FOLLOW HIJABUL CREWZ

Monday, 24 December 2012

Bongkar Fitnah UMNO: Isu Penyelewengan Tabung Memali

Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.


Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.


Halal atau haram membuat fitnah bukan persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh, akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal.

Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya.

Puteri Umno yang sebahagian besar ahlinya belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’ kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.

Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini.

Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama it uterus popular hingga ke hari ini.

Peristiwa itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja.

Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai “massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh.

Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.

Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka.


Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.

Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.

Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya.

Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya.

Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.

Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman.

Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.

Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.

49 comments:

  1. Demokrasi lemah..kena ade seorang pemimpin yg adil dan penyayang untuk membetulkan keadaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demokrasi lemah? Kena ada seorang pemimpin yang adil dan penyayang? Macamana ya cara kita nak lantik pemimpin macam tu sekarang di Malaysia ya? Ada cara lain ke selain melalui pilihan raya?

      Delete
  2. yang membongkar dan munulis bukanlah orang umno bro,,, puak pas sendiri... jadi gunalah akal

    ReplyDelete
    Replies
    1. CG Non al Afghani ke maksud anda? Nak tau siapa dia sebenarnya? Di bawah saya sertakan kenyataan seorang ahli PAS warga Kedah yang terlibat dengan Tabung Memali:-

      "Alah Cikgu Zainon (Zainon Bin Ismail - yg pi report Polis) tu, dia yg dok makan duit derma Memali. Dulu tu, dia ada dok gi merata dok mintak derma untuk mangsa2 Memali (beliau ada kahwin dengan balu Memali); tapi dalam RM1000 yg dia dapat, cuma dua tiga ratus saja yg sampai kpd mangsa Memali ini, yg lain tu dia songlap kat dia sendiri"

      Lepas tu?

      "Lepas tu, bila kita tahu, pihak Tabung Memali (kelolaan PAS) stop bagi kebenaran kat dia kutip derma guna nama Memali nie. Tak moleklah dok buat lagu tu, kutip lepas tu makan sendiri. Ha, sebab tu lah yg dia dok marah sangat kat Tabung Memali PAS ini!!"

      Macam mana dengan report Polis?

      "Eh, tak dak apa aih, Polis Baling pakat gie turun Memali pa, dema siasat semua okay; ada resit bukti penerimaan dan pembayaran untuk mangsa2 Memali tu, siap dengan sign dan tanda tangan balu-balu Memali....buang kes!!"

      Macamana?

      Delete
    2. helo bro... PAS apakebendenye??? Dia dah lama 'keluar' dari PAS cuma tak rasmi jer sebabnya kalau serang PAS dari luar, bayarannya ciput... kalau serang PAS sebagai AHLI PAS SEUMUE HIDUP pulak tu... ongkosnya lumaaaaayannnnnnn... orang Baling dah kenal la sapa C.N Afghani @ Cikgu Zainon ni... he he he. Hang tengok Nakhaie, dia keluar PAS masuk UMNO serang PAS dari dalam UMNO... bayarannya ciput... bole ler jadi sekadar pembaca do'a majlis do'a selamat UMNO. Kalau la betul UMNO ada fakta atau bukti duit derma diselewengkan, rasanya dah lama 'PAS ni bungkus'. tapi macam biasa la... tadak cuma dok harap penulis picisan mengembangkan cetrita dongeng ni. Kalau betul la seleweng, dakwa mahkamah, aku pun nak penyeleweng tu di hukum!!!

      Delete
    3. Haaa, betul tu. Takkan mende kecik macam tu pu geng2 macai tak boleh nampak lagi. Kita boleh tengok la, kalau ada laporan dan dakwaan yang melibatkan parti pembangkang sebelum ini laju je kena masuk mahkamah la apa la. Habis tu, kalau kes ini betul2 ada penyelewengan komfem dah lama PAS diheret dan didakwa di mahkamah. Wallahualam.

      Delete
  3. umnogok ni klu malaikat turun crita hal sbnr pn tobat lahum mati hidup smula pn xkan depa pcaya...hati dh dipenuhi syaitan dikenali..!!

    ReplyDelete
  4. Banyak yang menuding jari kepada Tun Musa Hitam, ketika itu Timb. perdana Menteri. Tetapi mereka yang berfikiran waras tetap mengaitkan nya dengan Mahathir.Masakan tindakan yang begitu drastik tidak diketahui oleh Perdana Menteri.Musa hanya melaksanakan arahan. Mahathir sangat licik; segala kerja2 kotor akan diserahkan kepada orang lain. Untuk mengelakkan dirinya terpalit dengan kerja2 kotor dia awal2 lagi keluar negara.Arahan mungkin diberi sebelum dia bertolak (lari) keluar negara ataupun melalui telefon.Renungkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pandai Tun Dr Mahathir ni, baling batu sembunyi tangan, tuding pulak jari kat orang lain. Tapi rakyat yang bodoh je yang percaya. Mana tidaknya..takkan la orang no 1 negara tak tahu hal ini, sedangkan seluruh jentera kerajaan berada di bawahnya. Allah...

      Delete
  5. Hmm..tgk ape yg jadi skrg..perpecahan..xde yg bagusnye demokrasi nih..tunggu jela tuhan takdirkan pemimpin seperti tu..mesti ade jalan cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ade jalan cerita...haha, macam hikayat dulu-dulu ke. Skripnya macamana? Lawak laa... Habis tu nak berpeluk tubuh, tengok je segala kemungkaran dan kezaliman depan mata. Ok, begitu rupanya...

      Delete
  6. Takde fakta pon? Polis tak amek tindakan sebab takde unsur jenayah,BPR tak amek tindakan sbb takde unsur rasuah, bukan sbb xde penyelewengan. Nak tgk penyelewengan, kena panggil audit negara sbb depa lagi pakar bab kira aliran duit.

    Hang cerita bab spekulasi, meh aku cerita hal yang sama. Kalau betui la tabung memali diberi pada yang berhak, apa pasai balu-balu tragedi ni hidop melarat? aku org Kg Bukit Ketil, area Memali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry bro... lu ckp biar bijak sikit...
      lagi lu hujah, lagi kurang bijak nampak lu punya ayat...

      lu ckp "Polis tak amek tindakan sebab takde unsur jenayah,BPR tak amek tindakan sbb takde unsur rasuah, bukan sbb xde penyelewengan."... xde unsur penyelewengan maknanya xde unsur jenayah la bro! rasuah confirm takde, so BPR tak boleh buat apa2 dah.....

      by the way,, lu tahu berapa ke jumlah kutipan tabung tu ke bro? kalau ratusan juta barulah diorang tak melarat bro. PAS kumpul apa yng termampu je bro,berapa sangat la dapat kumpul. Ada pula mangkuk hayun yg dilantik jd tukang kutip derma boleh mkn sekali duit tu (kononnya UPAH kutip la tu-kepala hotak ko!) korporat pun taknak bantu takut susah buat bisnes dgn kerajaan.

      SEPATUTNYA KERAJAAN BN YG PERLU BERI BANTUAN KEPADA DIORANG! ADA FAHAM!

      Delete
    2. Haaa, terima kasih kepada saudara Anonymous-12:54 kerana tolong jawabkan bagi pihak saya. :D

      Delete
  7. Skripnye ade dlm hadis akhir zaman..memang hikayat dulu2..1400 tahun dulu..mase zaman nabi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, skripnya ada sejak 1400 tahun lepas? Macamana ya ianya menjadi realiti? Adakah dengan secara tiba-tiba "tup", Islam bangkit, Islam menang. Mudahnya perjuangan...Hurm.

      Ok, ini hujah saya. Anda tahu berkenaan dengan hadis Nabi Muhammad saw yang mengatakan, "Constantinople akan ditawan oleh sebaik-baik Raja, sebaik-baik askar..."? Bayangkan jika selepas Nabi bersabda berkenaan dengan hadis ini, para sahabat, para tabien serta generasi umat Islam selepas itu hanya duduk diam, berpeluk tubuh, goyang kaki sambil bergembira dengan hadis baginda bahawa Islam pasti, komfem akan menawan Constantinople sambil menanti sahaja dengan kemunculan Raja serta rakyat yang terbaik itu muncul, bagaimana ianya muncul? Ada la jalan ceritanya...kita tengok je la, saya yakin pasti muncul juga saat itu..".

      Adakah akan lahir generasi Al-Fateh? Adakah akan lahirnya sebaik-baik tentera jika umat Islam ketika itu hanya bersikap " ada la caranya, Allah dah janji kita tak perlu risau la..". Adakah usaha yang dilakukan oleh khalifah-khalifah Islam sebelum Sultan Muhammad Al Fateh sia-sia? Adakah usaha yang dilakukan oleh tentera-tentera Islam sebelum itu sia-sia? Saudara sendiri boleh fikir jika tentera-tentera Islam tak berusaha untuk menawan Constantinople sebelum itu, bolehkah Sultan Muhammad Al Fateh menawannya? Allah dah aturkan segalanya la saudara. Jangan sampai kita terjerumus dalam aqidah Jabariah saudara.

      Haaa...macamana saudara? Faham? ^_^

      Delete
    2. Kan sy dh ckp ade jalan cerita..x kete pn tub terus jadi..satu lagi, kebangkitan islam bukan pada kertas undian..org yg berjuang pn betul2 ikhlas..bukan dengan kutukan dan makian..

      Delete
    3. Perjuangan dari zaman nabi hingga ke kejatuhan khalifah uthmaniah bukan dari kertas undi..banyak kerosakan disebabkan demokrasi..padahal baru berusia 55 tahun..

      Delete
    4. Owh, habis tu yang PAS perjuangkan sekarang ini apa? Bukan sebahagian daripada jalan ceritanya ke? Ke jalan lain, jalan mati, jalan raya? Hehe. Yang peliknya kenapa saudara hanya tujukan kepada PAS? UMNO bermaharajalela dengan terang-terangan membelakangkan hukum Allah selama ini takde pula saudara kritik? Pelik ni, berat sebelah ke?

      Memang la perjuangan Nabi Muhammad saw sehingga ke zaman khilafah Uthmaniah tiada kertas undi. Itu zaman peperangan dengan pedang, senjata. Takkan la musuh-musuh Islam duk serang dengan pedang, meriam tiba-tiba tentera muslim kata, "Jom kita fight guna kertas undi je, siapa dapat undi paling banyak dia menang." Hadoii. Saudara kata dah 55 tahun negara kita rosak, jadi kenapa saudara nak berdiam diri lagi, terkelip-kelip hanya menggelengkan kepala tanpa melakukan apa-apa? Peluang di atas kertas undi dah terbentang luas, apa tunggu lagi pangkah je la, bukan payah sangat pun. Kalau nak sangat perang-perang ni boleh bantu secara direct umat-umat Islam di negara lain tu. Kalau nak bantu umat Islam lain dengan cara sistematik, berstrategi, berhemah sokong la PAS. Habis cerita. ;)

      Delete
    5. Back 2 basic..Nabi membawa risalah ketuhanan sampai habis kpd org2 Quraish yg rasenye lagi teruk dari Malaysia ni (bunuh anak pompuan)..Nabi kena mcm2 penghinaan tp rilek jer..piont nabi ingin mengislamkan org2 quraish..dari sikit dan makin ramai..ikhlas,kasih sayang..tu yg sy ckp demokrasi ni lemah..nak org sokong,kenalah cari kesalahan org..betul tak..kalo sy berdiam diri,sy tak tulis ler..Hadoii(sy lak ckp)..

      Delete
    6. Sampai habis? Maksudnya? Jika kita soroti Sirah Nabawiah betapa kita akan melihat betapa kesan yang amat besar kepada dakwah baginda saw sebelum memegang kuasa iaitu di Mekah dan selepas memegang kuasa pemerintahan iaitu selepas Hijrah baginda.

      Sebelum hijrah baginda berdakwah, namun diriwayatkan hanya 300 orang telah memeluk Islam, selepas Nabi Muhammad saw memperoleh kekuasaan pemerintahan di Madinah dengan tertubuhnya sebuah negara Islam dengan baginda sendiri sebagai Ketua Negara 300 000 orang pula telah memeluk Islam.

      Dapat lihat perbezaannya? Itulah pentingnya kuasa, dengan kuasa dakwah dapat dioptimumkan. Inilah yang dinamakan dengan "Menggunakan kuasa untuk Islam". Faham? Tak mahu sokong PAS lagi? ^_^

      Delete
  8. Salam kasih,

    Berkenaan tahaluf siyasi dan beza hubungan UMNO-MCA-MIC-GERAKAN vs PAS-DAP-PKR

    UMNO masih dominan dalam Barisan Nasional dan parti komponen tidak pernah menyongsangkan polisi kufar mereka. Oleh itu parti komponen bukan Islam dalam Barisan dianggap kafir zimmi iaitu yang tak memudaratkan Islam

    PAS pula akur dengan polisi Kritianisasi DAP dan Pluralisme dan Liberalisme PKR-kerjasama ini mudarat ke atas umat Islam.

    Minta diperpanjangkan.
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sayang,

      Anda kata UMNO dominan? Biar betul? MCA kutuk Islam UMNO duk diam je. MCA kata Malaysia tidak akan sesekali akan laksanakan hudud, UMNO iakan pula, menyokong. Wao, dominannya UMNO. Lepas itu, ada pimpinan UMNO dari Johor kata UMNO perlu mempertimbangkan usul hudud, tetiba je puak MCA/MIC melenting, marahkan pimpinan UMNO itu. Pihak UMNO lain senyap je, tak kata apa-apa pun. UMNO dominan dalam melaksanakan pelbagai program maksiat, melakukan kezaliman, rasuah yang bernilai tinggi dari pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi bahagian, merampas hak rakyat, rampat duit rakyat, rampas tanah rakyat, bahagi hasil kekayaan kepada syarikat-syarikat kroni, bagi kepada kerabat keluarga, bolot harta rakyat untuk kepentingan diri, menyebarkan fitnah sana-sini. Ya, saya akui, setuju 100%, UMNO MEMANG DOMINAN!

      PAS akur dengan polisi kristianisasi, pluralisme, liberalisme? Betul ke? Rasanya haritu Pemuda PAS sendiri yang mula-mula lancarkan demonstrasi ketika Ambiga lancarkan LGBTnya, kemudian baru la UMNO terhegeh-hegeh. PAS tak pernah sokong dan akur dengan sistem-sistem sesat ini. Buktinya? Berlambak-lambak kenyataan yang dah dikeluarkan oleh pimpinan PAS berkenaan dengan isu ini. Tak percaya? Boleh rujuk laman web rasmi pimpinan PAS dan Facebook mereka ini.

      Saya dah tegaskan PAS hanya berkerjasama atas dasar persamaan dalam menegakkan keadilan, menjatuhkan kezaliman, menjaga kebajikan rakyat serta menjaga hak-hak rakyat dan tanah air. Dalam kes kristianisasi, pluralisme, liberalisme PAS tak pernah berkompromi!

      Wasalam.

      Delete
  9. Entah Ape Kebende26 December 2012 at 19:09

    Salam beb,

    http://youtu.be/knpwZDDnL48

    Bende nih?

    UMNO + PAS = Masyuuk..=Gemilang islam dari timur ke barat.







    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerjasama dengan DAP semata2 untuk menjatuhkan UMNO. Kerana, selagi UMNO berkuasa.. Islam akan huru hara di Malaysia dan hukum Allah HUDUD diketepikan sama sekali. Jgn lupa... DAP tidak akan boleh dominan di Malaysia, diakui oleh DAP sendiri. Kerusi mereka di Parlimen terbatas.. so, hukum Allah lebih cerah peluang untuk bersinar sekiranya PR berkuasa. Itu matlamat PAS bekerjasama dengan DAP, untuk mencerahkan peluang Islam menjd Dominan di Malaysia.

      Delete
    2. Abdullah Hassan Sani27 December 2012 at 10:10

      Xcuse me SIR,
      'sir due 2 respect'.

      Belong 2 that i know in UMNO party,
      their members praises word of syahadah,perform solat,fasting in month of ramdhan,pilgrimage to the mecca and pay zakkat.

      Can i know,why u always accuse them by using the word 'kaffir',evil,insulting islam and others word that not lead to good sense or meaning.

      Can you give me some concrete or good explanation.

      Thankyou sir.

      Delete
    3. Ok, firstly, please check and comfirm about PAS that always accuse UMNO as "kaffir". It was UMNO that published that statement. Islam is not only syahadah, solat, fasting, zakat and pilgrimage...Islam is "Ad Deen", it was a way of life. From the smallest matter to the biggest matter, from the simplest matter to the hardest matter, from the day you was borned until the the day you die, from the time you wake up in the morning until you sleep again at night. That was Islam, syumul.

      But UMNO refused some of the part of Islam, and accept only some part of Islam besides that they mixed the Haq and Bathil, the true and false. All the islamic scholars agreed that the people who accept only some part of Islam and refuse the other are out of the Islam itself. Not PAS who said that. ;)

      Delete
  10. Allahumasolialai Saidina Muhammad

    Salam sejahtera saudara...

    Dalam artikel ini masih belum memuaskan hati saya dengan isu berkaitan peristiwa Memali... Walaubagaimanapun, sebagai seorg Islam kita wajib mempunyai sifat bersangka baik dalam apa jua hal...

    Terdapat pelbagai hal yang saya percaya disembunyikan kedua-dua pihak dalam kes ini. Saya tidak beranggapan yg polis akan melakukan serbuan menyerang mereka dengan niat membunuh melainkan ada tindak balas bahaya dari pihak Utz. Ibrahim Libya

    Soal siapa betul siapa salah Allah saja yang tahu

    Jika benar PDRM sengaja ingin membunuh Utz. Ibrahim Libya, mana mungkin mereka akan memperjudikan nyawa anggota mereka yang menyebabkan mengikut tulisan saudara empat orang mati. Persoalannya kenapa Utz. Ibrahim tidak menyerah diri bersama pengikutnya?

    Mungkin menjadi kesalahan PDRM menyerang hingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah tetapi perkara ini boleh dielakkan jika Utz. Ibrahim menyerah diri. Mungkin kerana percaya dengan perjuangan masing-masing, mereka yakin yang apa yg mereka perjuangakan adalah benar dan tidak takut mati.

    Hal ini sekaligus memberi kesan buruk kepada semua pihak.

    Berkaitan hal yang berlalu, dimohon kpd Allah SWT supaya membawa kita bersama-sama ke jalan yang benar dan didoakan supaya dielakkan berlaku fitnah

    Begitu juga dgn kes Anwar Ibrahim, penulis tidak mendakwa beliau melakukan zina jika mengikut Islam. Tetapi benarkah itu dia.. Jika benar biar rakyat nilai sendiri...

    Walaubagaimanapun, penulis masih lagi tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak membuka aib orang demi kepentingan politik. Ini kerana membuka aib seseorang mengikut Islam adalah haram.. Begitu juga menasihati seseorang dikhalayak umum

    Moga-moga kita semua dibawa ke jalan yang lurus... Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumasolialai Saidina Muhammad

      Waalaikumussalam. Kalau nak buat rundingan kenapa harus datang ke kawasan itu dengan jumlah anggota yang berjumlah lebih 3000 orang. Padahal, penduduk di situ satu pistol pun tak ada. Saiap lengkap dengan helikopter serta kereta perisai lagi. Mengalahkan nak lawan komunis pulak. Lagipun, kenapa telah dicanangkan sebeum serangan itu lagi bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya sebagai pengganas, sebagai komunis?

      Jika betul la kerajaan jujur dalam melakukan rundingan kenapa perlu membuat semua ini? Soal kes Anwar Ibrahim, mana boleh biar rakyat yang menilainya dengan video itu berlegar-legar di seluruh negara ketika ini? Soal syara' telah ditolak tepi nampaknya, mana saksi, mana bukti qarinah, mana lagi segala hal2 yang bersangkut-paut dengan hukum menuduh seseorang itu berzina, mana qazaf? Haaa, mana boleh membiarkan rakyat menilainya tanpa perkara2 tersebut.

      Inilah kelemahan kita, apabila Undang2 Islam tak dimartabatkan. Mana mungkin kita boleh menyokong pihak yang tidak menegakkan hukum Allah swt di muka bumi. Anda setuju?

      Delete
  11. Entah Ape Kebende27 December 2012 at 09:44

    Slm beb,

    http://youtu.be/AEZylCgfI7Y

    UMNO + PAS = Masyuuk..=Gemilang islam dari timur ke barat =umat islam kaya raya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Soal debat Tok Penghulu ini telah saya jawab di ruangan komen di artikel:- http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/11/tok-guru-tok-wali-pun-sokong-pas-mung.html. Saya mengambil pandangan Tuan Guru Haji Salleh Musa dalam soal ini. Kedua-dua pihak ada kelemahan. Sekian.

      Delete
  12. Ehm, wa rasa dah berzaman dan dah berkali-kali isu ni diperjelaskan. Masih ada lagi suku sakat dalam UMNGOK yang benak ke apa otak xpaham-paham. Ehm sebab tulah wa xberapa minat nak bersembang dengan puak UMNGOK ni low idea. Ni dah ade new artikel dikeluarkan, esok dua tiga bulan depa mai balik dok kalut menyalak pasal MAMALI...hahaha wa xpaham otak jenis ni. Cuma wa dok risau, depa dok kalut hal kecil tapi xnak open table bincang hal besar. Yang mana KES PEMBUNUHAN BERAMAI2 di MAMALI. Wa rasa tu paling penting. Suka suki mak bapak depa dok tembak org2 yang xbersalah. Wa siyes dah xsabar ni, ini PRU ini geng UMNGOK haru dijatuhkan, dan ini kes MAMALI perlu disiasat...biar itu mamak kuty meringkuk...bangang punye UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul. Kes ini perlu dibuka semula, disiasat sehingga ke akar umbi. Mana mungkin pembunuh manusia terlepas begitu sahaja. Ini kes besar, namun kes besar inilah cuba ditutupi dengan kes remeh-temeh yang lain. Dasar UMNO/BN betul la. Pening dibuatnya "macai" mereka tapi macai tetap selamanya macai. Semoga diberi taufiq.

      Delete
  13. tumpang lalu...
    aku de dengar la dalam utube.... ibrahim libya dikatakan berjihad utk menubuhkan kan negara islam selepas terpengaruh dgn amanat hadi awang.....dan kemudian ibrahim libya terkorban dah di katakan syahid serta dikuburkan tidak di kafan dan dimandikan seperti para syuhada.
    kemudian hadi awang berkata tiada negara islam dalam quran???
    kalau cam tu... ibrahim libya mati ape???? berjihad utk bnd yg x dak?? sape nk jawab??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan lalu...
      Youtube mana pulak ni? Jihad untuk menubuhkan negara Islam bukannya sekadar pandangan daripada TG Hj Abdul Hadi Awang tapi ianya jihad yang qat'ie berdasarkan dalil jelas daripada Al Qur'an dan Hadis. Tak perlu tunggu ada manat baru nak berjihad. Inilah kefahaman Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya, beliau seorang yang alim, mengetahui dengan jelas hukum-hakan dalam Al Qur'an. Persoalannya kenapa saudara dan UMNO tetap hendak meneyalhkan PAS atas semua yang berlaku? Kenapa saudara tak salahkan diri sendiri dan UMNO kerana tidak menegakkan hukum Islam?

      Dah nama pun syahid, Tuan-Tuan Guru Pondok serta mufti sendiri yang memfatwakan kesyahidan mereka. Kalau tanya UMNO komfem depa jawab bughah. Huhu. Maksud TG Hj Ab. Hadi Awang tu, tiada ayat/perkataan secara zahir berkenaan dengan Negara Islam. Ada ke? Kalau tafsir, maknawi serta maksud sebenar tu memang la ada. Takkan tu pun tak boleh fikir.

      Konklusinya, Ustaz Ibrahim Libya berjihad kerana Allah swt la, demi menegakkan perjuangan Islam! Wallahualam.

      Delete
  14. Saya fikir you all kena baca buku Kafirkah aku?..

    Buku tu ditulis dengan detail berkaitan isu ini memandangkan beliau sendiri yang berada di Memali masa itu..

    Jika tak puas hati lagi, jumpa sendiri dengan penulis yang masih hidup lagi sekarang atau buat solat istiqarah supaya Allah beri petunjuk..

    Yang benar,
    Wan
    mlshaharizuan@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Kafirkah Aku? Tulisan CG Non Al Afghani? Nak tau siapa dia sebenarnya? Di bawah saya sertakan kenyataan seorang ahli PAS warga Kedah yang terlibat dengan Tabung Memali:-

      "Alah Cikgu Zainon (Zainon Bin Ismail - yg pi report Polis) tu, dia yg dok makan duit derma Memali. Dulu tu, dia ada dok gi merata dok mintak derma untuk mangsa2 Memali (beliau ada kahwin dengan balu Memali); tapi dalam RM1000 yg dia dapat, cuma dua tiga ratus saja yg sampai kpd mangsa Memali ini, yg lain tu dia songlap kat dia sendiri"

      Lepas tu?

      "Lepas tu, bila kita tahu, pihak Tabung Memali (kelolaan PAS) stop bagi kebenaran kat dia kutip derma guna nama Memali nie. Tak moleklah dok buat lagu tu, kutip lepas tu makan sendiri. Ha, sebab tu lah yg dia dok marah sangat kat Tabung Memali PAS ini!!"

      Macam mana dengan report Polis?

      "Eh, tak dak apa aih, Polis Baling pakat gie turun Memali pa, dema siasat semua okay; ada resit bukti penerimaan dan pembayaran untuk mangsa2 Memali tu, siap dengan sign dan tanda tangan balu-balu Memali....buang kes!!"

      Macamana? Nak percaya lagi ke tulisan buku beliau? Huhu. Moga kita diberi taufiq. InsyaAllah.

      Delete
    2. berapa banyak kali nak fitnah cikgu non? kalau rasa cikgu non fitnah. saman laaa... takyah sembang copy paste takde fakta. dia dah sediakan fakta. silakan berdebat dengan dia lah. lepas tu masuk youtube, aku nak tengok. bijak ke tak pas ni. maksum konon la?

      Delete
  15. peliknya tak mahu tuduh terang-terang .... katalah terang-terang dan jelas-jelas: si A ambil RM1 juta ....si B ambil RM2 juta ... si C ambil Rm10 juta ..... ini asyik kata ..seleweng...seleweng ... seleweng ...!!!! takut ke..??? kalau takut jangan banyak cakap, dok diam-diam...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Kalau betul la ada penyelewengan, dah lama dah kes ini dibawa ke mahkamah dan PAS Kedah dihukum. Takkan la jika benar-benar sudah terbukti, tiada apa-apa tindakan diambil kerajaan. Gila ke apa kerajaan kita. Sedangkan kes kecil yang dikaitkan dengan pembangkan pun terus disiasat, inikan pula kes penyelewengan melibatkan duit rakyat. Pening, pening! ;D

      Delete
  16. Gua Tada Hal Punya10 January 2013 at 17:53

    Salam beb,

    'Syaikh 'Abdullah Fahim'

    Mufti Pulau Pinang dan wali Allah yang bertanggunjawab menentukan tarikh kemerdekaan negara dah berpesan tentang kwaridj/khawarij yang bakal muncul di akhir zaman(di tanah melayu khususnya)

    Sekarang sudah ada timbul dan zahir di Tanah Melayu mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.

    Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh "Ibnul Qayyim al-Khariji", maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

    Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

    Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka "bunuhlah akan dia".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hormati Syaikh 'Abdullah Fahim, seorang Wali Allah yang masyhur di alam Melayu. Saya harap saudara tidak mempergunakan nama beliau sahaja, buruk padahnya. Ingat!

      Jadi siapa yang anda nak tujukan "khawarij" itu? Beliau tak sebut pun mana-mana pihak. Tapi saya tahu saudara tujukan kepada PAS. Ok, saya ada satu soalan cepu emas kepada saudara. Kali ini saya memang nak betul2, nak sangat saudara jawab straight to the poin soalan ini. Jawab jangan tak jawab, jangan duk spin sana sini la, nanti saya sendiri akan spin kepala saudara.

      SOALAN:-

      Seperti yang tercatat dalam sejarah Islam, khawarij adalah golongan yang muncul dengan sebab atas dasar kebencian, pemberontakan dan ketidaksetujuaan dengan menentang Amirul Mukminin Khalifah Saidina Ali ra dan para sahabat baginda. Jadi dalam konteks hari ini di Malaysia, siapakah golongan yang disamakan dengan Saidina Ali ra jika PAS saudara kata sebagai khawarij? Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak merangkap Presiden UMNO?

      #Wakaka. Jawab jangan tak jawab! ^_^

      Delete
    2. Gua Tada Hal Punya19 January 2013 at 17:29

      Salam beb,

      lu nak tahu jawapannya?

      Senang jer...

      Jawapannya ada dalam HATI lu..
      Lu korek laa dalam2..Comfirm lu jumpe punyer..itu pun kalau hati lu tak 'kaudu'.

      ..Gua tgok Pas VS Umno...gua tak boley senyum beb.
      Tapi lu masih boley ketawa...hmmmm....

      Delete
    3. Wasalam. Saya tanya saudara, tapi saudara tanya saya balik. Apa daa. Jawab la. Jawab soalan tu, jawab. Siapa "Saidina Ali" di Malaysia anda saudara kata PAS adalah khawarij?

      Jawab!!!! Jangan spin, straight forward!

      Delete
    4. kebencian, pemberontakan dan ketidaksetujuaan..sape yg slalu buat?..tuan blog dh jawab sendiri..Saidina Ali adalah pemimpin..Najib adalah pemimpin..

      Delete
    5. Hahaha, saya tak tahu nak komen macamana lagi, tapi kalau komen anda kat atas ni diprinrscreen, disebarkan kepada umum, ditroll lagi anda akan diketawakan seluruh rakyat Malaysia.

      Mana mungkin Saidina Ali disamakan dengan Najib Razak, perbezaan yang amat2 ketara sekali. Pertama, Saidina Ali laksanakan hukum Islam secara total, Najib...hudud pun tak lepas lagi. Hurm, kalau yang basic pun tak lepas, saya tak mahu la bagitahu yang lain. Kan nanti seolah saya membuka keaiban peribadi Najib pula. Jangan sampai saya dedahkan salah guna kuasa Najib, serta akhlak, maksiat yang beliau lakukan pula.

      Saidina Ali alim, wara', zuhud. Najib? Najis mughallazah pun tak lepas. Buat malu je. ^_^

      Delete
    6. aku tak rasa "Anonymous21 January 2013 19:10" akan diketawakan, sebab sekarang aku dgn kawan2 satu malaysia tengh tengok gelagat pemilik blog mempertahankan diri. malu beb... mengaku Islam tapi menentang pemerintah Islam.

      Delete
    7. Saya tak pertahankan diri saya, saya pertahan Islam & PAS!

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget