FOLLOW HIJABUL CREWZ

Saturday, 22 October 2011

Kematian Gaddafi, Satu Konklusi [Video]

Satu dunia digemparkan dengan kematian Kolonel Muammar Gaddafi, pemerintah Libya. "Gaddafi is dead". 

Melalui video-video yang dipaparkan boleh dilihat dengan jelas bagaimana keadaan pengakhiran bagi seorang pemimpin kerajaan. Disatu pihak, ramai rakyat Libya yang berpesta menyambut berita kematian bekas pemimpin mereka yang dianggap zalim kepada rakyatnya dan diselubungi dengan rasuah dan kronisme.

Betul. Memang tidak dinafikan beliau seorang pemimpin yang banyak menzalimi rakyat, memakan harta rakyat namun cara beliau mati agak menyedihkan saya sebagai seorang muslim. InsyaAllah, jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Pasti segalanya mengikut prosedur undang-undang, malah undang-undang Islam lagi, jika seseorang bekas pimpinan negara yang terdahulu didapati bersalah. Melayu dan Arab merupakan dua spesis bangsa yang benar-benar berbeza walaupun kedua-duanya ditaklifkan sebagai Islam.

Walaupun seseorang itu bersalah, Islam mempunyai caranya yang tersendiri dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Islam itu indah dan teliti. Bimbang dunia akan menilai Islam melalui kejadian yang berlaku di Libya. Lain pula la jadinya.

Kita suatu bangsa yang sopan, mudah belas kasihan dan lemah lembut. Arab pula satu bangsa yang agak panas baran dan kasar. Lihat video saat akhir kematian Muammar Gaddafi :-








Harap-harap rakyat Libya dapat membina sebuah negara baru yang merdeka dan berdaulat tanpa campurtangan Barat. Wallahualam.

Friday, 21 October 2011

PANAS - Kerajaan Akan Haramkan Tudung di IPTA/IPTS Termasuk Sekolah

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Adakah ini realiti atau fantasi ?
Gambar hanyalah hiasan
Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah : -


1. TUDUNG SAJI.
2. TUDUNG PERIUK.
3. TUDUNG TERMOS.
4. TUDUNG CAT.

5. TUDUNG BOTOL.


Dan berbagai-bagai lagi jenis TUDUNG yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian. Hehehe, anda semua sudah terkena. Jangan marah ye. Sekali-sekali kita bersantai apa salahnya. :D


~PeaCE~

Thursday, 20 October 2011

Kisah Benar : Jika Melayu Yang Memusnahkan Negara, Ditangan Melayu Juga Ianya Akan Bangkit

Itulah kenyataan yang jujur daripada seorang cina yang cintakan negaranya dan mengetahui akan hak dan keistimewaan kaum Melayu. Namun UMNO dan Barisan Nasional ingin menyekat kefahaman ini daripada tersebar ke segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Mereka lebih suka menimbulkan polemik dan huru-hara lantas menaguk di air yang keruh. 

Walaupun sudah beberapa bulan rentetan peristiwa paling bersejarah tanah air kita berlalu, namun kisah-kisah yang terpahat disebalik memori Bersih 2.0 masih lagi terbuai di benak fikiran kita. Ayuh ikuti sorotan kisah ini :-

Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. 

Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

1. Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)". Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga."
(Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

2. Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun. Tinggi, kurus dan kelihatan lemah. Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang). Apa takut? Bukan suruh kita pergi mati pun? Jangan takut, kita bukan orang besar. Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!"
(Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan. Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)

3. Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina,"Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan."
(EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

4. Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga. Hati saya berfikir, "Berkelah ke?" Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya. Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi."
(Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

5. Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar. Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?"
(Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)

6. Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya.Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit. Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air. Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ.
(Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)

(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya. Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo? Apa kena-mengena dengan kita? Memang tak ada otak langsung. Bawa bayi pulak? Mengapa tidak kamu marahnya?" Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")


7. Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai. Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media."
(Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah. Saya bukannya pro (profesional) sangat...)

8. Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya.Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari. Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini. Tunggu kami di Stadium Merdeka. Kami akan berjumpa kamu di sana. Hubungi kawan yang lain. Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang. Saya percaya polis akan lebihkan serangannya. Kamu tak boleh singgah di sini."

Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?" Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya." Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka. Polis mengejar dan menangkap. Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir:

Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu. Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,

"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'. Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat kagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "

Tiba-tiba saya sebak. Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya. Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini.Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.

Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini? Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia.Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil. Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh. Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini! Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali! -MR

Tuesday, 18 October 2011

Kisah Benar : Pemuda Meninggal Dalam Khusnul Khatimah


Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.

Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.

Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di Masjid Sri Petaling.

Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya. 


-ditulis oleh Abu Jihah-

Sunday, 16 October 2011

Hudud : Sultan Brunei vs Najib Razak [Video]

Allah telah menetapkan hudud sebagai salah satu hukum atau undang-undang dalam Islam yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam khususnya kepada ulil amri atau pemerintah. Jangan jadi macam seorang "ustazah" kita hari tu, yang mengeluarkan kenyataan media yang menunjukkan dia tak layak berada di tempatnya sekarang. Ada ke patut dia keluarkan kenyataan yang hukum hudud tak patut dilaksanakan kerana ianya boleh menyebabkan huru-hara dalam negara, sebabnya semua orang@rakyat dalam negara ini akan saling 'potong-memotong'. Padahal Allah sudah tetapkan hukum hudud ini wajib hanya kepada pemerintah umat Islam bukannya semua penganut Islam. Ingat senang ke nak jatuhkan hukuman hudud ni kat seseorang. Islam amat teliti dalam soal ini. Apa punya ustazah daa. MasyaAllah !!!

Bandingkan :-




Ini pula kenyataan Najib Tun Razak yang tak mahu laksanakan hukum Tuhan. Agaknya inilah yang menyebabkan British memberikan kemerdekaan negara kita kepada UMNO dan bukannya kepada orang yang ikhlas memperjuangkan tanah air, bangsa dan agama dahulu. Semuanya dalam perancangan dan percaturan mereka.


Anda sendiri menilainya. Sultan Brunei vs Najib Razak, siapakah pemenangnya? Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini...~;)

Thursday, 13 October 2011

Kalau Orang Islam Sendiri Tolak Hudud, "Kami" Akan Terima

Satu peringatan kepada UMNO! Benarlah Islam itu rahmat kepada seluruh alam tanpa mengira bangsa dan agama. Akan sentiasa ada segolongan yang mahukan kepada Islam sehingga akhir zaman. UMNO dan Barisan Nasional telahpun menolak hukum Tuhan. Namun, Allah gantikan mereka dengan PAS dan rakan sekutu mereka yang bukan Islam yang mana mereka melihat hanya hukum Tuhan dan undang-undang Tuhan dapat memulihkan negara ini yang semakin hari semakin terperosok jauh ke lembah kehinaan.
Bukan Islam pun sokong Islam
Dengan sokongan masyarakat bukan Islam iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam.


Penasihat DHPP Kelantan, Jeffry Lee Weng Chun berkata, program penerangan itu dijangka turut disertai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, program penerangan dianggap perlu memandangkan hukum hudud sengaja dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

“Program penerangan itu akan bermula November ini. Tenaga penceramahnya beberapa orang peguam bukan Islam yang akan bercakap berkaitan perundangan Islam.

“Kami merasa terpanggil mengambil tanggungjawab ini bagi memberi penerangan lebih jelas kepada bukan Islam terutamanya mereka yang sudah berusia,” katanya kepada media di sini hari ini.

Menurutnya media bukan medan sesuai memberikan penjelasan berkaitan hudud memandangkan ruangan agak terbatas, lagi pun media arus perdana lebih gemar menyiar aspek negetif.

Jeffri yang juga seorang usahawan berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah diberi penerangan sejak 21 tahun lalu mengenai perundangan Islam, sebelum enakmen hudud diluluskan.
Sekumpulan masyarakat India yang tahu
Islam itu adil kepada semua
Kata beliau, rata-rata masyarakat bukan Islam terutamanya golongan muda faham kerana penerangan mengenai hudud diadakan sepanjang masa.

”Bagi mereka yang tinggal di luar Kelantan mungkin ada sedikit masalah memandangkan tidak banyak penerangan mengenai hudud dibuat. Lagi pun kekeliruan sengaja ditimbulkan media massa,” ujarnya.

UMNO, apa lagi yang kamu mahu? Masih tidak cukupkah kerosakan yang kamu bawa kepada kestabilan sosiobudaya dan keharmonian masyarakat negara ini?
Ayuh semua kita bangkit, dengan slogan "PAS GANTI UMNO" !!!

Wednesday, 12 October 2011

Penafian Neil Armstrong Memeluk Agama Islam

Satu dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969, satu sejarah yang tidak pernah dibayangkan manusia dicipta angkasawan berkenaan. Sembilan belas minit kemudian, Edwin Aldrin menyertai Armstrong, manakala Michael Collins mengawal pesawat induk, Columbia.Sebelum itu, pada 16 Julai 1969, jam 9.32 pagi waktu timur Amerika Syarikat (AS), ketiga-tiga angkasawan AS itu menaiki roket Saturn V dan berlepas ke angkasa lepas dari Cape Kennedy, Florida. Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!



“Itu adalah langkah kecil bagi seorang lelaki, tetapi satu loncatan jauh bagi manusia keseluruhannya,” kata Armstrong sebaik menjejakkan kaki ke permukaan bulan.

Armstrong, 79, yang pernah berkunjung ke Malaysia sempena Forum Kepemimpinan Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2007.

Sejak sejarah itu tercipta 36 tahun lalu, masih ada yang menganggap projek Apollo 11 satu penipuan. Pentadbiran Aeronautik dan Pentadbiran Kebangsaan (Nasa) AS dikatakan tidak berkeupayaan menghantar angkasawan ke bulan. Sebaliknya angkasawan berkenaan dikatakan ‘mendarat’ di atas sebuah pentas khas rahsia yang terletak 342 kilometer dari Las Vegas.

“Projek Apollo 11 adalah secara menyeluruh dan dijalankan dengan sedaya-upaya. Ia juga terlalu sukar. Malah, ia projek paling lama dan termahal. Namun, perkara yang lebih menyukarkan ialah apabila ia dikatakan satu penipuan.

“Dalam penerbangan kapal angkasa, kami tidak mempunyai pilihan, tetapi perlu berhadapan risiko sebenar. Kami percaya kami boleh menyelesaikan misi yang dianggap mustahil oleh sebahagian besar masyarakat,” kata Armstrong yang menyifatkan permukaan bulan seperti arang.

Selain itu, cerita menarik mengenai Armstrong ialah apabila beliau dikatakan sudah memeluk Islam. Ia sudah tersebar sejak 15 tahun lalu dan Armstrong dikatakan mendengar azan ketika di bulan yang mendorong beliau memeluk Islam.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.

Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.

Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.

Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.

Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.

Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.

Namun, segalanya berkemungkinan. Mungkin beliau terpaksa menyembunyikan keislaman beliau kerana desakan daripada Amerika Syarikat sendiri. Kita telah melihat bagaimana nasib yang diterima oleh Michael Jackson yang mempunyai pengaruh yang besar kepada dunia cuba menzahirkan keislamannya. Hanya sehari lagi sebelum beliau menyatakan keislamannya kepada dunia dalam konsert meganya, beliau dibunuh dengan penuh konspirasi. Nasib ini mungkin berulang kepada Neil Amstrong jika beliau benar-benar Islam dan menyatakan keislamannya kepada umum. Wallahualam.

Monday, 10 October 2011

Hudud : Wartawan Hiburan vs Artis Malaysia [Gambar]

MasyaAllah, apa nak jadi da dengan masyarakat Islam Malaysia sekarang ini. Isu yang gempar diperkatakan kini adalah isu berkenaan komen pendapat artis terhadap hukum hudud. Alhamdulillah, ada yang ok laa. Namun, ada yang menolak terus hukum Allah ini dengan pelbagai alasan. Ada yang berlapik-lapik. Namun, mereka bukanlah yang bersalah 100% dalam soal ini, wartawan yang menyoal mereka serta editor yang meluluskannya juga bersalah.


Apa kejadahnya pergi soal berkenaan dengan hukum-hakam dalam Islam kepada golongan artis ? Nak tanya pun, biarlah kena pada tempat dan orangnya. Ramai lagi ulama'-ulama' di luar sana yang boleh membahaskannya. Isu ini patut diambil pengajaran dan tauladan agar ianya tidak berulang di masa hadapan. Tindakan yang tegas patut diambil kepada pihak yang terlibat dalam temubual tersebut juga tidak lupa kepada artis-artis yang menghina hukum Allah ini.


Jika mengikut kepada rencana yang ditulis, tertera nama Marina Sahabudin. Mungkin dialah yang menebual dan menyiapkan temubual di atas. Saya telah menyelongkar internet dan menemui insan yang bergelar wartawan ini. Diharapkan insan ini dapat menjalankan tugas dengan lebih profesional lebih-lebih lagi bergelar seorang muslimah dengan menjaga etika dan sensitiviti agama. Lain kali, beliau perlu menjalan tugas dengan lebih berhati-hati.


Mohon beliau menerima teguran membina ini dengan seikhlas hati dan berlapang dada. Ini gambar dan facebook beliau :



Link facebook beliau:



Pada pendapat anda, pandangan siapakah yang diikuti oleh kebanyakan orang yang menolak hukum hudud ? Sendiri mau fikir...


Ini pula komen daripada seorang artis muslimah. Kan bagus kalau macam ini. Takder la memandai-mandai. Thumbs up Wardina Safiyyah.



Akhir kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan ??? ~;-)

Bajet 2012: Syarikat luar dapat nikmat, rakyat terus derita

Subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.



Justeru, bagi Presiden PAS, secara konsepnya Bajet 2012 masih sama, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.

“Ini adalah belanjawan pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, ujarnya tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban.

Katanya, kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat.

Contohnya, kata beliau harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya.

Ini, tambahnya menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar, tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang menambah, untuk jangka panjang, kerajaan gagal untuk mendidik rakyat supaya berhemat.

Malah, katanya rakyat terus digula-gulakan dengan segala pemberian jangka pendek yang sebenarkan tidak mampu menjadi penyelesaikan jangka panjang.


“Penstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya iaitu lebih membela rakyat,” ujarnya.

Sebagai contoh, beliau berkata subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran, bermakna lebih RM12 billion masih dinikmati oleh syarikat luar.

“Ini merupakan pengaliran keluar sumber.

“Insya Allah, saya akan memperincikan pandangan saya tentang belanjawan kali ini dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat nanti,” katanya.

Sunday, 9 October 2011

Bajet: 'Budak-budak tak boleh pegang duit banyak'

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Bajet 2012 seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti mana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak”.


Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang berkata, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.

“Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, cadangan peringkat mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

“Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading,” ujarnya.

Ujarnya, boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja.

“Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus,” ujarnya.

Mana tidaknya, kata beliau sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit hingga mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu ‘orang kuat utang’.

Menurutnya, pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti.

Sebagai contoh mudah, ujarnya yuran internet dan ICT di sebuah IPTA sehingga mencecah RM100 untuk satu semester, dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100, tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan.

“Bas kilang pun percuma, ini pula bas universiti.

“Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa,” ujarnya.

Katanya, ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.

Beliau bertanya, kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di IPT-IPT ini.

Tanya beliau lagi, bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Mana mahu guna emel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.

“Malang sungguh mahasiswa di Malaysia, bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya.

“Jom ubah kerajaan sekarang!” katanya.

Wednesday, 5 October 2011

Kemusnahan Dunia Kian Hampir, Munculnya Dajjal al Masikh

Di sini saya kongsikan e-book tentang kemunculan dajal dan kiamat. Terima kasih kepada Mr Smile kerana telah berusaha mengumpul kembali info-info dan telah menerbitkan ebook ini untuk memudahkan pembaca yang tidak mempunyai internet sepanjang masa. Semoga e-book ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita. Jika boleh, sebarkan e-book ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga anda supaya mereka tahu apa yang sebenarnya sedang terjadi sekarang ini. Kita telah ditipu oleh hiburan, sukan dan lain-lain yang melekakan kita walhal masanya kian hampir. Sedarlah sebelum semuanya terlambat. Maklumat ini sukar didapati. Anda tidak akan jumpa di kedai-kedai buku atau di mana-mana. 


Harganya adalah Percuma dan anda hanya perlu sebarkan kepada rakan-rakan anda. Itu saja permintaan kami.




Berikut adalah sedikit kata-kata dari Mr Smile:~


Salam semua, mungkin ada yang tidak dapat online untuk menerima maklumat ini, jadi saya terbitkannya di dalam buku, maka anda boleh bacanya tanpa menggunakan internet dan yang lebih penting dapat menyebarkannya secara meluas. Di dalam e-book ini akan diulaskan mengenai pertubuhan dajjal yang berada di dunia ini. Tidak terkecuali pertubuhan ini bertapak di Malaysia. Pembongkaran mengapa al-aqsa mahu dirobohkan dan Palestin di serang. 

Pembangkitan dajjal di akhir zaman, pembongkaran cara pembangkitan dajjal melalui tenaga negatif yang terdapat pada bangunan-bangunan dan yang paling penting sekali adalah rancangan mereka pada dunia ini. Semuanya akan terbongkar di sini. Anda akan lihat realiti yang sebenar. Allah pasti akan memberi ganjaran kepada siapa yang berjuang untuk agamanya. Ingatlah hidup hanya sekali dan akhirat adalah selamanya. Berjuanglah kita kerana illahi selagi nyawa di ampung badan. Masanya semakin hampir!.



Password-
freeourmind

Walaupun , saya memberikan thumbsup kepada isi kandungan e-book ini, namun saya juga mempunyai pandangan dan kritikan tersendiri terhadap beberapa hujah yang dikemukan dalam e-book ini. Akhir kata, pertimbangkanlah segala yang terdapat dalam e-book ini dengan akal yang sihat serta ilmu pengetahuan kita. Wallahualam.

Tuesday, 4 October 2011

Hudud: Boleh tak sokong, tapi jangan halang, kata PAS

Isu pelaksanaan hukum hudud sebenarnya bukanlah isu politik tetapi adalah tuntutan agama untuk umat Islam. 


Justeru, menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beliau berharap tidak ada pihak yang akan cuba mengenakan kekangan dan campur tangan untuk mengutuk dan menghalang umat Islam dalam menghayati keperluan wajib agama mereka.

Katanya, golongan yang tidak mengerti mengenai perundangan Islam dan bukan ahlinya juga tidak sepatutnya membuat komen yang bertentangan dengan realiti perundangan Islam itu.

“Sehubungan itu, di atas sifat saling hormat-menghormati dan toleransi beragama, golongan bukan Islam boleh tidak menyokong hudud, akan tetapi janganlah seperti MCA yang menuduh liar bahawa hukum hudud ini menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kepada yang tidak menyokong perundangan Islam, kata Tuan Ibrahim boleh terus tidak menyokong, namun menurutnya adalah amat tidak adil sekiranya golongan itu menyeru umat Islam melupakan hasrat mereka selama-lamanya.

Jangan campur urusan agama lain

“Dalam konteks demokrasi negara, tugas melaksanakan syariat Allah kini bergantung pada keinginan – bak kata, nak seribu daya, tidak nak seribu alasan.

"Antara PAS dan Umno, umat Islam kini boleh melihat dengan jelas siapa yang seribu daya, dan siapa yang mempunyai seribu alasan dalam melaksanakan dan menerangkan syariat Allah secara dakwah kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, Islam tidak pernah menyekat kebebasan agama lain, mahupun amalan serta penghayatan agama berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menempelak resolusi persidangan MCA yang menyatakan hukum hudud yang dicadang dilaksanakan di Kelanatanakan menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu.

“Kejahilan ini mencerminkan kepada rakyat betapa MCA yang menjadi komponen penting dalam BN selepas Umno, gagal menjaga perasaan umat Islam, sehingga meluluskan satu resolusi yang memalukan tentang Islam.

"Tidak timbul soal Islam menyekat kebebasan agama lain, atau menyekat amalan dan penghayatan agama lain,” katanya.

Menurut beliau, tindakan itu menunjukkan tahap kelemahan yang sangat ketara khususnya dari sudut maklumat dan pengetahuan asas tentang Islam dalam Umno dan BN.

Kewajipan Islam

Pada Ahad lalu, persidangan mesyuarat agung MCA meluluskan satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud.

Alasan parti Cina itu, hukum hudud, bukan sahaja bercanggah dengan rukun asas perlembagaan persekutuan, tetapi didakwa menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu.

“Jangan kelirukan lagi benda yang suci yang diturunkan Allah ini. Lihatlah MCA, umat Islam boleh menilai sendiri kesan pemerintahan Umno terhadap nama baik Islam,” katanya.

Tuan Ibrahim juga berkata PAS melihat suasana saling hormat-menghormati, memahami dan tidak mencampuri urusan agama lain perlu dikekalkan demi keharmonian negara.

Tambah beliau, rakyat Malaysia mesti memahami bahawa di sisi umat Islam melaksanakan perundangan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam yang mesti dilaksanakan, sebagaimana kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lainnya.

“Perundangan Islam bersifat kawalan dan pencegahan agar masyarakat selamat dari anasir yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan negara, di samping menjamin keselamatan nyawa, harta benda, maruah manusia, akal dan agama.

Maqasid syariah

"Ia juga merupakan tujuan utama syariah Allah diturunkan. Kerana itu, melaksanakan peraturan Islam adalah tuntutan maqasid syariah, bukan sebalik sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian golongan yang kurang arif tentang Islam,” katanya.

Menurut beliau lagi “Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (1993) dan Terengganu (2003) yang telah diluluskan dalam kedua-dua Dewan Undangan Negeri harus diterima” kerana “ia telah melalui proses sistem demokrasi yang diperakui oleh perlembagaan negara.”

“Kedua-dua enakmen ini hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja, Manakala golongan bukan Islam dikecualikan dari perundangan syarak kerana mereka bukan Islam,” katanya.

PAS, katanya juga mengharapkan pakar perundangan dan mereka yang berautoriti dari sudut syarak seperti para mufti, alim ulamak dan lainnya supaya tampil memberikan pandangan mereka, agar membantu masyarakat memahami sistem perundangan Islam ini.

Tutorial : Cara Buat Akaun Blogspot

Salam sahabat semua. Kini, saya telah menambah satu lagi topik perbincangan dan perkongsian di hijabul crewz iaitu topik tutorial memandangkan ianya amat penting dan berharga dalam membantu insan-insan yang baru berjinak dalam dunia blog. Di bawah ini adalah tutorial cara membuat akaun blogspot. Ayuh...

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.


Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.


Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address

  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.





5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'



6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget