FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 28 April 2013

[GEMPAR] Putrajaya Jatuh kepada Husam: Mahathir, Najib Hilang Arah!



Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.


Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam. 

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan. 

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.

#Aku dah tak tahan lagi dengan kezaliman, konspirasi jahat UMNO/BN ini. Bukan setakat harta negara mereka punggah, nyawa orang awam juga dijadikan korban mereka. Kes yang terbaru pula kes Orang No 2 Kastam dibunuh. Sumber menyatakan ini kerja UMNO/BN. Nanti aku dedahkan!

29 comments:

  1. Mengarut lg admin ni..tukang karut politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tunjukkan kepada saya, kat mana saya mengarut tu? Ayat, baris, perenggan ke berapa ya? ;)

      Delete
    2. sy amik baris pertama jer dulu..siapa sumber umno tu?..

      "Anda patut jaga perkataan anda, jika terpalit fitnah, di akhirat merana!" nih ayat admin..

      Delete
    3. SUMBER DALAMAN.....

      Bererti sumber yg berkaikan dgn UMNO.. terdiri drp ahli2 yg TIDAK PUAS HATI DGN UMNO.

      Sekarang sudah banyak ahli yg tidak setuju dgn UMNO. Ini bukan fitnah tapi kenyataan. Sama spt ahli UMNO yg bertanding sbg calon Bebas.. kenapa begitu? Kerana TIDAK PUAS HATI DGN UMNO.

      Delete
  2. Cukup-cukup lah bangsa Islam kita ketinggalan, marilah kita semua menjadi pendahulu grup hadapan. Jangan kita menjadi musuh kepada diri kita sendiri. Janganlah lagi kita menjadi duri dalam daging kepada agama dan bangsa Islam kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog paling taksub politik n tak leh terima pendapat orang dan cepat mengelar sebagai macai Umno,orang yang aku tgk taksub politik ni mcm kena sihir je,kehidupan ni byk lg pekara yang penting dan best..dulu aku baca blog ko best je mcm2 pendedahan

      Delete
    2. Saya tak pernah paksa orang lain menerma pendapat saya, saya cuma nyatakan apa yang benar, dan bertegas dengan apa yang salah?

      Sebenarnya, saya juga sudah ada spare artikel pendedahan sejarah di arkib saya, cuma buat masa sekarang saya hold dahulu kerana ada perkara yang lebih awlawiyat, utama iaitu menegakkan keadilan dan menjatuhkan kezaliman lebih2 lagi ini musim PRU. So, kalau tak suka baca blog saya buat masa sekarang, terpulanglah. ^^

      Delete
  3. Salam. Dulu aku respect kau punya blog tapi sekarang kau terlalu kePASan, terlalu percaya berita2 yang tak benar. Bukti tiada. Hanya menuduh, berkata-kata tanpa bukti.Tolong tuan blog yang pernah aku respect, jangan jadi MacaiPAS! Tolong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tuan blog terpaksa memilih diantara anda2 dan pas,anda2 juga mungkin terpaksa memilih diantara tuan blog dan umno..siapa yang paksa?manada sesapa paksa pun kan? kehkeh.manatau dimasa depan kita dapat buang perasaan terpaksa yg sebenarnya tiada sesiapa pun yg paksa ni kan,insyaAllah..sabar jela dulu ye.kalau jalan ini jalan sunnah/tauhid,mesti dah lama kita berkasih sayang kan?tapi jalan ini telah menempuh umur 55 tahun,mungkin tahun yg ke seratus baru kita berkasih sayang kot..siapa yg paksa kita pakai jalan ni?mana ada sesiapa paksa pun kehkehkeh.

      Delete
    2. Tajuk kat atas tu suci lg bersih kan?kehkeh politik politik

      Delete
  4. kalau anda x puashati ngan blog ni...boleh blah la...apa salahnya dia nk dedahkan kebenaran...kalau aku ckp korang tu macai tahu plak marah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika babi dikata babi atau disebut dgn istilah lain,
      maka sememang hakikatnya makhluk itu adalah babi.
      Jadi terpulang pada kaedah kita untuk menyebut atau menanganinya..
      Cuma jgn kiranya,sampai kita ini terlebih babi dari babi itu sendiri....

      Melayu itu indah dan halus akan bahasanya.

      Delete
  5. Tak perlu gaduh.. Yg bakal memerintah tetap orang melayu. Jangan risau. Bn x dpt. pas pun x dpt. Anwar? X kan sempat. Bersama kita nantikan. Jika kalian benar islam sejati bukan sekadar di IC. Maka bersatulah di bawah kalimah agung . Kalimah SYAHADAH. Jika kalian islam kulit... Teruskan perbalahan. Apapun masa itu pasti tiba. Selamat berbalah hasil dari perancangan dajjal laknatullah. Jangan biarkan diri anda di kelirukan oleh Dajjal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yang saya kata di artikel2 sebelum ini, PAS menggunakan wasilah politik demokrasi ini sebagai wasilah untuk menegakkan khilafah di muka bumi ini. BERGERAK menuju pimpinan agung Al Mahdi, bukan sekadar MENUNGGU. Faham?

      Delete
  6. Jika dilihat dari sudut bukan politik. Rekod husam agak kurang memuaskan merujuk pada kes kelantan dinar . Kes bersama omar vadillo. Namun islam di malaysia ni majoriti islam kulit.. Solek sikit dgn jubah serban... Semua patuh. Sgt mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amda bercakap sebagai orang yang tidak berada "DIRECT" di dalam jemaah Islam PAS. Jadi, saya tak pelik jika anda berpesepsi sedemikian. Terima kasih. ^^

      Delete
    2. Jangan biarkan Putrajaya ditawan puak yang mengagungkan fikrah Syiah.

      Delete
    3. Husam musa dah bungkus balik kelantan..haha cmferm menangis konon..selamat tinggal Husam musa..

      Delete
  7. cai- cai bee end dah melenting........lari.,...,,..ini kalilah

    ReplyDelete
  8. salam. semua anon kat atas ni semacam dari orang yang sama.
    macai detected--

    ReplyDelete
  9. Btol tue klu islan syiah buat aperr ada di dalam pas yg syiah. . Klu PAS keluar dr PR baru btol menegahkan khalifah. .nape nak besekongkol dgn DAP n Pkr anuar memang mempunyai record buruk dlm pas sdr ada kuropsi npe nasarudin dipecat setelah pergi palestin dgn najib. .disini silapnya pas dlm pas pun ado pro dap n pkr klu benar keluarlah dr PR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya skrg, pas x blh keluar dr pr dlm masa terdekat ni, memandangkan matlamat menghapuskn kezaliman yg sdg berlaku blum tercapai.

      Delete
    2. Politik politik kehkeh

      Delete
  10. aku peduli apa,janji p/raya ni tumbangkan BN dulu kemudian baru cerita ceriti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju....setuju.... & setuju.....

      Delete
  11. Pilihan raya akhir zaman..

    Pilih antar dua dan isunya senang saje..
    mereka yang PRO MURTAD(pkr dan dap) atau mereka yang ANTI MURTAD(umno).
    Yaa..sila pilih tuan-tuan!!!

    ReplyDelete
  12. "Tapi sayang... anda tak faham apa yang KERAJAAN HARI INI memahaminya..."

    Ya Rabbi,peliharalah kami dan rahsia kami dan sekalian anugerahmu kepada kami dgn kasihmu,rahmatmu,belasmu,ihsanmu,kurniamu,redhomu...
    Gagahkan daku,bangsaku,tanahairku,agamaku.

    Amin Ya Rabbi.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN