FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 2 September 2013

KINI: Mujahidin vs Basyar, ESOK: Mujahidin vs Basyar vs US | Perang Dunia Ke-3 ?


Sesuatu yang mengejutkan bakal berlaku saya kira di Syria jika US benar-benar menyerang Syria. Mujahidin yang sebelum ini berjuang menentang Regim Basyar bakal berjuang menentang US pula. Untuk anda fahami situasi yang bakal berlaku, baca ini:-

Serangan AS ke atas Syria yang berkemungkinan akan bermula dalam masa terdekat apabila pemeriksa PBB meninggalkan Syria ditunda. Belum sempat Obama bertemu Putin pada Rabu ini, Rusia sudahterlebih dahulu mengeluarkan kenyataan akan menyekat serangan menggunakan kuasa veto. 

Manakala China telah menasihatkan Amerika supaya menanti laporan dari kumpulan penyelidik PBB. Manakala kumpulan militan Syiah di Iraq juga telah memberi amaran akan menyerang kepentingan Amerika di sana. Malaysia antara negara Islam yang mendiamkan diri.

Parlimen Inggeris pula membuat pungutan suara dan telah mempertimbangkan tuntutan sekutu utama Eropah lainnya, termasuk Perancis dan Jerman, kemudian memutuskan untuk menunda serangan mereka terhadap Syria sehingga terhasilnya laporan para penyelidik PBB tentang apa yang terjadi di Syria. 

Walau bagaimanapun Obama masih belum membuat keputusan muktamad. Kekuatan tentera Britain dan Amerika Syarikat kini sepenuhnya di lokasi strategik dan bersiap sedia untuk melancarkan serangan sekiranya diberi lampu hijau. Menurut pakar ianya dalam bentuk serangan peluru berpandu jenis Tomahawk untuk serangan darat, yang mana bakal dilancarkan dari kapal perang atau kapal selam. 

Walau AS telah membuat kenyataan secara rasmi bahawa mereka tidak ingin menggulingkan Assad tetapi hanya berniat untuk menyampaikan amaran yang jelas baginya supaya tidak menyerang Israel. Namun Mujahidin sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan Amerika. Bagi mereka Amerika adalah pengecut. 

Kebanyakan Mujahidin yang berpengalaman berjihad menentang tentera AS di Afghanistan dan Iraq amat memahami kelemahan AS. Sebelum serangan ke atas Afghanistan, dunia menyaksikan AS pernah bercakap besar untuk mengalahkan Mujahidin dalam masa dua minggu. Namun apa yang terjadi setelah dua belas tahun, AS kini semakin kecut setelah mengalami kerugian besar kerana tentangan sengit Mujahidin semakin hebat. 

Apakah peristiwa di Afghanistan ini akan berulang di Syria jika AS berkeras untuk menyerang. Tiada yang mustahil di sisi Allah. - Agensi Berita Medan TM

20 comments:

  1. As-Salam..Ini semua telah dirancang oleh The Hidden Hand,dah tiba masanya untuk menjatuhkan pengaruh Amerika dan digantikan oleh Isreal sebagai kuasa besar..dan Jikalau Iran membantu Syria ini akan memyebabkan peperangan yang diingin oleh Israel boleh dilangsungkan..bersedialah untuk satu kejutan (Imam Mahdi Syiah untuk muncul)dan kononya mereka lah yang telah menewaskan Amerika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setuju. Bersedia untuk segala kemungkinan.

      Delete
  2. US dan Yahudi ni suka mencelah. Mana2 team yang nak jatuh dia akan lawan dan sokong team yang nak menang. Kalau x silap waktu mula Mubarak jatuh dulupun, mereka tak sokong Mubarak. Kenapa tak serang Mesir bila Morsi dijatuhkan. Namun mereka hanya boleh merancang......

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, Allah sebaik-baik perancang.

      Delete
  3. Amerika tak sepatutnya campurtangan di Syria.Biarkan la Syria PUPUS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak munkin Syria akan pupus.Kalau anda kaji sejarah tamadun dunia ternyata ibu kota Syria, Damascus adalah bandar yang telah di diami penduduk berterusan sehingga hari ini. Damascus adalah satu-satunya bandar didunia yang paling banyak kali dimusnahkan dan dibina semula sehingga hari ini. Walaupun telah dijajah dan dihancurkan oleh Namrud, Nebuchanezzar, Rom, Greek, Parsi,Tartar, Monggol, Tamerlane (SYIAH), Tentera Salib, Nusyairiah(Assad) Damascus tetap akan bangkit semula. Bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad, bahawa sayap malaikat akan sentiasa melindungi negeri Syam. Kesemua kuasa kuasa besar dunia akan dihancurkan di negeri Syam. Kaji sejarah.... Apa yang berlaku di Syria hari ini adalah kehendak Allah untuk menggantikan penduduk Syria yang telah lama bergelumang dengan dosa dengan penduduk yang lebih bertaqwa dan yakin dengan Qada dan Qadar Allah.Walaupun pada zahirnya penduduk Malasyia jauh lebih kemaksiatannya kepada Allah tetapi Syam adalah bumi yang istimewa. Allah tidak mahu lihat manusia berbuat kemaksiatan di bumi yang barakah ini. Setiap 100 tahun peristiwa berdarah seperti ini akan berulang. Sebagai orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, kita harus bersyukur kerana Allah pilih kita hidup dimasa ini dan berpeluang untuk menyambut seruan Allah untuk berjihad. Allah telah buka pintu Jihad seluas-luasnya di negeri Syam.

      Delete
  4. Iran, Hisbusetan dan missionary syiah dah lama masuk Syria.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya Obama dan semua presiden amerika adalah kuda tunggangan yahudi. inilah rancangan lebih besar untuk menguasai telaga minyak dan gas dunia. Syria merupakan halangan terakhir kepada iran. iran adalah matlamat akhir sebab iran mempunyai minyak kedua terbesar selepas arab Saudi. dengan penguasaan keatas iran, yahudi akan menguasai hampir 90% telaga minyak dunia.
    cuba fikir apa yang boleh dilakukan kalau kita menguasai hampir seluruh minyak dan gas dunia. dunia akan melutut pada kita. itulah matlamat yahudi untuk menzahirkan greater Israel.
    ini tiada kaitan dengan sunni-syiah. cuba fikirkan dalam dunia ini musuh Israel adalah Hezbollah, Syria dan iran. Syria telah membantu Hezbollah dalam peperangan dengan israel. iran telah membantu hamas dengan teknologi Fajr 5 dalam peperangan dengan Israel.
    semua kerajaan sunni telah tunduk patuh kepada zionis amerika.

    Surah al-Maidah:51 - wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu mengambil yahudi dan nasrani sebagai sahabat dan pelindung.

    Al-Qardhawi ucap terima kasih kepada Amerika:
    http://abna.co/data.asp?lang=15&id=457208

    Turkey's Parliament backs attacks on Syria
    http://en.alalam.ir/news/1513150

    British MP: Israel provides terrorists in Syria with chemical weapons
    http://www.presstv.ir/detail/2013/08/23/320111/chemical/


    syia ada nikah mutaah, mujahidin Syria ada nikah jihad.
    'Tunisian girls go to Syria for Jihad al-Nikah'
    http://en.alalam.ir/news/1479522

    Al-Qaeda’s indecent proposal to widows
    http://en.alalam.ir/news/1509826

    dan banyak lagi kalau anda cari berita alternative.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam sejarah Islam semenjak dari zaman Rasulullah telah terbukti bahawa Yahudi berkomplot untuk menghancurkan Islam. Pendita Yahudi Ibn Saba' yang mencipta fatwa supaya Ahl Bait di muliakan membabi buta sehingga mengkafirkan Sahabat Sahabat agung yang lain. Jadi, siapa pengasas Syiah? Yahudi. Oleh itu Syiah adalah Yahudi berjubah Parsi. Dalam sejarah Islam, puak mana yang menghancurkan negara -negara Islam? Syiah. Ketika tentera salib menyerang Kaherah, siapa dalangnya? Syiah Fatimiah. Ketika tentera salib menawan Baitul Maqdis, siapa dalangnya? Syiah Fatimiah dan Nusyairiah. Ketika Monggol membakar Baghdad, siapa dalangnya? Syiah Safawyaih. KetikaTimurlane membakar Damascus, siapa dalangnya? Timurlane adalah Syiah. Ketika Salib moden menghancurkan Afghanistan, siapa dalangnya? Syaih Majoosi Iran. Ketika Salib moden manghancurkan Baghdad, siapa dalangnya? Syiah Majoosi Iran. Tahukah anda hari kebesaran di Iran? Pertama adalah hari Nawrus, hari perayaan Majoosi kuno...

      Delete
  6. sumber berita tuan ambil dari berita negara iran. Iran fahaman syiah. Lain kali selidik dulu

    ReplyDelete
  7. alalam, presstv, abna.co

    ReplyDelete
  8. SubhannAllah. TeriMa kaseh sbb sharing maklumat. Dr kecik kami adik beradik di terapkan cerita akhir zaman. Walid n ummi dah meninggal,jd dah kurang bercerita.syukran

    ReplyDelete
  9. sudah2 la dgn sunah wal jamaah tu.tu mazhab ciptaan muawiyah anak hindun yg memamah hati saidina hamzah.dia merampas kuasa dari saidina ali & letak anak dia jadi raja.anak dia yg hantar tentera bunuh cucu Rasulullah.beberapa ratus tahun selepas tu ada seorang raja abasiah tutup pintu ijtihad & hadkan pemikiran umat Islam kepada 4 mazhab sahaja.mana hadis Rasulullah yg suruh berpegang dgn empat pendapat tu shj?tak ada kan.Allah dah bangkitkan Ayatullah Khomeini di awal abad 1400 hijrah (1979) dulu. Dia adalah waris keturunan Fatimah binti Rasulullah.Allah telah menangkan dia melalui Revolusi Islam & menubuhkan Republik Islam yg pertama di dunia di Iran. Dia telah isytihar Amerika sbg Syaitan Besar & Israel mesti dihapuskan dari peta bumi.Ayuh apa yg teragak2 lagi & termakan dgn dakyah Arab Saudi & negara2 Teluk yg kaya minyak tu. Mari umat Islam tak kira mazhab kita bersatu dgn Republik Islam, hancurkan Israel & bebaskan Baitul Maqdis!

    ReplyDelete
  10. Sufi samrat hazrat mahbub e khoda dewanbagi madazihululali ali hujur qibla,lahir pada hari rabu,di agrahayon 27,1356 pada tarikh 14/12/1949 adalah dari kalangan sayed dari bahadurpur sebuah kampung dbawah kawasan ashugan thana bandar brahmanbaria!berketurunan nenek moyang dari madinah arab saudi seterus ke qatar dan berhijrah kebangldst!setibanya mereka ke sini mereka dberi gelaran sarker!golongan baik lg terpuji! Bapanya alhaj sayed abdur rashid sarkeq (r.a) dan ibunya pula bernama hazrat sayeda zobeda khatum r.h,anak ke 6 mempunyai 6 abg dah 2org kakak!sebelum kelahiran beliau ibunya bermimpi melihat bulan sabit dilanggit,dan melihat org ramai melhat bulan yg bercahaya dan beliau melihatnya keluar dari bulan!dan bulan pun turun kepangkuannya!dan beliau menjelaskan adalah penyambung/penganti nabi,arab,islam dan pemimpin karima madrasah.selepas hari kelahiran dan aqiqah namanya diberi oleh seorang wali hebat pd masa itu iaitu maulana tajul islam!menamakan beliau mahbub-e-khoda yang bermaksud(kesayangan allah).setelah memasuki sekolah rendah dan menengah d madrasah talshahar karimia alia!d anugerah kepandaian dan ilmu yg tinggi dri Allah seterusnya menjadi ketua dan pemimpin seterusnya ke pakistan pd 25march 1971 menjadi sukarelawan keselamatan dan makanan,dan seterusnya dilantik pd 11april 1971 menjadi ketua branmanbaria seramai 72org iaitu cormander perang sektor 3,hajemara di india dan disana sempat mendirikan 2 masjid disana!dan perang telah berlaku dan sempat menjadi imam jemaah pada hari raya puasa dan berjanji dgn ucapan dgn nama Allah peperangan akan tamat dan bgldst akan merdeka!sblum hari raya haji yang berikutnya!dan Allah menunaikan janji beliau benar pd sbelum hari raya haji berikutnya!dan benar telah mendapat kemerdekaan!dan selepas peperangan pd tahun 1972 beliau dilantik menjadi general akm shafiullah sektor 3 dan menjadi guru tertinggi agama dalam rejemen angkatan tentera bgldst!dan pd thun 1974 telah mengambil keputusan mengankat sumpah menjadi pengikut imam sayed abul fasal ahmad chandapuri,dan diberi pelawaan mengahwini anak perempuanya yg ke4 dan seterusnya mendalami dan mempelajari tarikat bersama beliau!dan mengambil keputusan meletak jawatan dalam angkatan tentera pd tahun 1975,dan di beri amanah dan tangung jawab dalam tarikat dan dberkata pd hari isnin 1983 dan Allah memberi gelaran penghidup islam pd hari rabu 5april 1989..dan sekarang mempunya anak seramai 7org iaitu 4org lelaki dan 3perempuan terdiri kesemua adalah para wali Allah!isterinya Doyal Marr (rh) telah wafat pada tahun 2009 pd bulan ramadan!hanya barang siapa yg bekehendakan mengenali Allah perlulah berwasilah sepertimana dlm surah al khafi ayat 17..brng siapa tiada guru mursid maka syaitanlah gurunya seperti mana sabda saw!ilmu tasawuf adalah ilmu para2 nabi,rasul,wali2 Allah yg telah dihilangkan oleh yazid muawiah!kekuatan islam telah hilang 100% dari landasan sebenar!inilah yg ditunggu oleh umat saw!
    Sesunguhnya kami adalah dari keluarga yg di pilih oleh Allah untuk akhirat,sehingga datanglah suatu kaum dari arah timur.mereka membawa bendera2 hitam lalu meminta roti,tetapi masyarakat tidak memberinya.oleh itu,mereka memerangi(masyarakat itu)sampai menang dan dberi apa yg mereka minta.namun teryata mereka tidak menerimanya,sehingga mereka serahkan dunia ini kpd seorang lelaki dr keluargaku.lalu lelaki itu memenuhinya dgn keadilan,sbgai mana telah dpenuhi dgn kezaliman,maka barangsiapa di antara kamu mengalami zaman itu,hendaklah dia datang kepada kaum itu,walaupun harus mrangkak d atas salji !dri ibnu majah meriwatkan dr abdullah.
    Dan dri sanat yg kuat lg sahih dri ibnu majah sendiri..
    Jika kamu sekalian melihat org itu,maka berbai'lah kpdnya,meskipun merangkak diatas salji!kerana dia adalah khalifah Allah yg mendapat petunjuk-al-mahdi!
    Dari imam ahmad b hambal !perawi hadis mendengar ali mengatakan!sabda saw.
    Walaupun umur dunia tgal sehari lg,namun Allah s.w.t tetapa membangkitkan seorang lelaki dri kami,yg memenuhi dunia dgn keadilan

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar.....sesungguhnya keadaan zaman ini, 80% umat islam hanya tahu sebut ALLAH tapi tak kenal ALLAH. Kalau 80% tu kenal ALLAH tak jadilah suasana seperti la ni.....sebut saja ilmu Tauhid & Tasawuf, ahli Sufi....SESAT

    ReplyDelete
  12. Ktubhah rasullulah yg trakhir meningalkan w wasiat dn penerang jalan untuk umatnya agar kita tdak tersesat selamanya iaitu sunnah dan al quran..tanamkan keduanya di dlam hati sedalam dalamnya..ajaran yg mentauhidkan allah swt memang dri zman musa lgi tdak akan diredhakan oleh kaum kafir..brsabarlah whai org muslim..insyallah dh smpai msanya nnti islam yg ditindas akan bangkit mengadili dunia ini seadil adilnya..allahakbar..wsalam

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN