FOLLOW HIJABUL CREWZ

Friday, 21 October 2011

PANAS - Kerajaan Akan Haramkan Tudung di IPTA/IPTS Termasuk Sekolah

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Adakah ini realiti atau fantasi ?
Gambar hanyalah hiasan
Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah : -


1. TUDUNG SAJI.
2. TUDUNG PERIUK.
3. TUDUNG TERMOS.
4. TUDUNG CAT.

5. TUDUNG BOTOL.


Dan berbagai-bagai lagi jenis TUDUNG yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian. Hehehe, anda semua sudah terkena. Jangan marah ye. Sekali-sekali kita bersantai apa salahnya. :D


~PeaCE~

18 comments:

  1. taik kentot mu deeee

    ReplyDelete
  2. cilakak punya kerajaan prancis

    ReplyDelete
  3. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31)

    wallahualam.

    semoga penulisan anda di redhai oleh Allah.

    ^^

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum, salam perkenalan, lawak santai saudara ada maknanya. Jazakallah. Beringat sebelum kena, cegah sebelum parah. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari berubat.

    Kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.
    wassalam.

    ReplyDelete
  5. ~anonymous & ajib~

    huuurmm...^_-

    ~naim~

    Amiieen. InsyaAllah, saudaraku. Terima ksih atas peringatan di atas. Semoga menjadi pedoman dan peringatan bagi orang-orang yang mahu berfikir.

    ReplyDelete
  6. ~Anaknda Bertuah~

    Wa'alaikumusalam. Syukran. Betul, saya juga menyokong kenyataan saudara. Tinggi benar mutiara ilmu saudara, semoga ianya bermanfaat dan menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. Barakallahufik.

    ReplyDelete
  7. hahaha.. lawak2, tudung2 tu simpan kat umah je la bro..

    ReplyDelete
  8. Hmmmmm....manarik..tudung periuk pun laku sekarang..pantang dijemuran pasti hilang..ada rega tau

    ReplyDelete
  9. ~bukit gantang, Hani~

    Hehehe, terkena sudaaa..;)

    ~armouris~

    Haaa, yang nie..saya yang kena. Hehehe

    ReplyDelete
  10. kuang hasam heheheh

    ReplyDelete
  11. tajuk post memang membuat diriku ke sini...kakaka

    ReplyDelete
  12. Memang tak bertudung betul la post ni.. ;)

    ReplyDelete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN