FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 12 May 2013

Anak Muda Ini Yang Cabar Pengerusi SPR, Korang Ada Berani?


BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR! bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bersetongkol dengan kerajaan 46% BN, maka ini jawapan beliau.. SPR telus ke? 


"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah,

seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."

Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.

Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.

Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.

Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Saya tidak membuang undi, tetapi membawa kertas undi 2 helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan, dan merujuk kepada pegawai atasan beliau mengenai apa yang berlaku. Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku.

Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?"

Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". Tiada kata penyelesaian.

Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali.

Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti saya mengundi 2 kali dan saya menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan saya bawa keluar kertas undi tersebut. Saya cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untukmengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. Masih tidak membenarkan, saya meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambar saya, kad pengenalan, kertas undi 2 helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. Tiada kata putus dari mana-mana pihak, saya meminta kebenaran untuk membuat laporan polis.

Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah. Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku.

Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali ke-2.

Tamat.

Penjelasan;

"Saya membuat laporan, BUKAN ditangkap!" Sila baca banyak kali jika tidak faham.

Saya faham hak saya sebagai pengundi. Saya sedia maklum jika saya ditangkap untuk undi kali ke-2, saya boleh dijatuhkan hukuman bayar rm5000 atau 2 tahun penjara.

Saya non partisan, tegas saya disini. Saya tidak dibayar, bukan ahli dan tidak menuduh mana-mana parti. Saya tidak berniat untuk mencabar SPR, tapi ingin menguji sistem yang dikata "bersih" dan terbaik di dunia. Saya salah seorang rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai dakwaan-dakwaan yang menyatakan kegagalan SPR sebagai sebuah sistem pilihanraya yang telus dan saya sendiri berjaya buktikan. Jika kes saya adalah "kesilapan", saya ingin tahu, berapa banyak "kesilapan" yang sama berlaku di tempat-tempat mengundi yang lain? Berapa ramai yang membuat laporan dan berapa ramai yang berjaya bolos?

Adakah SPR badan paling bersih di dunia seperti didakwa pengerusinya?
Jawapan saya, tidak.

Anda pula bagaimana?

Yang Benar,

MOHD FADHLI BIN KHAHARRUDDIN

23 comments:

  1. Syabas anak muda anda berani dan nekad tidak mahu bersekongkol dengan Penipuan.semoga ketelusan dan keberanian anda membuka mata Rakyat Malaysia yg masih tidak percaya akan Penipuan SPR ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan anak muda ini diharap dapat membuka mata macai2 umno sekalian. Lihatlah. :)

      Delete
  2. syabas bro,aku respect keberanian ko,mmg SPR penipu,balaci umno,aku bkn fitnah...hakikat didepan mata,aku sumpah mereka2 di SPR haram mkn duit aku,yaitu duit rakyat yg bayar mereka tu,tapi mereka mengkhianati kita,haram seumur hidop mereka,anak bini mereka yg mkn hasil duit kita(rakyat) haram sampai mati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon ditakenote kepada pembaca2 yang masih tak percaya ketidaktelusan spr ni. Huhu.

      Delete
  3. Korang kate kerajaan korup..memang silap besar la mase 'BERSIH' aritu mintak dakwat kekal..memang kalah la PRU..hahaha..

    ReplyDelete
  4. Terbukti umngok,mmg bongok,penipu...rasuah kuat...tengok vide lucah kuat..fitnah.....dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik..percaya?..hahaha.. Kalau aku fitnah umno ape2 pn confirm senang2 diorang caye..senang giler..nk jadi ahli politik pakatan la pasni..

      Delete
  5. "DAP mempunyai agenda besar"

    Jika kita perhatikan secara logik, bagaimana PAS mampu bergabung dengan DAP? Mangapa pula PAS @ Mat Sabu bermati-matian menentang UMNO yg ingin bermuzakarah dengan PAS.

    Tidak boleh dinafikan bahawa DAP merupa arkitek perpecahan Melayu di Malaysia. Ini sebagai persediaan untuk memecahkan undi Melayu supaya yang Majoriti menjadi Minoriti. Manakala mereka yang Minoriti pula akan mendapat majoriti apabila bersatu.

    Projek Datum merupakan satu contoh terbaik apabila PKNS (diterajui oleh PKR) ingin membina condo mewah yang tidak masuk akal dimana sudah semestinya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi, condo-condo ini dibina dikawasan konsentrasi orang Melayu... Mengapa? Logik akal akan menyatakan bahawa hanya orang cina dan cina dari Singapura saja yang mampu membeli condo-condo ini. Bayangkan condo 1 bilik berharga hampir 1 juta ringgit. Sekaya mana sekali pun orang Melayu tidak akan membeli Condo sedemikian.

    Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bn punye projek x mahal pulak..ai cetek tol koneh..

      Delete
    2. Mak bapak ko dah termakan budi dng DAPIG tu ker???
      Membela betol ko...
      Adik pempuan ko di org ade kenen ker???
      Huahaha...

      Delete
    3. http://www.anwaraidc.com/?p=35494
      Menubuhkan kerajaan Cina dalam Malaysia adalah idaman kaum Cina.....

      http://dapinsider.com/?p=1152
      DAP DAP DAP .....kononnya transparent/telus?

      Delete
  6. tong najis sifat dia memanglah menampung najis,report polis untuk ubah sifat tong najis ke kehkeh,sistem ni ialah sistem untuk membentuk kehidupan yg dicipta kafir,sejak bila pulak nabi saw ada mengajar atau menyuruh kita semua meyakini yg mana2 sistem membentuk kehidupan yg dicipta kafir ni kalau diusahakan dgn bersungguh2 ianya akan mendatangkan kejayaan dalam iman/islam?x payah uji pun dah tau..nak kena uji dulu baru nak yakin ke hehe?buat report polis x cukup berani tu..berlepas diri dan bergantunglah pada tempat pergantungan sebenar..ada berani..?
    nak rebut/pertahan tong najis ni punya pasal habis tali silaturahim sedara mara sendiri tergadai..sama2lah muhasabah diri insyaAllah..politik politik kehkeh

    ReplyDelete
  7. TIPU. sila refer www.spr.gov.my

    IC dia 900305065651

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apenye yg tipu pulak?

      Delete
    2. http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/05/undi-2-kali-budak-samdol-kepala-lutut.html

      Delete
  8. ...Jika UMNO berjaya mempertahankan Putrajaya, maka tiada sebab untuk tidak memperhebatkan usaha mengajak PAS kembali bersepakat dengan UMNO. Malahan terdapat banyak pembaharuan politik yang boleh diperkenalkan bagi memujuk PAS kembali kepada perpaduan.
    Antaranya ialah:-
    Mewujudkan dan menawarkan jawatan di Jabatan Perdana Menteri kepada tokoh-tokoh PAS yang bukan Anwarinas. Saya secara peribadi sangat bersetuju jika Dato Harun Din ditawarkan sebagai Menteri Penuh dan berhak memilih Timbalannya manakala Ustaz Nasha ditawarkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika anda tanya saya apa jawatan yang sesuai untuk Dato Harun Din maka saya akan katakan "Menteri Dalam Negeri"! Hahaha.. At least lebih baik daripada si Kerismuddin. Malahan sebagai Menteri Dalam Negeri Dato Harun Din akan dapat access kepada segala bukti-bukti mengenai cubaan musuh Islam menguasai negara ini. Mudah-mudahan maklumat seperti ini akan kembali menyedarkan Dato Harun Din betapa merbahayanya individu-individu yang sebelum ini bermuka-muka dengan beliau...

    Amcam to all PASarian...lu nak hidup ke nak matih??? err..maksud gua..lu masih nak jilat bontot dapig tu lg ker???

    ReplyDelete
  9. ...Ustdz Nasha..
    "UMNO dan PAS perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman".

    "Insafilah bahawa masa depan bangsa dan agama kita sedang mula dirobek. Tetapi, akan ada yang mentohmah kenapa saya memilih pentas bangsa ini. Salahkah kita berbicara tentang bangsa kita? Adakah ia salah di sisi agama?

    "Adakah nak tunggu sehingga ranap umat ini baharu nak bicara soal perpaduan? Saya tak boleh terima sampai ada yang kata nak meludah muka yang nak bawa usaha penyatuan Melayu ini. Ajaran agama mana yang kata begitu?" soalnya...


    "Tidak semua Melayu Umno itu iblis, dan tidak semua Melayu dalam Pas itu malaikat," tambahnya lagi.


    UMNO tada hal mau settle...tapi ada cibai dalam PAS tara mau ini hal jadi...

    Ucapan khas gua pada itu cibai dlm PAS...

    'Mak lu main dengan batang pisang!!!! maka keluarlah kepala luu!!!!!

    ReplyDelete
  10. betul..mungkin kelam kabut msa pengundian semasa orang terlalu ramai...ejen yang diwakili parti bertinf juga boleh membantu mengingatkan kpg kerani pengundian kerana ejen yang ada dalam dewan penundian turur garis nama mereka yang mengundi...jadi, 3 orng yg berindk memotong nama..jika kerani pngundia buat silap..ejen boleh buat bantahan...kerani pengundian pun manusia..x lari dr kesilapan...

    ReplyDelete
  11. untuk menipu dalam jumlah yg besar contoh ribuan undi/pengundi adalah mustahil dibuat dgn apa cara sekalipun.tp utk undi.pengundi djm jmlh puluhan mkg boleh dibuat dlm satu2 kawasan DUN/Parlimen.

    ReplyDelete
  12. untuk menipu dlm jumlah yg banyak dlm satu2 kwsn DUN/MP adalah mustahil dibuat.

    ReplyDelete
  13. http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/05/undi-2-kali-budak-samdol-kepala-lutut.html

    Budak itu jelas dipergunakan oleh pihak tertentu
    lihatlah dalam foto media di mana dia ditemani oleh pihal tertentu.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN