FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 18 February 2012

[Gambar] Revolusi Syria Tanda Kemunculan Imam Mahdi ???

Facebook Cover-Freedom For Syria


Ramai yang tertanya-tanya serta masih kabur isu sebenar yang berlaku di Syria. Apa sebenarnya yang berlaku di Syria? Kenapa mereka yang sebelum ini nampak aman je, tiba-tiba bergolak dalam kancah peperangan yang maha dahsyat? InsyaAllah, di bawah ini adalah penerangan serta pencerahan berkenaan dengan Revolusi Syria yang sedang berlaku sekarang ini.

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.


Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ). Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Al Allamah Sheikh Dr Muhammad Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.


KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria.
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.


Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kata Saidina Ali ra; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81; "Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.



Foto-Foto Menyayat Hati Revolusi Kebangkitan Rakyat & Islam di Syria












Masjid musnah dibom tentera Rejim Syria Bashar Assad













Perbezaan tentera Rejim Bashar Assad dengan mujahidin Revolusi Syria
Cacat bukanlah penghalang baginya untuk berdepan kezaliman Syiah Nusairiah
Doakan mereka di sana> T_T

- Sila Follow Twitter: HiJaBuL Cr3wZ -

Saturday, 11 February 2012

Konspirasi Dajjal Pada Sukan Olimpik London 2012

Sukan Olimpik London 2012 / semakin menghampiri, dan sudah banyak ditulis tentang kemungkinan ada konspirasi di sebaliknya. Tajuk ini sudah basi pun sebenarnya tetapi saja saya mahu aktifkan kembali menulis tentang konspirasi Dajjal dan anak-anak wek nya ni. Maka di sini saya telah cuba mengumpulkan fakta-fakta yang diperolehi setakat pengkajian saya terhadap isu ini.

Sangat menarik Sukan Olimpik ini akan di adakan di kota London, ibu negara yang didiami oleh 'permaisuri' mereka sekarang ini iaitu Queen Elisabeth II , salah seorang keluarga The Merovingian (iaitu salah sebuah keluarga Illuminati). Dan dijangka banyak peristiwa besar juga akan berlaku dalam tahun 2012 itu nanti. Kelihatan seperti satu rancangan yang sungguh teliti dan hampir kepada matlamatnya.

Sukan Olimpik 2012 atau nama lainnya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948. Ya, nombor 3 naik lagi tu!

Moto nya pula ialah 'Live as one'. Sinonim dengan 1 Israel, One Singapore, 1WTC, 1Malaysia dan macam-macam 'one' lagi kan?

Kita sedia maklum, logo Sukan Olimpik London 2012 ini ada maksud tersembunyi di sebaliknya. Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu, bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis.




Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.

Dan logo di bawah juga tidak terlepas dari adanya matahari terbit, sepertimana logo Shell.


Dan bukan logo Sukan Olimpik London 2012 ini sahaja yang ada perkataan ZION dan mata satu tersembunyi di dalamnya, tetapi juga logo Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelum ini.


Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata SATU. Yang sememangnya sudah menjadi identiti Dajjal iaitu bermata satu. Ya saya tahu Dajjal yang sebenar seperti yang disebut di dalam hadith bermata dua, tetapi matanya BUTA sebelah. Mata satu itu adalah satu KIASAN. Begitu juga hadith-hadith nabi yang menyebut tentang Dajjal juga banyak KIASANnya.


Ada banyak bentuk piramid di bahagian atas tepi stadiumnya ya .......

Stadium Olimpik ketika dalam pembinaan - September 2010

Great Eastern Road, East Cross Route, Carpenter's Road, Angel Lane, Temple Mills Lane, Church Road, Leyton Road, Leytonstone Road merupakan nama-nama jalan yang ada di sekeling stadium itu. Yang anehnya, jalan-jalan tersebut sudah wujud selama ratusan tahun di situ, tetapi tidak pernah dibina apa-apa di atasnya. Mungkin jalan-jalan tersebut menunggu 2012 ini?

Great Eastern di sabitkan kepada Great Eastern Star iaitu nama lain bagi Bintang Pentagram. East Cross ialah Salib yang berbentuk bukan seperti salib biasa (anti-krist). Carpenter disandarkan kepada Joseph (saya masih belum mengetahui kaitan dengan nama Joseph). Angel disandarkan kepada Archangel Gabriel (kononnya malaikat Jibril). Temple Mills Lane disandarkan kepada Temple of Solomon. 

Tapak Sukan Olimpik 2012 terletak antara jalan Leyton dan Leytonestone. Perkataan "Ley" ditemui dalam nama-nama yang berasal dari istilah 'Garis Ley' / 'Ley Lines'. ('Ley','lea' - 'A clearing')

Negara-negara lain juga ada istilah masing-masing tentang 'garis' ini. ('Heilige Linien'  'Fairy lines' bagi Jerman ke Ireland, 'Dragon Lines' bagi orang China, 'Spirit Lines' bagi orang Peru dan 'Dream path' (Turingas) bagi orang asli Australia - dan seterusnya di seluruh dunia) .

Bagi mereka yang berada dalam kegelapan, garis Ley, atau Leys, adalah penjajaran (alignment) dari tapak kuno yang membentangi satu lanskap. Tapak Purba atau tempat suci mungkin terletak dalam garis lurus mulai dari satu atau dua hingga beberapa kilometer panjangnya. Ley mungkin dikenalpasti dengan terletaknya tanda untuk tapak-tapak pembinaan yang selari, atau mungkin kelihatan atas tanah untuk semua atau sebahagian panjangnya dengan sisa-sisa dari sebuah jejak lurus tua.

Orang-orang dulu tahu bahawa Garis Ley, grid bumi dan vortex merupakan sumber tenaga dan pusat yang dianggap suci. Satu 'Garis Ley' adalah salah satu sejumlah garis yang merupakan sebahagian daripada suatu grid tenaga yang merentasi bumi. Tenaga - dalam keadaan metafizik. Jadi apakah ada bukti dokumentari yang 'Garis Ley' merentasi dekat Leyton dan Leytonestone? Tentu ada ...

Tapak pembengkok (Bender), dan pohon Yew tua di dalamnya, adalah jantung hidup-pendek dari Leytonstonia, dihiasi dengan 'kerb-henge' (batu penghadap tepi jalan yang tinggi), replika 'Stonehenge' dibuat dengan 'kerbstone'. Tapak Olimpik terletak di daerah yang sinonim dengan tenaga bumi - mistik - metafizik.

'Ley lines' ini berkait juga dengan 'Galactic alignment' yang ahli Astronomi berkata mungkin berlaku pada 21 Disember 2012 nanti. 'Galactic alignment' itu ialah satu keadaan di mana matahari akan sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti semasa Solstis Musim Sejuk bulan Disember.



Di bawah ini video tambahan berkenaan logo dan maskot Sukan Olimpik 2012 dan kaitannya dengan Konspirasi.






Adakah semua ini berlaku secara KEBETULAN?  Banyak nya dia punya kebetulan ya :)  Dan saya mahu tegaskan di sini, kajian tentang konspirasi golongan elit dunia ini bukan untuk membuat manusia menjadi paranoid. Itu terpulang kepada diri masing-masing.  Tetapi bagi saya secara peribadi, pengetahuan ini lebih membuatkan kita lebih berhati-hati, bertambah yakin bahawa Dajjal akan muncul tidak lama lagi (sesuai dengan hadith-hadith nabi S.a.w) , berusaha agar dapat elak fitnah Dajjal dengan mengamalkan doa-doa dan membaca AlQuran, dapat mengetahui rancangan musuh-musuh dan paling penting, kebenaran adalah untuk semua :)

Lagi pun , fakta-fakta ilmiah ini memang menarik, so jangan mara eaaaaa.  Bagi mereka-mereka yang benci Teori Konspirasi dan hanya pandai kata orang BODOH sahaja tetapi hendak menghujjah FAKTA tiada, teruskan lah akhlak dan adab sopan kamu tu. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.   :)


Rujukan:

1 - truthoflies.com
2 - ancient-wisdom.co.uk
3 - Wikipedia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget