FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 25 January 2011

Islam Singapura Dianaktirikan Hantu Kuan Yew !!!

SINGAPURA - Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa.




Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India.

Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going.

Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya.

"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.

Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka.

Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa.

Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya.

Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.

"Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah... Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain," katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura.

Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing.

Bercakap tentang politik tempatan, Kuan Yew menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak tahun 1959 apabila Singapura memperoleh autonomi politik daripada pemerintah kolonial Britain akan kehilangan kuasanya pada satu hari nanti.

"Akan tiba satu masa apabila orang ramai berkata, mari cuba pihak yang satu lagi. Sama ada kerana kualiti PAP telah menurun atau pihak pembangkang sudah menghasilkan satu pasukan yang setanding dengan PAP. Hari itu akan tiba. Bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, saya tidak fikir ia akan berlaku. Menjangkau tempoh itu, saya tidak tahu," katanya.

Kuan Yew menyatakan walaupun satu kaji selidik menunjukkan sebaliknya, beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina.

"Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul," tegasnya.

Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi.

Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama.

"Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun.

"Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya," katanya lagi.

Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa.

Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta.



Kuan Yew yang memegang jawatan khas, Mentor Perdana Menteri kini bertindak selaku penasihat kepada Perdana Menteri Singapura yang juga merupakan anak lelakinya, Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004.Di sebalik kata-katanya yang tegas, Kuan Yew menunjukkan ciri-ciri kelembutannya apabila ditanya tentang mendiang isterinya, Kwa Geok Choo yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, Oktober lalu.

"Ia membawa makna lebih keseorangan," kata Kuan Yew dalam buku tersebut yang mengandungi siri temu ramah eksklusif dengan wartawan-wartawan akhbar Straits Times. - AFP

Saturday, 22 January 2011

Tenang: Pertandingan satu lawan satu, BN-PAS

HARI PENAMAAN CALON
9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding


Cuaca cerah dengan suhu pagi yang dingin menyaksikan ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi kerusi Tenang.

NONESetakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.

PAS telah menamakan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu.

Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

NONESemua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
LAPORAN LANGSUNG
12.05 tengahari: Kedua-dua penyokong mulai bersurai. Polis juga sedang berbaris bagi menamatkan tugas mereka hari ini.
NONE11.25 pagi:Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
"Saya juga telah menerima tiga bantahan dan setelah masa bantahan ditutup tiada calon ditolak kertas penamaannya.

"Dengan ini, saya mengumumkan calon yang bertanding adalah Normala Sudirman dan Mohd Azahar Ibrahim," kata Md Asri.
Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.
NONE11.10 pagi: Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.
Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.
11.00 pagi:Tempoh bantahan berakhir.
10.45 pagi: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui Malaysiakini enggan mengulas mengenai persiapan BN menjelang pilihan raya kecil Merlimau.

Beliau hanya tersenyum, ketika keluar bertemu dengan penyokong BN dan disambut dengan laungan "Hidup Datuk Ali".
10 pagi: Penamaan calon ditutup.

NONEPegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir mengumumkan proses penamaan calon telah ditutup. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.

Tempoh bantahan adalah antara jam 10 pagi hingga 11 pagi. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.
9.55 pagi: Tiga orang penyokong PKR sesat masuk ke kawasan penyokong BN dan disorak, “ “Hidup BN” sambil mengibarkan bendera BN.

NONEPolis bertindak pantas, melepaskan mereka dan mengiriingi mereka ke kawasan penyokong Pakatan.
9.45 pagi: Puteri dan Wanita Umno, membalas nyanyian Pakatan Rakyat dengan menyanyikan lagu "Geylang si paku, geylang".

Lirik ditukar "Pulang, marilah pulang, marilah pulang, masuk barisan".
9.43 pagi: Di sebalik amaran oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran supaya tidak terbabit dengan kempen pilihan raya kecil, suami Normala, Makrof Abd Mutalib, seorang guru tetap mengiringi isterinya.

NONEDengan memakai baju Melayu berwarna hijau dan berketayap putih, beliau berkata kehadirannya adalah mengiringi isterinya dan bukannya berkempen.

"Saya datang kerana memberi sokongan moral kepadanya,” kata Markof sambil tersenyum.

“Saya terharu dengan begitu ramai yang menyokong isteri saya.”

Katanya, Normala bangun pada jam 5.30 pagi ini dan bersarapan dengan keluarga, termasuk ibu bapanya dan tiga anak mereka.

"Kita makan nasi lemak, seperti biasa. Kami juga mohon restu daripada ibu bapa sebelum meninggalkan rumah.”
9.35 pagi: Satu lagi kekecohan hampir tercetus antara penyokong Pakatan dan polis apabila pihak berkuasa bertindak mengelaurkan bateri daripada pembesar suara yang digunakan mereka.

Polis juga memberi amaran untuk menahan mereka jika tidak mematuhi arahan larangan penggunaan alat pembesar suara itu dan mereka akhirnya akur.

NONEMeskipun bahang matahari mula memancar, penyokong mula menyanyikan lahi tahun baru Cina untuk memeriahkan lagi suasana.

Ketua polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menganggarkan tidak kurang 8,000 penyokong Bn hadir manakala penyokong Pakatan Rakyat pula dikatakan berjumlah lebih 5,000.
9.30 pagi: Polis mereampas empat batang buluh yang digunakan oleh penyokong BN bagi mengantung bendera IPF, sebuah parti yang mesra dengan BN. Menurut anggota polis, buluh dan kayu adalah bahan larangan bagi mengelakkan ia digunakan sebagai senjata jika berlaku pergaduhan.
9.23 pagi: Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.
NONE9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".
9.15 pagi:Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.

NONEMenurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.

Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.

"Lepas makan gaji Umno, boleh balik,” kata seorang penyokong PAS.

9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.
9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui “Inilah Barisan Kita”.

NONEMereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".

Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.

Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.

Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.
9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.

9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.
NONEPegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.58 pagi:
 Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.
8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.


NONE8.42 pagi:Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.
8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.
NONENormala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

Terdapat tidak kurang 500 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 200 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.

NONEJumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.

8.08 pagi:
 Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.

NONE7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.

Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.

Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang,” katanya.

7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Saturday, 15 January 2011

Gelombang hijau: Umno Terengganu mulai cemas

Sabtu, 15 Januari bakal menjadi satu lagi titik penting dalam sejarah PAS, khususnya di Terengganu. Belasan ribu pendukung segenap peringkat parti dari seluruh negeri itu dijadualkan membanjiri Dataran Tok Guru di Kampung Geliga, Kemaman.
Mereka bakal menjayakan program Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU), salah satu mata rantai aturcara menyempurnakan agenda utama dilancarkan parti di peringkat Pusat beberapa bulan lalu. Himpunan itu diharap menjadi pencetusan gelombang kebangkitan rakyat Terengganu menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Melalui himpunan ini kita (PAS negeri) harap dapat membentuk persepsi rakyat bahawa Umno sudah tidak relevan dan perlu diganti. Sebab itu kita mengajak semua lapisan rakyat Terengganu bersama kita,” ujar Pegawai Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah.
Beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Panitia HKR-PGU bahkan memaklumkan pihaknya telah terlebih dahulu menyebarkan maklumat dan membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat negeri itu mengapa mereka perlu menolak Umno.
Secara khusus, katanya, agenda itu dimulakan 24 Disember lalu. PAS Terengganu telah menganjurkan Seminar PAS Ganti Umno di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu. Himpunan sepetang itu dikatakan mendapat sambutan luar dugaan.
“Alhamdulillah, kita jangkakan hanya sekitar 700 yang akan datang, tapi petang itu lebih 1,200 orang kita hadir dari seluruh negeri,” katanya.
Bagi beliau dan kepimpinan PAS negeri, kesungguhan ditunjukkan para pemimpin dan pendukung parti di segenap peringkat itu adalah petanda amat membanggakan. Ia menandakan wujud kesedaran agak tinggi di dalam masyarakat untuk menjayakan agenda dicanangkan parti.
Tidak syak lagi, kejayaan seminar itu membakar semangat kepimpinan PAS Terengganu untuk menapak dengan lebih yakin menyempurnakan misi PGU itu. Himpunan di Kemaman ini adalah siri pertama jelajah PGU ke kawasan-kawasan di seluruh negeri.
“Kita sengaja pilih daerah Kemaman di atas beberapa perkiraan. Antaranya ialah kerana ia daerah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Sebagai satu gimik politik yang agak menarik, ‘gelombang’ ini kita mulakan di daerah Menteri Besar dan akan kita akhirkan di daerah bekas Menteri Besar (Besut),” sambung Ustaz Wan Sukairi lagi.
Sebab lain ialah kerana ia daerah paling selatan dan disifatkan sebagai pintu masuk dari Pantai Barat. Berbeza dengan suasana pra-pilihan raya 1999 yang menyaksikan ‘gelombang’ kemenangan PAS Terengganu masuk dari pintu utaranya bersempadan Kelantan, ‘gelombang’ menolak Umno kali ini diakui lebih menyerlah berlaku di Pantai Barat.
Pihak penganjur mensasarkan kehadiran 20,500 orang. Untuk itu setiap PAS Kawasan ditugaskan mengerah para pendukung mengikut kemunasabahan logistik masing-masing. Kemaman selaku kawasan tuan rumah sudah tentu diharapkan mampu menggerakkan kehadiran paling tinggi, sekurang-kurangnya 4,000 peserta.
Manakala tiga kawasan paling jauh, iaitu Hulu Terengganu, Setiau dan Besut masing-masing perlu menghantar sekurang-kurang 2,000 pendukung.
Melihatkan penyampaian maklumat dan perkembangan kesedaran agak positif di kalangan pendukung parti di peringkat bawahan, angka itu insya Allah dapat dihampiri, jika pun tidak berjaya dicapai.
Apa pun bakal berlaku, yang pastinya ‘gelombang’ yang diharapkan bakal dicetus di HKR-PGU itu sebenarnya sudah pun berkumandang dalam masyarakat negeri itu. Di sana-sini kedengaran mereka bercakap mengenai PGU. Ia bukan semata-mata berkaitan program sehari itu, tetapi dalam konteks lebih luas.
Kain rentang dan poster PGU yang disebarluas dan dipamerkan di serata negeri juga turut menghasilkan impak kepada rakyat. Bagi yang mengetahui dan memahami ia sebagai satu agenda parti, mereka membacanya beserta perasaan bangga dan penuh harap ianya dapat dicapai.
Bagi masyarakat terbanyak yang belum benar-benar mendalami isi maksud PGU pula, pameran sepanduk dan poster berbagai rupa itu mencetuskan naluri ingin tahu. Sekurang-kurangnya ada yang mula berfikir mengenai slogan ‘PAS Ganti Umno’.
Malah tidak kurang juga yang nampak rasional di sebalik slogan itu, terutama apabila dikaitkan dengan berbagai tindakan Umno/BN yang semakin hari semakin menghimpit kehidupan rakyat. Tidak mustahil antara mereka akan teringat kembali suasana kehidupan lebih baik dan mewah sewaktu PAS memerintah Terengganu dulu.
Sebetulnya, jika diminta rakyat Terengganu membandingkan mana yang lebih baik di antara pemerintahan BN kini berbanding kerajaan PAS dulu, mereka yang ikhlas akan mengakui bahawa pemerintahan PAS lebih baik dari banyak segi.
Memang akan sentiasa ada pihak yang mengatakan sebaliknya. Bukan sahaja kalangan pendukung Umno, bahkan sebilangan orang PAS sendiri pun ada yang ‘bermasalah’ untuk menilai secara positif pengalaman berguna ditempa parti dulu.
Walau pun berkesempatan memerintah hanya sepenggal, PAS Terengganu telah membuktikan banyak perkara. Bagi mereka yang tidak hipokrit atau terlalu emosional dan bersentimen peribadi, tentu tidak sukar mengakui bahawa urustadbir negeri, hubungan peribadi pemimpin-pegawai kerajaan, pengurusan kewangan negeri, pentadbiran agama, kehidupan bersyariat dan kecaknaan terhadap kebajikan masyarakat di bawah kerajaan PAS adalah jauh lebih baik berbanding BN, sama ada sebelum kita memerintah dulu mahu pun sekarang.
Kini orang Terengganu sudah mula bercakap kembali mengenai kenangan manis itu. Ia tidak syak lagi amat menggusarkan Umno. Betapa sukarnya sebilangan pemimpin parti itu mengurus perasaan bimbang mereka menyebabkan ada yang tergamak berusaha menggagalkan program PGU dicanangkan PAS.
Yang menjadi mangsa kerakusan politik mereka ialah kain-kain rentang PGU. Ada poster dan kain rentang mengenai program tersebut ‘dilenyapkan’ oleh pihak yang tidak diketahui.
Di beberapa kawasan pula, ia diketahui dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun, siapa sebenarnya di sebalik tindakan PBT itu tidak sukar ditelah.
“Ya, memang PBT mengakui menerima tekanan “pihak atasan” untuk bertindak menurunkan kain rentang PGU. Ia berlaku terutamanya di Dun Seberang Takir dan Bukit Tunggal, di (Kawasan) Kuala Nerus. Ia juga berlaku di Besut,” ulas Wan Sukairi.
Namun kita percaya kerja sabotaj itu sedikit pun tidak mematahkan semangat orang kita untuk ikut menjayakan HKR-PGU esok. Sebaliknya lagi kuat tekanan dan pengkhianatan dibuat Umno, selalunya lagi ia menambahkan bersemangat pendukung PAS tampil membela parti.
Sebagai usaha menampakkan impak besar dan berkesan, pihak penganjur meminta setiap hadirin lelaki mengenakan t-shirt berwarna hijau, terutama hijau terang. Manakala peserta muslimat dijanjikan selendang berwana sama.
Jika arahan itu dipatuhi sebaiknya setiap yang hadir, insya Allah akan dapat kita saksikan lautan manusia berpakaian hijau akan bergerak dan berkumpul di Kemaman, esok.
Untuk itu, pastikan diri anda (yang berada berdekatan) tidak ketinggalan menjayakan himpunan amat bersejarah ini. Ayuh, marilah sama-sama kita banjirkan Dataran Tok Guru dengan ‘gelombang hijau’ dan kita jayakan slogan ‘PAS Ganti Umno’!

Wednesday, 5 January 2011

PAS-UMNO Menuju Kerajaan Perpaduan ???


Setelah bermacam-macam konflik yang telah berlaku dalam PKR pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai cerita kurang enak daripada rakan DAP yang diterajui oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh, adakah benar PAS sudah hilang kepercayaan kepada rakan Pakatan Rakyat ini ???


Satu demi satu konflik dan musibah menimpa rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat ini, namun parti PAS tidak pula ditimpa musibah dan konflik besar seperti yang dialami rakan-rakan mereka ini. Saya percaya sistem siasah yang berasaskan syura' berterasan syariah Islam yang dibawa oleh PAS inilah yang telah menyebabkan bai'ah ahli-ahli PAS tetap utuh dan teguh di belakang PAS walau apa pun konflik yang melanda.


Jika kita melihat sejarah penubuhan PAS dan UMNO, kita dapat melihat bahawa parti ini diasaskan oleh orang yang sama. Kembalilah kepada sejarah. Para ulama' yang turut serta dalam perjanjian penubuhan UMNO inilah yang bertindak keluar UMNO dan menubuhkan PAS. Jadi kita boleh simpulkan parti ini diasaskan oleh individu yang sama. Saya melihat kemungkinan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin semakin bimbang dengan sisitem politik orang Melayu Islam di Malaysia, kerana itulah baginda mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan kedua-dua parti kerana di Malaysia ini hanya terdapat dua parti yang benar-benar kukuh yang telah megah berdiri di Malaysia sejak zaman awal kemerdekaan lagi.


Tiada siapa dapat menafikan pengaruh yang dimiliki oleh UMNO dan PAS ini dalam mencorak suasana politik tanah air. Tanpa UMNO saya percaya Barisan Nasional tidak dapat bernafas. Tanpa PAS juga PKR dan DAP lemas dalam lautan politik mereka sendiri. Tidak akan dapat memerintah Pulau Pinang dan Selangor. Mustahil !!!


Walau apa pun yang dibincangkan sebenarnya dan walau apa pun agenda pertemuan tertutup ini, saya berharap PAS tetap utuh dalam persada politik tanah air dan terus memperjuangkan Islam tulen. Jika tetap bersama Pakatan Rakyat, biarlah kita yang menjadi ketua dan bukannya hanya dilihat sekadar menumpang kerana kerana PAS lah, PKR dan DAP menang banyak kerusi di Parlimen.


Jika ditakdirkan bergabung dengan UMNO, biarlah kita juga yang mencorak gabungan baru itu dengan dasar-dasar Islam dan UMNO patut menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi negara. Kerana saya percaya ramai juga ulama' dalam UMNO ini pun mahukan hal yang sedemikian cuma suara mereka seakan-akan tersekat.


Jika dalam gabungan PR, kita lemas dalam konflik dan ketidaksefahaman antara DAP dan PKR, dan jika UMNO tetap tidak menerima dasar-dasar Islam yang dibawa PAS, saya sanggup melihat PAS berjuang secara sendirian kerana saya yakin Allah sentiasa akan menolong para pejuang Islam hingga ke akhir zaman.


Jika PAS tetap dengan gabungan PR sekarang inipun saya tetap akan menyokong keputusan ini kerana saya percaya setiap keputusan yang diambil dalam PAS bukannya keputusan individu tetapi keputusan para pemimpin-pemimpin PAS dan Majlis Syura yang saya tahu masing-masing mempunyai visi dan misi untuk menegakkan Islam di Malaysia.  


Di sini saya sertakan berita berkenaan pertemuan pimpinan kedua-dua belah parti :

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

Nik Abdul Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.
Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, beliau dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget