAS tak releven! PAS purba! PAS khianat! PAS lembap! Ulama' PAS tak betul! Singkir pimpinan ulama' PAS!" 

Mungkin inilah perkataan yang keluar daripada segelintir rakyat Malaysia yang "lupa". Ramai yang mengutuk, mengeji, memperkecilkan serta memperlekehkan PAS serta pimpinan ulama' PAS kini. Anda semua akan malu dengan segala perbuatan, perkataan anda selepas anda baca artikel ini sepenuhnya. Betapa ada perbezaan yang amat besar dengan apa yang dinamakan perjuangan dengan hanya menegakkan keadilan, menjatuhkan kezaliman dengan perjuangan menegakkan Islam. Kerana Islam akan menjamin keseluruhannya termasuklah keadilan, kebebasan dan hak tak lupa apa yang paling penting mentadbir dunia dengan syariat Allah. Fahami artikel ini, fahami PAS. Khas ditujukan kepada lawan mahupun kawan. ;)


------>

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.

PAS bersama dalam hal ini.

Namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, diISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.

Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.

Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi anjing suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.

Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.


------->
Siapa yang dah merasa makan peluru hidup di Memali? PAS bukan Sosialis.
Siapa yang diberi kepercayaan berkawal di barisan hadapan setiap kali bertempur dengan FRU? PAS bukan Sosialis.

Tiba2 kanak2 Sosialis gila menjaja PAS takut untuk turut serta meledakkan 'Spring' di Malaysia. Memasak pun ada kaedah, tak akan berjuang tiada kaedah? Main semberono menonong gitu je? Orang muda kita perlu belajar sesuatu dari pepatah Arab:

بين حكمة الشيوخ و حماسة الشباب
"ِAntara bijaksananya orang tua, semangatnya orang muda"

Bagaimana semangat sekali pun orang muda, jangan dilupakan nasihat dan pengalaman orang tua. Itulah antara sebab Allah mengutuskan Nabi SAW pada usia 40 tahun. Untuk mengimbangi semangat pengikut-pengikut baginda yang lebih muda.



Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad


------>
Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1- Saya merujuk kepada ucapan Ketua A.M.K Sdr Shamsul Iskandar Md Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertarikh 24 Mei 2013. Berikut adalah kenyataan balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2- Apa ingin saya tegaskan, PAS ialah sebuah gerakan Islam yang tidak akan mengkhianati janji kerana itu adalah akhlak Islam. Sekalipun berlaku salah faham, maka sewajarnya guna saluran yang baik dalam menegur demi menjaga keharmonian dan tidak memberi ruang pada pihak lawan.

3 - PRU -12 adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan YB P.K.R sendiri telah lompat parti. Ianya merupakan pengajaran untuk PR di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.

4 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji. Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya.

6 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

7- Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS.

Salam persaudaraan dari saya
YB. Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


Komen Saya------->
PAS telah lama dalam perjuangan semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Berkat perjuangan orang-orang lama serta ulama'-ulama' dululah yang ramai telah pergi meninggalkan kita kini, kerana keikhlasan, usaha serta taqwa merekalah yang telah mengalirkan hikmah dan barokah dalam perjuangan menegakkan Islam di Malaysia. Delegasi ulama' ini perlu kita perkukuhkan lagi. Anda tak tersentuh lagi jika membaca artikel ini saya tak tahu la nak kata apa lagi. 

Siapa kita? Yang baru setahun jagung dalam perjuangan ini, untuk menidakkan segala hasil usaha para amilin, pejuang terdahulu yang telah membela agama serta memperjuangkan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia zaman berzaman. Nak dibandingkan ujian serta penderitaan mereka dengan apa yang kita hadapi sekarang...Allahurabbi, jauh sekali. Mohon muhasabah. Saling hormat menghormati. Kukuhkan barisan serta pakatan kita demi menumbangkan kezaliman serta kemungkaran yang lebih besar iaitu Barisan Nasional. Saya sayang PAS! Saya sayangkan kepimpinan ulama'!

Saya syorkan kepada anda semua baca artikel ini:- 

Monday, 20 May 2013

[Bongkar] Sejarah Yang Digelapkan: Konspirasi Yahudi & Christopher Columbus




Perpustakaan Kongres (Library of Congress) di Washington DC ada menyimpan sebuah 'khazanah tersembunyi Islam' yang mana ianya adalah sebuah perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, pada tahun 1787. Di perpustakaan tersebut - akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee ketikaitu AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, anda akan ditemui cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat manakala kaum lelakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.

Cara berpakaian ini dapat ditemui dalam gambar atau lukisan suku Cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum akhirnya benar-benar pupus dari benua Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.


Berbicara berkenaan suku Cherokee, tidak boleh terlepas dari suku Sequoyah. Sequoyah adalah orang asli suku Cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah sebuah aksara. Jika sekarang kita mengenali abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara mereka sendiri.

Yang membuatkannya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat Cherokee abad ke-7 yang ditemui terpahat pada batu-batuan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” dalam bahasa Arab.


Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga pada Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ia ditunjukkan pada gambar-gambar antara tahun 1835 dan 1870.

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak terjangkau oleh pancaindera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti kenyataaan oleh seorang Ketua Suku Ohiyesa :”In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”. Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.

Bagaimana Ketua Suku Indian Cheeroke Boleh Menjadi Seorang Muslim?

Semangat orang-orang Islam dan Cina ketika itu untuk mengenali lebih jauh tentang dunia tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluaskan dakwah Islam telah mendorong beberapa pemberani di antara mereka untuk melintasi wilayah yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka pada ketika itu.


Beberapa nama masih lagi sangat tersohor sehingga kini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya -- sebut sahaja Cheng Ho dan Ibnu Batutta, namun beberapa nama lagi hampir tidak terdengar dan hanya tercatat di dalam buku-buku akademik.

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan Muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871 – 957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang pengembara muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Andalusia, Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.

Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang antara lainnya memuatkan bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh turut menulis, bahawa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol ke Barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan Atlantik. Mereka kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehi dari tanah asing.

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Andalusia, Hisham II (976-1009) seorang pengembara dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulauan Canary).

Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Perlayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maroko dicatatkan juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Maroko pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307) raja ke-enam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Karibia pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang kini telah dilupakan, dahulunya adalah merupakan sebuah pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan yang maju di benua Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan orang menuju ke Timbuktu atau bermulal dari Timbuktu.

Sultan yang tercatat mengembara benua hingga ke benua baru saat itu ialah Sultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para pengembara ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’is yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada Raja Uthmaniah, Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bahagian barat, Amerika Selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brazil secara cukup tepat.


Bukti lainnya adalah, Christopher Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Karibia) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Dia faham bahawa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudakkan rakyat Amerika. Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa orang daripada mereka menikahi orang-orang pribumi.

Seterusnya, Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Hingga ini sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Kuba, Mexico, Texas dan Nevada.


Dan tahukah anda? 2 orang nakhoda kapal yang dipimpin oleh Columbus, kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu dua bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Maroko Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Dan mengapa hanya Columbus sahaja yang hingga kini dikenali sebagai penemu benua Amerika? Kerana ketika terjadi pengusiran 300 000 orang Yahudi dari Sepanyol oleh Raja Ferdinand yang beragama Kristian, orang-orang Yahudi kemudiannya telah mengumpul (membiayai) dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ telah dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang merupakan orang Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran Columbus ini nampak sangat demi hanya mengejar kemahsyuran dan diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesanan penaja Columbus’ iaitu orang Yahudi Sepanyol. Sehingga kini media massa mahupun ahli akademik dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh Yahudi terus-menerus mengguna pakai 'berita penemuan benua Amerika' oleh Columbus.

Maka tampaknya ada ketidakjujuran dalam menulis fakta sejarah berkenaan penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan kaki ke benua Amerika.

Dan tahukah anda? Sebenarnya laksamana Cheng Ho adalah penemu benua Amerika lebih awal iaitu sekitar 70 tahun sebelum Columbus.

Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di tanah Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah terlebih dahulu datang ke sana. Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London tidak lama dulu telah mengalami kejutan besar dek kerana pendedahan seorang krew kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya dan lantas mendapat perhatian besar.


Menzies yang tampil dengan penuh keyakinan - menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur asal China, Laksamana Cheng Ho. Bersama bukti-bukti yang ditemuinya dari catatan sejarah, dia lantas membuat kesimpulan bahawa pelaut serta pengembara ulung dari Dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.

Bahkan menurutnya, Cheng Ho ‘mengalahkan’ Columbus dengan jarak (perbezaan) waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies tentu membuat kekecohan kerana masyarakat dunia selama ini mengetahui bahawa Columbus lah penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Pendedahan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah.

Beliau menunjukkan sebuah peta yang dilakar sebelum Columbus memulakan ekspedisinya, lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Cheng Ho yang disandarkan sebagai bahan bukti. Menzies sangat yakin selepas beliau meneliti ketepatan dan kesahihan bahan-bahan bersejarah tersebut.

Cherokee Syllabary ”Laksamana inilah yang sepatutnya dinobatkan sebagai penemu pertama benua Amerika,” ujarnya. Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk penelitian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga penggunaan teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti tersebut, kata kunci yang boleh mengubah sejarah ini, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan penjelajahan Cina kuno bersumberkan pada masa pelayaran Laksamana Cheng Ho. Penjelajahannya sehingga merangkaui benua Amerika telah mengambil masa antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Cheng Ho berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Huraian astronomi pelayaran Cheng Ho menyebut, pada larut malam ketika terlihat bintang selatan sekitar tanggal 18 Mac 1421, lokasinya di hujung selatan benua Amerika Selatan. Kata kunci ini kemudiannya dibina semula dengan menggunakan software Starry Night dengan membandingkan peta pelayaran Cheng Ho.

“Saya memprogram Starry Night hingga masa di tahun 1421 serta bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” jelas Menzies yang juga merupakan seorang ahli pelayaran dan bekas komanden kapal selam angkatan laut British. Daripada bukti ini, beliau akhirnya menemukan dua lokasi berbeza daripada pelayaran ini berdasarkan catatan astronomi (bintang) ekspedisi Cheng Ho.

Telah terjadi pergerakan pada bintang-bintang ini, sesuai putaran serta orientasi bumi di angkasa. Akibat putaran bumi yang kurang sempurna membuatkan paksi bumi seolah-olah mengukir lingkaran di angkasa setiap 26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut ketepatan, berarti tiap titik kutub membidik bintang berbeza selama waktu berjalan. Menzies menggunakan software untuk membina kedudukan bintang-bintang seperti pada masa tahun 1421.

“Kita sudah memiliki peta bintang China kuno namun masih memerlukan penanggalan petanya,” kata Menzies. Ketika sedang pening memikirkan masalah ini, tiba-tiba beliau menemui kata kuncinya. “Dengan kemujuran luar biasa, salah satu dari tujuan yang mereka lalui, yakni antara Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.”

Bahagian dari pelayaran tersebut sebenarnya sangat dekat dengan garisan khatulistiwa di Lautan Hindi. Adapun Polaris, sang bintang utara, dan bintang selatan Canopus, yang dekat dengan lintang kutub selatan, tercantum dalam peta. “Dari situ, kita berjaya menentukan arah dan kedudukan Polaris. Sehinggalah kita boleh memastikan masa daripada peta itu iaitu tahun 1421, lebih dan mkurang 30 tahun.”

Sequoyah Atas penemuan tersebut, Phillip Sadler, iaitu pakar pelayaran dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, mengatakan perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang amatlah dimungkinkan (berkemungkinan tepat). Dia juga bersetuju bahawa anggaran waktu 30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies, juga masuk akal.

Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Cheng Ho sebagai penjelajah ulung. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat dayaYunan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada etnik minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Cheng Ho diketahui pernah membuat perjalanan menunaikan haji ke Tanah Suci Makkah. Sementara Cheng Ho sendiri membesarr dengan banyak mengadakan pengembaraan ke banyak wilayah. Beliau adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming. Pada saat pasukan Ming menguasai Yunan tahun 1382, Cheng Ho turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Cheng Ho pun dijadikan sebagai pembantu putera mahkota yang kemudiannya menjadi Maharaja bernama Yong Le. Maharaja inilah yang memberi nama Cheng Ho hingga akhirnya beliau menjadi salah seorang panglima laut termashyur di dunia.

Tuesday, 14 May 2013

Saksi & Bukti Kukuh Penyelewengan SPR di Terengganu : Ahmad Said Tumbang?



Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut. Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.


Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.


Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan wakil PAS dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut.  Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang juga telah maklum akan situasi ini. Perjumpaan tertutup telah diadakan dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.

SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!


Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat.


Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang dalam Pilihan Raya Kecil, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan perjumpaan pihak PAS Terengganu dengan wakil rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu.

Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu umpama api dalam sekam. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya. 

PAS bukan sekadar parti politik tapi sebuah gerakan Islam, sebuah Jemaah Islam yang bukan sekadar berjuang semata-mata untuk menegakkan keadilan, menentang Barisan Nasional tapi menegakkan syariat Islam, mentadbir Malaysia khususnya dengan Islam yang syumul. Kamu ingat PAS hanya diam membisu dengan segala penipuan ini? PAS bergerak dengan penuh strategi, percaturan bukan hanya sekadar mengadakan himpunan di seluruh negara. Mohon celik. :)
Akhir kata, peringatan keras juga kepadamu, Ahmad Said yang mula-mula lagi sudah bongkak ingin menyekat pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu. Awas, bila-bila masa sahaja kamu boleh tumbang!!! Sama-sama berdoa kepada Sang Pencatur Seluruh Alam. ^^

"PAS Redha Dengan Kekalahan, Tapi PAS Tak Pernah Redha Dengan Penipuan"

Sunday, 12 May 2013

Anak Muda Ini Yang Cabar Pengerusi SPR, Korang Ada Berani?


BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR! bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bersetongkol dengan kerajaan 46% BN, maka ini jawapan beliau.. SPR telus ke? 


"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah,

seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."

Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.

Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.

Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.

Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Saya tidak membuang undi, tetapi membawa kertas undi 2 helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan, dan merujuk kepada pegawai atasan beliau mengenai apa yang berlaku. Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku.

Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?"

Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". Tiada kata penyelesaian.

Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali.

Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti saya mengundi 2 kali dan saya menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan saya bawa keluar kertas undi tersebut. Saya cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untukmengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. Masih tidak membenarkan, saya meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambar saya, kad pengenalan, kertas undi 2 helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. Tiada kata putus dari mana-mana pihak, saya meminta kebenaran untuk membuat laporan polis.

Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah. Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku.

Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali ke-2.

Tamat.

Penjelasan;

"Saya membuat laporan, BUKAN ditangkap!" Sila baca banyak kali jika tidak faham.

Saya faham hak saya sebagai pengundi. Saya sedia maklum jika saya ditangkap untuk undi kali ke-2, saya boleh dijatuhkan hukuman bayar rm5000 atau 2 tahun penjara.

Saya non partisan, tegas saya disini. Saya tidak dibayar, bukan ahli dan tidak menuduh mana-mana parti. Saya tidak berniat untuk mencabar SPR, tapi ingin menguji sistem yang dikata "bersih" dan terbaik di dunia. Saya salah seorang rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai dakwaan-dakwaan yang menyatakan kegagalan SPR sebagai sebuah sistem pilihanraya yang telus dan saya sendiri berjaya buktikan. Jika kes saya adalah "kesilapan", saya ingin tahu, berapa banyak "kesilapan" yang sama berlaku di tempat-tempat mengundi yang lain? Berapa ramai yang membuat laporan dan berapa ramai yang berjaya bolos?

Adakah SPR badan paling bersih di dunia seperti didakwa pengerusinya?
Jawapan saya, tidak.

Anda pula bagaimana?

Yang Benar,

MOHD FADHLI BIN KHAHARRUDDIN

Tuesday, 7 May 2013

[BONGKAR] 20 Fakta Penipuan SPR, Konspirasi BN Dalam PRU 13


1- Kenderaan yang membawa peti undi tiba-tiba lari daripada jalan asal ke pusat pengumpulan undi. Menghilang. Kemudiannya muncul balik.


2- Tong peti undi ditukar di pertengahan jalan. Ada juga tong yang hilang.



3- Pada saat-saat akhir, tong yang hilang, tiba-tiba sampai di pusat penjumlahan undi.

4- Di saat kiraan undi yang menunjukkan PR sedang mendahului BN, tiba-tiba blackout.

5- Di saat-saat akhir, BN membantah pengiraan undi yang didahului PR menyebabkan undi terpaksa dikira semula.

6- Beberapa buah teksi berpenumpang daripada luar masuk ke tempat pengundian tanpa ada sebarang sekatan daripada polis sedangkan hanya kenderaan petugas & yang berkenaan dibenarkan masuk itupun sebelum pusat pengundian dibuka. Pengundi hantu?

7- Mat-mat Bangla yang tidak kenal siapakah PM Malaysia dibenarkan untuk mengundi. Polis biar je. Alasannya dia ada IC. Saya tanya anda jujur, anda boleh beza tak seorang bangla dengan seorang mamak? Tengok slang cakap pun dah tahu kan.

8- Orang yang sama mengundi lebih daripada satu pusat mengundi. Macamana tu?

9- Dakwat yang dikatakan kekal sehingga masa 5-6 hari boleh hilang dalam masa 5-6 minit.

10- Seorang yang masih belum mengundi tetapi bila tiba di pusat mengundi, dia direkodkan sudah mengundi. Siapa yang undi untuk dia?

11- Pengundi yang kurang upaya atau uzur, undi mereka dipangkah oleh petugas spr. Bila nak tengok apa yang dipangkahnya, petugas itu tidak membenarkan malah terus memasukkannya dalam peti undi. Mana hak sebagai seorang pengundi?

12- Pegawai SPR yang bertugas di pusat mengundi tidak mahu menandatangani Borang 14 walaupun sudah dikira jelas di pusat itu kemenangan berpihak kepada PR.

13- Di pusat penjumlahan undi, tong dibawa ke sana menaiki teksi ikut jalan belakang? Mana perginya kenderaan rasmi SPR? Kenapa jalan belakang?

14- Undi Awal disimpan di balai polis sebelum 5 Mei tanpa ada seorang pun wakil parti politik dibenarkan untuk mengawasinya?

15- Undi Pos semuanya berpihak kepada BN?

16- Pensel turut disediakan kepada pengundi ketika ingin memangkah? Kenapa tidak bagi hanya pen? Untuk memudahkan usaha memadamnya kah?

17- Sesetengah tempat undi rosak lebih tinggi, daripada undi majoriti. Kenapa?

18- Van berlogo BN masuk ke pusat mengundi sedangkan pengundi yang pakai baju berlogo parti pun tak boleh masuk inikan pula van. Pelik.

19- Di beberapa kawasan yang BN kalah pada kiraan undi awal. kemudiannya BN pulak yang menang pada saat-saat akhir selepas dibuat kiraan semula berulang-ulang kali. Menang pulak dengan majoriti ratus-ratus pula, ada yang melebihi seribu. Takkan kiraan pertama tu salah kira sampai banyak tu sekali. Tak pandai mengira? Mana datang undi-undi tu?

20- Peti undi dibawa ke tempat pengumpulan dengan helikopter berlogo MCA. Kenapa?

Kini, kita tidak tahu siapakah yang diperkudakan? SPR atau rakyat? Yang pasti MasterMindnya adalah Barisan Nasional. Siapa yang mempunyai maklumat dan info lain bolehlah tambah di ruangan komen di bawah. Mohon share artikel ini di facebook dan twitter anda semua. Biar semua rakan-rakan macai anda celik! ^^

Saturday, 4 May 2013

[FLASHMOB] Anak Muda Perlis Ditahan Atas Arahan Shahidan Kassim !


Inilah kerja UMNO/BN. Sekali lagi Institusi Polis diperkudakan, dicabul oleh mereka. Jelas campurtangan ahli politik dalam setiap tindak tanduk polis. Maka, kita tidak hairan mengapa kadar jenayah tak pernah berkurangan malah banyak pula kes-kes yang digugurkan, lesap hilang begitu sahaja dek kerana campurtangan politik. Kali ini, kes ini berlaku di negeri Perlis. Shahidan Kassim nampaknya seolah-olah menunjukkan dialah Big Bos Besar di negeri tersebut.

Sumber rapat sahih yang terlibat dengan kes penahanan ini sendiri telah memaklumkannya kepada saya. Apa lagi Shahidan nak pusing? Dengan duit rakyat yang disonglapnya, adakah polis juga berada di bawah jari telunjuk beliau?

Lihat video ini sampai habis, anda akan tahu kenapa saya kata Shahidan tak layak menjadi Menteri Besar Perlis. Dasar samseng!



#Ini sumber sahih, rakan saya sendiri yang menghubungi saya untuk info ini. Fakta bukan auta. Rakyat Perlis tolong jangan undi Shahidan Kassim dan geng2 dia. Hancur Perlis jika anda masih menangkan UMNO/BN.

Friday, 3 May 2013

[LATEST] 7 Bukti Terbaru Kepalsuan Video Sumpah Saiful Bukhari di Hadapan Kaabah

Sebelum saya terangkan kepalsuan dan keeditan video tersebut, jom kita tengok dulu. Lepas tu, kalau korang nak gelak guling2 pun takpa oleh kerana  betapa bengap dan bodohnya serta ketidakcerdikan macai UMNO mengedit video. Hahaha. :D




1- Pada minit 1.03, ada seorang hamba Allah berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh.


2- Cuba tengok juga pada 0.58 kamera bertukar arah lain dan gambar Saiful pun terikut sama.



3- Kalau pun video itu boleh di rakam, selalunya jemaah di belakang (kalau bukan semua pun) akan memerhati (sedikit curios) jika seseorang itu sedang mengambil video dan akan memandang ke arah kamera. Ini tidak seorang pun jemaah yang memerhati semasa video itu sedang dirakamkan. Semuanya berjalan selamba di belakang Saiful seolah-olah tiada apa yang berlaku di hadapan mereka.



4- Melalui pengalaman seorang yang pernah mengadakan Umrah, kamera dia pernah dirampas bukan di dalam tapi di luar Masjidil Haram semasa cuba merakamkan gambar. Macam mana Saiful boleh ambil video tanpa dikesan pegawai keselamatan? Agak janggal sikit.

5- Orang arab yang besar-besar badan mereka nampak kecik daripada Saiful ini walaupun mereka melintasi sebelah Saiful sekalipun. Perhatikan.

6- Melalui pengalaman saya sendiri sebagai seorang petugas videografer PAS, saya pelik dengan video ini yang dirakam sebegini dekat dengan mukanya tapi kalau diperhatikan betul-betul walaupun dengan memilih format HD 1080 sekalipun, wajahnya nampak tidak sesharp background di belakang video. Background belakang nampak lebih sharp daripada muka beliau. Sepatutnya background belakang nampak lebih bokeh, walaupun sedikit. Ini tak, ianya sangat sharp.

7- Saiful juga tersalah imposed gambar di depan Hijr Ismail kerana tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang kiri bahu Saiful. Kalau betul dia berdiri dihadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahunya dan kamera pula di sebelah kiri bahunya.

Kesimpulannya, budaya politik fitnah dan lucah sudah menjadi malan dan budaya UMNO dan macai-macai mereka. Budaya beginikah yang kita ingin warisi kepada anak-anak, generasi kita akan datang. Fikir-fikirkan. ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN