DAP sentiasa menjadi sasaran utama UMNO. Seolah-olah DAP akan memerintah. Teruk sangat ke DAP ini? Saya bukanlah penyokog DAP, tapi Penyokong Pakatan Rakyat. Kalau nak bandingkan UMNO dengan PAS atau PKR komfem balik awal UMNO ini, jauh ditinggalkan. Tapi apabila pertembungan DAP vs UMNO. Keputusannya amat-amat menggemparkan negara. Check it out:-

Nasib baik, UMNO ini ada title Islam je. Maka benarlah kata-kata seorang Ulama ini, Syeikh Mohammad Abduh berkata:
رأيت الاسلام و لم ار المسلمين و رأيت المسلمين و لم ار الاسلام
“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”.
Dan Malaysia sekarang dilanda fenomena ini malah keadaannya barada di saat yang amat-amat kritikal. Ubah sekarang!
Dan Malaysia sekarang dilanda fenomena ini malah keadaannya barada di saat yang amat-amat kritikal. Ubah sekarang!
Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih[679]. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu[680], pastilah telah diberi keputusan di antara mereka[681], tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
ReplyDelete[679]. Maksudnya: manusia pada mulanya hidup rukun, bersatu dalam satu agama, sebagai satu keluarga. Tetapi setelah mereka berkembang biak dan setelah kepentingan mereka berlain-lain, timbullah berbagai kepercayaan yang menimbulkan perpecahan. Oleh karena itu Allah mengutus rasul yang membawa wahyu dan untuk memberi petunjuk kepada mereka. Baca ayat 213 surat Al-Baqarah. 10-19
[680]. Ketetapan Allah itu ialah bahwa, perselisihan manusia di dunia itu akan diputuskan di akhirat.
[681]. Maksudnya: diberi keputusan di dunia.
barangsiapa berada di atas jalan yang lurus maka beruntunglah didunia akhirat.
no2ajal
;)
DeleteBismillah... Maaf mencelah
ReplyDeleteDAP tidak mungkin membenarkan orang Islam murtad tetapi bagaimana pula dengan kenyataan Nurul Izzah
Di kerajaan PAS Kedah, surau di atas tanah wakaf diambil untuk membangunkan kompleks lain
Hal Memali... Ibrahim Libya dikatakan syahid kerana ingin menegakkan negara Islam, tetapi kenapa kini ditukarkan kepada negara berkebajikan... Sia-sia sahajalah perjuangan beliau???
Rogol gadis remaja Islam... Bagaimana pula yang main dengan gadis China?
Rasuah... Bila orang UMNO didapati bersalah menerima rasuah... Anda katakan itu bukti UMNO rasuah...Bila tiada tindakan anda kata UMNO melindungi amalan rasuah
Gadai tanah kepada Singapura... Bagaimana pula dengan golongan yang ingin menjadikan Malaysia proksi Barat
Menzalimi Sekolah Agama Rakyat... Berapa ramai golongan ini yang ditaja untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara... Hingga ada lahirnya engineer, pakar nuklear dan sebagainya dari PAS
Menfitnah orang Islam... Tidak ingatkah mengenai kes Najib dan Altantuya... Allah balas cash kepada Anwar...
UMNO pon sama... Fitnah Khalid, Lexus dan Lembu... Akhir sekali UMNO balik yang kena pasal NFC
Hapus kuasa raja... DAP tidak hapus kuasa Raja... Tapi mereka menghapuskan kuasa Melayu... Tanpa Melayu tiadalah Raja
Kadang-kala kita perlu menyatakan benar meskipun pahit... Tidak dinafikan UMNO memberikan kewarganegaraan kepada PATI terutamanya di Sabah untuk memperkukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional disana.
Saya jawab di komen bawah tu. ^_^
Deletesir...
ReplyDeletemanggaribut la lu.
cakap mau gempak.
2 wrongs doesnt make a right.
xperlulah nak sentuh sentimen perkauman dgn fitnah tohmahan khabar angin, kononnye DAP nak hapus kuasa Melayu. UMNO skarang ni pn dah tindas kaum sendiri.
name je Negara Islam, parti yg pertahan Islam. tp pemimpin yg lu sanjung sniri, say no to Hudud. kalau Karpal tolak Hudud, die Muslim ke? cermin diri, tgk MCA, lagi berkobar2 menentang Hudud. tp diorang non-Muslim, diorang tau ape. UMNO tu, PM tu, tolak Hudud... spesis tu, org xpgl kafir, org pgl MUNAFIK. Islam hanya sekadar pada nama.
Salam sejahtera kepada saudara Anonymous 14:29
ReplyDeleteSeingat saya, tiada pemimpin UMNO menolak hukum hudud... Jika saya salah, mungkin saudara boleh tunjuk saya kenyataan yang DS Najib kata tidak kepada hudud...
Apa yang mereka sedang lakukan adalah cuba untuk memperkasakan mahkamah syariah dengan hukuman yang lebih berat... Jika PAS boleh laksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang diperintah... Inshallah saya lancarkan perang terhadap UMNO
Tetapi persoalannya kredibiliti dan kewibawaan PAS didalam PR untuk menggunakapakai hukum hudud dilihat saya sebagai lemah... Bahkan hal potong rambut pun kerajaan Kelantan tangguhkan... Apatah lagi untuk try to implement hukum hudud yang mana melibatkan semua orang...
Allahualam...
hamba demokrasi
ReplyDeleteHamba Allah sejujurnya. ;)
DeleteApala sir (henry gurney kot) , ni mesti bersumberkan utusan n tv 3 suku+rtm. Update la sikit mentaliti tu
ReplyDeleteSaudara Anonymous 17:34
ReplyDeleteSaudara tidak akan dapat membuka mata jika anda hanya menghadap Harakah dan Suara KeADILan... Sama juga saya.. Kerana itu saya follow blog ini dan baca Harakah
Tetapi bukan bermaksud apa yang ditulis Harakah itu betul ... Ada salah silapnya. Tanggungjawab saya untuk menilai...
Harap2 Allah bukakan hati saudara ke jalan yang benar
Anoymus diselubungi jiwa yg tak tenang....pasti sesuatu yg buruk telah berlaku dlm diri atau keluarga beliau....
ReplyDeleteHanya mampu tersenyum. ;)
DeleteSir....ayat mu klass..tapi ternyata masih bermimpi demi membela UMNO yg nyata bersifat MUNAFIQ....InsyaAllah kebenaran pasti mengatasi kebatilan...pertembungan ini..sentiasa berlaku...Syukur bagi yg mendukung kebenaran..Malang bagi Sir...yg tak mampu menilai..
ReplyDeleteSejahtera didoakan keada Janji ABU
ReplyDeleteKita perlu menerima yang benar dan menolak yang buruk...
Saya sendiri mengakui keburukan UMNO tetapi bukanlah bermaksud UMNO dahulu, kini dan selamanya...
Saya tidak boleh berbicara panjang dengan saudara, kerana apa pun fakta yang disandarkan saya akan tidak diterima melihat nickname yang digunakan saudara iaitu Asalkan Bukan UMNO
Jika UMNO benda baik sekali pun akan juga benda yang tak kena. Justeru, tidak perlulah saya banyak menulis... Doakan kita semua ditunjukkan jalan yang benar termasuk saya
Assalamualaikum Sir,
ReplyDeleteBanyak juga "pendedahan" yang saudara timbulkan berkenaan dengan PAS. Pendedahan UMNO itu tak perlu saya ulas kerana ianya benar, tiada salah melainkan yang benar belaka. Hehe. ;D
Ok. Isu Kenyataan murtad yang dikaitkan dengan Nurul Izzah, saudara sepatutnya tidak mudah termakan fitnah Utusan Malaysia, TV3 dan seangkatan dengannya. Internet ada kan..takkan duk perabih duit bayar bil je tapi tak guna dengan sebaiknya. Oleh kerana isu ini agak panjang untuk saya ulas, untuk lebih mudah anda boleh baca kenyataan pimpinan PAS, YB Khalis Samad di:- http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/11/14/penjelasan-nurul-perlu-diterima-dengan-baik/
Berkenaan isu di Kedah pula, soal tanah wakaf dibangunkan untuk kebajikan, keuntungan umat Islam dibenarkan dalam Islam. Ini fatwa Ulama' kotemporari dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi selari dengan hukum syara'. Anda boleh rujuk orang yang lebih alim soal ini. Isu penyelewengan Tabung Memali pula, itu hanya fitnah UMNO. Boleh rujuk artikel saya yang terbaru.
Saudara juga kena faham la konsep negara berkebajikan itu apa. Negara kebajikan atau negara Islam sekalipun itu hanyalah "term" atau istilah yang digunakan PAS dalam politik demokrasi, matlamat dan dasar perjuangan tidak pernah berubah sama sekali. Tak percaya? Saudara pergi ke website official Tuan Guru Presiden PAS, bacalah penjelasan beliau :- http://presiden.pas.org.my/v2/
Sekali lagi, saudara nampak terlalu bias kepada UMNO walaupun saudara kata saudara tak sokong UMNO, tak sokong PAS. Huhu. Saudara hampir-hampir boleh dikenakan hukum hudud tau dengan mendakwa seorang muslim itu berzina tanpa dibawakan saksi yang cukup serta qarinah yang jelas. Anda bernasib baik kerana Malaysia bukan Negara Islam. Tapi, saya nasihatkan saudara muhasabah balik. Ingat ini bukan soal politik semata-mata, ini akan dibawa ke akhirat. Ini fitnah saudaraku!
Bersambung...
Masalah rasuah UMNO takkan berkesudahan malah melarat-larat sampai kepada yang paling bawah. Kita tak marah kerajaan tangkap "ikan bilis" yang rasuah RM700, RM800, RM2000, RM5000 tapi janganlah "jerung" yang rasuahnya beratus ribu ringgit, berjuta-juta ringgit dan berbilion-bilion ringgit terlepas begitu sahaja malah dilindungi dan dikasi bantuan serta subsidi lagi. Alahai, Malaysia, Malaysia..
DeleteSiapa yang saudara maksudkan nak jadikan Malaysia proksi barat? Habis yang sekarang ini memasukkan proksi kepada syarikat APCO Israel ke Malaysia macamana pulak ya? Terang-terang sebelum ini, Bekas Ketua Polis Negara sendiri, Musa Hassan mengeluarkan kenyataan dalam akhbar perdana bahawa Israel telah menyelinap masuk dalam sistem komunikasi negara. Apa cerita pula ni? Saya sendiri baca time ni.
Berkenaan dengan isu Altantuya yang dikaitkan dengan DS Najib pula, bukannya pihak pembangkang hendak menuduh DS Najib membunuh Altantuya, CUMA maklumat jelas menunjukkan bahawa Razak Baginda memang ada hubungan rapat dengan DS Najib. Sekurang-kurangnya beliau harus dipanggil untuk diambil keterangannya. Ditambah dengan pelbagai kekeliruan dalam saksi, siasatan yang amat kabur dan penuh keraguan. Ditambah dengan kenyataan yang saya sendiri baca di akhbar bahawa Sirul & Azhar mengaku mereka sebenarnya kambing hitam. Namun, mereka tetap dipersalahkan, dijatuhkan hukuman. Tapi kenapa mahkamah tiada usaha untuk menjejaki siapakah yang sebenarnya yang MENGKAMBINGHITAMKAN mereka berdua. Fuuuh, sememangnya penuh dengan konspirasi. Anda tak rasa pelik ke?
Ok, saudara kata DAP menghapuskan kuasa Melayu. Dengan apa? Macamana? Buktinya? Adakah dengan memberi peruntukan berjuta-juta ringgit, berlipat kali ganda kepada sektor Agama Islam berbanding yang diberikan oleh GERAKAN/BN di Pulau Pinang? Sehinggakan MCA kata DAP mahu mengislamisasikan Pulau Pinang? MCA kata tu. Huuuh, pening saya dibuatnya. Siapa yang hampeh ni DAP ke MCA/GERAKAN? Entah la, saudara fikir la sendiri jawapannya.
Dalam Buku Jingga pula, Pakatan Rakyat bertegas akan mempertahankan Kuasa Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu Bumiputera, Bahasa Melayu, Agama Islam lagi. Malah sistem pendidikan di sekolah vernakular akan diperkasakan lagi dengan Bahasa Melayu. Nak tau kenapa? Lihat sendiri la betapa ramainya orang bukan Melayu yang tak fasih cakap melayu. Ramai sangat-sangat kan? Jadi sistem pendidikan kita selama ini gagal ke berjaya? Fikirlah sendiri.
Ya, saya menyatakan perkara benar ini! Semuanya saya jamin bukan fitnah, bukan khabar angin. Sahabatku, Sir, mohon saudara buka mata hati, lihatlah Malaysia kini. Anda tak mahu ke merasa untuk tinggal di sebuah negara yang dimaksudkan dalam Al Qur'an iaitu Baldatun Tayyibah Wa Rabbun Ghafur? (^_^)
hahahahahahahaha SIR yang kelakar.
ReplyDeleteKesian SIR...
saya suggest SIR ni jumpa hijabul crewz secara face to face dan tanyalah segala mcm kemusykilan ttg PR dan UMNO. Insyaallah yg benar itu tetap akan nampak BENAR dan yang batil tu tetap akan nampak BATIL.
Sama-sama doakan semoga kita semua dibuka hijab oleh Allah swt untuk menilai yang haq & batil. InsyaAllah. Mungkin Sir perlukan masa untuk menilai.
Deleteinilah politik bawaan pas.. berdusta jadi mainan,.sentiasa berlebihan ketika menghentam pihak lawan.
ReplyDeleteingat tanda munafik antaranya suka berbohong, melampuui batas ketika berdebat dan mengkhinat janji