FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 23 April 2013

Anda Komfem Menitiskan Air Mata : Jentera Husam Musa di Putrajaya Dikepung



Husam Musa menangis.

Beliau pernah berkata, "Saya datang ke sini, seorang diri. Saya tidak mempunyai sesiapapun di sini. Andalah sahabat, saudara saya."

Naib Presiden PAS itu tidak sangka kira-kira 3,000 menyertai beliau pada hari penamaan calon semalam.

Putrajaya bukan anak kunci perubahan yang mudah. 

Tetapi, beliau yakin PAS boleh menggalas amanah Pakatan Rakyat untuk merampas tiang seri Malaysia itu.

Sejak dua minggu lepas lagi, semua bendera PAS yang dipacak sekitar parlimen itu hilang dek politik luar biasa Umno Barisan Nasional.

Pihak berkuasa tempatan tak membenarkan Husam berceramah di Parlimen itu.



Akhirnya, ribuan rakyat tiap-tiap malam menyambut Husam di pinggiran Putrajaya.

Zolkifly Md Lazim yang mengikut kera-kerja dakwah pasukan Husam Sabtu lepas berkata, ada beberapa keganjilan dalam kempen 'ayam tambatan' Pakatan Rakyat itu.

Bendera PAS hampir tiada di Putrajaya. Sampai ada yang bertanya, "Husam boleh kah...."

Kepada jentera, Husam selalu berkongsi semangat. "Yang mengundi bukannya bendera.Tapi, warga Putrajaya."

Bermula semalam, sukarelawan Husam Musa pula jadi bendera.

Mereka mengangkat plakad di persimpangan jalan, di perkarangan kediaman warga kota Putrajaya, di bangunan-bangunan kerajaan.

Polis, penguatkuasa, kakitangan kerajaan melempar senyuman.

Memang patut pun Husam menangis.

Warga Putrajaya rata-ratanya bukan memusuhi bendera PAS atau Husam sendiri.

Semuanya bagai dipaksa.

Memang patutpun Husam menangis.

Sebab sebak, anak muda jadi bendera PAS.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi..." [Surah al-Kahfi: 13-14]


"PAKATAN KUAT, RAKYAT UNTUNG!"

ZAINULFAQAR YAACOB
Catatan dari Hospital Besar Pulau Pinang
9.07 pagi | Waktu melawan rejim!


Follow my Twitter : HiJaBuL Cr3wZ

43 comments:

  1. Pangkalan Data Pesalah Rasuah

    No Pengenalan Diri : RF 142863
    Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
    No Kes : B-06B-68-2011
    Mahkamah :
    Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
    Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
    PeguamBela : Samsul Sulaiman
    Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
    Jantina : Lelaki
    Warganegara : Malaysia
    Negeri : Selangor
    Kategori : Penjawat Awam
    Majikan : Polis Di Raja Malaysia
    Jawatan : Koperal
    Tarikh sabitan : 06/09/2012
    Pertuduhan : "Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
    Hukuman : "Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"


    raizsulaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh dahsyat sungguh!!!
      Tak isele sungguh!!!
      Ambo seddih sungguh,seba' die tuh sedare ambo.

      Delete
  2. Bhai,

    Bijak juga kepala hotak PAS ni, guna manusia sebagai ganti bendera. Lagipun, bila dah malam, bendera-bendera ni dah kurang fungsinya kerana kebanyakan orang dah berada dalam rumah masing-masing.

    Elok sangatlah bendera-bendera manusia ini diguna pada masa waktu-waktu puncak sahaja terutama di kawasan-kawasan banyak kenderaan lalau lalang dan tumpuan manusia. Masa time waktu pagi, time rehat tengahari, sebelum solat di kawasan-kawasan masjid utama adalah masa-masa yang sesuai bendera-bendera manusia ini muncul.

    Satu lagi, letakkan bendera-bendera manusia ini di kawasan-kawasan tumpaun manusia seperti pintu-pintu masuk kementerian-kementerian, kawasan pusat membeli belah Alamanda,tempay-tempat makan semasa rehat tengahari. Disamping itu sediakan juga kotak-kotak derma apabila mengibarkan bendera manusia ini ditempat-tempat makan tengahari.

    Belah malam pula, kibarkan bendera-bendera manusia ini di kawasan-kawasan tumpuan manusia seperti Alamanda dan sekitar restoren-rostoren yang menjadi tumpuan manusia. Bawa kotak derma sekali. Kelebihannya, selain dapat kibar bendera PAS dan kutip derma, tiang-ting bendera manusia ini juga boleh cuba berkempen.....hahahahaha.

    Aku gerenti ramai anak-anak muda sudi menjadi sukarelawan untuk kerja ini. Susun dan atur elok-elok seperti buat shift dan ajar teknik-teknik berkomunikasi yang boleh menarik undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda cakap senang, anda tak merasai apa yang mereka rasa.

      Delete
    2. Beb,org dah bg lu suggestion..
      ucap laa timakacih.
      Lu nak taknak itu belakang crita.
      Bende laa lu nih.

      Delete
  3. Bhai,

    aku nak sambung sikit lagi.

    Apabila letak anak-anak muda kat tempat tumpuan orang ni, mereka akan ditanya dan disoal oleh orang ramai pelbagai soalan. Bagi yang kehairanan, soalan biasa ialah mengapa adik-adik buat begini....jawapannya kami mahu bersama-sama mencorakkan masa depan kami dan malaysia yang lebih baik. Masa depan negara adalah masa depan kami....dsb.

    Jangan nanti anak-anak muda ni jawab merapu meraban kerana akan menjatuhkan maruah pas dan PAS boleh dituduh mengeksploitasikan anak-anak muda ni. Ini putrajaya bhai...bukan kawasan pendalaman kat sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS bukan mengeksploitasi anak-anak muda, tapi anak-anak muda yang berjiwa besar in dengan rela hati berjuang demi menegakkan keadilan. Adakah itu salah?

      Delete
    2. 'Hommey Boy' dah bg signal..
      Lu cuba laa paham beb..jgn wat2 tak paham pulak.
      Ini crita kat PUTERAJAYA beb..bukan kt kampung lu.
      So..jgn bg cemar imej itu tempat...

      Delete
    3. Ltak bendera pun dikatakan cemar imej...huhuhu sedihnya itu bendera bro bukan taik

      Delete
    4. 2 anon 24 April 2013 19:37...

      Gua bg lu 1 contoh kasi lu paham..gua repeat CONTOH!!!
      Ade org letak mini flag dlm 'underwear' bini lu.
      Cume bendera.. bukan batang bendera pon..
      Amcam..lu boley relek ke???

      Delete
    5. UMNO dah mula goyang la tu. Dah fobia dengan bendera parti lawan. Penakut!

      Delete
  4. Anda cornfirm menitiskan airmata INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  5. yelah tu admin......sebenarnya husam terpaksa jadi calon kat putrajaya..dia nak jadi mb kelantan sebab tu dia fokus kat dun salor kat kelantan tu..modal pilihanraya kebanyakan dia labur kat sana..x percaya cuba tengok tempat dia kat kelantan tu.......bendera pas bebbas dipasang lmalh markas pas bersepah kat putrajaya..kat pasar awam pun mereka buat markas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bendera yg mengundi..tp org..

      Delete
    2. Ingat pimpinan PAS ni macam pimpinan UMNO ke? Rebutkan jawatan, harta dan pangkat? Anda patut jaga perkataan anda, jika terpalit fitnah, di akhirat merana!

      Delete
    3. Apa yg gua tau..
      HUSSAM itu bukan nabi..ada clear?
      Nak critaa buruk dia..gua tak ada selera.
      Kalau lu kata,si hussam tu pure..zero deffect..kepala bapakl lu..gua punya bunyik!

      Delete
    4. Kepala hotak ko pulok lg x blh pakai bb ada otak tp akal x peenah pakai

      Delete
    5. Woi en ucam,
      mana wa punya KAMBING daa???..

      Delete
    6. abe uce,
      mu jange dok kencengg dinuu.
      tempa oghe wei...

      Delete
    7. Mentaliti Macai UMNO. Susah sangat kah nak terima perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik? Masih nak cium kaki perasuah, pejudi, peminum arak dan penentang hukum Allah? Orang ambik duit tuan2 semua berjuta-juta kasi penuh dia punya perut masuh nak sokong?

      Bukti di mana2 la wei!

      Delete
  6. Hai....susahnya nak ubah otak orang melayu ni....malas sangat berfikir.
    Nak tunggu samapi kena batang hidung baru sedar.....tapi sekarang dah nak patah batang hidung pun masih tak boleh berfikir lagi....begitulah sukarnya nak melentur buluh tua ni....

    ReplyDelete
  7. Ntah pape ntah hehe..bukankah kita berkuasa atas diri kita?langkah pertama nanti azan bunyi sorong badan kita g masjid.kalau tak larat maknanya ada yg lebih berkuasa atas kuasa,tukar yakin kita tu dulu..mana yg baik dari admin kita ambil,niat dia bukan Tak baik pun mesti ada yg berguna juga..robinhood pun berniat baik juga.kita boleh belajar cara asah panah tapi jgn belajar merompak.pas pun niat baik juga kita boleh belajar cara marah2 dan garang2 dia 2,tapi kita mulakan dgn diri sendiri dan keluarga sendiri,kita ambik maki hamun dia 2 tapi kita maki hamun diri sendiri,umno pun baik juga kita boleh belajar camne nak pasang bendera,kita aply untuk pasang langsir umah kita..

    ReplyDelete
  8. hijabul crewz - tak payah jawap soalan /komen yang merapu sebab otak pecacai2 tu dah beku tu...buang masa layan mereka. Anjing dan bukit dan sebati tu. Sabor dan sampai waktu kita tukar jer. KeepUp the good move.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik. Sekadar yang perlu dan termampu sahaja. ^^

      Delete
  9. ntah ape2 punya komen langsung tak paham..mabuk daun ketum kot - hijabul crew smoga berjaya atas usaha anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smoga berjaya atas USAHA apa beb?

      Yg gua nampak,cuma usaha memecahbelahkan perpaduan melayu islam..tak lebih dari itu.
      PAS baik..islamick
      UMNO jahat..kafirr

      Kaedah daawah ape yg lu bawak,tn rumah???
      Just a great disaster!!!

      Delete
    2. Anonymous23 April 2013 22:46

      Terima kasih. ^^

      Delete
  10. Tahniah anak2 muda...sebak sungguh rasa hati..moga ALLAH bagi kekuatan untuk anda semua..

    ReplyDelete
  11. Semuga perjuangn anakmuda ni jadi sejarah kemerdekaan sebenr Malaysia

    ReplyDelete
  12. Melayu tak sedar diri. PAS digunakan oleh DAP dan Peliwat untuk menghancurkan Islam dan negara. Bila nikmat Allah tidak disyukuri, tunggulah kemusnahan Malaysia. Masanya ialah bila pembangkang menang, DAP dan Singapura akan berkuasa. Hancurlah Islam, hancurlah Malaysia dan hancurlah Melayu. Melayu dah lah bodoh menjadi lagi miskin. Kerja orang melayu masa tu jadi pencacai dan dengar kuliah maki hamun di masjid2 saja. Lama kelamaan dihalau dengan penyapu oleh Lim Kit Siang dan DAP atau dibunuh macam orang orang islam Rohingya

    Nasihat kepada Mustaffa Ali, buatlah Polis report. Kalau buat mengaku aje. Jangan nak berbelit macam bapa peliwat. Patut sebagai Islam , pelawa diri untuk dihudud oleh Islam Pas.Sama juga dengan ahli yang disayangi nik ajis yang buat khalwat dengan bini orang dalam gerabak KTM. Ingatlah di hari kebangkitan mulut dikunci, tapi pelir dan lain2 akan bercakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anoon 1127...ko ni aku rasa papa tergomo...ckp biar pakai akal bukan pakai lucah...aku rasa ko ni rogol anak lembu masa kecik dulu tu yg suka sgt ckp lucah khak ptuih

      Delete
  13. Pas pas sian aku tengok hehe,umno pun sian juga aku tengok..patut pas kena ajar kat kita yg musuh kita sebenarnya setan,dia pulak ajar kita musuh kita tu umno ehehwhehehe,umno pun dia tak ajar kita musuh kita tu setan dia ajar kita musuh kita tu pas hahahaha..kita semua kan sedara,harap harap kita tak tertipu sampai ke lobang kubur kehkeh

    ReplyDelete
  14. dia kena ajar kita kejayaan yg betul adalah dapat ucap kalimah di akhir kalam,ini dorang ajar kita seolah olah kejayaan itu bila dapat putrajaya kuikuikuikuikui,yg sorang lagi ajar kita seolah olah kejayaan itu bila dapat pertahan putrajaya kuikuikuikuikui..sian sian.

    ReplyDelete
  15. PAS bodo..
    UMNO bodo..
    Hari-hari gado..
    MCA..DAP..GERAKAN..[kowtim canteek] cuma senyum KAMBING saja..esok misti ada UNTUNG busat maa.
    *ohh,what da bloddy fool malay!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah... blog tuan sudah dilinkkan. terima kasih.

    ReplyDelete
  17. komen mcm orang mabuk pun ada ka?lu, gua, apa bagai..bangsa apa tah?dah la bodoh

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget