FOLLOW HIJABUL CREWZ

Wednesday, 12 October 2011

Penafian Neil Armstrong Memeluk Agama Islam

Satu dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969, satu sejarah yang tidak pernah dibayangkan manusia dicipta angkasawan berkenaan. Sembilan belas minit kemudian, Edwin Aldrin menyertai Armstrong, manakala Michael Collins mengawal pesawat induk, Columbia.Sebelum itu, pada 16 Julai 1969, jam 9.32 pagi waktu timur Amerika Syarikat (AS), ketiga-tiga angkasawan AS itu menaiki roket Saturn V dan berlepas ke angkasa lepas dari Cape Kennedy, Florida. Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!



“Itu adalah langkah kecil bagi seorang lelaki, tetapi satu loncatan jauh bagi manusia keseluruhannya,” kata Armstrong sebaik menjejakkan kaki ke permukaan bulan.

Armstrong, 79, yang pernah berkunjung ke Malaysia sempena Forum Kepemimpinan Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2007.

Sejak sejarah itu tercipta 36 tahun lalu, masih ada yang menganggap projek Apollo 11 satu penipuan. Pentadbiran Aeronautik dan Pentadbiran Kebangsaan (Nasa) AS dikatakan tidak berkeupayaan menghantar angkasawan ke bulan. Sebaliknya angkasawan berkenaan dikatakan ‘mendarat’ di atas sebuah pentas khas rahsia yang terletak 342 kilometer dari Las Vegas.

“Projek Apollo 11 adalah secara menyeluruh dan dijalankan dengan sedaya-upaya. Ia juga terlalu sukar. Malah, ia projek paling lama dan termahal. Namun, perkara yang lebih menyukarkan ialah apabila ia dikatakan satu penipuan.

“Dalam penerbangan kapal angkasa, kami tidak mempunyai pilihan, tetapi perlu berhadapan risiko sebenar. Kami percaya kami boleh menyelesaikan misi yang dianggap mustahil oleh sebahagian besar masyarakat,” kata Armstrong yang menyifatkan permukaan bulan seperti arang.

Selain itu, cerita menarik mengenai Armstrong ialah apabila beliau dikatakan sudah memeluk Islam. Ia sudah tersebar sejak 15 tahun lalu dan Armstrong dikatakan mendengar azan ketika di bulan yang mendorong beliau memeluk Islam.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.

Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.

Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.

Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.

Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.

Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.

Namun, segalanya berkemungkinan. Mungkin beliau terpaksa menyembunyikan keislaman beliau kerana desakan daripada Amerika Syarikat sendiri. Kita telah melihat bagaimana nasib yang diterima oleh Michael Jackson yang mempunyai pengaruh yang besar kepada dunia cuba menzahirkan keislamannya. Hanya sehari lagi sebelum beliau menyatakan keislamannya kepada dunia dalam konsert meganya, beliau dibunuh dengan penuh konspirasi. Nasib ini mungkin berulang kepada Neil Amstrong jika beliau benar-benar Islam dan menyatakan keislamannya kepada umum. Wallahualam.

25 comments:

  1. Islamfobia merupakan masalah besar bagi negara barat...

    ReplyDelete
  2. ~LoveHijau~

    ya, sememangnya perkara ini sangat menghantui mereka sejak peristiwa 11 september. Konspirasi yahudi boleh dikatakan berjaya dalam hal ini. MasyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Macam mana bendera Amerika tu boleh berkibar sedangkan di bulan tiada angin yang bertiup. Memang mat salleh kaki temberang, macam sukan WWE juga......

    ReplyDelete
  4. ~Anonymous [12 October 2011 14:57]~

    Perkara itu juga mengganggu fikiran saya sejak sekian lama. Hal ini telah didedahkan oleh pakar-pakar kospirasi seluruh dunia.

    Boleh disimpulkan di sini bahawa fakta ini mempunyai empat versi:

    1-Neil Amstrong pergi ke bulan, tiada apa-apa berlaku (tidak mendegar azan dan pulang dengan tidak memeluk Islam)

    2-Neil Amstrong pergi ke bulan dan mendengar azan, balik ke bumi beliau mendengar kalimah yang sama berkumandang dan memeluk Islam.

    3-Neil Amstrong tidak pernah menjejakkan kaki ke bulan. Ianya hanyalah satu penipuan oleh US dan konspirasi Yahudi bagi menunjukkan kehebatan mereka.

    4-Neil Amstrong tidak pernah menjejakkan kaki ke bulan. Ianya hanyalah satu penipuan oleh US dan konspirasi Yahudi namun ada pihak yang sengaja mencipta cerita yang Neil Amstrong telahpun memeluk Islam. Tujuannya, wallahualam.

    Yang manakah yang betul ??? ^_~

    ReplyDelete
  5. USA tipu satu dunia.UMNO tipu satu MALAYSIA

    ReplyDelete
  6. Amrika memang tak sudah2 auta. Masa tu teknologi nak terbang sampai bulan takde lagi pun. Sama macam kes 911. Konon ade orang buat panggilan dari kapal terbang guna hp, sedangkan teknologi tu takde lagi masa kejadian.

    Baca link berikut nak tahu citer. Tapi Yong tak jamin link berikut ni pun tak tipu. Hahaha.

    http://www.thespacereview.com/article/184/1
    dan
    http://www.theonion.com/articles/conspiracy-theorist-convinces-neil-armstrong-moon,2796/

    ReplyDelete
  7. ~Anonymous [12 October 2011 19:57]~

    ^_^

    ~Yong~

    Untuk pengetahuan Yong, saya sendiri pernah terbaca artikel hasil kajian pakar-pakar konspirasi yang menyatakan barat khususnya US telahpun mempunyai teknologi-teknologi canggih 60 tahun kehadapan daripada masa yang sebenar. Namun, mereka banyak merahsiakan projek-projek teknologi mereka kepada dunia malah rakyat mereka sendiri tidak mengetahuinya. Mereka mendapat pengetahuan berkenaan dengan teknologi maju ini melalui The Hidden Hand ataupun perhubungan mereka dengan alam Iblis dan Dajjal. Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Kalau pada masa tu dh berjaya sampai ke bulan, maka selepas itu hingga sekarang berpusu2 orang telah sampai ke bulan ditambah dgn teknologi yg lagi canggih pada masa ini...

    Wallahualam....

    ReplyDelete
  9. yang bertanya bagaimana bendera tu berkibar, cuba tengok betul2... bendera tu dipasang palang di atas benderanya... tiang tu berbentuk L... yang lain saya tak nak komen

    ReplyDelete
  10. rasanya elok remove animasi 'ahlan wasahlan' (yang anda letak di kiri bawah page ... agak mengganggu.

    yem

    ReplyDelete
  11. ~Anonymous [13 October 2011 11:39]~

    Ada betulnya jugak apa yang saudara katakan. Wallahualam~;)

    ~Anonymous [13 October 2011 12:31]

    Baru saya perasan yang memang semacam ada palang kat bahagian atas bendera itu. Betul.

    ~yem~

    Kenapa yem, adakah widget ini menyebabkan loading blog ini menjadi agak lembap atau bagaimana ?

    ReplyDelete
  12. saya ada membaca satu article, kata angkasawan pihak rusia, setelah kajian dibuat, mustahil kapal angkasa boleh sampai ke bulan, sebab itu rusia tak beria-ria nak hantar angkasawan ke bulan

    ReplyDelete
  13. ~mazmee~

    Samalah kita, Saya juga ada membacanya. Malah, saya membaca juga yang berlawanan dengan artikel yang mengatakan ianya adalah sesuatu yang mustahil. Ada hujahnya masing-masing.

    Ada yang kata betul, ada yang kata ianya palsu. Kedua-duanya membentangkan hujah-hujah serta bukti masing-masing. Adakah ianya satu konspirasi yang terancang atau sebaliknya?

    Wallahualam =)

    ReplyDelete
  14. Banyak gambar-gambar angkasawan di bulan, awan tiada jerebu pun tidak, namun langit gelap pekat tanpa sebutir bintang... ke mana hilang?

    ReplyDelete
  15. ~Gurutua~

    Ya, betul saudaraku. Banyak gambar, namun di situ juga menimbulkan banyak persoalan. Saya pun tak tahu bintang tu pergi mana...;-)

    ReplyDelete
  16. mana ada manusia atau makhluk yg sampai ke bulan... bohong!!! kenapa kita di beri akal, tak nak berfikir dgn akal yg waras, bila omputeh@ barat wat cerita manusia sampai ke bulan, semua percaya, sudah la tu, bangun dr tidur..jangan kita jadi bangsa yang senang2 di bodohkan oleh orang2 barat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bohong atau tidak tiada siap dapat mensahihkannya. Terpulang kepada akal kita yang rasional dan waras memikirkannya. Wallahualam.

      Delete
  17. samy vellu kata kita boleh g matahari lah. relek jek. hehehe. setakat bulan.... pangkah bulan je lah. roket pun dah ada skg. jgn dok timbang2 lagi. dacing dah senget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Mendalam maksudnya tu. ;D

      Delete
  18. Yup, orang barat selalu menipu...
    Menipu nak menunjukkan bahawa US ialah sebuah negara yang hebat...
    Dalam movies, kebanyakannya nak tunjuk US tu hero, yang lain semuanya pemberontak/penjenayah/penjahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tepat sekali. Setuju.

      Delete
    2. semuanyer auta je.......sepatutnyer zaman sekarang dah boleh ulang alik gi ke bulan.....

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN

Widget