FOLLOW HIJABUL CREWZ

Sunday, 11 December 2011

Agenda PAS Tanda Kematangan Politik Islam


Pas berikrar melaksanakan 10 agenda permulaan sepanjang peng­gal pertama pemerintahan bagi merea­li­sa­si­­kan konsep Negara Berkebajikan jika diberi mandat memerintah negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dokumen Negara Berkebajikan dianggap sebagai sebagai mukadimah kepada manifesto yang akan dikemukakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Ia mengandungi konsep umum di mana mesej Negara Berkebajikan ini dimasukkan juga di dalam Buku Jingga yang menjadi agenda bersama Pakatan Rakyat (PR), kita mendahulukan perkara yang sama dan tiada perbezaan antara satu sama lain.

“Ia bukan hanya bincang isu politik, ekonomi dan sosial, bahkan isu moral yang turut melibatkan pemimpin,” katanya pada sidang media selepas melancarkan okumen Negara Berkebajikan di kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), semalam.

Dokumen Negara berkebajikan yang dicetuskan Abdul Hadi itu adalah susulan kepada ucapan dasarnya pada Muktamar Pas Jun lalu.

Pas memutuskan untuk menjadikan 10 agenda itu sebagai prinsip penggubalan tiga polisi umum iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Di bawah polisi politik, ia akan mewujudkan sistem politik yang mengembalikan prinsip pengasingan kuasa sebagaimana termaktub dalam perlembagaan supaya tidak berlakunya pemusatan kuasa kepada suatu kumpulan tertentu demi menjaga kepentingan rakyat dan negara.


Ia juga menyebut setiap parti politik berhak mendapat peruntukan tahunan daripada dana negara sekali gus mengelakkan hubungan tidak sihat antara ahli politik dan golongan korporat.

Selain itu, masyarakat juga diberi ruang menunaikan hak awam untuk tidak bersetuju dengan kerajaan asalkan dilakukan dengan tertib dan aman.

4 comments:

  1. salam.."NANTI aku BERKUASA aku AKAN buat kerja2 agama"-.. menyandarkan AGAMA kepada MASA@KEADAAN..menghampiri syirik.kalo masa itu berkuasa sudah pasti SEMUA muslim yg ada banyak masa AKAN mendirikan solat.kalo kuasa itu brkuasa sudah pasti SEMUA negara2 islam kat bumi ni AKAN hebat iman2 rakyatnya,termasuklah negara kita..saya ulang-..sebab tu nabi tak cari kuasa dan tak perlu tggu jadi penguasa utk berdakwah@berpesan2 kepada iman dulu,sebab yg berkuasa didalam hati nabi saw itu itu hanya ALLAH.salam n walahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Mana ada nak perlu ada kuasa baru buat kerja agama! Lihatlah sekarang, PAS telahpun melakukan kerja Islam dengan caranya tersendiri iaitu melalui siasah. Salah ke? Islam itu syumul, semasa kita berada di pihak pembangkang buat la kerja Islam dengan cara yang paling 'berhemah' sekarang ini. Nanti, jika dapat kuasa memerintah, buatlah cara kita pegang kuasa pula.

      Kaitkan sirah Nabawiyah. Bagaimana uslub dakwah Rasulullah saw ketika sebelum hijrah dengan selepas hijrah dengan terbinanya sebuah negara Islam. InsyaAllah, nampak bukan? ^_^

      Delete
  2. Assalamualaikum..wrt
    Agama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam, rakyat satu Malaysia tahu. Sekarang dah 54 tahun negara kita merdeka jadi mengapa perlu berparti-parti lagi, mari semua orang yang berbakat dan layak menjadi pemimpin duduk semeja bersama para ulamat dan cerdik pandai berbincang untuk praktikkan Undang-undang Islam dan Hukum hakam yang telah 1433 tahun Allah taala perintahkan dan telah berjaya diamalkan dengan gilang gemilangnya oleh para sahabat Rasulullah dan para khalaifah Islam dan pemimpin Islam sejak zaman berzaman dahulu, walaupun dalam negara yang berbilang bangsa dan agama. Tak perlu lagi slogan negara berkebajikan atau satu Malaysia, sebab Umat Islam itu umpama satu badan dan Islam amat menitikberatkan kebajikan untuk penganutnya dan manusia seluruh alam.
    Negara kita mempunyai Raja dan Sultan yang beriman dan berdaulat, lantik seorang sultan atau raja yang layak dan adil menjadi tonggak atau Khalifah di bumi Malaysia ini, untuk memimpin kita seluruh rakyat Malaysia agar dapat mentaati Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w. Insya Allah Malaysia akan berjaya dunia dan akhirat dengan Rahmat dan Izin Allah Raja Segala Raja di Dunia dan di Akhirat.
    Sekadar Nasihat dan pandangan kearah kebaikan bersama.
    Sekian wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Ya saya setuju rakyat satu Malaysia tahu yang agama rasmi negara adalah Islam. Namun, adakah semua rakyat Malaysia tahu adakah kita sekarang ini "benar sebuah negara Islam sebenarnya"?

      Semestinya jawapannya tidak bukan. Tahniah di atas usul saudara iaitu cerdik pandai dan ulama' duduk semeja membincangkan soal Undang-undang Islam. Dalam PAS dah lama bincang soal ini dengan terhasilnya kejayaan Rang Undang-undang Islam di Terengganu dan Kelantan. Namun, tak dapat dilaksanakan kerana kekangan daripada pihak kerajaan.Ok, dengan itu PAS cuba bawa usul ini di parlimen ketika itu beberapa kali, namun direject bulat-bulat oleh majoriti anggota dewan Barisan Nasional dan Speaker dewan. Kenapa ini berlaku?

      Sebab inilah, PAS teruskan perjuangan dengan pelbagai strategi dan uslub untuk memahamkan rakyat berkenaan dengan Islam dengan terus berada dalam bidang siasah ataupun dikenali dengan politik. Saudara cakap memang la nampak mudah, macamana nak lantik raja yang beriman dan berdaulat tu nak jadi khalifah? Caranya? Solusinya? Perlembagaan dan undang-undang Malaysia sekarang ini memustahilkan ianya berlaku buat masa sekarang.

      Kalau anda nak tahu PAS juga didalam perlembagaannya secara jelas menyebut akan cita-cita ingin menegakkan khilafah islamiah, tapi kenapa PAS tak buat? Perigkat-peringkat la saudara, mulakan dengan daulah islamiah dulu, baru kepada khilafah islamiah. Daulah Islamiah pun entah ke mana, macamana nak tegakkan Khilafah Islamiah. Kalau cakap, semua orang boleh cakap. Sebab tu, Saidina Ali ra kata, "Tentera mukmin yang berperang dengan tidak menggunakan kebijaksaan (tidak tersusun), akan dikalahkan tentera kuffar yang tersusun."

      Asasnya bermula dengan kebijaksanaan dalam menegakkan khilafah, step by step. InsyaAllah, PAS dah memang rancang, namun saya yakin kalau PAS berjaya tawan Putrajaya pun, kita belum mampu untuk laksanakan sistem Islam secara total lagi, peringkat demi peringkat. Islam memerlukan kesabaran, jangan isti'jal, jangan gopoh. ^_^

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN