FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 22 November 2011

Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!

Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu, apakah pandangan Dato' dalam perkara ini?
Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib.

Seperti Allah Taala memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi ayat (mafhumnya), "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik". Surah Al Maidah:49

Di kalangan ulama-ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikaikan kewajipannya, adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukum Allah yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian, maka bererti mereka melawan hukum Allah. Mengendalakan hukum Allah, mempertikaikan hukum Allah adalah menentang Allah. Firman Allah (mafhumnya), "Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar". Surah At Taubah:63

Ayat-ayat yang sedemikian maksudnya, banyak berulang dalam al-Quran. Antaranya firman Allah (mafhumnya), "Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina.

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Surah Al Mujadilah, ayat 5 dan ayat 20.

Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang, tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah yang amat keras menunggu mereka. Ada kalangan ulama yang menjadi ahli politik, menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi, atau membela dan mempertahankan kedudukan, atau kepentingan-kepentingan khusus, yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang, tetapi sebenarnya menentang.

Ini kerana dalam hati mereka, mereka tidak mahu melaksanakan hukuman hudud. Sebenarnya hukum-hukum hudud tidak ada pilihan bagi kita, melainkan mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan sama-sama menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu, bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan.

Sunday, 20 November 2011

Tragedi Memali Memoir Yang Tak Akan Padam

Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.

Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.
Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.

Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.

As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.

Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.

Siapa Ibrahim Libya?

Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.

Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.

Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.

Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.

Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.

Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

'Dosa' Ibrahim Libya

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.

Menurut Senator Yusuf Husin yang penulis temui berberapa tahun lalu, selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.
Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.

Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.

Simbol perlawanan terhadap ISA

Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.

Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:

"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."

Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.

Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.

Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.

Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.
Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani. ISA yang pada tujuan asalnya adalah untuk mempertahankan negara daripada ancaman pengganas dan musuh negara telah menjadi alat bagi sang pemerintah mengekalkan kuasa sehingga sanggup membunuh para alim ulama'. NauzubiLlah minal zalik.

Monday, 14 November 2011

Angry Birds: Dari Perspektif Islam

Angry Birds

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini

tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka

sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang 

marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka

iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad

segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:111)


2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu


3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak

diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susun

sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?


sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu

dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas


6) Ukhuwah

lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara

seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka


kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam

tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka

begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)


sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

semua yang korang baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"


p/s: credit kepada Zuhri Shin Cork dan Akmal Aliff Nottingham yang sedarkan berkaitan idea yang best ni =)


Saturday, 5 November 2011

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

Rasanya ramai yang dah tengok video budak 2 tahun digilis van dan lori di China. Yang hangat dan pantas tersebar. Sedih tengok video tu. Dan aku pelik. Diorang ni takkan tak perasan budak tu? Takkan tak nampak? Yang van tu pulak seolah-olah macam sengaja langgar budak tu. Gila apa ni? Sangat kejam bila orang ramai yang lalu lalang seolah-olah tidak menghiraukannya. Hanya tengok dan terus berambus tanpa ada rasa belas ihsan ingin menolong budak yang terkulai layu berlumuran darah di tengah jalan tu. Lebih menyakitkan hati bila ada yang seolah-olah berpura-pura tidak nampak budak tu.

Adik Yueyue dikhabarkan koma teruk dan sudah meninggal dunia..
Gambar dan berita lanjut, sila klik shanghaiist.com
Lepas tu, baru ada seorang amoi tua yang sudi angkat budak tu ke tepi jalan. Itupun dia macam takut-takut dan menjauhkan diri selepas mengalihkan budak tu ke tepi jalan hinggalah mak budak tu datang. Rupanya semua itu bersebab. Ia berkait rapat dengan undang-undang dan budaya di China.

Punca Kenapa Budak Digilis Van di China Tidak Dihiraukan Orang Ramai

1. Di China, jika anda ternampak seorang makcik jatuh basikal, budak kena pukul, seorang tua diserang sakit jantung atau apa saja yang berkaitan, sila jangan tolong!

2. Jika anda tolong, secara automatik orang itu akan menjadi tanggungjawab anda. Contohnya, jika anda mahu menolong makcik yang jatuh basikal tu, jika kakinya patah, anda yang kena tanggung semua kos perubatannya.

3. Ataupun anda akan disaman oleh anak makcik itu kerana anda akan dituduh menjadi punca mak dia jatuh.

4. Pernah terjadi, atas dasar prihatin seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh kerana tidak ada yang sudi menolongnya. Tetapi, apabila anak orang tua itu ternampak askar tersebut memegang ibunya, askar tersebut dituduh menolak ibunya. Askar tersebut telah disaman dan terpaksa menanggung kos perubatannya. Lebih perit, dia dibuang kerja.

5. Begitu juga dengan kes budak 2 tahun yang digilis tu. Bagi mereka, lebih baik biarkan saja daripada mereka terpaksa menanggung akibat yang lebih teruk jika sesuatu yang buruk berlaku pada budak tu.

6. Inilah fakta di China. Nilai moral sudah tidak ada. Mereka akan mementingkan diri sendiri. Sebab kalau mereka tolong pun, mereka yang terpaksa tanggung akibatnya.

Perasan tak dalam video tu? Pemandu van tersebut seolah-olah sengaja menggilis budak tu buat kali kedua dengan tayar belakang. Nak tahu apa penjelasannya?

1. Mula-mula dia dah terlanggar budak tu dan dia berhenti sekejap sebab dia perasan macam terlanggar budak. Masa tu, budak tu berada di tengah-tengah antara tayar depan dan belakang.

2. Dia ingin melarikan diri. So, dia meneruskan perjalanan dan menggilis budak tu dengan tayar belakang pula buat kali kedua.

3. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja. Tapi kalau budak tu hidup, dia kena tanggung akibatnya seumur hidup dan kos yang lebih tinggi.

4. Itulah undang-undang di China yang mana kalau langgar mati lebih senang hendak dikira daripada langgar hidup. So, pemandu van tu berharap yang budak tu akan mati.


p/s : Maklumat ini diperolehi daripada sebuah akhbar Cina. Dicerita oleh ofismate saudari Anne Raini yang berbangsa Cina. Maklumat lanjut, sila ke blog beliau. SILA KLIKanneraini.blogspot.com

Friday, 4 November 2011

Ambiga Tak Ambiga, Bantah Tetap Bantah !!!

Riuh pula nampaknya Malaysia dengan isu pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini. 
Dulu kalau di Bersih 2.0, boleh la kami sokong tapi dalam soal menyelitkan budaya-budaya songsang secara halus dalam aktiviti sepanjang program tersebut sudah dapat dihidu oleh umat Islam. Walaupun kenyataan mereka di laman web utama, mereka menafikan, kita dah dapat mengagaknya kerana program sebegini sudah pun dijalankan di serata dunia.

Ini laman web Seksualiti Merdeka 2011 :-

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini.

"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.

"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.

Nasib baik, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Tindakan pihak berkuasa kali ini disokong seratus peratus PAS.

Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi yang diciptakan Allah SWT kerana sebarang aktiviti yang bertentangan dengannya akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia. 

Walaupun PAS menarik balik keputusan untuk berdemo kerana pihak polis telah menyatakan pendirian yang tegas dalam kes ini, kami masih lagi membantah akan penganjuran program-program sebegini yang boleh menjejaskan kedaulatan Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget