FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 20 April 2013

[PANAS] DAP Masuk PAS? UMNO/BN Pening!

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan



Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain. 

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin. 

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. 

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M

12 comments:

  1. Alamat!!!
    jadik kambing hitam DAP laa sdare aku dalam PAS nih..
    Cube citer sikit sejarah DAP kat kwn2 sume..
    Tragis lagi sadis sekali,kalau bende ni berlaku..

    Err...ko pasti ker kabilah DAP ni tulus lagi ikhlas hendak duduk bernaung dibawah kerajaan islam PAS???...or ader kowtim lain??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan seperti yang diamalkan kini.seandainya menang dalam pilihanraya akan datang,pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat pusat yang akan mendokongi perlembagaan persekutuan sedia ada..HAJI ABDUL HADI AWANG..kepada macai PAS yang tegah dibuai mimpi negara Islam dan Hudud apa cita sekarang Islam kamu??sama mcm Umno kan?hadi setuju guna perlembagaan penjajah??

      Delete
    2. Op koss la brader..
      kalau tak..takkan dalam sume ceramah PAS penuh dengan isi cemuh,maki,keji...bluu pon ade. huhhu..matlamat menghalalkan care..*Nabi ade ajar ini macam ker??
      #Apelah salahnye kalau dalam ceramah tuh dipenuhkan dengan puji-pujian,berpesan-pesan kepada kebaikan,mendoakan kebaikan kepada sesama islam...
      Pantang DAP berdehem..menggelabah semacam pemimpin PAS.
      Persoalannya sekarang..sapa sembah sapa????

      Delete
    3. Salah!!
      PAS takkan sesekali menjadi kambing hitam DAP! Tak mungkin.
      Tapi yang pastinya PAS akan menjadi KUDA TUNGGANGAN utama DAP dalam memecahbelahkan persatuan umat islam di tanah melayu ini.

      Jika mereka menang...
      2013-2017 umat islam ditanah melayu akan diberi layanan indah semaksimum mungkin..comfirm punyer,jgn takut.
      2017 ++ masa untuk dia org MENUAI!!! apa yg dituai???
      Lu pikir laa pakai kepala lu.

      Delete
  2. ...Seorang Melayu, walaupun beliau adalah seorang penyokong PAS atau PKR,berkemungkinan besar yang beliau tidak suka kepada DAP. Parti roket memang sudah termaklum sebagai sebuah parti politik cina cauvinis sejak dahulu kala lagi.

    Apabila parti roket ini dapat menggunakan lambang PAS atau PKR dalam PRU kali ini, mungkinkah ini merupakan suatu advantage kepada parti cina cauvinis ini? Mungkin ramai yang tidak sedar apabila mereka memangkah lambang PAS atau PKR di kertas undi, mereka sebenarnya memangkah calon DAP walaupun pada kehendak hati sebenarnya adalah "lebih baik tidak keluar mengundi jika tiada pilihan selain daripada memangkah lambang roket?"..

    .."Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu"..

    *...penggunaan logo PAS oleh calon DAP di Semenanjung Malaysia bakal memberikan impak yang besar kepada kejayaan PR dalam PRU13...

    Masih lagi terngiang-ngian ditelinga ini akan pesan seorang kiyai dari sebuah pesantren di tanah jawa..
    "Negoromu bakale diperintahi karo wong kapir ndok..walnauzubillah"

    ReplyDelete
  3. NAUZUBILLAHIMINZALIK

    ReplyDelete
  4. ape admin merepek ni..tak same langsung perjanjian hudaibiyah dgn dap bertanding atas logo pas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan admin mrepk la,tapi nik ajis dah tua faham2 je lah..admn just kelentong je Dap masuk Pas..kesian dlm gambar d atas hadi blakng si cacat singh 2..

      Delete
  5. memang bijak DAP ini..saya dah lama tunggu rancangan LICIK mereka untuk menipu Umat Islam Malaysia..hari ini dah tahu..thanx Admin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemikiran saudara harus diperbetulkan, biar berpaksikan realiti. Maaf cakap. ;)

      Delete
    2. NAUZUBILLAHIMINZALIK

      Delete
    3. PKM di tanah malaya...lantaran terlampau kurang ajarnya maka diharamkan!
      maka larilah juak-juaknyer ke singapura...alkisah,maka lahirlah si anaknye PAP namenye.
      Bersenang lenang anaknye itu diseberang tambak sana dibuai dan dibelai manja oleh yahudi..israel [the worse and stinky races]serta konco-konconye..maka bertelurlah lagi si anak itu dan terjelepoklan cucunye yg bernama DAP,maka kembali hadirlah makhluk itu ke bumi tanah melayu yg bertuah ini....
      So,ade sapa2 sdare yg nak teruskan??...

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN