FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 19 June 2011

Pidato Lifeline4Gaza : Najib vs Mat Sabu

Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.


Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah “mendapat tekanan” daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.

Pihak penganjur juga menutup nama Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang dijemput sebagai mewakili BN pada backdrop di pentas.

Mohamad yang dihubungi Harakahdaily juga mengesahkan pembatalan itu.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan," katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu,Bernamamelaporkan pada perasmian LL4G, malam semalam, Najib berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan yang bakal berlepas ke Gaza pada minggu depan.

MP PAS juga sertai Freedom Flotilla.

Perdana Menteri berkata beliau akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan. 

Malaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II". 

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, rombongan kali ini akan disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi AMAN Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kiri), dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, Wartawan Astro Awani Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir. 

Najib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan. 

"Kita tidak hendak 10 wira kita ini dilakukan sebarang penganiayaan terhadap mereka," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas "Freedom Flotilla" pada 31 Mei tahun lepas di mana enam buah kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa. 

Ketika tragedi itu, "Freedom Flotilla" anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan. 

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" (Stay Human) dan akan disertai 13 buah kapal antarabangsa -- 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo. 

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Noorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental. 

Beliau berkata mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.

Thursday, 16 June 2011

Freemason : UMNO VS PAS



Hari Rabu 25hb Oktober, 1978

PENYATA RASMI PARLIMEN
PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYAT

House of Representatives

PARLIMEN KELIMA
Fifth Parliament

PENGGAL PERTAMA
First Session

FREEMASON




Perdana Menteri (Dato: Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.

4. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertanya kepada Perdana Menteri menyatakan secara lengkap:

(a) apakah jenayah yang dilakukan oleh seorang ahli Freemason, yang memerlukan ia bertaubat dan menjauhkan diri
dari kumpulan itu; dan

(b) samada pihak yang berkenaan baru saja sedar berkenaan dengan jenayah-jenayah itu setelah selesai kajian dibuat
oleh Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri. Jika kesedaran itu telah lama diketahui mengapa baru sekarang orang ramai dinasihatkan supaya bertaubat dan menjauhkan diri dari pertubuhan itu.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a), seseorang Islam yang memasuki pertubuhan Freemason akan melibatkan dirinya dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidahnya sebagai orang Islam. Oleh yang demikian, ia adalah melakukan amalan yang menyalahi ajaran ugama Islam.

Mengenai soalan (b), Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada bulan Ogos tahun ini telah melantik sebuah
jawatankuasa untuk mengkaji tentang kegiatan-kegiatan Freemason. Setelah menjalankan kajiannya, Jawatankuasa itu berpendapat bahawa kegiatan Freemason pada keseluruhannya adalah bertentangan dengan akidah Islam. Selepas ada pengesahan dari Jawatankuasa itu, maka barulah orang-orang Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pertubuhan itu, atau sekiranya telah melibatkan diri supaya menarik diri dan bertaubat.

Tuan Yang di-Pertua, molek juga saya mengambil kesempatan ini memberi keputusan-keputusan Jawatankuasa yang saya sebutkan itu. Berdasarkan kepada kajian yang teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa itu mengenai Freemason, maka keputusannya adalah seperti berikut:

(1) Freemasonry adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan ketuhanan.

(2) Ugama bagi Freemasonry adalah hak peribadi.

(3) Freemasonry tidak mengakui nama sebarang Tuhan tetapi mempercayai adanya suatu Kuasa iaitu Supreme Being.

(4) Konsep ketuhanan Freemasonry adalah berdasarkan konsep rubu-riak, iaitu mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikut syariat mana-mana ugama.

(5) Amalan dalam Freemasonry terbahagi dua. Pertamanya amalan upacara (ritual) dan kedua, amalan kemasyarakatan
di antara ahli-ahli. Amalan upacara mengikut mereka adalah amalan berpunca dari adat-istiadat di zaman Nabi Allah Sulaiman seperti sewaktu bersumpah dengan berkaki ayam, menyinsing kaki seluar sebelah kanan, meletakan seutas tali di leher, menghunus pedang ke dada dan sebagainya. Amalan sosial ialah memberi pertolongan kepada ahli-ahlinya sahaja dengan menggunakan code rahsia atau pertolongan kepada sebarang pertubuhan yang difikirkan sesuai oleh mereka. Freemasonry juga mengadakan upacara perjumpaan yang berkala diantara ahli-ahlinya untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa ajaran Freemasonry adalah yang paling tinggi mengatasi segala ajaran ugama.

(6) Matlamat Freemasonry mewujudkan satu fahaman yang dapat mengatasi segala konsep ugama yang bertujuan membentuk kekuasaan sejagat tanpa ugama yang tertentu.

Dengan berdasarkan kesimpulan di atas maka Jawatankuasa itu berpendapat bahawa Freemasonry pada keseluruhannya bertentangan dengan akidah Islam.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Oleh kerana memandangkan bahawa Freemason itu begitu bahaya dan menyentuh akidah Islam, maka apakah satu cara bertaubat yang perlu diberikan kepada orang ramai supaya orang ramai sedar bahawa dengan cara bertaubat ini sahajalah ia akan bersih daripada dosa yang begitu besar?

Yang kedua, bagaimanakah pandangan Kerajaan bahawa terdapat di antara pemimpin-pemimpin tanahair kita khususnya
pemimpin-pemimpin setengah-setengah badan dakwah yang menjadi ahli Freemason.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, Kerajaan telah menerangkan pendapat Jawatankuasa
ini dan mana-mana ahli samada orang-orang dalam Kerajaan ataupun di luar Kerajaan, dengan keterangan yang diberi oleh Jawatankuasa yang saya sebutkan tadi iaitu pertubuhan Freemason itu adalah bersalahan dengan akidah ugama kita, maka itulah diminta kalau belum tercebur di dalamnya supaya jangan tercebur dan jika telah tercebur
di dalamnya hendaklah bertaubat dan cara bertaubat itu kita mengikutlah cara yang biasa kita bertaubat.

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Soalan tambahan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengharamkan dari segi undangundang terhadap pertubuhan Freemason yang ada di dalam negara kita sekarang?

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua,masalah itu pun dikaji juga daripada segi undang-undang dan didapati tidak ada sebab-sebab yang boleh mengharamkan pertubuhan seperti ini, kerana yang dikatakan salah ini ialah salah daripada segi merosakkan akidah bagi orang Islam, tetapi bagi yang bukan Islam dia tidak menjadi soal dan tidak ada kelihatan sebab-sebab yang kita boleh mengharamkan dari segi undangundang pertubuhan ini.

Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam kajian Jawatankuasa Bahagian Ugama mengenai masalah Freemason ini, dapatkah atau tidak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan:

Pertama, sejauh manakah pengaruh Freemason ini wujud di dalam negara kita?

Kedua, berapa banyakkah orang-orang atau berapa ramaikah orang-orang yang betul-betul terlibat dalam gerakan
Freemason ini?

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, Freemason sudah wujud di negara kita selama 150 tahun mulai di Pulau Pinang dan tak ada bukti-bukti yang menunjukkan iaitu dengan tertubuhnya pertubuhan itu ia mengancam negara kita samada dari segi sosial ataupun keselamatan. Itulah yang saya katakan tadi tak ada sebab yang kita boleh mengharamkan pertubuhan itu dari segi undang-undang.

Berkenaan dengan bilangan orang-orang yang terlibat iaitu orang-orang Islam, saya tak dapatlah memberi butirnya dan saya berkehendakkan notis.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau tak silap saya dalam bulan Julai yang lepas, satu jawapan diberi oleh pihak Kerajaan bahawa Freemason ini tidak ada hubungannya dengan Zionism tetapi daripada jawapan yang kita dengar hari ini timbul nama Nabi Allah Sulaiman yang dengan sendirinya ada hubungan dengan Yahudi. Soalnya manakah di antara satu jawapan yang boleh dipegang?

Tuan Yang di-Pertua:

Yang terbaru sekali, yang dahulu itu belum selesai lagi penyiasatan oleh Jawatankuasa yang berkenaan.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Soalan tambahan. Dalam kajian Jawatankuasa berkenaan Freemason ini dapatkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerangkan kepada Dewan ini kenapakah kalau kita tengok senarai ahli-ahli Freemason itu keseluruhannya terdiri daripada orang-orang besar, gajinya mahal ataupun negarawan pun ada dan tidak ada pula termasuk orang-orang yang kecil-kecil macam saya.

Tuan Yang di-Pertua:

Ini kecil badankah atau kecil apa?

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Pangkatnya besar. Kenapakah orang-orang yang mempunyai kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat dan dalam mencari ahli tak mahu pula mengambil ahli yang tidak ada kedudukan dalam masyarakat.

Perdana Menteri:

Itu wallahualam bissawab (Ketawa).

Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:

Soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengikut kajian kita tahu Freemason telah wujud dalam negara kita lebih dari 100 tahun, setakat pengetahuan dalam kajian, adakah pergerakan ini pernah mengancam keselamatan negara dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua:

Sudah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi.

Tuan Mohd. Nakhai bin Haji Ahmad:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh kerana di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan angkatan muda supaya jangan mudah terpengaruh dengan fahaman asing yang menyekat kebebasan, tidakkah menerusi pergerakan Freemason ini dapat dijadikan oleh setengah golongan sebagai saluran untuk menyebarkan fahaman asing yang berbahaya itu? Kedua, tidakkah Kerajaan mencurigai bahawa dengan mempengaruhi orang-orang atasan sebagai anggotanya, ini boleh menimbulkan ataupun boleh mempengaruhi dan dapat dijadikan saluran untuk mempengaruhi pentadbiran dan dasar-dasar dalam negeri walaupun dengan secara tidak langsung.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, saya katakan tak ada bukti yang menunjukkan iaitu pertubuhan ini ada pengaruhnya dan boleh mendakyah atau influence dasar luar atau polisi luar negeri di dalam negara kita.

Berkenaan dengan ahli-ahlinya, kita juga tak ada bukti yang menunjukkan ahli-ahli ini adalah terpengaruh sampai boleh terkeluar daripada tanggungjawab dan taat setianya kepada negara kita ketika dia menjalankan tugasnya. Bukti-buktinya tidak ada. Jikalau ada, tentu tindakan akan diambil atas seseorang itu, bukan atas pertubuhan itu.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Bolehkah pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju dengan saya bahawa bila seseorang berkeyakinan bahawa tidak ada Tuhan yang bernama Allah bahkan Tuhan itu begitu sahaja—self-free, maka kita berkeyakinan ini boleh mempengaruhi hidupnya dan hidup orang yang di bawahnya dengan cara menyiarkan fahaman atheist
atau fahaman ilhak, free thinker dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua:

Ini soalan Tauhid. Mengikut Standing Order 23 (i) tak bolehlah tanya fikiran. Saya bacakan:

"Sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapatkan buah fikiran "
dan panjang lagi. Saya bacakan setakat itu.

Puan Shariffah Dorah binti Mohammed:

Soalan tambahan. Bolehkah Yang Amat Berhormat. Perdana Menteri menerangkan bahawa adakah benar Lions Club dan Rotary Club ini di mana tempat kegiatan Freemason ini berselindung?

Tuan Yang di-Pertua: "Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan."

Tuan Yang di-Pertua:

Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan.

Wednesday, 15 June 2011

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa



Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.

http://www.malaysiakini.com/bm/

Saturday, 4 June 2011

Siaran Langsung Muktamar Pas ke-57

Siaran Langsung Muktamar Pas ke-57 hari ini dapat disaksikan melalui :-

1. Laman Rasmi Muktamar PAS ke-57
3. Terengganukini.Net

Hanya klik mana-mana li9nk untuk ke laman yang menyiarkan siaran langsung muktamar kali ini. Harap ianya membantu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget