FOLLOW HIJABUL CREWZ

Tuesday, 22 November 2011

Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!

Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu, apakah pandangan Dato' dalam perkara ini?
Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib.

Seperti Allah Taala memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi ayat (mafhumnya), "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik". Surah Al Maidah:49

Di kalangan ulama-ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikaikan kewajipannya, adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukum Allah yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian, maka bererti mereka melawan hukum Allah. Mengendalakan hukum Allah, mempertikaikan hukum Allah adalah menentang Allah. Firman Allah (mafhumnya), "Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar". Surah At Taubah:63

Ayat-ayat yang sedemikian maksudnya, banyak berulang dalam al-Quran. Antaranya firman Allah (mafhumnya), "Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina.

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Surah Al Mujadilah, ayat 5 dan ayat 20.

Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang, tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah yang amat keras menunggu mereka. Ada kalangan ulama yang menjadi ahli politik, menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi, atau membela dan mempertahankan kedudukan, atau kepentingan-kepentingan khusus, yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang, tetapi sebenarnya menentang.

Ini kerana dalam hati mereka, mereka tidak mahu melaksanakan hukuman hudud. Sebenarnya hukum-hukum hudud tidak ada pilihan bagi kita, melainkan mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan sama-sama menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu, bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan.

5 comments:

  1. kembalikan sejarah

    ReplyDelete
  2. ALLAH, tiada tuhan melainkan Dia. sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada ALLAH?

    maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi 2 golongan terhadap kaum munafik itu, padahal ALLAH telah menjerumuskan mereka(kedalam kekufuran) disebabkan apa yg telah mereka usahakan?Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk kepada orang2 yg telah disesatkan oleh ALLAH, maka engkau tidak sekali kali akan mendapat jalan menyelamatkannya.

    mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka menjadilah kamu seperti mereka.oleh itu janganlah kamu mengambil di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan ALLAH(untuk menegakkan ISLAM).kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dimana sahaja kamu menemuinya;dan jangan sekali kali kamu mengambil di anara mereka menjadi teman rapat atau penolong.

    kecuali orang2 yang pergi kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang2 yg datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. dan jika ALLAH menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu.dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu, serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka ALLAH tidak menjadikan sesuatu jalan (yg membolehkan kamu memerangi atau menawan)mereka.

    kamu juga akan dapati golongan2 yg lain(pura2 Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya(yang masih kafir).tiap2 kali mereka diajak kepada fitnah, mereka segera terjerumus kedalamnya.oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka(daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana saja kamu menemuinya; kerena merekalah orang2 yg Kami jadikan kepada kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.(4:87-91)

    saya mohon ustaz perjelaskan ayat2 ni dengan mengaitkan golongan2 yg disebut dlm ayat ini kepada golongan2 yg ada d malaysia ini(lebih jelas lg parti politik la). kerana saya percaya ayat2 alquran ialah ayat yg menerangkan situasi2 pada sepanjang masa sejak ia diturunkan hinggalah kiamat dan juga perintah yg wajib dilaksanakan hingga kita mati atau kiamat.

    siapa yg wajib kita perangi?
    siapa yg wajib kita tawan?
    siapa yg wajib kita bunuh?
    golongan kafir yg bagaimana yg tidak boleh kita perangi?
    golongan mana yg dikatakan munafik oleh ALLAH?
    golongan mana yg berpura2 ISLAM atau menyokong ISLAM?

    soklan cepu mas:
    adakah PAS memperjuangkan perintah2 ALLAH dalam sistem sosial, sistem pendidikan, sistem kewangan, sistem perundangan dan sistem pentadbiran?
    jgn dok hingaq bab hudud saja kalau menda lain tak cukup..memang byk la org islam akan kudung atau kena rejam jika laksanakan hudud tapi sistem sosial dan sistem kewangan masih bertunjangkan kapitalisma/sekularisma/sosialisma/komunisma.

    bolehka kita laksanakan contohnya sistem islam 70% dan 30% lagi guna sistem org kapiaq?

    mohon penjelasan dari ustas haron din

    ReplyDelete
  3. tambahan: saya sokong 100% perlaksanaan hudud tapi jgn la di abaikan sistem2 yg lain dlm islam..contohnya sistem kewangan sekarang yg berteraskan riba tak kira la bank islam ka konvensional ka sama saja.beza hnya pada nama.
    sistem sosial yg mana wanita diangkat menjadi pemimpin oleh setengah2 golongan(contoh:pengetua sekolah, menteri itu dan ini)..sistem pendidikan yg memisahkan agama dari ilmu duniawi..dan byk lagi perkara yg menyimpang dari ajaran ALLAH SWT melalui Rasul-NYA, Muhammad SAw

    ReplyDelete
  4. Sistem allah itu lebih baik dari segala sistem, hanya manusia bernama takut kepada sistem allah.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN