FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 11 February 2012

Konspirasi Dajjal Pada Sukan Olimpik London 2012

Sukan Olimpik London 2012 / semakin menghampiri, dan sudah banyak ditulis tentang kemungkinan ada konspirasi di sebaliknya. Tajuk ini sudah basi pun sebenarnya tetapi saja saya mahu aktifkan kembali menulis tentang konspirasi Dajjal dan anak-anak wek nya ni. Maka di sini saya telah cuba mengumpulkan fakta-fakta yang diperolehi setakat pengkajian saya terhadap isu ini.

Sangat menarik Sukan Olimpik ini akan di adakan di kota London, ibu negara yang didiami oleh 'permaisuri' mereka sekarang ini iaitu Queen Elisabeth II , salah seorang keluarga The Merovingian (iaitu salah sebuah keluarga Illuminati). Dan dijangka banyak peristiwa besar juga akan berlaku dalam tahun 2012 itu nanti. Kelihatan seperti satu rancangan yang sungguh teliti dan hampir kepada matlamatnya.

Sukan Olimpik 2012 atau nama lainnya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948. Ya, nombor 3 naik lagi tu!

Moto nya pula ialah 'Live as one'. Sinonim dengan 1 Israel, One Singapore, 1WTC, 1Malaysia dan macam-macam 'one' lagi kan?

Kita sedia maklum, logo Sukan Olimpik London 2012 ini ada maksud tersembunyi di sebaliknya. Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu, bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis.




Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.

Dan logo di bawah juga tidak terlepas dari adanya matahari terbit, sepertimana logo Shell.


Dan bukan logo Sukan Olimpik London 2012 ini sahaja yang ada perkataan ZION dan mata satu tersembunyi di dalamnya, tetapi juga logo Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelum ini.


Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata SATU. Yang sememangnya sudah menjadi identiti Dajjal iaitu bermata satu. Ya saya tahu Dajjal yang sebenar seperti yang disebut di dalam hadith bermata dua, tetapi matanya BUTA sebelah. Mata satu itu adalah satu KIASAN. Begitu juga hadith-hadith nabi yang menyebut tentang Dajjal juga banyak KIASANnya.


Ada banyak bentuk piramid di bahagian atas tepi stadiumnya ya .......

Stadium Olimpik ketika dalam pembinaan - September 2010

Great Eastern Road, East Cross Route, Carpenter's Road, Angel Lane, Temple Mills Lane, Church Road, Leyton Road, Leytonstone Road merupakan nama-nama jalan yang ada di sekeling stadium itu. Yang anehnya, jalan-jalan tersebut sudah wujud selama ratusan tahun di situ, tetapi tidak pernah dibina apa-apa di atasnya. Mungkin jalan-jalan tersebut menunggu 2012 ini?

Great Eastern di sabitkan kepada Great Eastern Star iaitu nama lain bagi Bintang Pentagram. East Cross ialah Salib yang berbentuk bukan seperti salib biasa (anti-krist). Carpenter disandarkan kepada Joseph (saya masih belum mengetahui kaitan dengan nama Joseph). Angel disandarkan kepada Archangel Gabriel (kononnya malaikat Jibril). Temple Mills Lane disandarkan kepada Temple of Solomon. 

Tapak Sukan Olimpik 2012 terletak antara jalan Leyton dan Leytonestone. Perkataan "Ley" ditemui dalam nama-nama yang berasal dari istilah 'Garis Ley' / 'Ley Lines'. ('Ley','lea' - 'A clearing')

Negara-negara lain juga ada istilah masing-masing tentang 'garis' ini. ('Heilige Linien'  'Fairy lines' bagi Jerman ke Ireland, 'Dragon Lines' bagi orang China, 'Spirit Lines' bagi orang Peru dan 'Dream path' (Turingas) bagi orang asli Australia - dan seterusnya di seluruh dunia) .

Bagi mereka yang berada dalam kegelapan, garis Ley, atau Leys, adalah penjajaran (alignment) dari tapak kuno yang membentangi satu lanskap. Tapak Purba atau tempat suci mungkin terletak dalam garis lurus mulai dari satu atau dua hingga beberapa kilometer panjangnya. Ley mungkin dikenalpasti dengan terletaknya tanda untuk tapak-tapak pembinaan yang selari, atau mungkin kelihatan atas tanah untuk semua atau sebahagian panjangnya dengan sisa-sisa dari sebuah jejak lurus tua.

Orang-orang dulu tahu bahawa Garis Ley, grid bumi dan vortex merupakan sumber tenaga dan pusat yang dianggap suci. Satu 'Garis Ley' adalah salah satu sejumlah garis yang merupakan sebahagian daripada suatu grid tenaga yang merentasi bumi. Tenaga - dalam keadaan metafizik. Jadi apakah ada bukti dokumentari yang 'Garis Ley' merentasi dekat Leyton dan Leytonestone? Tentu ada ...

Tapak pembengkok (Bender), dan pohon Yew tua di dalamnya, adalah jantung hidup-pendek dari Leytonstonia, dihiasi dengan 'kerb-henge' (batu penghadap tepi jalan yang tinggi), replika 'Stonehenge' dibuat dengan 'kerbstone'. Tapak Olimpik terletak di daerah yang sinonim dengan tenaga bumi - mistik - metafizik.

'Ley lines' ini berkait juga dengan 'Galactic alignment' yang ahli Astronomi berkata mungkin berlaku pada 21 Disember 2012 nanti. 'Galactic alignment' itu ialah satu keadaan di mana matahari akan sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti semasa Solstis Musim Sejuk bulan Disember.



Di bawah ini video tambahan berkenaan logo dan maskot Sukan Olimpik 2012 dan kaitannya dengan Konspirasi.






Adakah semua ini berlaku secara KEBETULAN?  Banyak nya dia punya kebetulan ya :)  Dan saya mahu tegaskan di sini, kajian tentang konspirasi golongan elit dunia ini bukan untuk membuat manusia menjadi paranoid. Itu terpulang kepada diri masing-masing.  Tetapi bagi saya secara peribadi, pengetahuan ini lebih membuatkan kita lebih berhati-hati, bertambah yakin bahawa Dajjal akan muncul tidak lama lagi (sesuai dengan hadith-hadith nabi S.a.w) , berusaha agar dapat elak fitnah Dajjal dengan mengamalkan doa-doa dan membaca AlQuran, dapat mengetahui rancangan musuh-musuh dan paling penting, kebenaran adalah untuk semua :)

Lagi pun , fakta-fakta ilmiah ini memang menarik, so jangan mara eaaaaa.  Bagi mereka-mereka yang benci Teori Konspirasi dan hanya pandai kata orang BODOH sahaja tetapi hendak menghujjah FAKTA tiada, teruskan lah akhlak dan adab sopan kamu tu. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.   :)


Rujukan:

1 - truthoflies.com
2 - ancient-wisdom.co.uk
3 - Wikipedia

52 comments:

  1. saya seorang peminat sukan...tapi memang saya setuju dengan entry ni...sebab waktu saya bukak page olympic london ni saya dah perasan yang maskotnya ada unsur dajjal...tapi yang lain tu semuanya info baru bagi saya...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. saya memang ikuti perkembangan iluminati ni.. memang acara sukan besar2an ni agenda yahudi semata2 utk membuatkan manusia lalai terutama islam. waktu solat terbiar begitu sahaja.walhal solat adalah tiang umat islam.
    sila cari maklumat protokol zionus.. anda akan tahu perancangan teliti yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya juga telah mengkaji soal ini. Sememangnya banyak teori-teori konspirasi ini masuk akal. Mustahil segalanya kebetulan, namun kebetulan itu pasti wujud juga. Pandai-pandai la kita menilainya. ^^

      Delete
  3. Gua amat berterima kasih dengan pengkaji-pengkaji teori konspirasi dalam & luar negara. Lebih-lebih lagi mana-mana yg kena dengan fakta & bukti, huih lagilah kowtim. Teori-teori mereka out of the box. Takle selalu disuap TV mainstream propaganda je. Pandai-pandai le check & pilih maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, pastikan kita bijak menilai segala maklumat yang kita terima walau di mana pun. ^_^

      Delete
  4. http://www.facebook.com/note.php?note_id=163333233689370
    Bukak link diatas, disitu ada byak maklumat yg tepat.
    Luangkanlah masa membaca artikel ini.
    ( -5 minit pun jadik le- )

    ReplyDelete
  5. According to biblical account, Joseph was a carpenter. Thts the link between Carpenter Road & Joseph tht u were looking for..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepengetahuan sy menuruf bible Joseph the carpenter bukan nabi yusuf tp joseph yg membantu mary dgn menyamar sebagai bapa jesus utk mengelak fitnah thdp mary semasa mereka melarikn diri. jk anda pernah lihat lukisan mereka ada gambar mary jesus joseph dan angel gabriel

      Delete
  6. saya setuju dgn blogger! Jika anda tgk dokumentari 'The arrivals' anda akan tahu betapa halusnya cara zionis utk menakluki duni! tgklah sajalah simbol PICC putrajaya, KLCC smua itu ada unsur2 dajjal laknatullah! duit kertas kita dn mcm2 lagilah yg berada hmpir dgn kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, the arrivals..sebuah dokumentasi yang menarik, membuka mata minda ramai orang diseluruh dunia. ^_^

      Delete
  7. dasar pemikiran sempit,kita buat `amar maaruf nahi mungkar` sudahla..
    janganlah cuba mempengaruhi orang lain dengan pemikiran sempit begini,lakukanlah setaip perkara hanya kerana ALLAH SWT..!! TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni LAGI SATU MD TOYS7 . . . AKAL LU YG SEMPIT LA MAMAT!!!!

      Delete
    2. Hikmahlah dalam berkomentar. ;)

      Delete
  8. cuba saudara (blogger) buat logo sukan sekolah jiran blogger untuk tahun ni, masukan nama sekolah dan tahun 2012 pada logo itu..sy dapat rasakan hasil pada logo yg en blogger akan siapkan akan mengandunggi ciri2 freemason juge..so mcm mane??hehee...semua itu hanya kebetulan,dan memang betul golongan illuminati n freemason ni mempunyai agenda yg sgt2 jahat..kita sebagai individu x perlu bersikap taksub terhadap perkara itu,kerana dari sikap taksub itu memberi kemenagan kepada mereka sahaja..apa yg penting adalah niat yg succi dan murni dari hati,harapan saya agar kita semua keluar dari kepompong pemikiran yg bodoh dan sgt2 sempitt itu..tQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kata ini betul kena wajib percaya ke apa ke, disebabkan itu dinamakan TEORI. Just berdasarkan kajian pihak-pihak tertentu. Terpulang kepada anda. =)

      Delete
    2. YE LA MAT SEMPIT INI TEORI JE SEMPITTTT!!! ALLAHUAKHBAR!!!!

      Delete
    3. Hikmahlah dalam berkomentar. ;)

      Delete
  9. If you look hard enough ... you will see what you WANT to see.
    Kalau teliti betul2 ... anda akan lihat apa yang anda NAK lihat.

    Fikir-fikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rekabentuk stadium dan maskotnya.. there must something behind those design..

      Delete
    2. Kedua-duanya adalah logik dan dapat diterima akal. Mungkinkah kerana permainan minda atau ianya benar-benar realiti untuk mempermainkan minda umat Islam tanpa sedar. Wallahualam.

      Delete
  10. thanks untuk info ini..ada juga beberapa bukti yang lain di laman blog saya mengenai olimpik 2012 ini..singgah-singgah lah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan ya akhi. Ya, blog anda menarik serta bermanfaat. Teruskan usaha dakwah & perkongsian informasi di blog anda. Keep it up. Saya linkkan blog anda di sahabat mayaz saya. ^^

      Delete
  11. Thanks... Sekurang-kurangnya kita tak nampak bodoh jika membaca walaupun ianya sekadar teori , kajian ataupun pendapat. Ada sesetengah orang akan menganggap entry yang macam ini hanya merepek. Tetapi sebenarnya ia akan menambah lagi pengetahuan am sekaligus boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan taktik serta strategi musuh terutama musuh-musuh Islam. Wallahu Alam bisawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Ya, sependapat dengan anda. Kadang-kadang ada teori yang memang merapu contohnya Upin Ipin & sebagainya. Namun, bagi saya teori di atas tak boleh dipandang remeh. Apa-apa pun, langkah persediaan kita itu penting. InsyaAllah.

      Delete
  12. Saya sangat setuju dengan pandangan saudara.Satu lagi perlu kita perhatikan pada nama salah satu maskot tersebut.."Mandeville" iatu 'man devil'!!??

    ReplyDelete
  13. Man The Devil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups. Disebaliknya tersembunyi maksud tersirat.

      Delete
  14. Sekadar tambahan..

    Berdasarkan sumber yang saya dapat, Logo Olimpik London 2012 itu direka oleh salah satu perusahaan pencitraan milik Yahudi (Jewish Brand Concultancy) bernama Wolff Olins dengan harga 800 juta dolar amerika dan telah terpilih serta diresmikan penggunaannya pada 4 Jun 2007 di London.Wolff Olins didirikan oleh dua orang Yahudi bernama Michael Wolff and Wally Olins pada 1965 dan saat ini telah memiliki kantor di beberapa negara diantaranya berada di New York dan Dubai,dan merupakan perusahaan yang memiliki ratusan desainer. Bahkan menurut Engforum, selain menyediakan jasa periklanan/advertising,Wolfff Olins juga bergerak di bidang Psikologi marketing dan pembentukan mind control, yakni ilmu yang sangat penting dalam pencitraan suatu produk dan pembentukan brand image secara psikologi yang dapat mempengaruhi alam bawah sadar manusia.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kerana sudi share di sini. Memang maklumat tambahan yang baru bagi saya. Jadi memang betul la setiap yang kita lihat secara zahir boleh mempengaruhi yang batin kita iaitu minda bawah sedar.

    ReplyDelete
  16. salam wbt.. bersyukur lah bagi kalian yang mengetahui.. insyallah hanya yg mengetahui sahaja dapat mengelakkan diri daripada fitnah dajjal al-masih (samiri)


    ‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)


    “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alakumussalam. Ya, insyaAllah sama-sama hafal dan hayatinya. Amien.

      Delete
  17. eh, banyak budak budak sekolah dah tulis 2012 kat dalam buku tulis diorangla.. jom tukar tahun ni jadi tahun 2013 lah senang.

    hampeh!

    raya ni x payah jugak makan ketupat daun palas ye... segitiga tu!..

    PEACE!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peace pak cik lu, tak sangka budak upsi ada yang BANNGGAANNGGG!!"

      Delete
    2. Hikmahlah dalam berkomentar. ;)

      Delete
  18. Salam admin.. thanks 4 the info...
    Setuju dgn admin terutama part yg last sekali tu...sapa yg benci teori konspirasi jgnlah marah2 dan melenting..plus jgn bongkak..sedangkan Raulullah S.A.W pun ada sebut mengenai dajjal.klu x suka jgn ambik tau.. para pengkaji teori ini (termasuk saya yg sgt suka mendalami & berfikir) tidak pernah memaksa sesiapa pun utk mempercayainya...cuma jaga akidah..dan apa-apa pun kembali pada alQuran dan sunnah..
    Terima kasih ye, ada info baru yg sy dapat, berkenaan kedudukan tapak sukan olimpik 2012 tu..
    Saya sudah lama membuat research mengenai teori konspirasi ni, apa yg berlaku di pembukaan olimpik (acara2 yg pelik dan memerlukan kita digest apa makna tersiratnya) serta kebetulan-kebetulan yg didedahkan menguatkan lagi fitrah akal sy utk berfikir mengenai perkara ni...
    Semoga kita semua terpelihara dari fitnah al Masih..
    Dajjal itu pasti muncul, kiamat pun pasti akan terjadi..
    Dengan memahami teori konspirasi ini bukan bermakna kita boleh 'menahan' dia dari muncul... Hanya yang kita mampu, persiapkan diri dan tingkatkan amalan..Wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasullullah dah sebut pasal dajjal, yang kita ni mengada-ngada lagi nak kaji lebih2 sebab apa? baik kita mintak berllindung dari kejadah freemason illumaniti sume tu dengan amalan2 yang nabi dah sarankan. duk sibuk kata berhati-hati la apa la. nak berhati2, buat la amalan yang nabi ajar tu. insyaAllah dilindungi dari semua tu. yang gi duk kaji lagi buat apa? memeningkan kepala je.

      Delete
    2. kajian itu perlu untuk menambahkan keimanan..akal ade,gna untuk berfikir..kalau nak melontarkan pndangan biarlah berhemah..tak prlu nak marah2..nmpaknya anda hanya pndai bercakap tp tak mengamalkan..

      Delete
    3. Apa yang nak digaudh-gaduhkannya, buang yang keruh ambik yang jernih. Dalam soal ini, bukannya haram pun kalau kita kaji malah boleh jadi amat baik sekiranya dengan kajian-kajian seperti ini kita akan jadi lebih bersedia, meningkatkan amal ibadat serta perssediian kita.

      Tapi, kalau rasa perkara-perkara macam ni, merosakkan minda, melemahkan iman serta kesan-kesan buruk lain. Tinggalkan terus. Ni t5ak, duk cari jugak, lepas tu duk balun sana-sini. Tunjukkan akhlak Islam kita dalam apa jua perkara. Wallahualam.

      Delete
  19. suka perenggan yang last tuh~~ :) btw nice info ~~ thanks :)

    ReplyDelete
  20. Tp kesian... x dpt masuk Mekah! Wakakaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak masuk ke Mekah, tapi umat yang munafik sendiri keluar kepadanya. Nauzubillah.

      Delete
  21. Bagaimana pula logo PKR? Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan terlalu berfikiran skeptikal. :)

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget