FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 28 April 2013

[GEMPAR] Putrajaya Jatuh kepada Husam: Mahathir, Najib Hilang Arah!



Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.


Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam. 

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan. 

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.

#Aku dah tak tahan lagi dengan kezaliman, konspirasi jahat UMNO/BN ini. Bukan setakat harta negara mereka punggah, nyawa orang awam juga dijadikan korban mereka. Kes yang terbaru pula kes Orang No 2 Kastam dibunuh. Sumber menyatakan ini kerja UMNO/BN. Nanti aku dedahkan!

Wednesday, 24 April 2013

[GEGAR] Shahidan Kassim & UMNO Perlis Mula Goyang. Kenapa? Tengok Ni!


Shahidan Kassim dan puak-puak UMNO/BN Perlis dah mula goyang selepas satu lagi video dibongkarkan oleh Pakatan Rakyat Perlis. Tak lupa juga kepada Bekas Menteri Besar 'Terawang-awang" iaitu Mat Isa Sabu, sudah la Kontroversi Kes Felda pun belum selesai, mai pulak pendedahan demi pendedahan apa yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang memerintah Negeri Perlis.

Selama UMNO/BN memerintah negeri Perlis, harapan "Perlis Maju Menjelang 2015" semakin lama semakin kelam ibarat Gua Kelam. Mana tidaknya, pelbagai kegagalan, pembaziran serta 'misteri duit lesap' menyelubungi mereka. Jadi, trik ini rakyat Perlis WAJIB tukar kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum -13 bagi menumbangkan Barisan Nasional UMporNO. Ini Kali Lah!







Ayuh, rakyat Perlis. Ubah Sekarang! ^^
Follow my Twitter : HiJaBuL Cr3wZ

Tuesday, 23 April 2013

Anda Komfem Menitiskan Air Mata : Jentera Husam Musa di Putrajaya Dikepung



Husam Musa menangis.

Beliau pernah berkata, "Saya datang ke sini, seorang diri. Saya tidak mempunyai sesiapapun di sini. Andalah sahabat, saudara saya."

Naib Presiden PAS itu tidak sangka kira-kira 3,000 menyertai beliau pada hari penamaan calon semalam.

Putrajaya bukan anak kunci perubahan yang mudah. 

Tetapi, beliau yakin PAS boleh menggalas amanah Pakatan Rakyat untuk merampas tiang seri Malaysia itu.

Sejak dua minggu lepas lagi, semua bendera PAS yang dipacak sekitar parlimen itu hilang dek politik luar biasa Umno Barisan Nasional.

Pihak berkuasa tempatan tak membenarkan Husam berceramah di Parlimen itu.



Akhirnya, ribuan rakyat tiap-tiap malam menyambut Husam di pinggiran Putrajaya.

Zolkifly Md Lazim yang mengikut kera-kerja dakwah pasukan Husam Sabtu lepas berkata, ada beberapa keganjilan dalam kempen 'ayam tambatan' Pakatan Rakyat itu.

Bendera PAS hampir tiada di Putrajaya. Sampai ada yang bertanya, "Husam boleh kah...."

Kepada jentera, Husam selalu berkongsi semangat. "Yang mengundi bukannya bendera.Tapi, warga Putrajaya."

Bermula semalam, sukarelawan Husam Musa pula jadi bendera.

Mereka mengangkat plakad di persimpangan jalan, di perkarangan kediaman warga kota Putrajaya, di bangunan-bangunan kerajaan.

Polis, penguatkuasa, kakitangan kerajaan melempar senyuman.

Memang patut pun Husam menangis.

Warga Putrajaya rata-ratanya bukan memusuhi bendera PAS atau Husam sendiri.

Semuanya bagai dipaksa.

Memang patutpun Husam menangis.

Sebab sebak, anak muda jadi bendera PAS.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi..." [Surah al-Kahfi: 13-14]


"PAKATAN KUAT, RAKYAT UNTUNG!"

ZAINULFAQAR YAACOB
Catatan dari Hospital Besar Pulau Pinang
9.07 pagi | Waktu melawan rejim!


Follow my Twitter : HiJaBuL Cr3wZ

Monday, 22 April 2013

Wallpaper Gambar Grafik Terbaik Pakatan Rakyat Dalam PRU 13

Di sini saya sertakan poster grafik terbaik ciptaan "Pejuang-pejuang Rakyat" dari seluruh negara. Kredit kepada semua designer2 terbabit. ^^


































































Jika anda mempunyai poster grafik terbaru, hanya letakkan link di ruangan komen di bawah atau emel ke [farto.east@gmail.com]. Saya akan update post ini dari semasa ke semasa jika ada poster grafik terbaru. Ini Kali Lah! ^^

Follow my Twitter : HiJaBuL Cr3wZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN