FOLLOW HIJABUL CREWZ

Friday, 7 December 2012

[PENING] UMNO Kata PAS Diperkuda DAP, Tapi MCA Kata DAP Diperkuda PAS

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.



"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata: "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.

"Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.


"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," katanya.

Nampak sangat menipunya UMNO ni. Sebenarnya inilah realiti yang berlaku. Semua tipu daya UMNO selama ini hanyalah untuk menarik undi Melayu semata-mata.

Ini antara komen pilihan pelawat berkenaan isu ini di laman portal Malaysia Kini, kalau anda seorang penilai yang baik, memang terang-terang anda akan pilih Pakatan Rakyat untuk PRU-13 nanti :-

..MCA kata DAP support Islam..tapi UMNO dan Hasan Akidah kata DAP anti ISLAM dan ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia..yang mana satu betul ni..pening la...kalau macam ni PRU 13 nanti confirm aku undi PR..ha ha ha..
politik pecah dan perintah,dap pulau pinang lebih menjaga islam dari pemimpin ameno yg gila jual tanah melayu,lepas tu dok meroyan pulk dkwa dap halau melayu dan menghancurkan islam. 
UMNO dah duduk bawak kangkang MCA..apa sahaja MCA kritik pasal ISLAM,UMNO akan dok diam tak jawab...penakut punya najib.telor sebelah kena pegang ngan rosmah,sebelah lagi kena genggam ngn MCA....
UMNO lagi takut pada GERAKAN, walau pun GERAKAN cuma ada 0 kerusi boleh lantik GERAKAN jadi pengerusi BN Penang
hikmah operasi lalang tajaan madey kutty yang menghimpunkan pemuda DAP dan PAS (Mat Sabu & LGE satu sel satu ketika dulu) sehingga menggerakkan LGE bertoleransi dan menghormati rukun negara!adakah selama 55 tahun memerintah beend dapat mentarbiahkan suku sakat mereka?( khususnya CSL dan sekarang dah berjangkit kepada gerakan)
UMNO tuduh DAP anti Islam,tapi rialitinya DAP bagi kat Islam lbh 300% berbanding dgn BN,ertinya DAP mentaati perlembagaan negara, bahawa Islam adalah agama persekutuan, DAP meletakkan peruntuksn yg betul ditempat yg betul,ertinya DAP lbh adil drpd UMNO laknatullah,lagi pun telah terbukti umno sanggup membunuh n mencerderakan sesama Islam kerana berlainan politik,tapi umno tak mendoakan kemusnahan parti lawannya,kerana umno tak yakin doanya diterima olehbAllah...
dari dulu lg kami warga melayu penang tahu MCA & Gerakan adalah parti untuk Cina... jadi mana2 parti selain MCA & Gerakan kami akan undi.... perjuangan mereka hanya bangsa mereka... dah 50th warga melayu tertindas di Penang.. kini kami makin rasa aman n d pandang dan boleh bersaing dgn jayanya... 
Orang macam Teng ini memang tak berguna... Sebagai kerajaan sesebuah negeri atau negara pun, tidak seharus memerintah mengikut kaum dan agama... kerajaan mesti berperihatin dan sakama terhadap semua anak Malaysia. Kalau bukan BN tak dapat melaksanakan tugasnya dgn baik semasa memerintah Pulau Pinang, Kerajaan PR tidak lah perlu membuat peruntukan sebanyak 300% bagi hal-ehwal Islam... Saya anak Pulau Pinang juga, peruntukan itu langsung tidak membimbangkan saya. Malahan saya amat harun dgn tindakan Kerajaan PR kerana betul-betul menjaga semua rakyat tak kira kaum dan agama. Kita harus saling hormat-menghormati dan tolong-menolong.... Teng ini macam budak saja... merajuk kerana abang dapat gula-gula sebiji lebih daripada dia... bagi saya, dgn peruntukan yg cukup, maka lebih banyak aktiviti atau usaha dapat dilakukan untuk membimbing anak-anak muda yg beragama islam balik ke pangkuan Allah... ini lebih bermakna dari membiarkan mereka terus terlibat dlm aktiviti-aktiviti yg tak baik... Percayalah saya, 90% kaum cina tak ada masalah dgn peruntukan ini...10% tu adalah orang-orang macam Teng... peruntukan untuk kebaikan rakyat, amat dialu-alukan oleh rakyat... kalau bandingkan dgn AES, pertukaran meter TNB, nak bina mega-mega projek, hantar orang tumpang roket orang lain ke bulan, kan peruntukan macam ini lagi bermakna!

3 comments:

  1. Dajjal merancang dgn operasi lalang tapi ALLAH merancang lagi hebat! Kesannya dah nampak sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tak kisah yg boleh menyatukan hati kita bangsa melayu islam, kisah2 yg membangkitkan rindu syahdu,kisah2 yg bisa menggentar dan menggetarkan hati,cerita yang bisa menaikkan bulu roma kita..

      Delete
    2. Zamzuri Bujok, ya. Mungkin hikmah itu Allah perlihatkan sekarang. Allahuakbar!

      .
      Ada, sila skrol artikel-artikel lama blog ini. ;)

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget