FOLLOW HIJABUL CREWZ

Wednesday, 6 November 2013

Analisis PRK N.20 Sg Limau : Kenapa Undi Majoriti Merosot?


Penantian terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau telahpun berakhir dengan PAS mengekalkan kemenangan kali keenam berturut-turut.


Seperti yang dijangkakan, calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat menang mengatasi calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazin dengan majoriti 1,084.

Ustaz Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Apa yang menarik dengan keputusan ini, BN turut mengaku mereka sebenarnya tidak kalah, atau dengan kata lain, "kalah dalam menang".

Ini disandar kepada kejayaan mereka mengurangkan jumlah undi majoriti yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Allahyarham pada PRU13 lalu menang dengan majoriti 2,774 undi.

Apapun justifikasi yang dibuat, ia sekadar alasan klise bagi menampakkan kejayaan yang diperoleh parti masing-masing dan sikap itu adalah biasa bagi parti-parti politik bertanding yang tidak mahu dilihat kalah dan lemah.

Tapi ada menariknya juga bila Umno BN mengaku mereka tidak kalah, dengan kata lain mereka juga menganggap mereka menang.

Apa kesannya? Kesannya adalah terhadap janji Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu mengambil Sungai Limau Sebagai Dun angkat Menteri Besar.

Jadi dengan mendakwa mereka juga menang, maka ia telah mengikat janji Mukhriz itu. Lalu rakyat Sungai Limau berhak menuntut janji itu dari BN dan Mukhriz perlu segera mengisytiharkannya.

Saya tidak mahu mengulas panjang soal Dun angkat itu kerana ia soal tanggungjawab pemimpin untuk "menepati janji", tetapi saya mahu memberi sedikit pandangan atas isu jumlah majoriti yang diperdebatkan.

Bagi saya, post-mortem PAS yang akan dibuat sedikit masa lagi tentu sekali akan merungkai faktor penurunan jumlah majoriti itu.

Sebelum mereka melakukan bedah siasat itu, izinkan saya memberi sisi pandang saya berdasar 10 hari saya berkampung dalam membuat liputan di sana.

Ia sekadar analisis ringkas, tetapi dirasakan boleh menjadi asas dalam perdebatan penurunan jumlah majoriti yang diperolehi PAS kali ini.

Bagi saya, asas kepada penurunan jumlah majoriti ini adalah faktor calon itu sendiri.

Jika diimbau kembali, PRU13 lalu adalah penyertaan kali kelima Allahyarham Ustaz Azizan bertanding mempertahan Dun Sungai Limau (dahulu dikenali Dun Sala) yang dimenanginya sejak PRU ke-9 pada tahun 1995.

Hakikatnya ketika mula bertanding pada 1995, Allahyarham Ustaz Azizan hanya menang dengan majoriti 196 undi sahaja.

Pada waktu itu beliau mendapat 8,367 undi menewaskan calon BN yang mendapat 8,171 undi.

Majoriti itu meningkat sehingga yang tertinggi pada PRU2008 iaitu dengan 3,212 undi sebelum menurun pada PRU ke-13 lalu dengan 2,774 undi.

Jika itu faktanya, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau dengan penampilan kali partama Ustaz Azam? Itu persoalan awal yang harus dijawab.

Fakta kedua, pada PRU13 lalu, pengundi Sungai Limau tentunya mengambil kira faktor jawatan Ustaz Azizan ketika itu yang sudah sepenggal menjadi Menteri Besar Kedah untuk terus memilih beliau.

Dengan Ustaz Azizan sebagai menteri besar, dan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS, sudah tentu dua faktor berkembar ini mempengaruhi pengundinya yang yakin kemenangan Ustaz Azizan akan memberi kebaikan kepada mereka di Sungai Limau.

Cuma nasib tidak menyebelahi PAS Kedah pada PRU13, terpaksa akur bahawa rakyat mahukan perubahan kerajaan, walaupun di Sungai Limau Ustaz Azizan mengekalkan kemenangan.

Lalu sekali lagi persoalan sama timbul, maka apakah adil untuk menjustifikasi penurunan majoriti PRK Sungai Limau kali ini dengan penampilan kali partama Usta Azam?

Secara jujurnya saya melihat bahawa faktor besar kemenangan Ustaz Azam adalah faktor dirinya sendiri, tanpa tidak menafikan bayangan Ustaz Azizan juga membantu kemenangannya. 

Dengan mendapat majoriti 1084 undi (biarpun menurun dari yang diperoleh Ustaz Azizan pada PRU13 lalu), sudah cukup besar menampakkan penerimaan rakyat terhadap beliau untuk mewakili mereka.

Selaku seorang anak muda, kali pertama pula bertanding, dan kemudiannya menang, menggambarkan betapa pemilihan beliau sebagai calon oleh PAS adalah tepat.

Kepada Ustaz Azam, persetankan jumlah majoriti yang dipolemikkan, rakyat telah menunaikan hak mereka dengan memberi mandat kepada anda, maka tunaikanlah pula hak rakyat Sungai Limau selepas ini.

Pada saya, dengan majoriti 1,084 undi untuk penampilan pertama, dan naik melalui pilihan raya kecil (di mana seluruh jentera BN turun bertumpu untuk berkempen) anda sudah boleh dianggap wira.

Penulis adalah Pengarang Berita Harakahdaily.

8 comments:

  1. apa punya low class perangai orang pas ni. dah menang masih lagi menagih dun angkat dari umno. sepatutnya fokus pada usaha macam mana nak biar rakyat lihat sememang pas tu lebih baik dari umno. jangan asyik nak buat ceramah je, takut pru 14 nanti bungkus ,tak tinggal satyu dun pun dalam kedah

    ReplyDelete
  2. pas...parti ajaran syiah, parti ajaran sesat, parti angguk saja dll yang sewaktu dengannya....sebab tu ahli pas yang dah sedar mengundi umno..tu pun tak nak ngaku ker?

    ReplyDelete
  3. Kalau kita tgk komen dari pembaca kita boleh tentukan akhlak org pas dan umno.Harap org2 pas tak komen tanpa menjadikan islam sebagai asas berkata-kata.Kata2 kotor tak akan menjadikan pas kuat .Kita harap keredhaan allah bila berkata-kata.Kita hanya harap kemenangan drp Allah.

    ReplyDelete
  4. kepada pengikut PAS (pengikut ajaran sesat), Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

    ReplyDelete
  5. United Malay No Otak. Jangan dengar pendapat kaum ni yang separuh dari otak mereka tu otak subsidi keling mari

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    maaf, i nak tumpang beritahu tentang sebuah posting yang hot & info yang sangat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

    Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2013/11/melayu-adik-beradik-yahudi.html

    ReplyDelete
  7. simple je .... bilangan undi merosot itu adalah bilangan yang pergi menyokong umno ... mengapa..?
    1. mereka ingat umno akan kekalkan harga gula RM1 sekilo;
    2. mereka ingatkan akan dapat beras 5 kilo tiap-tiap bulan dari wanita umno;
    3. mereka mengaharapkan jalanraya mereka akan diturap setiap bulan;
    4. mereka berharap akan mendapat br1m rm 2 ribu setiap bulan;
    5. mereka berharap akan mendapat anak ayam, anak kambing, anak lembu dan anak kerbau setiap 3 bulan;
    6. mereka itu berharap untuk melihat sekolah cina di situ lebih gah dari sekolah melayu;
    7. mereka berharap anak mereka akan ditaja sepenuhnya oleh umno hingga ke universiti;
    8. mereka berharap bila dijadikan anak angkat oleh mukriz dan umno, mereka akan berkuasa, boleh buat apa mereka suka, menjadi "the untouchable pariah".....!!!!

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN