FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 4 May 2013

[FLASHMOB] Anak Muda Perlis Ditahan Atas Arahan Shahidan Kassim !


Inilah kerja UMNO/BN. Sekali lagi Institusi Polis diperkudakan, dicabul oleh mereka. Jelas campurtangan ahli politik dalam setiap tindak tanduk polis. Maka, kita tidak hairan mengapa kadar jenayah tak pernah berkurangan malah banyak pula kes-kes yang digugurkan, lesap hilang begitu sahaja dek kerana campurtangan politik. Kali ini, kes ini berlaku di negeri Perlis. Shahidan Kassim nampaknya seolah-olah menunjukkan dialah Big Bos Besar di negeri tersebut.

Sumber rapat sahih yang terlibat dengan kes penahanan ini sendiri telah memaklumkannya kepada saya. Apa lagi Shahidan nak pusing? Dengan duit rakyat yang disonglapnya, adakah polis juga berada di bawah jari telunjuk beliau?

Lihat video ini sampai habis, anda akan tahu kenapa saya kata Shahidan tak layak menjadi Menteri Besar Perlis. Dasar samseng!



#Ini sumber sahih, rakan saya sendiri yang menghubungi saya untuk info ini. Fakta bukan auta. Rakyat Perlis tolong jangan undi Shahidan Kassim dan geng2 dia. Hancur Perlis jika anda masih menangkan UMNO/BN.

24 comments:

  1. Aku tabik hormat pd anak2 muda ni.Syabas anda semua adalah Pejuang Kebebasan.Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Dari dulu shahidan kasim ni memang bapak samseng kat perlis.semua rakyat perlis dah tau dah..

    ReplyDelete
  3. Blog yang paling byk menabur Fitnah..bertaubat la sebelum nyawa diambil.dosa pada manusia byk sgat wahai tuan blog.jgn kerana taksub berpolitik mcm2 fitnah dan penipuan telah dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1Bangla1Malaysia....Hidup BN hidup bangla

      Delete
    2. yang penting Bn tolong Bangla n indon yg beragama Islam..ko orang pas tolong kafir laknat Cina..jual la negeri ni..bak kata mat sabu saya rela makan babi dengan guan eng dari mkan ayam dgn najib..org mcm 2 nak jadi pemimpin Islam..

      Delete
    3. Tolong??? Sampai bagi IC.. fikir logik la bro..

      Delete
  4. admin..
    lu kalau bab suntut saudara lu..
    memang juara sungguh!!!
    lu ade rase bangga ke???
    sehari kalau tak sebar isi dubur saudare lu..jiwa kacau ker???
    tapi memang sah lu JIWA KACAU!!!

    ReplyDelete
  5. Berbunyi gagak menjerit macam nampak mayat,
    Anak serindit intai punai kenduri sipadi,
    Berjanji banyak-banyak macam pakatan rakyat,
    Tapi sedikit yg ditunai selebihnya cuma bunyi!!!!

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullah.

    Saya anak Perlis. Dan saya tahu kebenaran cerita ini.
    IniKalilah!

    :)

    Serah semua pada Allah.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa cukuplah BN memerintah selama 55 tahun...

    InshaAllah, ini kali lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS jangan la nak mendabik dada, korang menang 21 kerusi Parlimen je, Kedah pun dah terlungkup..dapig dan Pakar kelentong rakyat dpat lg byk..nampak dah sape paling lemah..mimpi jelah nak ke putrajaya..ni semua balasan Allah..nak jual lagi Kalimah Allah??

      Delete
  8. Anak Muda Perlis Ditahan Atas Arahan Shahidan Kassim !!..mana bukti yang sahih bro?hanya dengan alasan :KAMI DIBERITAHU:TAK CUKUP bro jgn Fitnah org..sebagai Muslim yang adil anda perlu ada bukti sahih faham..jgn rosakkan nama umat Islam,

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Berpada-padalah dalam berpolitik. Sayangilah agamamu. Bangsa Cina tetap sokong parti mereka. Bangsa India tetap sokong parti mereka. Begitu juga bangsa-bangsa lain di Negara kita.

    Bangsa Melayu cuma ada 3 pilihan. Kalau anda menyokong Najib & BN, keadaan anda tidak berubah. Anda dapat masuk dan keluar dari persekitaran anda seperti hari ini. Diri anda selamat. Ugama anda pun, insyaallah selamat.

    Kalau anda menyokong Anwar & PKR, diri anda selamat tetapi agama anda belum tentu selamat. Anda akan terjebak dengan pluralisme, LGBT, penyalahgunaan kalimah Allah dan sebagainya.

    Kalau anda memilih PAS, anda akan mendapati dia sebagai kawan yang lurus bendul. Dia mudah diperalatkan orang. Berjalan bersamanya di malam gelap memang berbaloi, tetapi mudah disergap penjahat & binatang buas. Ugama anda insyaallah selamat tetapi diri anda belum tentu selamat.

    ReplyDelete
  10. Bagaimana nasib kita nanti bila Anwar (proksi Amerika) membawa masuk askar Amerika ke negara kita. Amerika mesti datang untuk mencari Putra Bani Tamim dan alMahdi yang sibuk dikatakan ada di sini.

    Anwar mesti berusaha untuk membayar balik jutaan wang yang diterima dari bossnya. Mesti lakukan apa sahaja, walau terpaksa lacurkan Islam melalui kedunguan pemimpin PAS. Pengikut PAS memang tak salah, cuma dimangsakan Anwar akibat terlalu taksub kepada ketua.

    PRU ini UMNO dijangka masih boleh bertahan untuk menghalang kerakusan Anwar, tetapi mungkin kecundang jua nanti pada PRU 2018. Amerika terkenal dngan pelbagai helah tentu akan membantu Anwar atau Cina Malaysia mengambil kuasa.

    Satu lagi petunjuk ialah kesilapan membenarkan remaja mengundi. Apabila kanak2 hingusan dibenar mengundi, puratanya menggunakan nafsu dalam membuat pertimbangan. Mereka jarang memikirkan jauh ke hadapan. Kebencian, ketamakan dan nafsu menjadi keutamaan.

    Dalam huruhara yang dicipta Anwar bersama Yahudi Amerika, akan berlaku pula pertembungan kuasa baru (China) dan Amerika merebut sumber bumi negara.

    Terserahlah kepada semua untuk fikirkan fakta ini. Kalau tak jadi, alhamdulillah, sebaliknya maklumat yang ada membawa ke arah tersebut.

    Sokong Nik Aziz dapat Anwar, sokong Anwar dapat Lim Guan Eng. Tamatlah riwayat Melayu. Itu yang kita bimbang sangat, bukan kerana sokong kerajaan. So, biarlah cerdik sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statement ni yg mengarut.... ..

      Delete
  11. 'Syaikh 'Abdullah Fahim'

    Mufti Pulau Pinang dan wali Allah yang bertanggunjawab menentukan tarikh kemerdekaan negara dah berpesan tentang kwaridj/khawarij yang bakal muncul di akhir zaman(di tanah melayu khususnya)

    Sekarang sudah ada timbul dan zahir di Tanah Melayu mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.

    Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh "Ibnul Qayyim al-Khariji", maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

    Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

    Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka "bunuhlah akan dia"......

    PR????

    ReplyDelete
  12. PAS sangat akur dengan polisi Kritianisasi DAP dan Pluralisme dan Liberalisme PKR-kerjasama ini sangat mendatangkan kemudaratan ke atas umat Islam.

    ReplyDelete
  13. Kepada PAS, maaf penyokong anda tak faham dan maseh menyokong Tokoh Pluralisme Ugama Khalid Samad di Shah Alam dan Tokoh Liberalisme Ugama Hadi Awang al Wahhabi di Parlimen Marang dan Nik Aziz Nik Mat Al Wahhabi di DUN Kelantan!!

    Sangat menyedihkan sungguh bila Zul Nordin yang jelas menentang MURTAD kalah kepada Khalid Samad yang jelas mendokong Leberalisasi ugama di Parlimen Shah Alam!

    Kasihan aku melihat kalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulnordin x layan jadi wakil pemimpin di shah alam

      Delete
  14. Sayang dalam PRU13 yang semacam "Perang Salib" ini-maseh ramai orang Islam yang tak dapat membaca gerak musuh dan maseh mendokong kuffar sebagai pemimpin mereka.Kepada penyokong HYPER taksub ahlul PAS dan PKR yang terlalu taksub mengundi DAP. Apakah pengorbanan PAS dibalas DAP? Lihat keputusan Salahudin di Johor yang kecundang!Satu contoh yang mudah,PAS berjaya dijadikan binatang tunggangan oleh DAP kuffar.

    Cubalah berfikir,jika melayu islam ditanah melayu ini bergabung total(PAS & UMNO),apakah kerugian yang bakal ditanggungi???
    Apakah bakal menghasilkan akibat atau natijah???



    ReplyDelete
  15. Dari seorang sahabat didalam PAS yang celik hati dan wajar disampaikan kepada ahlul PAS lain yang maseh teruja dgn tahaluf wala/akur PAS dgn DAP

    "......InsyaAllah..golongan2 Anwarist Pluralist dan Liberalist di dalam PAS akan kita tendang keluar demi menaikkan semula Haibah dan maruah PAS InsyaAllah...tetapi usaha ini bukan mudah cuma utk PRU13 ini, pilihlah mudarat yang lebih ringan drp memilih PKR dan DAP.PAS perlu diajar oleh ahli, seperti juga BN pernah diprotes ahlinya ketika PRU 12 dulu.

    Hak Allah diketepikan demi Putrajaya
    Nauzubillahiminzalik "

    ReplyDelete
  16. PAS kena sedar diri, MELAYU kena kenal diri. Look at DAP, mereka besar kerana mereka bersatu. MCA kalah dengan teruk. Seperti yang mereka janji, mereka tidak akan minta jawatan dalam kabinet kalau kalah lagi teruk dari PRU yang lalu. Hakikat yang you all kena tahu, PAS telah undi DAP, tapi DAP..mati hidup semula tak akan undi PAS.

    Keputusan setakat ini menyaksikan trend pengundi cina yang langsung tak memihak kepada BN. Sekarang siapa yang rasis? Wahai umat melayu islam! Sedarlah selagi anda tidak bersatu, tunggu sajalah kehancuran kita semua. Tak nak bersatu lagi? Buanglah hasad dengki dan pecah belah tu. bersatulah!!!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan anon.Plz bersatu wahai Umat Islam melayu

      Delete
  17. member aku selalu cakap blog ni hebat dan berfakta.puihh.dari apa yang aku tengok,mengarut aja lebih penulis blog ni.fakta longgar.sembang kencang, sembang lebat aje lebih.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN