FOLLOW HIJABUL CREWZ

Friday, 26 July 2013

[SEDIH] Status Facebook Terakhir Bakal Guru: Petanda Sebelum Ajal


Sila klik  pada gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas. Berita kemalangan maut seorang bakal guru, Safwan Shaari yang menuntut di sebuah institusi perguruan di utara tanah air telah hangat menggemparkan alam maya.

Lebih menyentuh perasaan apabila, diberitahu bahawa status facebooknya yang terakhir seolah-olah beliau sudah mengetahui petanda ajalnya semakin dekat. Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Raya Grik ini membabitkan kereta mangsa dan sebuah lori trelar. Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan. Diceritakan beliau pulang ke kampung halaman tanpa memaklumkan dahulu kepada kedua ibu bapanya kerana ingin buat 'surprise' kepada ibunya dengan berbuka puasa di rumah bersama keluarga tercinta. 

Selain itu, beliau juga ingin menyambut ulang tahun kelahirannya pada keesokan harinya bersama keluarga iaitu 26 Julai. Namun, takdir Tuhan melangkaui segala-galanya. Allah lebih sayangkan beliau dengan mengambil nyawa beliau sebelum sempat beliau menatap wajah keluarga tercinta. Huhu.

Buit-buit puitis yang beliau nukilkan di facebooknya sudah cukup untuk menginsafkan kita yang masih lagi diberi peluang pinjaman oleh Allah untuk beribadat serta bertaubat kepada-Nya. Kematiannya dalam bulan ramadhan, pada hari khamis, dalam keadaan berpuasa & dalam perjalanan pulang untuk menatap kedua ibu bapanya. InsyaAllah, syurga menanti beliau. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amien.

-SHARE/SEBARKAN UNTUK PENGAJARAN BERSAMA- :"(

Tuesday, 23 July 2013

[Panas] Tabarruk: Isu Air Minuman Yang Dicelup Rambut Rasulullah SAW


Apabila menjadi artis yang berhijrah untuk mendalami, lebih menyintai agama itu adalah perkara yang amat positif. Namun itu bukan tiket untuk terus menjadi mufti, atau mujtahid jadian, atau bercakap mengenai hukum yang kita jahil mengenainya. Berhati-hati apabila membicarakan sesuatu ‘isu’ berkaitan hukum yang anda bukan ahlinya. Namun, saya kira kesalahan tidak sepatutnya diletakkan di bahu para artis hijrah ini cuma, penerbit-penerbit televisyen tanah air juga harus bertanggungjawab dalam isu ini.

Jawapan berkenaan dengan isu air minum yg dicelup rambut Rasulullah SAW – Oleh Ustaz Muhadir bin Hj Joll

Perbuatan itu dinamakan sebagai tabarruk.

Apakah makna tabarruk?

Tabarruk berasal dari perkataan barakah. Makna tabarruk ialah mengharapkan keberkatan daripada Allah dgn sesuatu yg mulia dlm pandanganNya.

Dipetik dari kitab Mafahim Yajibu an Tushahah oleh Dr. Sayyid Muhammad al Maliki, mafhumnya :

“Sewajarnya kita mengetahui bhw tabarruk itu tidak lain hanya suatu tawassul (jalan) menuju kpd Allah SWT samada ia suatu atsar (peninggalan), tempat atau orang perseorangan. Adapun org yg diberkati Allah hendaklah diyakini bhw dia mempunyai fadilat & taqarrubnya kpd Allah dgn keyakinan bhw dia tetap tidak mampu mendatangkan kebaikan atau menolak kejahatan (bala) kecuali dgn izin Allah SWT. Adapun atsar (peninggalan spt barang-barang dsbnya), maka adalah ia ada hubungan dgn org yg soleh yg diberkati tadi, maka ia adalah mulia kerana kemuliaan yg diberikan kpd org yg menggunakannya tadi. Ia menjadi mulia, diagung, dicintai kerana kemuliaan yg diberikan Allah SWT. Adapun tempat-tempat peninggalan, maka tidaklah ada kelebihan padanya hanya kerana zatnya yg ia semata mata tempat. Keutamaan & kemuliaan disebabkan oleh kebaikan & amal bakti yg selalu dilakukan di tempat itu.”

Dalil yg menunjukkan boleh bertabarruk :

Allah SWT berfirman mengenai ucapan Nabi Yusuf a.s, mafhumnya : “Pergilah dgn membawa bajuku ini, kemudian letakkan pd muka ayahku supaya dia dpt melihat.” (Surah Yusuf : 93)

Selepas bertabarruk dgn baju Nabi Yusuf a.s, maka dgn izin Allah mata ayahnya yakni Nabi Yaaqub a.s pulih semula (dpt melihat)

Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya :

“Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata :Asma mengeluarkan (menunjukkan) kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yg berjahit. Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpanoleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dlm air untuk menjadi ubat kpd org sakit di kalangan kami.”

Juga boleh rujuk dalil lain dalamsurah al Baqarah : 248, surah Hud : 48, surah an Naml : 8, surah as Saffat :113, surah Maryam : 31, surah Ali Imran : 98, surah al Isra’ : 1, surah al Qasas : 30, dan beberapa surah lain.

Kebenaran daripada Rasulullah untuk bertabarruk :

Disebutkan dalam hadith : “Rasulullah SAW membahagi bahagikan rambut Baginda kpd para sahabat supaya mereka bertabarruk dengannya (rambut).” ( HR Bukhari & Muslim)

Hadith daripada Anas r.a : “Ketika Rasulullah SAW melihat Jamrah, Baginda SAW berkorban kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di rambut sebelah kanan lalu mencukurnya, lalu memberikannya (rambut) kpd Abu Talhah. Kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di sebelah kiri lalu mencukurnya, lalu berkata : Bahagi bahagikan kpd org ramai ( Riwayat at Tirmidzi)

Ubaidah r.a berkata. “Kalaulah aku memiliki sehelai rambut Baginda SAW, maka itu lebih berharga bagiku daripada dunia dan segala isinya.” (Riwayat al Bukhari)

Abu Bakar r.a berkata “Aku melihat Khalid al Walid meminta rambut bahagian depan Rasulullah dan dia menerimanya. Dia biasa meletakkannya di atas matanya dan menciumnya.”
Diketahui bhw kemudian dia meletakannya di ‘qalansuwah’ (penutup kepala yg dililit serban) miliknya & selalu menang dlm peperangan (Riwayat al Waqi dlm al Maghazi & Ibn Hajr dlm al Ishabah fi Tamyiz as Sahabah)

Contoh dpd para sahabat bertabarruk dgn atsar Rasulullah SAW :

Para sahabat berebut-rebut mengambil wudhu Rasulullah SAW & mengusap usapkannya ke wajah & kedua dua tgn mereka. Bagi mereka yg tidak sempat mendapatkannya, mereka mengusap daripada basahan tubuh sahabat lain yg terkena bekas wudhu Rasulullah SAW lalu mengusapkan ke wajah & tgn mereka.” (Riwayat al Bukhari)

Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi SAW dlm sebuah botol perak & org akan pergi & mendapat berkat melalui rambut-rambut itu dan mereka sembuh. (Riwayat al Hafiz al Aini dalam Umdah al Qari)

(Jawapan oleh al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, Pensyarah UIA di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam)

Semoga Allah memuliakan kita untuk dapat berjumpa dengan Rasulullah di dunia ini; walau lewat mimpi, dan semoga kelak di akhirat nanti kita dikumpulkan dalam barisan beliau bersama para sahabatnya. Amin

Monday, 15 July 2013

Kisah Gugurnya Muallaf Britain di Perang Bosnia: Abu Dawood al Brittani


Dawood, begitulah lelaki tersebut menukar namanya setelah memeluk Islam. Beliau adalah mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29 tahun. Namanya begitu popular selepas memutuskan diri untuk membela kaum Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Croatia di Bosnia pada 1993.

Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian. Sejak kecil,dia didik dengan ajaran Kristian hingga menginjak dewasa. Setelah tamat pengajian di universiti, dia bekerja pada salah satu syarikat Komputer.

Hingga suatu pagi, Dawood memeranjatkan semua orang di pejabatnya. Tiba-tiba saja, pagi itu dia muncul dengan cara berpakaian berbeza dari biasa. dia berpakaian seperti seorang Muslim di Timur Tengah.

Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.

Dawood mula kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rakan-rakan di tempatnya bekerja juga memulaukan nya. Kerana dia sudah menjadi seorang Muslim. Tak ada yang mahu menerimanya ketika itu, selain saudara-saudaranya dari komuniti Muslim.

Lantas dia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rakan Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan tujuan boleh hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keislaman.

Empat bulan telah berlalu. Beberapa rakan senegara nya mengajaknya untuk pulang ke tanahair namun beliau menolak. Akhirnya beliau tetap menetap di Bosnia.

Beliau seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga dengan cepat menguasai bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahawa ia adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara sunah. Ia termasuk salah seorang yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya sesama Muslim di Bosnia.

Ia tidak melewatkan untuk solat malam, walau cuaca teramat sangat sejuk. Bahkan ia sering berdoa sepanjang malam. Ia hanya tidur sebentar dengan posisi tidur meringkuk ke kanan.

Setelah beberapa waktu kemudian, ia bergabung dengan mujahidin Bosnia dibawah pimpinan komando Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi Dawood kerana kasalehannya. 

Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, dia bermimpi dan sempat bercerita tentang mimpinya itu kepada rakan-rakan nya. Dalam mimpi tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan megah.

Di dalam mimpi itu dia bertanya "Siapakah pemilik Istana yang megah ini?"

"Inilah milik salah seorang syuhada" begitulah jawapan dari mimpinya itu.

Dawood bertanya lagi, "Di mana istana milik Abu Ibrahim?" Abu Ibrahim adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berbangsa Turki. Mereka dahulu bersama-sama datang dari Britain. Abu Ibrahim ditembak mati oleh PBB Perancis berhampiran Lapangan Terbang Sarajevo.

Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab "Istana Abu Ibrahim ada di sana".

Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim. Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian menceritakan mimpinya.

Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahawa Dawood mungkin akan gugur di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood. Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, kerana ia ceritakan dalam mimpinya bahawa ia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.

Keesokan harinya Dawood terlibat dalam satu operasi ketenteraan melawan Pasukan Croatia. Dawood tertembak tepat di jantungnya dan tewas seketika. Ia berguling ke bawah bunker Croatia yang mengakibatkan jasadnya tidak boleh diambil.


Setelah tiga bulan berikutnya, barulah jasad Dawood ditemui oleh Pasukan Mujahidin. Diceritakan oleh Komandannya Abul Haritsh bahawa jasad Dawood saat ditemukan sudah berbau kasturi. Jasad tersebut ditemui seperti kedudukan Dawood tertidur iaitu meringkuk menghadap ke kanan. Subhanallah

Apa itu TPPA? Kenapa Kita Perlu Bangkang? Ini Jawapannya!


Kita baru saja habis mengadakan pilihan raya dan kabinet sudah dibentuk maka sekarang harus meneruskan usaha memartabatkan kedaulatan negara dalam berhadapan dengan agenda Amerika Syarikat (AS) menguasai dunia melalui perdagangan.
Mungkin tidak ramai orang awam, golongan profesional mahupun golongan akademik mengetahui agenda AS melalui perdagangan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan lebih membingungkan kerana ketiadaan ketelusan kerajaan dalam mendedahkan rundingan antara Putrajaya dan Washington dalam perkara yang berkaitan dengan perdagangan yang amat menyentuh persoalan kedaulatan negara.
Perjanjian TPPA dirundingi antara Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. Seperti North America Free Trade Agreement (NAFTA)  yang dianggotai oleh AS, Kanada, dan Mexico, Amerika ingin mewujudkan suatu perjanjian eknomi serantau dalam kalangan  negara Asia Pasifik yang dipenuhi dengan tanggungjawab dan komitmen.  
Kegagalan rundingan perdagangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana negara Selatan telah mengukuhkan usaha mereka mempertahankan hak dan kedaulatan menyebabkan negara maju seperti AS mencari jalan keluar melalui perundingan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA dan terkini ialah perjanjian perjanjian serantau seperti TPPA.
Ia adalah sebahagian usaha korporat gergasi AS yang mendesak kepada agenda memperluas dan mengukuhkan penguasaan mereka dengan mengenepikan hak warga dunia negara Selatan.
Apa yang kita bimbangkan kerajaan Malaysia akan menandatangani rundingan TPPA yang dijangka dimeterai pada Oktober 2013 di Brunei.
Perjanjian itu antaranya akan melibatkan peraturan ubat generik tidak dibenarkan dijual di negara ini iaitu ubat tiruan seperti panadol umpamanya yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli.
Ini bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal . Ini berlaku kerana dalam perjanjian TPPA Hak Harta Intelektual ke atas ubat dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi Farmakeutikal antarabangsa.
Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari USA yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai. Perkara ini pernah diusahakan AS melalui FTA dahulu tetapi gagal.
Termasuk dalam agenda rundingan TPPA ialah juga bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Persoalannya sejauhmanakah industry perkhidmatan kita bersediakan berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?
Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih diberi kepada syarikat tempatan (misalnya syarikat Bumiputera) tetapi mengenepikan syarikat asing. Melalui peruntukan dalam perjanjian TPPA syarikat asing yang melabur di negara ini harus diberikan layan sama rata dengan syarikat tempatan.
Ini seolah-olah menyamai peraturan perdagangan yang termaktub dalam perjanjian perdagangan industri perkhidmatan dan regim pelaburan yang dirundingi melalui WTO.
Apa yang harus diketahui rakyat Malaysia ialah rundingan TPPA ini sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung di dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan persaingan yang akan merugikan ekonomi tempatan.
Jika sesiapa masih ingat Malaysia hampir-hampir menandatangani perjanjian FTA dengan AS beberapa tahun yang lalu tetapi apabila tekanan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi kepentingan orang awam maka perjanjian itu tidak dimeterai.
Seperti FTA, kesan perjanjian TPPA akan berakhir dengan kerugian yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat dan meningkatkan kos hidup rakyat segala keseluruhannya.
Apa yang dikesalkan kenapakah kerajaan Malaysia tidak mendedahkan perundingan ini kepada awam untuk mendapatkan maklumbalas. Adakah kerana terlalu ia terlalu teknikal maka kerajaan merasakan rakyat tidak perlu mengetahui kerana rundingan di pihak kerajaan adalah mewakili kepentingan orang awam.
Apakah kumpulan profesional dan NGO tidak mempunyai kepakaran untuk memberikan maklum balas atau sekurang-kurang membantu kerajaan dalam menangkis agenda penjajahan baru halus AS dan negara Barat itu?
Lebih menyedihkan ia tidak diutarakan di Dewan Rakyat dan ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan untuk dibahaskan.
Padahal natijahnya jika ia dimeterai akan memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh kehidupan rakyat.
Jika rundingan yang menyentuh aspek kedaulatan dan kos hidup rakyat kenapa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan rakyat dengan semangat 1Malaysia perlu dirahsiakan dan dalam perjanjian seperti ini tidak sepatutnya dimeterai dan terlindung dari pengetahuan orang awam.
Rakyat berhak tahu dan memberi pandangan apabila perjanjian seperti ini melibatkan kualiti hidup mereka sama ada dalam jangka panjang mahupun jangka pendek.
Banyak maklumat penting mengenai TPPA yang belum diperolehi oleh orang awam supaya satu proses maklumbalas dan konsultasi antara masyarakat madani dan kerajaan dapat digerakkan.
Malah penyertaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA bersama 11 negara lain (Australia, Brunai, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, AS dan Vietnam)  itu tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri.
Malaysia sekarang sedang menyertai pusingan rundingan TPPA kali ke-17 yang diadakan di Peru bermula 15 hingga 24 Mei 2013 tetapi tidak diketahui oleh Ahli Parlimen apatah lagi orang awam.
Namun pada 13 Jun 2011, bahagian-bahagian dalam rundingan pelaburan yang dicadangkan untuk TPPA telah dibocorkan dan dihantar online oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan Warga Awam yang  berpusat di Washington. 
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang meneliti dokumen yang dibocorkan itu memberikan keprihatinan serius mengenai bahagian-bahagian yang terkandung dalam dokumen tersebut yang ternyata   merugikan negara-negara yang akan menandatanginya.
Melalui dokumen dibocorkan, CAP juga mendapati bahawa seolah-olah Malaysia telah bersetuju dengan sesetengah perkara yang terdapat dalam dokumen tersebut dalam memberikan hak-hak yang lebih besar dan keistimewaan kepada pelabur asing dan korporat-korporat gergasi dan membataskan kuasa kerajaan dalam mengawal selia bagaimana firma-firma harus beroperasi di dalam negara kita.
Ini seolah-olah meletakkan kepentingan korporat asing mengatasi kebajikan dan kepentingan rakyat kita. Sehubungan itu kebimbangan ini telah disuarakan CAP melalui surat kepada editor yang dihantar kepada akhbar tempatan pada Disember 2011. Tetapi tiada maklum balas yang secukupnya.
Terdapat agenda-agenda dalam pelaburan yang hendak diwujudkan tidak dipersertujui oleh negara seperti Australia dan New Zealand kerana menggugatkan kedaulatan negara tersebut dalam hak membuat keputusan.
Jika Australia dan New Zealand dua buah negera maju pun menolak isu-isu pelaburan seperti layanan status tempatan maka Malaysia juga harus memikirkan mengenainya.
Sehubungan itu  antaranya CAP menggesa:
• Supaya rundingan TPPA ditangguhkan sehingga segala teks dan semua dokumen relevan mengenainnya didedahkan kepada penelitian orang awam dan NGO dan analisa untung ruginya dijalankan bagi mengetahui kepentingan kepada rakyat, usahawan dan negara.
• Rundingan berhubungan dengan pelaburan seperti status layanan tempatan yang merugikan itu harus dibuang daripada TPPA. Namun jika kerajaan ingin meneruskan  rundingan dalam bahagian berkaitan dengan pelaburan, CAP menggesa kerajaan supaya perkara-perkara seperti penyelesaian pertikaian antara pelaburan dan negara dikecualikan sebagaimana yang dilakukan Australia.
• MITI harus memberikan penerangan mengenai hal ini.
Pada asasnya TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya.
Malah kebanyakan isu dan isu kandungan TPPA adalah perkara-perkara yang diutara dan dirundingan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs) dan Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) dan juga perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO.
Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia tidak meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasil untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.
NGO-NGO Malaysia seperti MAPIM,  CAP, Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) dan NGO berkaitan dengan kesihatan juga turut menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA kerana perjanjian ini mempunyai implikasi besar kepada kepentingan awam dan kedaulataan negara dan tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan di peringkat rakyat Malaysia terlebih dahulu.
Sehubungan itu semua pihak harus mengorak langkah memberikan pendedahan kepada seluruh warga marhaen supaya mengetahui mengenai isu-isu yang menyentuh persoalan kedaulatan kepada negara kita. Pertahan negara kita!

Sunday, 14 July 2013

Peristiwa Besar Islam Yang Berlaku Dalam Bulan Ramadhan




“Bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran di dalamnya, sebagai petunjuk kepada manusia, sebagai penjelas dari petunjuk dan Al-Furqan (pembeza hak dan batil)” (Al-Baqarah)


Bulan Ramadan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL-KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERANG BADAR

Pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapan dan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai keredhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125 bermaksud,“Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya”.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di Lembah Watir.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan 10,000 tentera Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al-Fath ayat 1 bermaksud,”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Perang Al-Furqan (Pembeda antara Hak dan Batil). Di sini turun Malaikat membantu tentera Islam. Di sini golongan sedikit dan serba kekurangan menewaskan golongan lebih ramai dan lengkap bersenjata.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat Islam ketika itu benar-benar teruji. Namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al-Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al-Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

Sebelum Perang Badar bermula, para Sahabat membina “Al-Arisy” iaitu kem tempat Rasulullah saw di sebuah tempat yang agak tinggi untuk mengatur strategi peperangan. Selepas itu, mengambil keberkatan tempat tersebut, seperti mana tempat-tempat lain yang pernah Rasulullah saw berada, dibina masjid di situ yang dinamakan Masjid Al-Arisy.

Masjid Al-Arisy, tempat Rasulullah saw ketika Perang Badar. Rasulullah saw berdoa bersungguh-sungguh sehingga jatuh kain selendang Baginda saw, “Ya Allah! Kemenangan yang Engkau janjikan kepada aku. Ya Allah! Kemenangan yang Engkau janjikan kepada aku”. Moga Allah swt memberikan kemenangan yang sama kepada kita dalam perjuangan ini. Ameen.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama 8 kurun bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi membuka Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH DI PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Khilafah Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan para sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad bernama Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

KUBU AMPUH “BAR LEV” MILIK ISRAEL DITAWAN

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN