FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 14 May 2013

Saksi & Bukti Kukuh Penyelewengan SPR di Terengganu : Ahmad Said Tumbang?



Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut. Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.


Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.


Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan wakil PAS dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut.  Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang juga telah maklum akan situasi ini. Perjumpaan tertutup telah diadakan dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.

SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!


Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat.


Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang dalam Pilihan Raya Kecil, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan perjumpaan pihak PAS Terengganu dengan wakil rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu.

Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu umpama api dalam sekam. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya. 

PAS bukan sekadar parti politik tapi sebuah gerakan Islam, sebuah Jemaah Islam yang bukan sekadar berjuang semata-mata untuk menegakkan keadilan, menentang Barisan Nasional tapi menegakkan syariat Islam, mentadbir Malaysia khususnya dengan Islam yang syumul. Kamu ingat PAS hanya diam membisu dengan segala penipuan ini? PAS bergerak dengan penuh strategi, percaturan bukan hanya sekadar mengadakan himpunan di seluruh negara. Mohon celik. :)
Akhir kata, peringatan keras juga kepadamu, Ahmad Said yang mula-mula lagi sudah bongkak ingin menyekat pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu. Awas, bila-bila masa sahaja kamu boleh tumbang!!! Sama-sama berdoa kepada Sang Pencatur Seluruh Alam. ^^

"PAS Redha Dengan Kekalahan, Tapi PAS Tak Pernah Redha Dengan Penipuan"

70 comments:

  1. Janganlah mendabik dada begitu yakin tuan...setahu saya; kalau petisyen itu diterima mahkamah; maka akan diadakan PRK;bukan PAS otomatis menang...tak gitu? Apapun;banyak berdoa dan istighfar sama2 agar ALLAH kesian melihat kita hamba2NYA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mendabik dada, ya. Terima kasih atas pembetulan. Sama2 kita berdoa moga-moga diberikan kemenangan oleh Allah swt. InsyaAllah, amien. :)

      Delete
    2. Bahaya artikel ini sdra...ada gambar Tok Guru kat atas...artikel ini juga sudah di kongsi secara meluas di FB dan media sosial lain...siapakah SAYA dlm tulisan ini?...adakah sdra sendiri? mana gambar sdra?...sekali lalu org akan andaikan SAYA itu adalah Tok Guru berdasarkan gambar beliau yg terpampang tu...
      Berhati2...dari belum majlis angkat sumpah lagi...dah ada2 mcm cerita...saya tiap2 hari masok FB Tok Guru...selagi tidak ada apa2 entry terbaru mengenai benda panas ini...selagi itu ianya hanyalah spekulasi dan khabar angin saja...jgn kita jadi penyambung lidah syaitan...Nauzubillah...

      Delete
    3. "Saya" itu saya lah, ADMIN. Untuk tujuan keselamatan identiti saya tak perlu diwar-warkan kepada umum. Apa pun, niat saya ikhlas, jujur nak lihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia.

      Satu lagi prinsip saya, saya tak akan share mana2 maklumat, artikel jika saya sendiri ragu2 serta tidak meyakinkan melainkan saya akan selidik dahulu akan kesahihannya. Besar dosa saya jika saya berbohong atau menipu. Nauzubillah.

      Anda akan terkejut besar jika saya dedahkan daripada mana saya dapat berita di atas, tapi kerna adab saya pada parti serta janji saya kepada yang berkenaan agar perkara ini tak didedahkan secara menyeluruh selagi tiada kenyataan rasmi PAS Terengganu, hanya ini yang dapat saya bagitau. Maaf.

      Dalam sebuah jemaah/gerakan Islam, adab antara perkara yang paling utama. Tak boleh saya melangkaui PAS walhal saya hanyalah seorang penyokong kecil dalam parti ini. Wallahualam. :)

      Delete
    4. Salam kengkawan pakatan semua


      Plz support my new blog
      Che'en punyer

      Delete
  2. Tuan setahu saya,petisyen blh dibuat selepas keputusan pru diwartakan,mcmna tuan ckp dah serah kat makhamah?hujung bulan ni diwartakan,mohon penjelasan dari tuan?maaf kalu sy silap.sy pengundi pas di dungun bkn dari bn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petisyen bantahan sdang berjalan. Maklumat terbaru yang saya terima daripada Dr Syed Azman, ADUN PAS Batu Burok, Terengganu.

      Delete
  3. Cik Puteri 14 May 2013 17:25...

    Tak semestinya pilihanraya kecil.. Dulu masa kes DUN SANGLANG. Hakim Persekutuan mengistiharkan Calon Pas menang. Boleh rujuk http://www.malaysiakini.com/news/89798

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kedua2nya boleh berlaku. Pilihan Raya Kecil semula atau kemenangan terus daripada mahkamah.

      Delete
  4. Saya tidak berparti tapi menyokong pakatan. Ditempat saya kami mengeluarkan belanja pocket sendiri beli Dan gantung Bender a pas dikawasan kami.
    Tapi says takdapat Teri a penjelasan & alasan than president mengenai pencalonan bertindih a Tara pas dgn pkr

    Salam
    Fread

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fread,

      Pertindihan parti itu ada sebabnya. Saya serba salah adakah perlu saya dedahkan kepada umum ataupun hanya diam tentang perkara ini. Bimbang jika apa yang saya katakan boleh dieksploitasikan oleh BN/UMNO dan menimbulkan salah faham kepada rakan2 Pakatan Rakyat.

      Biarlah, ia berlalu. InsyaAllah, sama2 doakan peristiwa ini tak berulang lagi demia menjaga keutuhan Pakatan Rakyat.

      #Beberapa "cerita dalam selimut" memang saya tahu, tapi saya fikir ia tak perlu dicanangkan ke sana sini. Maaf. :(

      Delete
    2. betul tu.inilah payahnya nak dicerita salah tak cerita salah tapi tabik ketegasan TGHA.

      Delete
    3. Terlalu banyak kebimbangan.. seperti takut kepada bayang2..
      penyataan seperti ini hanya akan menimbulkan kekeliruan..
      sekiranya benar/sahih tak perlu takut..
      peradaban yang disebut seperti mainan.. SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH! MANA? adakah admin akan dapat kebenaran dari parti untuk memdedahkan perkara ini nanti?
      saya tak sabar untuk mendapatkan bukti ini.. untuk membuktikan kebenaran pilihan saya mengundi..


      Delete
    4. Penjenayah dan penipuan dlm sesebuanegara harus di kecam habisan ibarat penjenayah yg memasuki rumah kita dan merogol anak isteri kita tak kan kita nak biyar kan, dan hanya berkata Biarlah, ia berlalu... tak kan kita nak jdy bapak yg dayus.. begitu la jugak dlm Negara Malaysia. pihak yg tidak bertangung jawap ats negara kita telah melaku kan pernipuan besar atu jenayah rasuah ..kita hanya berkata Biaral......sampai bial kita nak maju nak nak keluar dr kepong pong ketakutan dan hanya berserah .. apa yg berlaku..kenapa kita tidak bertindak menegak kan keadilan ..pikir kan la..

      Delete
    5. salam sedara,kamu telah tertipu oleh pentaksub2 dgn jalan yg mereka titi yakini ini(jgn mengamuk dulu,baca dulu ye insyaAllah)..semua manusia kat malaysia ni tau tahap keseriusan permusuhan umno/pas adalah berada ditahap yg membanggakan hehe(musuh ketat).
      tak pernah mereka membiarkan 1 sama lain buat jenyah politik(kononnya)..dah 6o tahun,manada mereka biarkan pun,mereka folo up dgn ketat satu sama lain punya perkembangan/pergerakan..bukan saja jenayah tidak selesai dalam diri2 mereka bahkan bertambah,makin banyak syak wasangka jenayah umno pada pas dan makin banyak syak wasangka jenayah pas pada umno,ianya bukan saja x berkurang dari hari ke hari bahkan bertambah tebal dari hari ke hari..sedara telah diperkotak katikkan oleh sedara mara anda sendiri,sedara mara anda yg begitu mahu menunjuk bijak telah buat anda susah hati siang dan malam untuk perkara yg sia2,mereka menipu anda sebab mereka juga tertipu.sedara hanya perlu perlu susah hati diatas titian jalan quran dan sunnah,sedara tak perlu susah hati diatas titian jalan yg digunakan oleh sedara mara kita yg taksub..sama2 muhasabah insyaAllah.

      Delete
  5. Mlayu...molayu...
    Tak habih-habih main politik...PRU dah habih..berkokok makin berdegar!
    Org cina suda balik to their lovely habit op life
    ::Bisnis maa..cari makan sama-sama::
    Mlayu..malayoo..kesian aku tengok sama lu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu mcm andalah yang menyebabkan sesetengah melayu masih mundur. Pada pemerhatian saya, hal-hal politik masih diperkatakan di Trgnu, baik cina ataupun melayu. Urusan harian masih berjalan seperti biasa. Nelayan terus ke laut menangkap ikan walaupun berbicara ttg politik di atas bot. Peniaga masih berniaga, penternak lembu & kambing terus merumput untuk diberi makan pd ternakan. Salahkah melayu-melayu ini utk memperkatakan hal-hal politik yg tempang? JANGAN jadi melayu yg mengkhianati melayu.

      Delete
    2. jangan jadi melayu yang d0k0ng bangsa laen untuk tindas melayu ( melayu mundur sebab kau s0k0ng dan d0k0ng mamak kutty yang anti melayu, ~ Tun M mamak kutty yang anti melayu dan selalu bidas melayu.. melayu mudah lupa, melayu be end yang mudah lupa dan selalu terleka ngan dakyah kutty.. .

      Delete
    3. Pergh!!! lu org lau bab meratah daging sdare lu..memang mantop!!!

      Isele sejati bak kate nik ajiz@tupai halal dimakan@anak wahhabi@solat org umno tak dapat pahale@orang umno kapir belake@dap sedare kite berpeluk cium sakan...maghi pecoh beloh sesame isele(org umno kapir belake..tapi karpal itu sedare ambo..)

      hidup biar ceredik..jgn jadi BODDO!!!!!!!!!!!!

      Delete
    4. Kerana itu otak mahu pakai Bro!Kalau sdara sesama Islam tp dok tibai harta negara,dok rasuah,dok menipu,dok guna kn kedudukan utk kaya kn kroni nk buat apa?Yg dok menekan org2 Melayu/Islam di Kelantan ada lh pemimpin2 Melayu/Islam bro.Yg mengenakan HUTANG kpd anak2 Melayu utk belajar,pemimpin2 Melayu juga.Yang cuba meminggir dn menekan SAR ada lh pemimpin2 Melayu/Islam.Tk kn itu pun tk nampak.Jd,ungkapan "hidup biar cerdik...jgn jd BODO" paling sesuai utk org mcm kamu,bro!

      Delete
    5. Dah berpuluh tahun hang pi dok menyalak..

      "...Negara kita adalah Negara paling korup..rasuah, mengamalkan krooni dan paling banyak menyelewang dan menolak Islam…!."

      "...TAPI HANG TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN BUKTI YANG KERAJAAN INI BENAR-BENAR SEPERTI APA YANG DI DAKWA. YANG HANG ADA SEBAGAI BUKTI ADALAH UNGKAPKAN YANG MENGATAKAN BAHAWA MEREKA ADALAH BERMORAL RENDAH, KAYA DISEBABKAN RASUAH, KAYA DISEBABKAN KRONI DAN FAKTA DAN STATISTIK UMUM TANPA MEMAHAMI SERTA TAHU FAKTA SEBENAR DISEBALIK FAKTA ITU SEPERTI HUTANG NEGARA, PERBELANJAAN PEMBELIAN PERALATAN TENTERA DAN SEBAGAINYA..."

      Bende tipu diulang banyak kali..jadinya didalam otak hang BETOL belakelah jadinyer...

      "...JANGAN BERBUROK SANGKA, MENUDUH HENDAKLAH DENGAN BUKTI, AGAR TIDAK TIMBUL FITNAH SENGKETA ANTARA DARAH..."

      ...Tapi bila isu moral siap dengan Video lagi sebagai bukti, Isu akidah tentang penggunaan nama Allah dan ia terpampang di kebanyakan media hang tolak pulak mentah-mentah…hmmm.

      Bak kata Sheikh Ahmad Al-Fatani..."Chandu wahhabi,sekali terkena terlalu sukar untuk terlepas diri darinya"...

      Mungkin hang ni dah terlalu lama berimamkan si anak kaum muda tu..si wahabi yang tak semana ilmunya...

      Pesanan ikhlas dari ambo..."hidup biar cerdik...jgn jd BODDO"

      p/s:emak gua tak pernah beranakkan lu..bila masa lu jadik gua punyer bro?...
      hehe gua gurau bangsat jer sama lu beb..
      Adiossa..

      Delete
  6. Kalau terbukti memang ada berlaku penipuan semasa PRU 13 yang lalu atas kuasa mahkamah ianya boleh lah diadakan PRK semula dimana kawasab yg dikatakan berlaku penipuan. Tetapi kalau SPR menipu bahawa calun yg menang di istiharkan kalah yg kalah pula di istiharkan menang kalau terbukti begiru keputusannya seolah olah SPR sengaja membuat keputusan sesemikian maka mahkamah berkuasa memberi kemenangan semula kepada yg berhak.

    ReplyDelete
  7. tk mgkin blaku sbb mhkamah, spr, umno punya refer kes nizar 5 hakim jatuh hukuman tnpa alsan
    PAS hndaklah sabar n reda spt d cakapkn oleh hadi awng

    ReplyDelete
  8. Kes petisyen blm di angkat ke mahkamah.. spr akan wartakan kptsn pru13 akhir bln 5, lepas itu baru dlm amsa 21 hari, baru akan ada petisyen p/raya.. penulis mungkin lebih kpd membuat anggapan tanpa fakta yg betul.. dan mungkin maklumat yg diterima bukan dari yg soheh.. yg betul.. petisyen sedang di proses utk di angkt ke mahkamah.. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, terima kasih atas pembetulan. Masih belum diangkat ke Mahkamah, tapi saya sendiri disahihkan maklumat oleh Dr Syed Azman, ADUN PAS Batu Burok, Terengganu, katanya Petisyen Bantahan sedang dalam proses.

      InsyaAllah, doa2kan kemenangan Islam.

      Delete
    2. Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah.???? penipuan jelas..

      Delete
  9. jgn lupa Statment Nik Aziz yop-kalau Iblis nak tolong pun aku terima-haha memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu orang,anak kaum muda...wahhabi tegar...ilmu taklah sehebat mana..mentafsir al-quran cuma guna kepala otak dia semate...tupai halal dimakan kerana nate tu makan yg molek-molek sahaja tak seperti aye yg makan najis dan kotoran...sampailah satu ulama' pondok menegurnya dengan menghulurkan ayat dan nas,barulah ia diam...
      ehem..ehem..

      Natte mu dok hine tok guru ambo..natte sungguh mu.

      Delete
  10. Rasanya perlu betulkan penerangan kerana petisyen belum boleh dibuat sehingga keputusan rasmi PRU13 diwartakan.

    ReplyDelete
  11. Salah ke berdakwah mengajak bersabar dan bersyukur atas apa2 keputusan yang kita perolehi?....Dah memang tu yang ditentukan Allah untuk round pertama keputusan PRU....PR belum dapat memerintah....

    Bukan ke kita di ajar bersabar dan bersyukur ke atas apa2 yang kita dapat?....Adakah bersabar dan bersyukur tu menghalang usaha2 kita selepas tu?....Konsep ni simple je la....dengan bersabar dan bersyukur menjadikan kita lebih kuat berusaha....petisyen, aduan, tu sume akan dibuat la.....dah memang tu cara berpolitik pilihanraya....PAS bukan sehari dua berpolitik....

    Kalau betul apa yang dikatakan penulis, memang benda2 camni tak boleh heboh....Bijak ke cara berpolitik kalau awal2 dah canang dedahkan rahsia, strategi dsb....

    Lagi satu, PAS totok macam kami akan mempertahankan kepimpinan ulama sedia ada....Tak kisah la duduk bawah tempurung pun....Tak payah la cuba nak tukar dasar PAS menjadi macam parti2 lain....Kalau sebelum ni bersetuju hak parti masing2 dalam memperjuangkan dasar parti, kenapa sekarang ni nak kecoh2 lak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bini mu laghi ikut jantang lain....sabra jee...toksoh wat report polis.Terima aje takdir....ok dok?
      Rmh mu keno ropok.tok soh wat report polis...bershukur je...bkn semua hok keno ropok...tv 14 inci ado lagi..bershukur laa....
      Ank mu keno tetok depey mato.....biar jah...jgn tolong.Ank ramai lagi...bershukur lah ank lain ado lagi

      Delete
    2. x saloh mung nak report polis tapi mung jgn letak yakin. mung kat polis dah la..bini mung lari mung report la polih tapi mung jgn nangis sepanjey tahun insyaAllah,kalu rumah mung kena ropok mung report la polih tapi mung jgn nangis sepanjey tahun insyaAllah,anak mu kena tetok depey mato mung report la polih tapi mung jgn nangis sepanjey tahun insyaAllah,kalu mung nangis hari2 sepanjey tahun itu mungkin mu dah makey budu lebih sangat..budu politik hehehhe.budu politik ni buat malu keluargo jah bila mu bukak mulut,mu tengok komen mung tu balik kehkehkeh.

      Delete
    3. Ya, inilah apa yang saya maksudkan. Namun, bukan semua ahli PAS sendiri faham kenyataan saudara. Serius.

      Delete
    4. sedara pula bila nak berenti menangis?

      Delete
    5. PASARIAN ni boddoo...
      cuba lu org ajar rakyat tentang maksud 'REDHO'...
      Dan abende yg sedang lu org buat laa nih???
      Mangkok berhayoon betol!!

      Delete
    6. bukan semua disini ahli pas sebab tu masih ada buat komen mcm dna umno.

      Delete
  12. Intipati ucapan DSAI@bapak suntut (30 minit):

    * 52% rakyat Malaysia sokong PR
    * Di Perak 55% sokongan pada PR
    * Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah n Sarawak pilih PR dan mahu UMNO BN turun.
    * BN "tipu" harga barang, minyak, elektrik. (DIa tak bacakah bahawa semua baranagan tersebut adalah barangan kawalan-makna tak boleh naik harga sesuka hati?) * Rakyat perlu bangkit lawan "pembohongan" BN
    * Rakyat tidak terima kerajaan BN yang baru dipilih pd 5 Mei lepas.
    * Tsunami merangkumi seluruh kaum di Malaysia.
    * Harga barang akan naik sikit hari nanti.
    * Akan selesaikan pembohongan BN dengan suara rakyat sehingga kemenangan tiba.
    * Umum PR telah menang.
    * DSAI tidak akan undur dan akan lawan terus.
    * Harga minyak tetap turun bila PR tubuh kerajaan.
    * Cukuplah Umno BN perbodohkan rakyat.
    * UMNO BN layak digelar “Tipu segala Tipu”.
    * Gesa rakyat pakai baju hitam hari Sabtu tanda protes.
    * Akan teruskan gerakan Reformasi sehingga kerajaan BN tumbang.


    *What the FUCKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  13. Daulat TuanKU, Sejahtera Negeri Terengganu

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Beb,lu paham ke tidak DAULAT tu abende???
      Kalau paham,takyah laa nak berkoko!!!
      Sultan dah bg perkenan..senyap2 sudah laa..
      Mangkok betollah PASARIAN nih...

      Delete
  15. Daulat Tuanku apa benda kalau Menteri Besar dah angkat sumpah depan Tuanku Trengganu tapi masih dipertikaikan.

    ReplyDelete
  16. Kesalah dari segi apa yg akan dibuat petisen oleh pihak PR terhadap SPR.Rasanya keputusan pengiraan undi telah disahkan oleh egen calon yg berada didalam saluran mengundi semasa proses pengiraan undi dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf mencelah tapi nampak macam saudara tak ambil pusing apa sebenarnya yang berlaku di beberapa tempat (bukan di semua tempat) pusat mengundi & pusat pengumpulan undi.

      Banyak berlaku kes Ketua Spr pusat mengundi tidak mahu sign Borang 13, Borang 14. Ada juga tempat yang berlaku wakil UMNO pula yang buat hal tak mahu iktiraf borang tu. Ada tempat yang sudah termaktub jumlah undi pada borang 14 tetapi apabila dibawa ke pusat pengumpulan undi, BN desak buat recount pulak. Habis tu apa guna borang 14 tadi?

      Lepas tu yang peliknya, hampir semua semua keputusan recount dimenangi oleh BN sedangkan kiraan awal kat pusat mengundi jika dicampur semua pusat, PR yang menang. BN menang pulak bukan dengan majoriti tipis, ada sampai beratus2, beribu2 pun ada.

      Mana datangnya undi yang berbeza beribu2 tu? Kenapa lari jauh gila dengan kiraan awal? Undi Pos? Undi Pos sampai beribu2? Apa ke hal? Lepas tu, apa guna borang 14 kalau kiraan pada birang tu tak diiktiraf? Korang tak nampak ke semua ini?

      Korang takde kat tempat kejadian, korang tak terlibat secara langsung dengan proses ini. Korang boleh la kata semua ini tak berlaku tetapi realitinya, BENAR BERLAKU. Tapi, ingin sekali lagi saya tegaskan bukan di semua tempat penipuan ini berlaku. Sekian.

      Delete
  17. bising je lebih.tak ada apa-apa jugak yang jadi. saje nak timbulkan kekecohan ke ape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. -apabila kita puas ditipu berpuluh2 tahun itu tandanya jalan yg kita titi itu ialah jalan yg dicipta oleh penipu(dgn izinNya)..
      -apabila kita yg puas ditipu ni menggunakan jalan yg sama dgn org yg puas menipu kita tadi, itu tandanya hati kita dah buta..
      -apabila kita x redha yg kita telah tertipu itu tandanya kita sombong
      -apabila kita bercampur 1 jalan dgn penipu,gunakan jalan yg sama pula dgn penipu tu guna,x redha pula penipu tu tipu kita-ini tandanya kita pun penipu juga kehkehkeh.
      sama2lah muhasabah insyaAllah.

      Delete
    2. tade kaitan.sila diam

      Delete
    3. kehkehkeh marah ke bro?
      keterlanjuran dan kekhilafan itu ada 2 jenis
      1 khilaf dan ketelanjuran yg berlaku diatas titian jalan yg benar(ketauhidan kepada Allah&ketauhidan itu melahirkan khilafah)mcm konflik zaman saidina Ali tu.konflik diatas khilafah..
      2 khilaf dan ketelanjuran yg berlaku di atas titian jalan ciptaan kafir hehe(nak melahirkan tauhid dari jalan ciptaan kafir)
      -bertumbuk di tempat yg bersih manakan sama dgn bertumbok didalam lobang najis sambil mengaku masing2 bersih kehkeh..
      -jalan yg dicipta penipu akan melahirkan lebih ramai penipu..
      darurat?kot ye pun makan jela daging tuttttt tu buat alas perut,x payah lah beriye2 hehe.lagipun darurat hanya boleh guna dlm bab cabang(usaha2 mencantikkan jalan yg dah benar)bukan pokok(jalan yg kita letak kaki atasnya)..sayangilah sedara mara kamu,pesan pesan lah hal yg benar pada mereka(ketauhidan terhadap Allah dgn contohan nabi saw)bukan beriye2 pasal hal celah taik gigi dan jgn pasal beriye2 diatas jalan yg samar ni menukarkan diri kita menjadi seekor keldai kehkehkeh..sama2 muhasabah insyaAllah.

      Delete
    4. Wahai tuan hamba 15:20,barang benar sungguh bagai apa yang dikata...

      Delete
    5. Alhamdulillah...

      Delete
    6. sila ceramah kat reply lain.x minat nk dgr kamu merepek entah pape ntah. bajet bijak

      anonymous 15:18

      Delete
  18. sepatutnya kita bersyukur sebab kita di selamatkan dari angkara DAP dan anwar dgn kemenangan BN.. kenapa anwar tak mahu terima sebab dia akan menghadapi banyak perbicaraan di mahkamah selepas ini samada dia saman atau kes lain.kalau dia diam dia takut dilupakan org dan tiada yg buat demo bila dia kena bicara nanti.Hanya anwar saja yg tahu macamana sebenarnya keadaan dirinya itu sebab dia terus buat kacau supaya dia mendapat sokongan..tak pecaya tengo saja

    ReplyDelete
  19. janganlah kita terpengaruh dgn perjuangan spt anwar dan lim kit siang ini.percayalah mereka ini hanya akan merosakkan negara akhirnya.cuba perhatikan betul2 puak DAP ini dalam diam2 mereka menguasai ekonomi negara dgn pelbagai cara. apa akan jadi dgn kita pada masa akan dtg.anak2 kita. baru ada beberapa kerat org kita yg kaya sdh di tuduh macam2. kenapa DAP mahu sangat kuasa sekarang iniu sebab DAP tahu lepas ini mereka ssh utk menang sebab mkg anwar,lim kit siang sdh tua bangka.kenapa DAP mahu kuasa? patut ini yg kita kena fikir betul2...bkn begaduh antara kita. DAP kurang kuasa pun mereka sdh menguasai kita apalagi klu ada kuasa.

    ReplyDelete
  20. cucu tok gempau15 May 2013 at 16:58

    aku selalu fikir kenapa pas bergabung dlm pakatan rakyat,pas berjuang atas landasan islam,tetapi dari kenyataan dan cakap2 ulamak pas sebenar mereka tidak punya keyakinan berjuang bersama2 pakatan rakyat,oleh itu aku cabar pas keluar dari pakatan dan bertanding sedirian,klu menang berapa kerusi boleh U.G.,nanti ulamak2 pas dah boleh jadi menteri dan dah boleh tangkap anwar,kamu lebih kenal anwar,di depan ALLAH nanti kamu punya dua saksi kukuh...2 harun yg sangat benci anwar tu akan berikan bukti apa yg anwar lakukan,kamu macai2 pas boleh bersorak sorai bila anwar di bicarakan,kat dunia kamu boleh fitnah mcm,kamu dah mati nanti,kamu m intak lah tolong ketua ketua kamu yg kasyaf tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu nk suruh kami sokong Najib tu suruh Najib arah rosmah pakai tudung dulu.

      Delete
  21. Hehe...Headbomb untuk lu org sumer...PASARIAN..

    http://youtu.be/FH3EC-dJQ8g

    ReplyDelete
  22. dayus jika redha dgn penipuan... pejuang islam bukan dayus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penipu tipu penipu,manada perkataan dayus boleh digunakan hehe

      Delete
  23. Apalah engko orang semua ni. Sempit betul pemikiran. Isu Rosmah tak pakai tudung tu pun engkau orang boleh perbesarkan. Engkau ingat semua yang bertudung tu baik? Engkau tak tengok ke anak DSAI yang BERTUDUNG tu buat dengan pensyarahnya yang telah disahkan sendiri oleh ibunya dan disiarkan di Keadilan Daily. Engkau orang tak tengok ke apa jadi kat negara-negara Arab tu?
    Ada isu yang lebih besar di sini iaitu niat terlindung Cina DAP nak ambil alih pemerintahan negara. Nanti bila dia orang dah berkuasa, baru engkau orang tahu. Silap hari bulan, hak istimewa orang Melayu engkau pon akan dicabut. Come on lah. Please. Jangan berfikiran sempit. Engkau orang belum tinggal di negara orang putih, tak tahu nak bersyukur dengan apa yang ada di Msia dan apa yang engkau orang boleh buat. Makcik pakcik sepupu sepapat aku tinggal di Singapura sebab tu lah aku tahu macamana Melayu rasa duduk di bawah Cina. Teruskanlah dengan impian anda untuk meruntuhkan kerajaan Melayu ini. Jawaplah nanti depan Dia. Ambillah iktibar betapa pentingnya perpaduan ummah. Ingat!!! Nabi sendiri diperintah berhijrah ke Madinah untuk mengukuhkan umat Islam. Tiada perpaduan, tiada kekuatan. Sedar dan bangunlah dan jangan sekali-kali mendabik dada dan mengecop seseorang itu beriman atau tidak just kerana luarannya. Who are we to do that? Itu hak mutlak Allah. Ingat, sedangkan pelacur yang beri minum anjing pon boleh masuk ke syurga.

    ReplyDelete
  24. Hehe..the another HeadBomb 4 smash u brain 2 all PASARIAN..


    http://youtu.be/l6rpnPs0Y_c

    ReplyDelete
  25. ...Sangat menghairankan apabila melihat ketekalan juga keungkalan pemimpin-pemimpin PAS yang berterusan menyokong Anwar. Dan 10X lebih hairan melihat mereka mendakap dan memaluk mesra DAP dalam Pakatan Rakyat. Seperti yang dikisahkan sebelum ini, Datok Sidek Baba lebih terkanan untuk dipercayai daripada Anwar@Anviar Avraham itu sendiri.

    Kalau dia (Datok Sidek Baba) meninggalkan Anwar atas alasan pluralisme, hubungan dengan Yahudi & kredibiliti diri, maka teramat mudah sekali untuk kita percaya kepadanya. Hujahnya amat mudah sahaja... Datok Sidek Baba mengenali Anwar lebih daripada kita sekalian, bahkan mungkin lebih daripada TG Nik Aziz itu sendiri.

    Dan dalam perkara agama yang berada di depan mata umum sekali pun, amat diyakini dan terpercaya untuk dikatakan bahawa kita tidak akan menjadi kafir dengan menyatakan Datok Sidek Baba lebih alim daripada TG Nik Aziz atau TG Haji Hadi atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  26. ...Aku sangat gembira melihat BN kembali menguasai Negeri Kedah. Ada 3 sebab.
    [1] UMNO lebih ikhlas membantu mereka (rakyat Kedah) dan tahu pula cara yang lebih praktikal untuk terus membantu mereka.
    [2] mereka (rakyat Kedah) dapat menyelamatkan diri & tanah mereka daripada diceroboh oleh DAP (seperti yang berlaku di Gua Musang, Kelantan) dan di Perak.
    [3] Hidup bersama UMNO (yang dianggap zalim oleh pembangkang) adalah 10X ganda lebih baik daripada PAS yang bersengkokol dengan PKR dan DAP...

    ReplyDelete
  27. ...ramai orang (melayu islam khususnya) menyeru kepada “Kerajaan Perpaduan”. Termasuk dari bahagian dalaman PAS, Ustaz Nasha ( 'X' Timbalan Presiden PAS), Sahibus Samaah Datok Harussani Zakaria (Mufti Perak), Mohamad Hafiz Mohamad Nordin ('X' Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) dan sebagainya. Tetapi sayang, ramai pimpinan terkanan PAS menolaknya.

    Diantaranya:-
    *TG Haji Hadi menolaknya dengan menyatakan UMNO sekarang ibarat orang kelemasan.
    *TG Nik Aziz pula mengatakan bahawa dia akan meludahi muka orang yang menyebut pasal penyatuan UMNO-PAS.
    *Ahmad Fadhli Saari (Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan) pula meminta UMNO keluar terlebih dari BN sebelum menyertai PAS.
    *Haji Fadzli Hassan (DUN Temangan) menolak terus ajakan perpaduan itu dengan alasan UMNO tidak ikhlas...

    ReplyDelete
  28. Untuk pengetahuan, sehingga sekarang berita sebenar berkenaan dengan peristiwa ini telah dilaporkan secara rasmi, ini linknya:-

    http://www.keadilandaily.com/keadilan-dedah-24-petugas-spr-dikurung-untuk-pangkah-kertas-undi/

    #Ada peristiwa yang berlaku rentetan penipuan ini tak didedahkan kepada umum oleh pihak PAS mahupun Pakatan Rakyat. Sebenarnya ada kisah disebalik penyelewengan ini. Saya tahu, namun ada perkara yang saya tak boleh dedahkan kepada umum. Kalau nak tahu jumpa personal. Hehe (mustahil) :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Admin atas maklumat terbaru ni.

      Harap Admin dan pembaca PR sekalian jangan hirau dengan "lipas-lipas" yang makin banyak dalam Blog ni atau di Internet.

      Delete
  29. sekaranglah masanya kita kena menjadi rakyat yg bertanggungjawab kepada negara di mana musuh-musuh kita sedang merancang menghancurkan negara dgn menjadikan malaysia tdk aman. menjadikan rakyat malaysia tdk menghormati pemerintah dan undang2.ini akan menjadikan rakyat malaysia menjadi ganas dan suka menentang.klu rakyat sdh jadi begini negara tdk akan aman lagi dan rakyat senang2 saja diperkudakan sebab kita tdk dapat berfikir dgn rasional lagi.

    ReplyDelete
  30. untuk menipu undi/pengundi dalam jumlah ribuan dalam satu2 kawasan DUN/MP adalah mustahil dibuat.

    ReplyDelete
  31. PAS jangan terlalu ghairah dgn kuasa.adakah PAS yakin boleh mengangkat islam spt yg UMNO buat skrg.mcmana kedudukan PAS di Sabah dan Sarawak. apakah akan jadi dgn islam di sana klu pemimpin dipegang oleh bukan islam.Allah maha tahu maha kuasa yakinlah dgn kuasa Allah.Sepatutnya kita menyerahkan urusan negara kpd Allah setelah 5 tahun kita berpolitik.

    ReplyDelete
  32. Ingat tak cerita 4 orang buta yg ingin mengenali seekor gajah..?

    ReplyDelete
  33. Admin.. Terima kasih..
    Teruskan usaha mu..
    Sampaikan lah berita dari sebelah sana..
    Ada yg disini ingin mendengar.
    Kerana selama ini hanya dengar yg di sini saja.

    Terlihat dan tertanya tanya di hati di mana hilangnya keseimbangan DACING yg di sini.
    Jika di sini benar, apa yg harus di takutkan..tapi mengapa mudah melatah dan menggelabah..
    Barang kali dacing sudah berkarat dimakan usia.. " out of repair " barangkalinya..

    Kita melihat dari satu sudut yg mereka tdk mahu lihat..
    Sememangnya mereka mereka itu telah Allah letakkan disitu..hggalah saat Allah mahu merubahnya..

    Syukur...
    Setiap kejadian ada sebabnya.
    Namun...
    Tdk terlihat oleh mereka.
    Tdk terfikir kesitu oleh mereka.
    Tdk didengar Telinga mereka..

    Biarkanlah mereka..

    Tiada daya dan upaya kita melainkan DIA.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN