FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 25 July 2013

[Panas] Analisis: Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut?



ANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.

Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.

Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.


Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?

Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah. – 25 Julai, 2013.

1 comment:

  1. salam,jika benar begitu seperti yg dikatakan maknanya pengundi di besut memang dah salah paham bilamana meyakini b.n boleh selesaikan masalah dunia mereka hehe,ada makcik sebelah rumah saya,seumur hidup x pernah mengundi,umur dekat 7o,tapi saya tengok hidup dia ok je hehe..Allah bagi cukup makan pakai dan keselesaan serta umr panjang kat makcik tu tanpa pangkah b.n/pas/mca/dap/mic..org besut memang salah buat kenyataan begitu..b.n x boleh selesaikan masalah dunia kita, pas pula x boleh bagi agama kat kita,kalau lah terbit sedikit keyakinan ketika memangkan lalu mati selepas memangkah dan jika Allah menuntutnya sebagai syirik,nauzubillahiminzalik,dahla memangkah di jalan ciptaan kafir(mahu membina peradaban dari jalan bukan tauhid),meyakini mereka yg kita pangkah dapat beri munafaat pula..astagfirulahalazim..tapi insyaAllah kita semua termasuk dlm golongan manusia2 yg diberi pengampunan,amin..bukan makcik tu je,saya ada byk kenalan lain yg x memangkah d pru,bahkan hidup aman damai..yg mampu kawin dua pun ada hehe..org besut memang terlanjur bila kate begitu,namun doala untuk sama2 ye insyaAllah..
    yakinlah pada Allah/dgn contohan nabi saw, jgn yakin kat makhluk insyaAllah..makhluk yg meyakini kuasa hanya datang kepada kita 5 tahun sekali menjanjikan masa depan dunia/agama,sedang setiap saat yg mendatang adalah di tangan Allah..yakinlah/bergantunglah pada Allah untuk setiap saat yg mendatang insyaAllah..ikutlah manusia yg datang jumpa kita sebab dia meyakini Allah bukan meyakini kuasa,insyaAllah dia akan dtg dgn tidak bermusim,dan niat jumpa kita kerana nak mengajak kita kepada Allah/dgn contohan nabi saw, insyaAllah ikutlah dia..kepada sedaraku b.n kalo kamu nak tolong aku,ketuk saja pintu rumah aku bagi ape2 yg kamu boleh bantu x perlulah kamu jual janji 5 tahun sekali sedang hal ni kamu boleh buat besok pagi/lusa/tulat,kepada sedaraku pas kalo nak ajak aku kepada Allah ketuk saja pintu rumah aku,ajak aku solat jemaah,solat itu mencegah mungkar,semua titik kebaikan insyaallah bermula dgn solat,kamu x perlu nak sandarkan kepada kuasa 5 tahun sekali untuk jumpa aku,bila2 saja kamu boleh ketuk pintu aku kalo kamu betul sayang aku..
    insyaallah ini tidak berlaku kecuali dekat2 pilihanraya.itupun datang suruh pangkah beserta janji masa depan yg lebih baik untuk agama dan dunia,padahal ianya boleh dibuat pada besok pagi pun,masa depan milik Allah..marilah datanglah besok pagi,kalo x bleh lusa,kalo x bleh mggu depan,kalo x bleh bulan depan,kenapa 5 tahun?itu pun bukan ajak solat,tapi ajak pangkah pas,marilah datang rumah aku ajak aku solat berjemaah,aku duk umah flat,byk pintu lagi,xkan 3oo pintu x bleh sangkut sorang yg dari x pernah solat kepada solat,3oo pintu buat sebulan sekali pun ok,kepada sedara ku b.n pula marilah datang tolong periksa setiap pintu,boleh mulakan besok pagi je pun,xkan 3oo pintu xda 1o org yg hidup susah..adoyai..
    beruntunglah pada manusia yg bergantung penuh pada Allah insyaAllah..salam,walahuaklam..

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN