FOLLOW HIJABUL CREWZ

Friday, 4 November 2011

Ambiga Tak Ambiga, Bantah Tetap Bantah !!!

Riuh pula nampaknya Malaysia dengan isu pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini. 
Dulu kalau di Bersih 2.0, boleh la kami sokong tapi dalam soal menyelitkan budaya-budaya songsang secara halus dalam aktiviti sepanjang program tersebut sudah dapat dihidu oleh umat Islam. Walaupun kenyataan mereka di laman web utama, mereka menafikan, kita dah dapat mengagaknya kerana program sebegini sudah pun dijalankan di serata dunia.

Ini laman web Seksualiti Merdeka 2011 :-

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini.

"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.

"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.

Nasib baik, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Tindakan pihak berkuasa kali ini disokong seratus peratus PAS.

Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi yang diciptakan Allah SWT kerana sebarang aktiviti yang bertentangan dengannya akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia. 

Walaupun PAS menarik balik keputusan untuk berdemo kerana pihak polis telah menyatakan pendirian yang tegas dalam kes ini, kami masih lagi membantah akan penganjuran program-program sebegini yang boleh menjejaskan kedaulatan Islam.

4 comments:

  1. sungguh jelas pendirian PAS. menyokong berasaskan kebaikan yg selaras dgn agama. bukan sokong kerana tubuh badan individu.

    ini pun umno bengap sangat nk faham. umno sampai hari ini tidak tau beza pejuang dan talibarut british. tak kenal parti dan kerajaan. tak kenal menyokong BERSIH 2.0 kerana memorandum yg dibawa atau sokong ambiga.

    masa anwar dlm umno, PAS tidak sokong anwar, bila dia teraniaya dan kini berjuang utk rakyat melawan penyelewengan bn, maka bersatu PAS dan PKR serta DAP.

    umno parti assobiyah, sokong saja tk kira salah atau betul, janji yg disokong dari umno dan boleh bagi habuan dunia.

    walau jelas memfitnah itu dosa besar tak terampun selagi fitnah berlegar, umno tetap sokong fitnah liwat demi assobiyah.

    ReplyDelete
  2. ~JAKA~

    Ya, saya setuju dengan komen saudara. PAS tegas dengan prinsip perjuangan menegakkan Islam. Boleh kompromi apabila terdapat titik persamaan dengan prinsip Islam, tetapi amat tegas jika ada organisasi yang membawa kepada sesuatu yang boleh menggugat kedaulatan Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. sungguh sedih dgn PAS kerana bersekongkol dengan anwar dan ambiga. anwar da komfem video seks dia pun pas masih nk bersama anwar. kata islam. kalau islam jalankan hukum hudud kt anwar dahulu.

    ReplyDelete
  4. Apa yang saudara kata ni? Baca elok-elok artikel kat atas. Pasal kes Anwar pula, masih lagi tidak dibuktikan beliau bersalah, maka beliau tidak boleh lagi dituduh.

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN