FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 13 August 2013

[WAJIB BACA] Pendedahan Siapa Sebenarnya Ustaz Zaharudin aka Menantu TG Hadi Awang


Din Ayam. Suatu nama yang popular semenjak dua menjak kini. Siapakah beliau? Ribut di alam siber sebelum ini membabitkan peperangan dalaman antara pimpinan-pimpinan PAS serta tokoh-tokoh politik tanah air seperti Khalid Samad, Dr Dzulkefly, Shamsul Iskandar, Ustaz Zaharuddin, Wan Ji, serta pimpinan pemuda PAS. Tak kurang juga blogger-blogger serta facebooker Pakatan Rakyat yang terpengaruh dengan dakyah jahat UMNO dengan menggelarkan beliau dengan Din Ayam serta mengaitkan beliau dengan skandal ahli majlis syura, isu calon dan isu pertindihan kerusi di beberapa kerusi utama Pakatan Rakyat. Peribadi beliau dpertikaikan sedangkan yang mempertikai itu jauh sekali tidak pernah bertemu dan mengenali beliau. Sila baca apa yang dikisahkan sendiri oleh sahabat karib beliau di bawah.


--------------------------------------------------------------------->

Teringat saya ketika di Tanta, Mesir. Bumi yang subur dengan cendikiawan dan ulama tersohor. Tak putus Tanta melahirkan ulama yang terkenal yang antaranya Syeikh Ali al-Jawhariy al-Tantawi dan Dr Yusof al-Qardhawi. Di bumi ini jugalah sempatku kenali Zaharuddin Muhammad a.k.a. Ustaz Din Tok Guru (DTG).

Ustaz Din Tok Guru ini sebenarnya gelaran oleh pelajar Malaysia di Kubri Qahafah dan Subarbay, Tanta. Gelaran ini diberikan kepadanya adalah kerana keilmuan dan peranannya di dalam membuka kitab-kitab turath di Markaz Tanta, seperti kitab Al-Asybah wa An-Nazoir, Waraqat dan kitab usul yang paling sukar difahami iaitu kitab Al-Minhaj karangan Imam Baidhawi.

Keilmuannya di kalangan kami tidak disangkal kerana mampu mengajar kitab-kitab tersebut, justeru itu beliau menjadi tempat rujukan pelajar-pelajar di sana. Sebab itu kami di Tanta memanggilnya Ustaz Din Tok Guru.

Selain menjadi best student dikalangan pelajar malaysia Tanta pada setiap tahun, kecemerlangannya di dalam bidang akademik terbukti apabila beliau menjadi "best student" di peringkat pelajar asing (waafidin) pada tahun 2007 dimana beliau mendapat kurang 7 markah untuk mencapai tahap Mumtaz, satu keputusan yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pelajar waafidin (pelajar bukan Mesir) sebelum ini.


Di atas kecemerlangan ini, beliau mendapat anugerah Al-Fanjari dengan diberikan biasiswa bulanan. Pelajar waafidin kerana silibus mereka khususnya Al-Quran adalah berbeza dengan pelajar Al-Azhar dari Mesir.

Seusai menerima ijazah Sarjana Muda, saya berhijrah ke kota Kaherah dengan niat menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Fakulti Darul Ulum, di sini tempat saya menjadi rapat dengan DTG dan beberapa orang sahabat yang lain. Saya juga menyewa di Asrama Malaysia Abbasiyyah (ARMA) yang turut disewa oleh DTG. Hubungan kami semakin rapat dan saya cukup teruja dengan beberapa siri penyampaian DTG mengenai sistem ekonomi dan kewangan Islam. Topik paling menarik perhatian adalah mengenai waranti produk yang merupakan perbincangan segar dan semasa pada waktu itu.

Sememangnya kemasukan beliau ke Universiti Kaherah di dalam bidang Shariah adalah sesuatu yang special. Pada waktu itu, zaman Al-Marhum Dr. Baltaji kemasukan ke jabatan Syariah agak ketat dengan mensyaratkan pencapaian Jayyid Jiddan hampir setiap tahun, satu pencapaian yang sangat jarang dicapai oleh Pelajar Malaysia pada waktu itu.

Beliau dengan beberapa orang sahabat, kalau tak silap saya terdapat 7 orang yang telah memohon untuk menyambung pengajian di situ. Akhirnya yang diterima masuk hanya DTG seorang sahaja daripada pemohon pelajar-pelajar Malaysia.

Pada tahap penulisan tesis, kami jarang berjumpa. Pada tahap ini, saya kembali ke Tanta atas sebab mengambil peluang pengajian hadis Sahih Muslim. Saya mendapat tahu DTG pula menumpukan pengajian kitab "Al-Bayan" karangan Imam Imrani dengan tok guru arab, kitab setaraf Al-Majmuk didalam mazhab Syafei.

Namun, kami tetap berbeza. DTG sentiasa nampak berwibawa dengan keperibadian Tok Guru tetapi saya pula kekal dengan keperibadian seorang pelajar yang masih menadah ilmu.

Dalam tempoh setahun penulisan tesis, saya cukup kagumi DTG kerana beliau sibuk dengan ceramah, pembentangan dan kajian-kajian ilmiah. Hidup beliau bagaikan disendat dengan ilmu. Ketika ini juga, saya mendapat tahu beliau adalah menantu kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu pada waktu itu melalui laman-laman web. Sekalipun saya rapat dengan beliau dan saya tahu dia sudah bertunang, tetapi sepatahpun beliau tidak pernah menceritakan dengan siapa dia bertunang sehinggalah rahsia ini diketahui selepas banyak laman web menceritakan Tuan Guru Haji Hadi, Menteri Besar Terengganu dapat menantu pertama, iaitu DTG. Itulah humblenya DTG.

Saya pernah bertanya, bagaimana DTG dan anak TGHA dijodohkan? Beliau menjawab, saya serah kepada orang tua untuk cari sesiapa sahaja yang sesuai dan akhirnya bertemu jodoh dengan anak TGHH. Ini semua kerja orang tua, jawab beliau ringkas.

Yang paling menarik ialah kisah sewaktu beliau menguruskan urusan-urusan perkahwinan. Oleh kerana DTG pulang lewat dari Mesir dan tarikh perkahwinan sudah diaturkan berpandukan kepada tarikh kosong TGHH sebagai Menteri Besar, maka beliau memerlukan kelulusan Qadhi daerah untuk menghadiri kursus perkahwinan selepas akad. Kebiasaan mana-mana orang besar seperti MB dan keluarga, urusan-urusan remeh temeh seperti ini biasanya akan diuruskan oleh PA kepada MB kerana Qadhi daerah adalah dibawah kuasa MB.

Tetapi DTG tidak menggunakan kemudahan itu, bahkan beliau pergi sendiri ke pejabat Qadhi sebagai orang biasa, berpakaian serba humble, beratur sebagaimana orang lain sekalipun beliau adalah menantu MB pada waktu itu. Setelah sampai giliran beliau, Qadhi sambil lalu berkata (tanpa memandang muka) supaya datang esok kerana beliau sibuk dan meminta supaya DTG meninggalkan borang-borang berkenaan kepada keraninya.

Apabila beliau datang keesokan pagi, beliau terus di minta masuk tanpa beratur seperti semalam. Rupa-rupanya Qadhi agak ragu melihat nama TGHH / Menteri Besar sebagai bakal mertua DTG di dalam borang perkahwinan.

Qadhi melihatnya ke atas dan ke bawah, dan bertanya "betul ke awak nak kahwin dengan anak MB?" Qadhi itu seolah-oleh tidak percaya kerana pakaian yang sangat humble, berbaju t shirt, berseluar trek dan berselipar jepun dan ditulis di atas borang permohonan bahawa ayah DTG seorang petani. Akhirnya Qadhi itu yakin dan mengakhiri kata-katanya: "Tak sangka TGHH boleh bermenantukan orang biasa anak petani seperti awak".

DTG menceritakan perkara ini kepada saya pada waktu itu sebagai melahirkan kekesalan beliau terhadap sesetengah pegawai dan kakitangan kerajaan yang memilih bulu ketika menjalankan tugas mereka.

Saya berpeluang bertemu kembali DTG apabila bermula penulisan tesis PhD. Kali ini, saya dan DTG sudah mempunyai perbezaan yang ketara. Pencapaian, peranan dan kedudukan yang jikalau dibandingkan kami bak langit dan bumi. Beliau dikenali sebagai pakar ekonomi dan menjawat jawatan penasihat di beberapa institusi kewangan terkemuka seperti HSBC Amanah Takaful dan lain-lain. Malah beliau juga mendapat kedudukan dalam Parti Islam Se-Malaysia sebagai anggota Majlis Syura Ulama.

Kedudukan sebagai anggota Majlis Syura Ulama adalah sejarah paling besar dari kalangan sejarah sahabat-sahabat yang saya kenali. Beliau di lantik bukan kerana kapasitinya sebagai menantu kepada TGHH. Bahkan beliau dilantik oleh Dr. Harun Din pada peringkat awalnya sebagai penyelidik Majlis Syura Ulama selepas Dr. Harun Din berpuas hati dengan kertas-kertas kajian DTG seperti kertas "Pengurusan Tanah Dalam Islam dan Bahayanya Lease Hold kepada masa depan rakyat" dan lain-lain kertas kerja.

Pada waktu itu, Dr. Harun Din tidak mengetahui yang beliau adalah menantu TGHH sehingga bertahun selepas itu. Itu sememangnya sikap DTG yang saya kenal sejak di Mesir lagi, menyembunyikan identitinya dan humble.

Penceritaan pendek ini adalah beberapa cebisan memori saya mengenai Zaharuddin Muhammad a.k.a Din Tok Guru, seorang sahabat yang disegani semenjak bertemu dengannya. Fokus penceritaan saya di sini hanya sebagai pencetus semangat untuk para sahabat yang mengenalinya. Saya dapat melihat keupayaan DTG melangkaui sahabat-sahabat sezamannya. Harapan saya agar persahabatan kami berkekalan dan mendapat keredhaan Allah. - 5 Ogos, 2013.

* Muhammad Atiullah merupakan seorang pensyarah di Universiti Pedidikan Sultan Idris.

39 comments:

  1. bagus artikel ni. dan blogger2 dangkal yang menghentam beliau sedar diri sikit..tahniah kerana saham menfitnah kepada mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang kita tak boleh salahkan blogger2 ini jugak. Lihat sahaja kecelaruan kenyataan dan tindakan yang diambil pimpinan atasan parti. Kekadang sampai membelakangkan Majlis Syura. Majlis Syura pula hanya diam, tidak mengeluarkan apa2 kenyataan serta tindakan kepada mereka demi menjaga nama serta keharmonian parti. Takkan nak tunjuk kelemahan dan masalah kepada musuh.

      Jujur, saya kata siapa saya nak menegur pimpinan di atas, namun perlu diingat agar setiap pihak memainkan peranannya masing2 dalam parti. Dan yang paling penting mesti mendahului adab dalam berjemaah. Kita bukan sekadar parti politik, kita gerakan Islam. Wallahualam.

      Delete
  2. Takkan geng dia nak kutuk dia ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis itu siapa yang kita nak percaya? Seorang sahabat yang bersama2 beliau sejak di Mesir lagi atau sumber yang bukan primer bahkan bukan sekunder melainkan hanya khabar angin malahan orang yang langsung tidak pernah bertemu beliau?

      Delete
  3. satu episode mendewa2kan pemimpin...apa nak jadi dgn parti aku nie.. Persoalannya kenapa sekarang baru nak keluarkan... anonymous 10.09 bagi data .. meh aku buat cerita untuk mendewa2kan hang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dilihat kepada artikel di atas, tiada quoteyang mendewa2kan beliau. Ianya hanya nukilan pengalaman daripada seorang sahabat beliau. :)

      Delete
  4. Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Dulu tak ada apa2. Sekarang macam-macam ada no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam. Mohon jika kita tidak dapat mempastikan kesahihan sesuatu berita atau informasi jangan mudah2 sebarkan. Bimbang kita menyebarkan fitnah. Baik diam daripada menyerbarkan ssesuatu yang palsu sepertimana yang berlegar-legar di alam maya kini.

      Tanpa bukti. Tanpa saksi. Senang2 sahaja keburukan peribadi dan akhlak seseorang itu dicanang sana-sini. Allahurabbi. :(

      Delete
    2. Saya adelah salah seorang warga Kota damansara.serius kalau jumpe din ayam..saya akan ludah muke die!disebabkan die pakatan rakyat hancur di sini!!!

      Delete
    3. Ini fitnah duhai saudaraku. ;'(

      Delete
  5. Knp nak kecoh sgt ni? Pimpinan tak cakap apa2, kita diam je la. Cakap2 belakang mcm ni lah yg mewujudkan puak khawarij dlm gerakan islam dulu. INGAT! FITNAH ITU TIDUR! JGN KEJUTKANNYA

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah melindungi pendokong agamaNya

    ReplyDelete
  7. allah maha berkuasa...itu sbb tak kasi pas menang kalau kasi menang aku ingat tok2 lebai mesti naik tocang mcm menang terengganu last2 kalah siap masjid pon kene roboh tanah 2 di beri dirampas kembali..wahai tok2 garu dlm pas banyak2lah muhasabah diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang perlu dipelajari PAS terutamanya ketika kemenangan PAS di Terengganu 1999 & kemenangan di Kedah 2008. Banyak sangat kelemahan. InsyaAllah, selepas ini PAS akan lebih berhati-hati dan bersedia untuk memerintah.

      Delete
  8. adakah orang cerdik tak pernah buat kesilapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada yang maksum kecuali Nabi & Rasul-Nya.

      Delete
  9. Anony 16.16 ; tuan berbahasa tak indah di dengar, ketetapan Allah itu pelbagai, terkandung hikmah..semoga Allah melindungi pendokong agamaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah swt masih lagi menangguh kemenangan total PAS di Malaysia. Ada hikmahnya. :)

      Delete
  10. Slm.

    Din ayan ker din kerbau ker din besut ko... Gelaran tiada mkna

    Yg penting belajar tinggi sampai ke langit jumpa allah dan esok tuduh si polan melayu komunis marxis

    Seperti bapak mertua ko dulu

    Tuduh org melayu kapir.. Amanat hadi ping besut..

    2x5. bljr mesir . Juger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya tiada yang dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Jangan pandang hanya ikut pandangan kita sahaja yang tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku dalam isu Amanat Hj Hadi.

      Setahu saya, tiada kenyataan yang keluar "MENGKAFIRKAN SECARA JELAS" kepada siapa2 pun. Kalau ada, sila kemukakann. Yang ada ialah kenyataan daripada ulama'2 besar dunia juga yang menghukumkan golongan yang memisahkan dunia daripada agama boleh jatuh kafir. Ini ijtima' ulama'! Jadi yang menjadi isunya adalah apabila pihak UMNO "terasa makan cili." Jadi sendiri fikir la.

      Satu lagi adalah kesilapan para penyokong PAS mahupun UMNO yang "kurang cerdik" dengan ekstrimnya sehingga menimbulkan polemik dalam masyarakat. Penyokong PAS dengan senangnya menghukum kafir manakala penyokong BN pula terlalu celupar dalam mempermainkan hukum Tuhan yang jika dilihat memang boleh jatuh kufur jika dibuat sedemikian. Ini situasi zaman itu. Kedua-dua belah pihak ada masalah. Dengan kurangnya informasi maklumat, kecelaruan makin runcing.

      Delete
  11. Dalam berjemaah islam seperti pas, akhlak mesti di perhatikan. Kalau tuduh pejuang islam yg dah lama berjuang sebagai SESAT mcm tuduhan kepada Dr.Mujahid Yusof Rawa, itu satu tuduhan yg berat. Begitu juga tuduhan kafir komunis kpd Dr Nasir, Rasulullah pu tak pernah buat macam tu. Dan sesat serta perlu disingkirkan dr hirarki kepimpinan pas. Bukankah dr nasir itu tidak menentang perjuangan Islam Pas? Bhkan bersama menentang regim zalim BN. Kenapa beliau dihukum terbuka begitu. Begitu juga YB Khalid Samad, Dr Zul Kuala Selangor, semua mereka menjadi pejuang gerakan islam sejak zaman pelajar mereka lagi. Slps mereka berjung puluhan tahun bermandikan peluh dan darah, Tiba2 mereka di gelar islam liberal oleh org yg di katakan genius dlm hal2 agama. Sys melihat genius sdr rafizi juga menonjol tp tak pernah memandang rendah pada orang lain.. sy berdoa moga episod sedih dlm pas skrg segera berakhir dan sesiapa yg merasa tinggi dan hebat agar sedia memikirkan semula segala tindakannya. Allah bukan menilai kita dari kebijaksanaan, tp keikhlasan dlm perjuangan. Dan jgn pula episod sedih ini dikaitkan dgn Tghh sbb mungkin beliau diberikan maklumat yg salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AllahuAkbar! Berat tuduhan ke atas Dr Mujahid Yusof Rawa jika betul la ada tuduhan SESAT ke atas beliau. Maaf, saya yang mengikuti program dalaman juga masih belum pernah mendengar istilah itu ditujukan kepada mana-mana individu tinggi dalam PAS. Jangan senang-senang menuduh. Begitu juga dengan tuduhan kafir kepada Dr Nasir. Ini semua karut. Tak pernah mana2 pimpinan menghukum individu2 ini dengan SESAT atau KAFIR.

      Yang menjadi perbincangan hanyalah dalam soal fikrah ataupun pemikiran. Inilah isu utama sebenarnya. TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN ISU AQIDAH IKTIKAQ PEGANGAN!

      Yang menjadi isu juga adalah tindak tanduk serta kenyataan bercanggah yang telah dilakukan beberapa orang pimpinan sebenarnya yang tidak selari dengan Majlis Syura Ulama' sedangkan Majlis Syura inilah yang memandu jemaah misalnya dalam soal Hudud dan beberapa isu lain. Banyak yang perlu diperbaiki baik dalam kalangan AJK Pusat mahupun Majlis Syura' Ulama agar gandingan ini dilihat lebih kompeten dan tidak bercanggah antara satu sama lain. Wallahualam.

      Delete
  12. sedih melihat pemimpin2 PAS dan blogger2 PR terutama PAS saling hentam menghentam sesama sendiri..terdetik di hati kami, bahawa pemimpin PAS ni pun dah serupa perangai pemimpin UMNO....kalau mcm ni entah bila PAS boleh memenangi hati pengundi muda &menarik penyokong UMNO tegar....tak merasa memerintah Malaysia lah Parti islam...hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga sedih melihatnya. Tapi, masih lagi tidak pernah sama dengan UMNO. Mereka berbalah kerna wang, pangkat dan harta. PAS berbalah kerana ingin menegakkan Islam. Isunya adalah dalam soal strategi, pendekatan dan fikrah keseluruhan ahli serta pimpinan yang perlu dimaknakan dalam gerak kerja. Perbalahan berlaku dalam soal ini.

      Dan Majlis Syura Ulama dalam PAS telahpun menggariskan dasar, pemikiran serta memutuskan strategi begini, begini. Yang menjadi masalahnya adalah apabila ada yang terus-terusan juga dengan kepalanya walaupun niatnya murni. Ini masalah! Tiada wehdatul fikr wal amal atau kesatuan kefahaman dan gerak kerja.

      Delete
  13. bekajar setinggi mane pun, terbaik setara mane pun...kalau dah sebar fitnah lu jawab la nnt sendiri

    ReplyDelete
  14. ayam patut di sembelih je dari pas, takder di adalam pas, pas aman, spesis macam hasaan anak ali jer nie, mula2 mmg hebat dan baik, tapi tamak dan giler kuasa, tak yah nak defend, kes kota damansara membuka mata org malaysia tentang tindak tanduk menantu hadi awang nie, alhamdulilah, Allah maha kaya menunjukkan sst sebelum depa dapat kuasa, PAS tak kan dapat perintah mesia pon, semua nya dalah politik, depa pon tau hakikat nie, dan pas declare melalui nik abduh pas tak memerlukan lagi undi orang lain, pas hanya perlukan undi ahli pas sahaja untuk menang di mesia, dan undi aku selepas ni untuk PR kecuali PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah sedang dikejutkan. Maka berhati-hatilah. Anda tahukah sebenarnya apa isu serta keadaan yang berlaku di Kota Damansara sebenarnya?

      JUJUR. SAYA TAHU SIAPA YANG TERLIBAT DALAM GERAK KERJA "ATAS DAN BAWAH" DALAM ISU KOTA DAMANSARA. APA PULA MASALAH YANG TIMBUL DI SANA JUGA SAYA TAHU. KENAPA BOLEH BERLAKU PERTINDIHAN INI JUGA SAYA TAHU. TAPI, APAKAN DAYA, ISU INI MASIH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SENSITIF DAN SULIT DEMI MENJAGA KEHARMONIAN PARTI. WALAUPUN, ADA BANYAK KHABAR2 ANGIN SERTA FITNAH YANG TIDAK BENAR TELAH BERLEGAR DI INTERNET KINI.

      Nasihat saya. Hentikanlah. Huhu. Lagi banyak menulis, lagi banyak dosa.

      Delete
  15. perbezaan pendapat berlaku sejak dari zaman para sahabat..ketika baginda rasulullah saw ada maka baginda menjadi rujukan maka tiada perpecahan..peranan golongan munafik utk memecahbelahkan kesatuan umat islam telah ada sejak zaman dahulu..maka terjadilah pembunuhan khalifah ur rasyidin (usman ra, ali ra) angkara perpecahan akibat perbezaan pendapat dan adu domba puak munafik..musuh islam mengambil kesempatan..marilah kita ambil iktibar kerana sekarang ini kalau diteliti puak2 musuh islam mengambil kesempatan untuk menambah rasa,cili dan racun utk menyebarkan fitnah utk memcahkan kesatuan PAS....berhati2lah wahai pejuang islam..tingkatkan tarbiyah,kukUhkan ukhwah, hapuskan fitnah..allahuakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sama-sama ambik pedoman daripada komen di atas ini.

      Delete
  16. di terengganu org panggil dia din ayam ketik tunga ,,, dok leh pakai dia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang panggil? Tak pernah dengar pun.

      Delete
  17. Kota D tu ada agenda utk benam sosialis. Itu missi rahsia bo..
    Diatas adalah komen pemimpin cawangan pas bila ditanya isu tersebut.
    Ape cite... pecah kontrak sekutu dibenarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa pecah kontrak siapa bro? Dalam Pakatan Rakyat macamana boleh tetiba terkepit Pasti Sosialis ni? Ada dalam komponen PR ke? Agenda diorang ada diperbincangkan dalam Buku Jingga ke? Nanti kalau diorang menang, diorang nak ikut PR ke nak ikut kepala sendiri? Korang rasa? Hehe.

      Delete
  18. budaya kalah pas, terengganu kalah, kedah kalah, perak pun boleh dirampas. sekarang din ayam dan haji hadi nak SELANGOR KALAH. keluarlah dari kepompong sekolah pondok. ini sebuah negeri untuk diurus...... CUBA BELAJAR BEKERJASAMA DGN PARTI LAIN.DALAM PAKATAN.

    ReplyDelete
  19. Secara keseluruhannya, beliau melihat episod pertelingkahan PKR sehingga mengganggu pentadbiran negeri ini sebagai satu pengajaran buat rakyat Selangor.

    "Umno melihat ini sebagai satu iktibar, satu pengajaran, kita kena pilih kerajaan yang betul-betul kuat," katanya.

    ReplyDelete
  20. jin tanah...ulama' muda yg tersohor..tawadhu'...zuhud...berjiwa rakyat....xmakan duit haram...perangai elok...mursyid.........broker....kaki bodek tok guru...pnyokong mb selangor....

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget