FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 29 March 2011

Sokong PAS Haramkan Judi !!!

Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

NONEPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan. 

NONEDi Kuala Lumpur, pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.

“Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian,” katanya.

Sehubungan itu, Karpal menasihatkan penasihat undang-undang negeri Kelantan mendapatkan nasihat Peguam Negara sebelum membuat keputusan yang mungkin mengelirukan kerajaan PAS.

Ku Li: Terburu-buru

“Jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram. Malah, perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan ia pula tidak mengharamkan penjualan tiket loteri,” katanya.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga meminta kerajaan negeri supaya menarik balik larangan berkenaan yang didakwa telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negeri itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS itu sebagai tindakan terburu-buru.

umno 2007 tengku razaleigh ku li 081107"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat Gua Musang, hari ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lalu.

Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.

"Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya.

Tuesday, 22 March 2011

Konspirasi Politik Negara : Freemason Turut Terlibat ???



Dunia politik tanah air nampaknya semaikin bercelaru dari hari ke hari. Ramai rakyat berada dalam keadaan terpinga-pinga dengan situasi politik tanah air kini lebih-lebih lagi dengan negara digemparkan dengan penyebaran video klip lucah yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina. Tidak dapat dipastikan siapakah sebenar dalang sebenar yang berselindung disebalik 'Datuk T' yang dikatakan satu-satunya individu yang mempunyai akses video klip asal itu.


Apa yang pasti, konflik ini sememangnya satu konspirasi terancang. Manakan tidak ! Video klip itu diambil dengan cara sembunyi-sembunyi dan pergerakan perempuan dalam video tersebut amat mencurigakan kerana telah menyelongkar laci meja yang berdekatan untuk mengambil jam tangan berjenama Omega milik lelaki yang bersamanya yang dikatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam video tersebut.



Adakah ini perancangan halus daripada 'The Hidden Hand' untuk mencampuri urusan negara kita  yang tercinta dengan memulakannya dengan huru-hara dan ketidakstabilan dalam politik negara ? Terlibatkah negara 'Israel Zionis kecil' dalam konspirasi ini kerana negara kecil ini senantiasa ingin melihat Malaysia kucar kacir ? Atau adakah konspirasi ini dirancang oleh parti-parti politik di Malaysia sendiri ? Ada satu lagi khabar angin mengatakan konspirasi ini dirancang sendiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ? Saya tidak berani menimbulkan sebarang spekulasi di sini kerana saya bimbang ianya boleh membawa kepada fitnah dan memburukkan lagi situasi sekarang.


Jika kita melihat kepada pakaian yang dikenakan ke atas wartawan yang mahu melihat video itu, mereka dipakaikan jubah gelap seolah-olah berada dalam satu ritual Freemason. Adakah Freemason juga bersekongkol dalam penyebaran video seks ini ??? Tahap kerahsiaan yang teramat tinggi memang menjadi intipati kepada ritual-ritual Freemason.


Di bawah ini saya sertakan butiran-butiran konspirasi ini :-


Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

NONEKlip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.


Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Serah semua alat elektronik

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

seri carcosa 9.jpegKumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional,Bernama.
WartawanMalaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbarthe Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.

Orang dalam video

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau menemui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.


Jika benar keterlibatan 'pihak luar' dalam konspirasi ini, kenapa serangannya dikenakan begitu teruk ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim ? Atau ianya angkara 'orang dalam' sendiri ? Kita tunggu dan lihat. Sesungguhnya Allah pasti akan membela hamba-Nya yang benar, dan akan membongkar segala kebatilan di dunia ini. Insya Allah.

Sunday, 20 March 2011

[GEMPAR] Adakah Ini Bibit-bibit Kepada Peperangan Armageddon ???

Adakah krisis ini merupakan bibit-bibit kepada peperangan dunia ke-3 atau World War Three ? Atau lebih popular dengan gelaran Battles of Armageddon atau Peperangan Armageddon ? Mengikut pendapat sesetengah ulama juga pendapat sesetengah orientalis, peperangan Armageddon dikatakan peperangan yang akan berlaku sebelum  munculnya Imam Mahdi serta Pasukan Panji Hitam Dari Timur, Al Masih Al Dajjal dan Nabi Isa a.s. Ianya termasuk dalam tanda-tanda dekatnya kiamat.


Semalam, kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.



Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.


Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.



Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam. 
Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.


"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.


Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.



Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai 'Operation Odyssey Dawn'.


Katanya, matlamatnya ialah untuk menghalang tentera Muammar Gaddafi daripada melakukan lebih banyak keganasan ke atas orang awam - terutama di dalam dan di sekitar kubu pemberontak di Benghazi -- dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan Libya untuk mencabar zon larangan terbang. 


Sementara itu, Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, dan mencetuskan kemarahannya, yang berkata Mediterranean kini telah menjadi 'medan perang'.


Televisyen Libya sebelum itu melaporkan bahawa ratusan rakyat telah berkumpul untuk membentuk perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa ibunegara itu.


Satu pegawai Libya memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam serangan tersebut, yang bermula pada 1645 GMT (12.45 pagi waktu Malaysia) oleh sebuah pesawat pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera yang didakwa Perancis milik pasukan pro-Gaddafi.
 


Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.


Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.


Media di Libya juga melaporkan pesawat pejuang barat mengebomkan sasaran awam di di Tripoli, menyebabkan kematian, manakala jurucakap tentera pula berkata serangan juga mengenai tangki yang membekalkan bahan bakar ke bandar Misrata yang dikuasai pemberontak, di timur Tripoli.


Gaddafi, dalam ucapan ringkas yang disiarkan di televisyen negara itu, mengecam serangan tersebut dan berikrar akan bertindak balas.


"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," katanya.

Umat Islam di Libya nampaknya seperti keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Campurtangan barat dalam urusan hal ehwal Libya sudah boleh dihidu digerakkan oleh Zionis yang bertopengkan Amerika Syarikat serta tentera bersekutu. Malangnya, ada juga sesetengah negara Islam yang menyokong mereka seperti Qatar, Kuwait dan Bahrain. Di manakah jati diri umat Islam sehingga amat mudah diperkotak katikkan Kuffar ? 

Apa pandangan anda ???

Thursday, 17 March 2011

[GEMPAR] Harun Din Tidak Setuju Bible Bahasa Melayu !!!

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara. Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan PRU SarawakHarun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin2 tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit. Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini? Adakah kita hendak lihat anak2 Muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka? Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.


Petikan di atas aku amek dari blog pro umno. Aku dah search harakahdaily dan beberapa berita online pro pakatan rakyat tetapi aku tak jumpa berita di atas. Ini point yang korang faham kan dulu ;

1. Terdapat perkataan puak erdogan dalam petikan di atas. 

- Kesemua ahli/penyokong pas tahu puak endorgan tidak wujud dalam pas. Ianya disebarkan oleh umno bagi memecahbelahkan sokongan terhadap pas. Jelas artikel di atas tidak ditulis oleh mana-mana ahli pas sebaliknya ditulis oleh penyokong umno itu sendiri.

2. Beberapa pemimpin pas memujuk harun din untuk bersetuju agar bible dibenarkan dalam bahasa indonesia [bukan bahasa melayu].

- Harun din tak pernah pula mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak bersetuju bible indonesia. Yang cuma pernah dia ulas ialah hukum penggunaan kalimah Allah swt untuk orang kristian. Dia secara lantang menegaskan bahawa hukum penggunaan kalimah Allah swt oleh orang bukan islam ialah ;

- HARUS. [baca baik2 ya penyokong umno, ia bukan haram].

HARUS dibenarkan.
HARUS dilarang.

Dia memilih harus dilarang sebab ia membabitkan masalah akidah umat islam. Umat islam di malaysia kini sangat lemah akidahnya. Apatah lagi kristian mengambarkan Allah swt mempunyai anak dan menyerupai mahkluk. Dan saya ada terbaca beberapa pandangan, ada yang mengatakan bagaimana jika di sini hindu dan buddha turut menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam ajaran mereka? Bukan kah itu akan timbul konflik? Sebagai umat islam kita sedia tahu Allah swt ialah tuhan sekalian mahkluk. Tetapi menempatkan kalimah Allah swt yang bukan mewakili Allah swt, sudah tentu akan wujud pertikaian yang tidak munasabah.

Manakala TGNA mengatakan ia ;

HARUS dibenarkan.

Namun TGNA turut mengulas bahawa kalimah Allah swt haruslah digunakan bagi merujuk kepada Allah swt itu sendiri dan bukan nya mahkluk dan sebagainya.Jika kalimah Allah swt digunakan untuk merujuk selain dari Allah swt ianya dilarang sama sekali.

Jelas artikel ini sedang menyerapkan unsur-unsur tidak baik agar penyokong pas saling berbalah.

3.Artikel di atas turut mengulas isu pilihanraya sarawak. Mungkin mereka lupa pas hampir tiada kerusi untuk dipertandingkan di sarawak berikutan berlaku perebutan kuasa antara pkr, dap dan snap baru-baru ini. So isu neh takde kena mengena dengan pas waima sedikitpun. Walaupun yang bertanding ialah parti-parti komponen pakatan rakyat tetapi cukuplah pkr dan dap bersuara bagi membolehkan bible bahasa indonesia digunakan di sarawak. Suara PAS di sarawak sangat kecil malahan orang-orang sarawak tak heran sebab mereka tak berapa mao islam berkuasa di sarawak. Ini sifat lazim bagi penganut kristian. Sifat yang lazim ini juga adalah perkara yang lazim bagi aku sebagai seorang penganut islam sudah tentu tidak mao kristian berkuasa di negeri-negeri majoriti islam.

4. Harun din marah dan mempersoalkan isu akidah umat islam masakini. 

- Tiada apa-apa yang boleh aku ulas mengenai kemarahan harun din. Dia marah sudah tentu bersebab dan sebagai seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan wajib pula kita menghormati dia, maka kemarahan dia sudah tentu ada benarnya. Namun isu sekarang, kenapa kemarahan dia tidak tersiar di dalam harakah ataupun mana-mana paper online? At least orang nampak kemarahan itu. Ini kenapa dia nak marah diam-diam pula kan? [kalau ada sila inform]

Ataupun cybertroopers umno menyebarkan fitnah? Ingat, yang kamu fitnah itu orang yang cukup menjaga solat dan ibadat mereka sehari-hari. Tak kiralah harun din ataupun nik aziz. Mereka ini sudah terbukti melalui wajah di mana keluar cahaya yang berseri-seri melalui muka mereka. 

Pas bebas berbeza pandangan dan pendapat. Asalkan ianya tidak lari dari apa yang tertera dalam Alquran. Namun isu bible bahasa indonesia pas hanya boleh mempunyai satu pendapat.

Setuju atau tidak bersetuju?

Jika pemimpin pas memutuskan untuk bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena ikut keputusan jemaah. 

Jika pemimpin pas memutuskan untuk tidak bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena juga ikut keputusan jemaah meskipun pandangan peribadi aku sendiri bersetuju bible diterbitkan dalam bahasa melayu [bukan bahasa indonesian seperti sekarang] baca sini.

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa kerajaan menyekat penyebaran bible bahasa indonesia dua tahun yang lepas. Sebab utama ialah terdapat kalimah Allah swt dalam bible-bible tersebut. Ketika itu isu penggunaan kalimah Allah swt oleh penganut kristian sedang kecoh di seluruh negara. Maka kerajaan bertindak membekukan pengedaran bible bahasa indonesia sehingga kes itu selesai. 

Memandangkan di indonesia, penganut kristian bebas menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam kitab mereka, maka malaysia harus membuat satu keputusan yang tepat bagi menjaga hubungan baik islam-kristian.

Samada menghentikan terus bible terbitan indonesia dan menerbitkan bible bahasa malaysia dan dilarang menggunakan kalimah Allah swt di dalam nya ataupun hanya meluluskan bible terbitan indonesia yang tiada perkataan Allah swt di dalamnya.

Bible terbitan indonesia ini akan di tag hanya untuk penganut kristian sahaja ketika ia di edarkan. Jika kerajaan bersungguh mahu menjaga akidah umat islam, maka mohon dikenakan hukuman mati kepada yang memurtadkan orang islam dan orang islam yang murtad.

Kenapa? Sebab islam agama rasmi, maka eloklah kerajaan bertindak seperti digambarkan oleh perlembagaan negara.

Sunday, 13 March 2011

Imej-imej Satelit Sebelum Dan Selepas Tsunami Jepun


"Imej-imej satelit yang menunjukkan perubahan yang amat besar sebelum dan selepas tsunami yang melanda Jepun. Mengikut laporan berita TV3 sebentar tadi gegaran itu sebenarnya 9.0 pada skala Richter, laporan awal menyebut 8.9. Dianggarkan juga melebihi 10 000 orang yang mati.
 
Japan 


Japan


Japan

Japan

Sesungguhnya kuasa yang Maha Esa melebihi segala-galanya.....
" 

Tuesday, 1 March 2011

Bob Lokman berkempen di Kerdau pula

Setelah muncul di Merlimau sebelum ini, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini turun ke Kerdau dengan misi memenangkan calon PAS Hassanuddin Salim.




Beliau dijadual berada dua hari di DUN bagi menarik seramai mungkin sokongan orang ramai, khususnya golongan muda yang agak ramai daripada keseluruhan 8,999 pengundi.

Dalam penampilan pertama di majlis jamuan petang dan melawat pasar malam di Desa Murni dalam daerah mengundi Kerdau, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berucap kira-kira 30 minit sebelum bersalaman dengan orang ramai.

Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bila ada kopiah ini lain. Dulu saya buat apa sahaja sebab saya raja lawak. 

"Sekarang bila sudah ada kopiah, lain," katanya sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang kebanyakannya sudah berumur dan berkopiah.

Hassanuddin turut hadir dalam program itu ketika Bob, 47, sedang berucap dan disambut dengan gurauan juri program jenaka terkenalRaja Lawak musim lalu itu.

"Sama ke?" katanya sambil menunjukkan gambar calon.

Tak perlu sijil Al-Azhar
Dalam ucapannya yang penuh humor, Bob yang terkenal dengan lirik lagu "Isabella" nyanyian kumpulan rock Search itu menceritakan, beliau menyertai PAS secara tiba-tiba sejurus selepas keluar daripada pintu Raja Lawak.

"Tak ada sesiapa pengaruh, saya masuk saja," kata anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan yang juga cicit kepada ulama terkenal nusantara Tok Kenali.

Beliau juga mendedahkan beberapa kali terlibat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi membantu calon BN dan dibayar antara RM2,000 hingga RM3,000 ribu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan itu dibuat secara serius memandangkan hampir separuh ucapannya petang ini diselangi dengan gurauan menyebabkan hadirin tidak kering gusi ketawa.

Bob juga berjenaka dengan menyentuh pelbagai perkara, antaranya bertanyakan penonton sama ada calon BN bernama "Side Effect" (kesan sampingan) dan tidak akan percaya lagi pada Datuk Seri Najib Razak walaupun walaupun perdana menteri berucap "dengan golek kepala".

Bob juga berkata calon PAS sebagai bekas juru ukur tanah patut dipilih sebagai wakil rakyat kerana beliau "tahu keluasan bumi Allah."

"Tak perlu ada sijil daripada (Universiti) Al-Azhar pun," katanya merujuk kepada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, lulusan bahasa Arab daripada universiti paling terkenal dalam dunia Islam itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget