FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 26 May 2013

[BACA NI] Korang Ingat PAS Ini Macam Tuuuutuuut !!!



"PAS kayu! PAS bodoh! PAS jumud! PAS tak releven! PAS purba! PAS khianat! PAS lembap! Ulama' PAS tak betul! Singkir pimpinan ulama' PAS!" 

Mungkin inilah perkataan yang keluar daripada segelintir rakyat Malaysia yang "lupa". Ramai yang mengutuk, mengeji, memperkecilkan serta memperlekehkan PAS serta pimpinan ulama' PAS kini. Anda semua akan malu dengan segala perbuatan, perkataan anda selepas anda baca artikel ini sepenuhnya. Betapa ada perbezaan yang amat besar dengan apa yang dinamakan perjuangan dengan hanya menegakkan keadilan, menjatuhkan kezaliman dengan perjuangan menegakkan Islam. Kerana Islam akan menjamin keseluruhannya termasuklah keadilan, kebebasan dan hak tak lupa apa yang paling penting mentadbir dunia dengan syariat Allah. Fahami artikel ini, fahami PAS. Khas ditujukan kepada lawan mahupun kawan. ;)


------>

Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan.

PAS bersama dalam hal ini.

Namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, diISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.

Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.

Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi anjing suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.

Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.


------->
Siapa yang dah merasa makan peluru hidup di Memali? PAS bukan Sosialis.
Siapa yang diberi kepercayaan berkawal di barisan hadapan setiap kali bertempur dengan FRU? PAS bukan Sosialis.

Tiba2 kanak2 Sosialis gila menjaja PAS takut untuk turut serta meledakkan 'Spring' di Malaysia. Memasak pun ada kaedah, tak akan berjuang tiada kaedah? Main semberono menonong gitu je? Orang muda kita perlu belajar sesuatu dari pepatah Arab:

بين حكمة الشيوخ و حماسة الشباب
"ِAntara bijaksananya orang tua, semangatnya orang muda"

Bagaimana semangat sekali pun orang muda, jangan dilupakan nasihat dan pengalaman orang tua. Itulah antara sebab Allah mengutuskan Nabi SAW pada usia 40 tahun. Untuk mengimbangi semangat pengikut-pengikut baginda yang lebih muda.



Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad


------>
Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1- Saya merujuk kepada ucapan Ketua A.M.K Sdr Shamsul Iskandar Md Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertarikh 24 Mei 2013. Berikut adalah kenyataan balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2- Apa ingin saya tegaskan, PAS ialah sebuah gerakan Islam yang tidak akan mengkhianati janji kerana itu adalah akhlak Islam. Sekalipun berlaku salah faham, maka sewajarnya guna saluran yang baik dalam menegur demi menjaga keharmonian dan tidak memberi ruang pada pihak lawan.

3 - PRU -12 adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan YB P.K.R sendiri telah lompat parti. Ianya merupakan pengajaran untuk PR di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.

4 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji. Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya.

6 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

7- Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS.

Salam persaudaraan dari saya
YB. Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


Komen Saya------->
PAS telah lama dalam perjuangan semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Berkat perjuangan orang-orang lama serta ulama'-ulama' dululah yang ramai telah pergi meninggalkan kita kini, kerana keikhlasan, usaha serta taqwa merekalah yang telah mengalirkan hikmah dan barokah dalam perjuangan menegakkan Islam di Malaysia. Delegasi ulama' ini perlu kita perkukuhkan lagi. Anda tak tersentuh lagi jika membaca artikel ini saya tak tahu la nak kata apa lagi. 

Siapa kita? Yang baru setahun jagung dalam perjuangan ini, untuk menidakkan segala hasil usaha para amilin, pejuang terdahulu yang telah membela agama serta memperjuangkan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia zaman berzaman. Nak dibandingkan ujian serta penderitaan mereka dengan apa yang kita hadapi sekarang...Allahurabbi, jauh sekali. Mohon muhasabah. Saling hormat menghormati. Kukuhkan barisan serta pakatan kita demi menumbangkan kezaliman serta kemungkaran yang lebih besar iaitu Barisan Nasional. Saya sayang PAS! Saya sayangkan kepimpinan ulama'!

Saya syorkan kepada anda semua baca artikel ini:- 

34 comments:

  1. Amboii hijabul crewss...Siapa 'kanak2 sosialis' yg kata PAS penakut nak buat Malaysian spring tu???? Bagilah bukti siapa orangnya itu????

    ReplyDelete
  2. ahhaha puak2 pas pis pus hanya berangan jer dok sudah2,,,pas pis pus lu punya president mmg penipu, tak dok semangat setiakwan, mengkhianti kawan ,, sedar2 la dok sah nok tak sub sangat pada president dengu lu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa buktinya? Pihak lawan pun apa kurangnya. Skurg2nya presiden sblh sini lebih bersih bbnding di sblh sn yg byk persoalan dan keraguan. Fikir2kan

      Delete
    2. Pemimpin PAS dan PR lebih bersih berbanding dgn pemimpin UMNO...skandal Altantuya dah setel dah puak dacing?? :p

      Delete
    3. Kau ni haramjadah macam UMNO jugak

      Delete
    4. Memang mangkok ni haramjadah umno pun..

      Delete
  3. pemimpin pas kebelakangan ni hanya gah atas pentas je. dulu bleh la cerita,tu sebab aku dari awal-awal tak sokong begabung ngan pkr n kapir harbi tu. bile dah terasa nikmat memerintah lebih skit, mula la datang rase cinta kepada dunia dan takut tuk mati. perjuangan tolak tepi dulu, cari projek 1st

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tny sikit , apa maksud kafir harbi ya? Klu dimaksudkan dgn cina dap, anda silap. Mohon mengaji semula ya. Cari maksud sbnr kafir harbi.

      Delete
    2. anon 4.20 ni sebenarnya macai UMNO yg menyamar org PAS....kahkahkah.....parti UMNO dan hasan ALi yg kaki projek, nak kecoh2 plak....kahkahkah

      Delete
  4. pas mmg pnakut, tak brani wat akujanji dgn najib ... hahaha

    ReplyDelete
  5. salam,aku ada terbaca entry kamu pasa wali tu dan aku dah agak bila kamu terdesak kamu akan remind pembaca kamu yg mungkin belum terbaca lagi pasal entry tu kehkeh,aku dah agak(Alhamdulilah)..politik politik..
    Nabi Allah musa x mengajar/mengajak(atas izinNya) manusia2 suruh bunuh budak kecik pun selepas dia jumpa dan belajar dgn nabi/wali Allah khidir...
    -untuk pengetahuan kita semua nabi Allah musa tu ialah nabi Allah yg soheh dan nabi/wali Allah khidir tu ialah nabi/wali Allah yg soheh..
    Rasulullah saw x pindahkan umatnya kepada wali Allah uwais alqarni pun(atas izinNya)..uwais hidup sezaman dgn nabi saw.
    -untuk pengetahuan kita semua Rasulullah saw itu ialah rasul yg soheh dan uwais alqarni itu ialah wali yg soheh..
    tambah lagi 1 lah..
    -untuk pengetahuan kita semua Rasulullah saw itu berada diatas titian jalan yg soheh..bukan titian jalan ciptaan manusia/kafir..




    ReplyDelete
  6. izinNya/perintahNya..

    ReplyDelete
  7. Aisey beb,
    dah cantek track u masuk..awat tiba2 u wat u-turn plak?
    kaan dah..............

    ReplyDelete
  8. Dah2 cukup, jgnlah bertelagah sesama pari2 PKR. Kepada TGHH dan Samsul Iskandar, bertenang, benda2 ni bincang di dlm mesyuaratlah....benda ni bagi bola tanggung kat BN. Yg susah, rakyat bawahan....antara parti2 PR yakni PAS, PKR, DAP, PSM, perlu cari titik2 persamaan untuk bersatu tumbangkan BN. kalau ada berbeza pendapat, bincang sesama apemimpin tertinggi secara tertutup, org bawah jgn masuk campur. Kesian kat kitorg org bawahan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun nada SIMA tu agak keras, rasanya baik TGHH jawab dengan jelas sebagai pemimpin yang berpengalaman dalam politik. Sebabnya saya pun agak keliru dengan tindak tanduk PAS berkaitan isu kerusi bersama PSM sebab kenyataan beliau beri bola tanggung pada BN. Akhirnya PR tersungkur. Pada saya, PAS macam rakan yang tak boleh dipercayai

      Delete
  9. Alahai PAS....memang la barisan hadapan terdiri dari Unit Amal yang sangat kental berani berhadapan dengan segala kemungkinan, mengambil risiko yang tinggi terhadap keselamatan diri sendiri, menolak tepi risiko yang sama terhadap ahli keluarga sendiri. Tetapi dalam unit amal ini, berapa kerat sangatnya yang berpendidkan atau aliran agama ! Kebanyakannya bukan mainstream agama tetapi terdidik dalam agama dan sangat cintakan Islam. Geng ostad ostad duduk kat mana ? Kebanyakan memanaskan telur dalam kerandut labuh. Lepas tu buat buat statement macam dia la yang biasa berpedih mata dengan gas serta berhingus hingusan akibat kesan gas tersebut, berpanas panas berembun lepas tu kena pukul dengan polis. Ulamak baghal tambah tambah dari terengganu....benci aku dengan mereka ni. Padan muka PAS kalah di Terengganu.
    PAS For ALL except PAS Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah2 tu, cukup... jgn mengeruhkan keadaan...rileks....

      Delete
    2. Perangai x ubah mcm jahiliah sanggup maki hamun para ulamak... biaq la tgk takat mana puak2 ni bole p... akan sampai 1 hari depa nie nanti lari gak nak berlindung balik jubah golongan ulamak.

      Delete
  10. Anon 16:50. saya setuju dengan anda. Saya pun turut merasai apa yang saudara rasakan semenjak tempoh pembubaran parlimen, berdemam kempen dan seterusnya kecewa dengan suara ramai rakyat malaysia yang masih mahukan BN untuk mencekik kita semua. PAS adalah rakan yang lemah dalam PR terbukti dengan sokongan yang telah mereka terima. Walau apapun, saya harap saudar terus kekal dalam PR. Jangan sekali kali sokong UMNO/BN.

    ReplyDelete
  11. aku pun hairan satu perkara,Ustaz Hadi kondem calon PKR secara umum, Tak pa pulak,,,bila si Syamsul ni tegur balik,juga secara umum,,salah pulak? itu tandanya kita kena ingat,tak ada siapa pun yang maksum.

    ReplyDelete
  12. kalau pertengkaran dan perbalahn semcm ni berlaku,lebih baik PAS b'juang secara b'sendirian,kita lihat sejauhmana kekuatan PKR.PAS kalah dlm Pilihanraya biasa dah,tapi p'juangann kita tidak sia2.Kita mng d akhirat.P'juangn PKR utk kpntingn dunia saja.

    ReplyDelete
  13. rasanya pas yang patut muhasabah diri,
    tak perlu nak bongkak dan bangga diri,
    sebab beberapa kerusi yang hilang
    memang datang dari usaha org atas pas sendiri...
    Klu da bincang kenapa perlu khianat?
    Klu pon tipu muslihat itu dibenarkan dalam islam
    dan sosialis itu musuh islam
    kenapa sampai muslihat makan diri?
    Kalau pon kepimpinan ulama menjadi keutamaan
    jangan lah cari ulama yg tahu memfitnah
    dan berjumpa musuh dalam selimut...

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Terima kasih Admin.
    Bagi yang kenal islam sekadar 2 -3 tahun kebelakangan ni mungkin rasa pelik dgn tindakan PAS tapi yng mengkaji islam melalui tafsir dan asbabul nuzul Al Quran, Hadis2 , sirah2, qias dan ijma ASWJ pasti akan nampak relevan tindakan PAS selama ini.

    Apa yang berlaku pada hari ni mengingatkan pada sirah Rasulullah SAW:

    1. Sewaktu peristiwa Israk mikraj dimana ramai org islam kembali kpd kufur dan hanya sedikit yg benar2 beriman dgn Rasulullah SAW.
    2. Peristiwa Hijrah dimana ramai org islam yg tidak mahu mengikut hijrah dan kufur kecuali yg benar2 beriman.
    3. Peristiwa perang Badar di mana terdapat org islam yg tidak mahu mengikut perang dan mereka inilah munafik

    Lafaz ulama berlandaskan Al quran dan hadis. Mereka bertindak bukan berlandaskan nafsu. Kamu yg mengaku mengikut perjuangan Rasulullah SAW, adakah kamu betul2 fhm dgn Rasulullah SAW? Jika Rasulullah SAW masih ada agaknya dimana kelompok kamu berada pd masa ini?

    Saidina Umar Al Khatab pernah berkata "Tiada ertinya Islam tanpa Jamaah(kesatuan), Tiada ertinya Jamaah(Kesatuan)tanpa Pemimpin dan Tiada ertinya Pemimpin tanpa Ketaatan"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ddlm politik,dia punya sifir mcm budak2,sifir dia begini lebih kurang-ulamak ddlm parti kita sentiasa berada dlm sangka baik kita,ulamak parti lawan x perlu dlm sangka baik kita hehe,ulamak dlm parti kita bersih dari jerat nafsu,ulamak parti lawan dijerat nafsu kehkeh,walhal jalan yg parti kamu guna ni sama je mcm jalan yg parti lawan kamu tu guna..saidina umar x guna jalan kamu berdua pun hehe..
      -jemaah menuju Allah dmuka bumi Allah malaysia ni ada dua je ke?umno dan pas je?kalo kamu kate ada dua je itu la tanda kamu mabuk budu politik hehe,ada banyak jemaah tau bukan pas dan umno je..
      -kamu tau bas ekperss?ada banyak bas xpress dari kampung nak ke k.l betul x?klu kamu naik salah bas,walau bas kamu nampak cantik,walau kamu duduk kat seat v.i.p sekalipun,insyaAllah kamu x sampai2..klu kamu naik bas yg betol walau bas kamu nampak buruk,sekalipun kamu duduk kat toilet insyaAllah kamu tetap sampai hehe..yg aku kesian kamu nampak hanya dua bas je..itupun bas politik kehkehkeh.

      Delete
  15. Salam perkenalan. Ini first time saya masuk. Sebenarnya seorang peminat Blog RT yang mencadangkan kepada saya Blog ini. Hmmm .. menarik juga Blog ini. Harap pemilik blog sudi menerima saya.

    " Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU. " (Hijabul Crewz 26 May 2013)

    Terkedu saya. Sebab saya sendiri tak berani sampai maca tu. Tapi Unit Amal Pas sanggup apa saja, sanggup dapat sakit malah sanggup dapat mati yang bukan sebarang mati tetapi adalah Mati Syahid.

    Apa pun saya ucap terima kasih kepada Pas kerana tak sekata dengan Anwar dalam hal kalah PRU13. Dan saya terima Anwar adalah seorang yang Waras Aqal bila dia kalah dia tak puas hati. Tetapi kalau dia menang pun dia nak buat demonstrasi jalanan juga mengatakan, " saya Anwar Ibrahim tak puas hati saya menang kerana SPR telah melakukan penipuan " .. memang confirmed " Anwar 100% Wayar Putih ".

    Insyalah, saya akan masuk lebih kerap lgi dalam Hijabul Crewz.

    Hj Ariffin

    ReplyDelete
  16. sape yg untung mcm ni.. semua pakat dok gadoh sesame sendiri, korang sedar tak, ade di antara pemberi komen memang sengaja nak melagakan korang.... ape pun marilah kite bersatu atas name melayu yg taat pada Raja-nya.

    ReplyDelete
  17. Soal Perpaduan

    Saya nak sebut Perpaduan Melayu, mungkin sahabat yang pro Pas tak bersetuju. Nak sebut Perpaduan Islam, mana ada umat islam betul2 bersatu, tak pernah terjadi dalam sejarah, kalau ada pun umat islam nak bersatu hanya untuk tempoh masa yang sekejab sahaja. Masa mana yang nampak umat islam betul2 bersatu.

    1. Masa bersolah jemaah - semua orang ikut pergerakkan imam, semua mengadap to one direction.

    2. Masa melakukan tawaf - semua bergerak pusing ikut one direction.

    Itu lah saja lah yang saya nampak ada kebenaran untuk memberitahu penganut2 agama lain bahawa Islam Is Religion Of Unity. Tapi para pemimpin islam, para ulamak islam dan para pendakwah islam tanpa sedikit pun ada perasaan malu kepada agama2 lain duk canang slogan retorik " Islam Is Religion Of Unity ".

    Cuma saya nak kata, " you go and tell other people, but not to this Hj Ariffin ".

    Hj Ariffin

    ReplyDelete
  18. " Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU. " (Syarhan Humaizi Abdul Halim,
    Ketua Pemuda PAS Gombak)

    Ustaz Syahan,

    Saya akui komitmen ahli2 Pas dalam Perhimpunan Bersih bukan kecil. Saya tak menafikan kehadiran ahli Pas dalam sesuatu program ceramah anjuran PKR dan DAP berjaya menghidup majlis.

    Daripada pemerhatian saya. Memang tak dinafikan yang nampak paling bersemangat dalam Perhimpunan Bersih adalah Unit Amal Pas, mereka bantu pihak polis mengawal perhimpunan dan lalu lintas. Juga saya tak terdaya menafikan bahawa ahli Pas yang sebenarnya yang menghidup setiap majlis ceramah politik anjuran PKR dan DAP .. 80% hadirin adalah ahli Pas (berdasarkan kepada pemakaian kopiah putih). Tanpa sokongan moral ahli Pas, pasti ceramah politik anjuran PKR dan DAP tak ubah macam ceramah politik anjuran Umno(BN) sahaja.

    Saya simpulkan bahawa Aura Sokongan kepada PKR dan DAP sebenarnya bergantung kepada Pas. Tanpa sokongan Pas, saya gerenti PKR dan DAP tak setara mana pun. Tanpa bergabung dengan Pas dalam PRU13, jangan harap lah PKR dan DAP akan dapat menguasai bilangan kerusi sebanyak yang PKR dan DAP menang, jangan harap lah mereka dapat menawan 2 buah negeri iaitu P. Pinang dan Selangor. Sedangkan Pas sanggup mengorban diri dengan hanya menetapkan untuk menang setakat 21 kerusi parlimen sahaja, malah Pas juga sanggup mengalah kepada Umno untuk melepaskan Negeri Kedah.

    Tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu menilai dan menghargai perngorbanan semacam yang dibuat oleh Pas. Pas ini ibarat Lingkaran Ubat Nyamuk, sanggup membakar diri sendiri demi untuk melindungi orang lain daripada digigit oleh Nyamuk Denggi atau Nyamuk Malaria. Tidak ada parti politik yang seikhlas dan setulus Pas dalam melakukan pengorbanan.

    Hj Ariffin

    ReplyDelete
  19. Sudara Hijabul

    Saya mengakui bahawa Perjuangan Pas adalah untuk agama islam. Walau pun ada pihak yang menuduh Pas menyeleweng, menyimpang daripada perjuangan asal. Tetapi dengan jenama Islam yang diguna pakai oleh Pas (PARTI ISLAM SEMALAYSIA) semenjak berkurun lagi, maka dari segi terma undang2 dan tafsiran bahasa tak siapa boleh menafikan Pas adalah Parti Islam.

    Manakala Umno (United Malay National Organization), sampai bila2 pun tidak berhak nak mengaku dia adalah Parti Islam, malah tak akan ada siapa2 pun yang berani mengiktiraf Umno adalah Parti Islam melainkan Umno menukar daripada United Malay National Organization kepada United Muslim National Organization.

    Walau pun Umno buat itu buat ini untuk membangunkan Islam, hatta kalau Umno membina Kaabah di Makkah sekali pun Umno tetap bukan parti Islam selagi dia tak meletakkan perkataan " Islam " pada nama partinya. Atau kalau Umno ini terlalu kaya sehingga mampu membiayai segala aktviti dakwah dan pembangunan Islam Peringkat Global, parti Umno tetap tidak akan disebut sebagai Parti Islam.

    Saya rasa mungkin itu lah yang dimaksudkan oleh Tokguru Nik Aziz bila dia kata " Umno tolak isle ". DS Najib nampaknya lembab sikit dalam bab ini, rasanya kalau DS Najib selaku Presiden Umno berani mengubah Umno daripada UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION kepada UNITED MUSLIM NATIONAL ORGANIZATION maka Tokguru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang akan terkedu untuk mengatakan " Umno Tolak Isle ".

    Hj Ariffin

    ReplyDelete
  20. InsyaAllah dlm politik tiada siapa yg akan terkedu hj aripin..pas dah guna nama islam pun umno boleh ckp islam pas bukan islam sebenar,kalau dia akui pas politik dia akan rugi,sama mcm pas juga,xkan kalau umno guna nama islam pas nak diam diri dan akui kate umno islam yg benar,rugilah politik dia.keyakinan ddalam politik ciptaan manusia ni berlainan dgn keyakinan didalam iman..
    Abu bakar-larilah kamu dari dunia dan dapatkan akhirat nescaya dunia berlari mengejar kamu.
    Umar-hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab..hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung..org yg selalu muhasabah diri akan meringankannya dihari perhitungan kelak.
    Usman-aku hairan melihat org yg meyakini Allah tapi mengingatkan yg lain selain Allah.
    Ali-aku hanyalah muslim biasa sama seperti muslim2 lain.
    ...keempat2 sahabat nabi saw diatas x menggunakan jalan politik ciptaan manusia/kafir untuk lahirkan agama/iman..apabila kita x gunakan jalan yg nabi dan sahabat2 guna untuk hasilkan agama/iman nescaya tiada manusia yg mahu/tahu menilai kita insyaAllah..

    ReplyDelete
  21. Melayu Tolonglah "Buka Mata, Buka Minda".

    Saudara Pemilik Blog,

    Izinkan saya menyumbang idea mudah2an ia memberikan kebaikan kepada kita semua.

    Bukan hendak menyebelahi Umno. Tapi saya ingin mendedahkan fakta. Dalam usia saya yang sudah menjangkau senja, ini lah yang saya nampak kebajikan terhadap islam yang dibuat oleh sebuah pertubuhan politik yang di label sebagai "TOLAK ISLE".

    Apa yang Umno tak buat untuk pembangunan dan kemajuan islam di negara ini semenjak dari mula Umno menjadi kerajaan ? Bermula dengan membina surau diikuti dengan membina masjid. Bermula dengan Sistem Pengumpulan Zakat diikuti dengan memperkenalkan Sistem Perbankan dan Pembiayaan Cara Islam. Bermula dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan diikuti dengan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh dan disudahi dengan penubuhan Universiti Islam Antara Bangsa. Dan banyak lagi yang dibuat oleh Umno demi untuk memperkasakan islam dinegara ini meliputi juga urusan ekonomi umat islam. Saya tak mampu hendak senaraikan satu persatu disini .. terlalu banyak wahai saudara.

    Walau pun begitu, masih juga Si Tua Bangka itu berulangkali membuat kenyataan, " Umno tolak isle ". Barangkali Si Tua Bangka tu, ada mata tapi buta, ada telinga tapi tuli, ada hati tapi benak .. itu lah istilah yang paling cantik yang dapat saya sebut sebagai merujuk kepada karektor Si Tua Bangka tersebut.

    Hanya Setan sahaja yang tidak mahu menerima dan mengakui kebajikan dan kebaikan yang seseorang buat untuk islam. Pada hal perbuatan mengalihkan sebatang ranting kayu yang melintang di atas jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya pun di terima sebagai kebajikan dan ibadah oleh islam, apa lagi lah kepada pihak yang mengadakan surau, masjid, sekolah dan bermacam2 lagi untuk kemudahan manusia (islam dan bukan islam). Apakah itu bukan kebajikan atau ibadah ?

    Minta maaf kerana saya agak keterlaluan. Tetapi saya tidak ada pilihan. Kekadang terlintas di hati kecil ini, adakah Si Tua Bangka itu Setan yang menjelma dalam bentuk manusia yang fizikalnya islam tetapi tingkah lakunya dan hatinya Setan.

    Kita wajib menerima bahawa, "Setan boleh menyerupai malaikat, Setan boleh menyerupai orang alim, Allah membenarkan itu untuk menguji keimanan kita" TETAPI "Allah mengharamkan Malaikat menyerupai Setan atau Orang Alim menyerupai Setan".

    Sifat nyata Setan adalah, "tidak mahu berdamai bila diajak, tidak mahu bersatu bila diminta, bila bercakap selalu putar belit, ulamak lain semua tak betul hanya dia saja yang betul, dan banyak lagi sifat2 Setan yang dipamerkan oleh Si Tua Bangka tu".

    Si Nangka Tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu cerca aku,aku cerca kamu,kamu hamun aku,aku hamun kamu,kamu kate aku sesat,aku kate kamu sesat,padahal sama2 naik 1 bas yg sama kehkeh..

      Delete
  22. kita ikut islam kami patuh kami ikut....

    ReplyDelete
  23. Nak tanya ustaz2 Pas dalam blog nih.

    Kawan aku dah sangkut dengan sorang awek anak orang kuat Pas. Mereka nak kawin, tapi bakal bapa mertua dia syarat dia isi borang Pas dulu. Mamat ni keluarganya Umno pekat. Tapi keluarga dia tak ambil kisah dengan siapa dia nak berbini janji mendapat restu daripada keluarga sebelah perempuan.

    Jadi kerana cintakan aweknya maka Mamat ni pun isi lah borang jadi ahli Pas, pada hal hatinya sikit pun tak ada pada Pas. Dia dah pening takut nikah dia diragui, kalau sah okay lah, kalau tak sah macam mana ? Itu lah pompuan punya penangan, cair keimanan kepada parti dibuatnya.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN