FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 21 January 2012

[SULIT] Organisasi Yahudi Kawal Ekonomi, Politik Malaysia ???

Percaturan kuasa ekonomi, politik !!!
Di Malaysia kita menyambut tahun baru ini dengan penuh ketidaktentuan. Apakah tahun 2012 ini tahun pilihan raya? Apakah Muhyiddin akan menyingkirkan Najib?
Apakah Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru? Apakah Khir Toyo akan dipenjara? Apakah Shahrizat akan ditangkap untuk bawa ke tingkat 14 pejabat   SPRM?  Apakah kes Najib di Paris akan dibuka tahun ini? Apakah Rosmah akan cuba menurunkan berat badannya? Semua tidak menentu.
Pada Jumaat lalu, Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturun taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard & Poor ?badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A.
Sembilan negara Kesatuan Eropah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah meminjam dan membayar hutang.
Apabila taraf diturun bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bon ?sebagai cara meminjam duit -  kemungkinan bon ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk  menarik si pembeli.
Akhirnya, mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini.
Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak.
Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial ?hospital, jalan raya, sekolah sebagai contoh  merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik.
Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah  pada September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya.
Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal.  Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain.  Untuk meredakan keadaan, kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimiliknegarakan.
Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika  memiliki berpuluh-puluh kad kredit.
Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya, industri perumahan mengelembong. Suasana ini  menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah.
Hutang-piutang para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia.
Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual ?bank dan jurujual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis, apa yang boleh dijual akan dijual, asal mendapat untung. Justeru, hutang piutang pun boleh dijual beli.
Masalah timbul apabila bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang ini berbilion-bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang, maka rumah dirampas oleh bank.
Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika kehilangan rumah.
Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin  bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah.  Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong  dana antarabangsa.
Solomon Brothers – gedung kewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis   antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang, menjual beli bon dan pinjaman meminjam.
Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.
Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini  dipanggil rangsangan ekonomi.
Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah rangsangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini, Obama dan Najib gagal merangsang dan memberahikan ekonomi.
Di Amerika, bank besar dan  gedung dana antarabangsa mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu.
Bayangkan jika  Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah  ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merudum? Pastilah Mek Joyah akan menjawab: berjimat cermat dalam masa susah.
Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion-bilion dolar hangus dalam perang.
Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan ?Presiden Obama masih mahu melancarkan perang.
Pada minggu pertama 2012 ini, lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang Undang-Undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongres Amerika.
Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran, maka harga minyak akan meledak naik.
Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal.
Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum dan syarat yang dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh.
Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup.
Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia,  ada yang bergerak bawah tanah dan ada yang bergerak terbuka.
Ada yang tersusun gelap di bawah Skull and Bones, Illuminati dan Freemason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul di bawah lambang Neo-Con. Ada yang  aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation.
Secara gelap dan berahsia, sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawah jemputan Bidelberg Group.
Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Baru. Tata Dunia Baru di mana semua rakyat dunia akan tunduk di bawah pentabiran mereka.
Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak.
Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia hari ini.
Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud  -  mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia.
Justeru, secara micro politik, kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya.
Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus dikacaubilaukan.
Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal.
Artikel diolah daripada tulisan Hishamuddin Rais, http://www.keadilandaily.com/?p=25673

Sunday, 15 January 2012

Terharu Kenyataan Pemimpin Islam Sejati : Ustaz Hadi Rela Jadi Nelayan


SUBKY Latif menulis dalam Harakahdaily hari semalam.

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam. Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.

Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.

Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma. Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu. Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya. Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.

Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya. Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.

Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.


Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.


Saudara Ahmad Lutfi melalui http://www.detikdaily.net memaparkan tulisanSELENA TAY menyebutkan, bahawa orang Melayu sepatutnya terus mengundi PAS tanpa berfikir banyak-banyak lagi. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya berwibawa dan mempunyai akhlak yang baik serta mengamalkan cara hidup yang sederhana sahaja. Semua pemimpin PAS peramah dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Tiada seorang pun yang sombong, angkuh dan bongkak.

"Tetapi antara kesemua pemimpin PAS ada, saya merasakan tujuh daripada mereka wajar diberikan perhatian." Kata Salena Tay lagi.

Antaranya, menyebutkan, 

1. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Walaupun Tok Guru berusia 82 tahun, semangat perjuangan beliau masih lagi membara dan berkobar-kobar dalam perjuangan menentang Umno-BN. Sebagai Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990, beliau telah berjaya mengatasi banyak serangan yang bertubitubi oleh pihak lawan dan masih kuat bertahan lagi. Tok Guru seharusnya memimpin Kelantan sehingga Tuhan beri isyarat untuk berhenti. Tak usah pedulikan nasihat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru TokGuru bersara.

2. Ustaz Abdul Hadi Awang: Presiden PAS yang mempunyai pemikiran yang berwawasan. Rakyat Terengganu disarankan memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar memandangkan Umno telah diberi peluang begitu lama untuk mentadbir negeri Terengganu sehingga ada bumbung stadium yang runtuh dan dibina jambatan tanpa sungai yang merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Jabor. Kos pembinaan jambatan telah meningkat dari RM174 juta hingga RM210 juta manakala kos pembinaan lebuh raya tersebut dilaporkan telah meningkat dari RM3.7 bilion kepada RM5 bilion setakat ini. Begitu pandangannya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari ahli PAS, sebelumnya mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira." Menurutnya.

Menurut Weblog Ibnu Hayim (A/Hadi, Menangkan Dulu, Itu Cakap Layak Jadi PM) "Dengan kenyataan Presiden PAS itu, jelaslah pada saya Ustaz Hadi layak jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau PR tawan Malaysia.

"Kalau di Iran kuasa tertinggi adalah pimpinan ruhani Ayatullah, tetapi yang melaksanakan ialah presidennya Ahmadinejad, yang hidup secara sederhana.

"Apalagi bila saya sudah kenal peribadi-peribadi pemimpin PAS itu seperti Ustaz Abd Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang tawadhu' dan hidup sederhana. Juga seperti Mohd Sabu, Datuk Husam dan lain-lain, maka layak sangatlah Pimpinan PAS dilantik sebagai PM samada sementara atau seterusnya, jika perlu.... Itu pandangan saya yang kerdil ini.. " Jelas editornya, Dr Hj Mohd Hasyim.

Begitulah kira-kira, bukan dibiarkan Presiden PAS kembali balik asal menjadi nelayan semula. (IH)

Monday, 2 January 2012

[FULL VIDEO] Ustaz Azhar Idrus ft Zizan Raja Lawak Countdown 2012 Shah Alam


Di sini saya sertakan video penuh Sesi Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak di Countdown 2012 dan Kempen Anti Zina ang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Maaf, video penuh program masih lagi tidak kedapatan nampaknya. Kualiti gambar dan suara agak baik walaupun hanya rakaman daripada skrin pancaran. Jom layan...


Credit to Pridelezz(Youtube)

Video-video lain yang menarik :-
Akan diupdate jika ada video yang lebih jelas. Selamat Menonton =)

Sunday, 1 January 2012

[Siaran Ulangan] Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Kepada sesiapa yang ingin menonton atau mendengar siaran ulangan Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang telah diadakan pada 31 Disember 2011 boleh klik 'PLAY' di bawah. Peringatan, siaran ulangan di iluvislam radio ini hanya akan disiarkan pada jam 9 malam. Nantikannya...



Ini kenyataan rasmi daripada iluvislam.com,
‎"[GeMS update][Program Sembang Santai] bagi mereka yang tidak dapat dapat mendengarkan iluvislam Radio ketika ini, insyaAllah. Iluvislam Radio akan buat rancangan ulangan bersama ustaz Azhar Idrus pada malam esok, 1hb Januari 2012, jam 9 malam dan 2hb Januari jam 9 malam."

Atau, InsyaAllah anda juga boleh ikuti siaran ulangan di laman WebTV PAS dalam masa terdekat [maaf, admin masih belum dapat kepastian bila ianya akan ditayangkan namun hampir pasti ianya akan diulang tayang atas permintaan ramai]:- http://webtv.pas.org.my/v2/



Sekitar Program Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus dan selebriti jemputan terkenal tanah air.


Program Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar al Idrus, Zizan Raja Lawak, Sham Kamikaze, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Syed Norhisham mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat tanah air kini. Malah, mengalahkan program Countdown 2012 anjuran Barisan Nasional diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Allahu Akbar !!!


Alhamdulillah, ini petandanya kemenangan Islam semakin hampir. UAI yang juga ahli dan pendokong kuat PAS telah membuktikan kepada generasi muda kini bahawa Islam itu tidak pernah lapuk dek zaman malahan Islam adalah agama yang syumul dan paling versatile sehingga ke hari kiamat. Ini telah membidas balik kebanyakan cakap-cakap pimpinan UMNO dan BN yang memperlekehkan hukum Islam terus menerus. 


Lebih kurang 70 000 orang telah membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam semalam. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah mewarnai tanah air kini. Golongan agama dan orang yang memperjuangkan Islam nampaknya akan mengambil alih tempat daripada golongan artis dan politikus di Malaysia. Satu petanda yang baik, menunjukkan masyarakat sudah mula minat dan kembali kepada Islam. Walaupun kerajaan hanya retorik dengan Islam, namun Agama Allah tidak akan dapat dipadamkan.

Ini pula gambar-gambar sekitar pogram:-














Selamat Tahun Baru 2012 daripada HiJaBuL CRewZ =)

[MP3] Ustaz Azhar Main Gitar ft Zizan di Countdown 2012


Ingat ustaz tak pandai main gitar ke? Time inilah, tengah syok-syok Ustaz Azhar main lagu Hotel California, tetiba Zizan pi nyanyi lagu cina pulak. Hahaha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget