FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 1 January 2012

[Siaran Ulangan] Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Kepada sesiapa yang ingin menonton atau mendengar siaran ulangan Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang telah diadakan pada 31 Disember 2011 boleh klik 'PLAY' di bawah. Peringatan, siaran ulangan di iluvislam radio ini hanya akan disiarkan pada jam 9 malam. Nantikannya...



Ini kenyataan rasmi daripada iluvislam.com,
‎"[GeMS update][Program Sembang Santai] bagi mereka yang tidak dapat dapat mendengarkan iluvislam Radio ketika ini, insyaAllah. Iluvislam Radio akan buat rancangan ulangan bersama ustaz Azhar Idrus pada malam esok, 1hb Januari 2012, jam 9 malam dan 2hb Januari jam 9 malam."

Atau, InsyaAllah anda juga boleh ikuti siaran ulangan di laman WebTV PAS dalam masa terdekat [maaf, admin masih belum dapat kepastian bila ianya akan ditayangkan namun hampir pasti ianya akan diulang tayang atas permintaan ramai]:- http://webtv.pas.org.my/v2/



Sekitar Program Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus dan selebriti jemputan terkenal tanah air.


Program Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar al Idrus, Zizan Raja Lawak, Sham Kamikaze, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Syed Norhisham mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat tanah air kini. Malah, mengalahkan program Countdown 2012 anjuran Barisan Nasional diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Allahu Akbar !!!


Alhamdulillah, ini petandanya kemenangan Islam semakin hampir. UAI yang juga ahli dan pendokong kuat PAS telah membuktikan kepada generasi muda kini bahawa Islam itu tidak pernah lapuk dek zaman malahan Islam adalah agama yang syumul dan paling versatile sehingga ke hari kiamat. Ini telah membidas balik kebanyakan cakap-cakap pimpinan UMNO dan BN yang memperlekehkan hukum Islam terus menerus. 


Lebih kurang 70 000 orang telah membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam semalam. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah mewarnai tanah air kini. Golongan agama dan orang yang memperjuangkan Islam nampaknya akan mengambil alih tempat daripada golongan artis dan politikus di Malaysia. Satu petanda yang baik, menunjukkan masyarakat sudah mula minat dan kembali kepada Islam. Walaupun kerajaan hanya retorik dengan Islam, namun Agama Allah tidak akan dapat dipadamkan.

Ini pula gambar-gambar sekitar pogram:-














Selamat Tahun Baru 2012 daripada HiJaBuL CRewZ =)

6 comments:

  1. subhanallah...sebenarnya islam itu indah dan kenapa ada org yg tak mahu kepada islam sedangkan kita ini datangnya daripada NYA......

    ReplyDelete
  2. mana siaran ulangannya??

    ReplyDelete
  3. x mula2 pn siaran ulangan...rugi la camnie..spatutnye progrm camnie kene bg liputan yg meluas..baru org akn dpt lihat indahnya Islam..sape kate Islam menghalang utk berhibur??umat Islam jer yg salah dlm berhibur...

    ReplyDelete
  4. Maaf kerana masalah teknikal, saya sedang berusaha berhubung dengan pihak krew iluvislam sekarang ini, untuk minta penjelasan dan mengirimkan aduan berkenaan hal ini.

    InsyaAllah...sedang menunggu maklumbalas.

    ReplyDelete
  5. awat tak da pun siaran ulangan.. dah lebih pukul 10 ni.. dah lebih sejam dok tunggu.. tak kan ada pihak yang gam audio tersebut dari ulang siaran?

    ReplyDelete
  6. Saya baru menerima maklumat rasmi daripada iluvislam.com;-

    "‎[Support] Pihak kami memohon berbanyak kemaafan krn siaran tertunda yg dicadang pd mlm ini tpaksa ditunda ke esok malam krn mslh server masih belum dapat diselesaikan. Harap bersabar :-)"

    InsyaAllah, esok jam 9 malam, 2 Januari 2012 akan diadakan siaran tertunda Countdown 2012 ft Ustaz Azhar Idrus.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN