FOLLOW HIJABUL CREWZ

Thursday, 20 October 2011

Kisah Benar : Jika Melayu Yang Memusnahkan Negara, Ditangan Melayu Juga Ianya Akan Bangkit

Itulah kenyataan yang jujur daripada seorang cina yang cintakan negaranya dan mengetahui akan hak dan keistimewaan kaum Melayu. Namun UMNO dan Barisan Nasional ingin menyekat kefahaman ini daripada tersebar ke segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Mereka lebih suka menimbulkan polemik dan huru-hara lantas menaguk di air yang keruh. 

Walaupun sudah beberapa bulan rentetan peristiwa paling bersejarah tanah air kita berlalu, namun kisah-kisah yang terpahat disebalik memori Bersih 2.0 masih lagi terbuai di benak fikiran kita. Ayuh ikuti sorotan kisah ini :-

Pada 9 Julai 2011, saya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0. Saya dibasahi hujan, dua hari keletihan dan saya merehatkan diri selama dua hari, sekarang barulah ada mood untuk mencatatkan perasaan saya. 

Ramai warga internet telah menulis kisah 709 masing-masing, maka saya cuma nak mencatatkan adegan-adegan yang memahat hati sahaja.

1. Saya berkenalan dengan kawan Melayu baru. Seorang ahli PAS yang berpengalaman dalam demonstrasi sebelumnya memegang tangan saya, "Terima kasih kerana sokongan kamu (orang Cina)". Saya menjawab, "Ini usaha yang saya patut lakukan. Ini negara saya juga."
(Rupa-rupanya dari pandangan mereka, orang Cina hanya mengaut keuntungan dan mengutamakan keuntungan sahaja. Jadi mereka amat gembira apabila ternampak dua tiga wajah orang Cina.)

2. Seorang uncle Cina membawa isterinya dan dua orang anak yang usianya kira-kira 20 tahun. Tinggi, kurus dan kelihatan lemah. Beliau memesan anaknya, "Cepat, cepat ikut mereka (kelompok orang). Apa takut? Bukan suruh kita pergi mati pun? Jangan takut, kita bukan orang besar. Sekarang bilangan orang yang diperlukan (perhimpunan), kita mesti sokong!"
(Kebanyakan ibu bapa akan memarahi anak mereka, agar tidak terlibat dalam perhimpunan. Mengapa pula keluarga ini "terbalik" keadaannya?)

3. Seorang Melayu yang agak lanjut usianya berkata kepada beberapa orang pemuda Cina,"Kita mahu tunjuk perasaan , bukan kemarahan."
(EQ pemuda Melayu lebih tinggi daripada orang Cina kali ini, memang cukup kelayakannya untuk berkata sedemikian.)

4. Sepasang suami isteri membawa dua orang anak, yang usianya kira-kira 8 hingga 10 tahun, mengambil makanan ringan di atas tangga. Hati saya berfikir, "Berkelah ke?" Wanita Melayu itu menatap saya, seolah-olah memahami apa yang bermain dalam fikiran saya. Maka beliau senyum dan berkata, "Kami nak mereka tahu, dari kecil lagi, malah belajar bagaimana memperjuangkan demokrasi."
(Lantas saya mengangguk-angguk kepala saya, agak malu dengan diri saya yang memandang rendah orang tadi.)

5. Sepasang suami isteri Melayu yang lanjut usianya, mengeluarkan topeng yang kelihatan seolah-olah alat mainan dari beg plastiknya, dengan tangan yang bergetar. Mereka dengan ghairah berkata kepada saya, "Kami ada buat persediaan, kamu ada?"
(Hati saya berfikir, memang kamu perlukannya, sebab kamu tak dapat lari dengan cepat!)

6. Sepasang suami isteri Cina yang muda, bukan sahaja turun ke jalan raya, malah membawa kereta bayinya.Mereka memakai baju hujan semasa air hujan mencurah dari langit. Malah, kereta bayinya sudah disediakan dengan kain kalis air. Dengan cepat saya menutup kereta bayinya, kemudian bersama dibasahi hujan di situ.
(Bayi pun turut serta dalam perhimpunan, comel juga bayi tu!)

(Selepas saya balik, saya menceritakan kisah ini kepada jiran saya. Makcik-makcik itu mencelah, "Aiyoh, buat apa pergi demo? Apa kena-mengena dengan kita? Memang tak ada otak langsung. Bawa bayi pulak? Mengapa tidak kamu marahnya?" Saya berbisik dalam hati, "Aunty, saya terasa nak marah kamu...")


7. Seorang Mat Salleh nampak saya mengejar untuk merakamkan gambar bagaimana FRU menyuraikan orang ramai. Beliau berlari mengikut saya, malah berulang-kali berkata kepada saya, "You must put it in the media."
(Brother, kamu terlebih memandang tinggi teknik sayalah. Saya bukannya pro (profesional) sangat...)

8. Kawan Melayu saya memberitahu saya, dirinya mempunyai pengalaman yang banyak untuk berdemonstrasi - bagaimana beliau tidak gentar dengan kuasa, bagaimana bertahan sehingga akhir, malah beliau berjanji untuk menjaga saya.Ketika gas pemedih mata ditembak untuk pusingan pertama, beliau menarik saya dan berlari. Dalam hati saya tertanya-tanya, "Bukankah kamu kata nak bertahan sampai ke akhir?"

Selepas kami keluar dari kelompok manusia, beliau menunjuk ke satu arah, "Kamu jalan dari sini. Tunggu kami di Stadium Merdeka. Kami akan berjumpa kamu di sana. Hubungi kawan yang lain. Bilangan yang menyertai perhimpunan dah mencukupi sekarang. Saya percaya polis akan lebihkan serangannya. Kamu tak boleh singgah di sini."

Saya bertanya, "Macam mana kamu pula?" Dia jawab, "Saya nak ke baris depan, bersama kawan saya." Seterusnya, beliau memaling dan melangkah menuju ke kepulan asap gas pemedih...

Akhirnya, saya berhimpun dengan kawan saya di tempat yang berhampiran dengan stadium, dan menyertai perarakan terakhir yang menuju ke Stadium Merdeka. Polis mengejar dan menangkap. Saya tidak lagi menemui kawan Melayu saya itu lagi. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa beliau telah ditangkap, bagaimanapun dibebaskan juga akhirnya.

Nota akhir:

Saya membaca pengalaman ramai peserta, termasuk cerita Aunty Anne yang membuatkan saya terharu. Tetapi saya tidak menitiskan air mata, sehingga saya terbaca catatan seorang warga internet,

"Adegan yang paling memahat ingatan saya sepanjang perhimpunan itu adalah, ketika kami sekumpulan orang melarikan diri dari tangkapan polis melalui pagar di belakang Hospital Tung Shin, orang Melayu menendang pagar itu dengan kakinya, dan berkata 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita jalan nanti'. Kata-kata ini terus menusuk hati saya, saya amat kagum! Kini barulah saya menghayati apa makna sebenarnya 'saling menolong tanpa mengira kaum dan budaya dalam Satu Malaysia', dan bukannya '1 Bumi, 1 Malaysia' yang didukung Barisan Nasional'. "

Tiba-tiba saya sebak. Saya tahu apa yang dikatakannya adalah kisah benar, ini kerana kawan Melayu saya juga menjaga saya. Lebih-lebih lagi, kawan saya dalam Facebook rata-ratanya menceritakan pengalaman bagaimana sahabat Melayu menjaga orang Cina kali ini.Mungkin mereka menganggap orang Cina jarang menyertai perhimpunan, tiada pengalaman.

Mengapa saya tersentuh dengan hal yang remeh sebegini? Kerana saya amat memahami, orang Cina adalah kaum minoriti di Malaysia.Seandainya minda perkauman ini tidak dipecahkan, orang Cina akan tetap ditindas dan tidak dilayan dengan adil. Namun, kerajaan kita bersikap perkauman, ditambah pula PERKASA yang melaga-lagakan, hal ini sukar diselesaikan!

Perhimpunan ini melakar gambaran masa depan untuk saya, malah mengubah persepsi saya terhadap kaum Melayu secara menyeluruh. Seandainya dikatakan negara ini musnah kerana politikus dari kaum ini, maka negara ini juga akan bangkit kerana kaum ini! Saya masih menaruh harapan dan keyakinan terhadap kaum ini dan negara ini.

Kawan-kawan Cina saya, perhimpunan aman tidak menakutkan. Jom turun untuk sokong lain kali! -MR

29 comments:

  1. bodoh!!! mmg ko melayu xsedar diri, ingat cina2 ni nk berbaik ngan ko ke setelah diorg dpt kuasa, pergi mampuslah...sejarah dah terbukti!!!...buat blog nk dekatkan diri dgn Allah tp menghina org, keji org...yg ko keji ni pn org Islam berlainan politik tp ko hina mereka ni mcm jahat lbh dari kapir....sikit2 ckp perkauman, ko xsedar ke yg cina di malaysia ni menuntut mcm2?nk sekolah cinalah,nk bahasa mandarinlah..bl kita borak ngan diorg, ade diorg ckp bahasa Melayu?ade?sendiri mau ingatlah...org buat blog ni nk satupadukan org melayu islam tp ko nk jurangkan persaudaraan ni...ni Islam yg ajar, basic ni pn ko xtau mcmane ko nk kata ko lbh alim dari yg lain..jgn nanti ko diuji Allah baru ko tau...sejahat2 umno pn org islam, tp lebh mulia diperintah oleh merka yg kapir...ingat!!!bukan aku yg ckp tp Allah...jgn ingat diri saja yg cukup ilmu Islam, jgn takbur!!! kan bgs kalau ko suruh org melayu Pas & Umno bersatu, nanti bangsa Islam melayu jgk yg kuat...sedarlah, xpayah ko nk membodek bangsa lain, bertegas & menuruti ade tempatnyer ok!!! ingatlah kalau ko kuat iman dlm diri ko xkan sesekali mintak bangsa lain kapir yg memerintah negara ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha.lawak lah.altantunya bunuh diri yer?hahahahahahaha

      Delete
    2. Lu ade bukti ke Altantuya bunoh diri atau ape ke?

      Delete
  2. Naudzubillah..
    Islam jenis apa yg berckpd dgn kebencian yg mcm ini..
    Munkar Nangkir x tya pun soal apa bangsa kamu tp soal apakah yg kamu lakukan dgn Undangan Rasulullah s.a.w utk mengejar syurga Allah..
    Memang Islam suruh manusia bersatu krn semua org Islam itu Bersaudara ttp bagaimana mahu bersatu dgn Islam Yg Fajir,Islam yg Assin,Mujrin,Islam yg Fasiq dan Islam yg Munafiq yg selalu menahan sesama Islam yg ingin ke jalan Allah..
    Allah xkan izinkan org2 yg punya kesedaran dan Iman utk bersatu dgn org2 spt itu..
    Lisan kamu mengaku kamu beriman ttp kamu tidak menyebarkan kebaikan kpd umat manusia sedangkan Rasulullah s.a.w itu diutuskan oleh Allah kpd seluruh umat manusia..Apabila kamu kembali kpd Syaitan yg berada dlm Qalbu kamu itu,kamu kembali Kufur..Kamu keluar rumah dgn kemarahan Allah dan pulang kerumah masih juga dlm kemurkaan Allah s.w.t..
    Kamu mengaku kamu itu Umatnya ttp Akhlak Rasulullah s.a.w tidak mahu kamu ikuti..
    Cina tidak pilih Utk lahir kedunia sebagai Cina dan Kamu beroleh nikmat Lahir sebagai Islam ttp kamu Kufur dgn Nikmat itu dgn kesombongan kamu dgn bangsa2 lain..Semua bayi adalah Mukmin wlw dari perut manapun dia keluar,ibubapalah yg menjadikan mereka itu Yahudi ataupun Nasara..
    Apakah yg kamu perbuat dgn kata2 Allah ini?
    Sedangkan kamu diperintahkan utk menyebarkan keindahan Islam itu kpd semua org supaya kamu tidak ditanya oleh Allah tentang apa yg kamu perbuat dgn Nikmat Islam yg Allah s.w.t beri itu..
    Melayu bukan bangsa tunggal di Malaysia ini ttp kamu merasa kamu begitu suprime dantara semua org..
    Carilah bumi lain jika kamu tidak Redha dgn kejadian Allah yg menjadikan manusia itu berbilang bangsa supaya kamu kenal mengenal..
    Itu Hikmah Allah jadikan kita berbilang bangsa,supaya kamu dpt melaksanakan perintah Allah utk berdakwah krn kamu diutus kedunia sebagai Khalifah..
    Keluarlah dari kekufuran semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa2 kamu..

    ReplyDelete
  3. ko ni buat malu orang melayu la..bodoh..

    ReplyDelete
  4. ~Anonymous [20 October 2011 10:49[~

    MasyaAllah, walau saudara tidak sependapat dengan saya, gunalah bahasa yang baik ketika komen. Ternyata anda tidak faham akan konsep tahaluf siasi yang dijalankan PAS dengan PKR dan DAP. Jika anda faham, sebenarnya dalam gabungan ini, ianya banyak menguntungkan PAS dan Islam itu sendiri. Buka mata hati anda, lihatlah dunia dalam segenap dimensi.

    Saya boleh nak ceritakan, namun panjang sangat. Anda boleh baca buku-bulu karangan pimpinan PAS berkenaan dengan politik Islam sekarang yang diambil oleh PAS. Ternyata, semuanya berdasarkan sirah nabawiyah, dalil atau nas, dan hujah yang kuat dan tersendiri.;)

    ReplyDelete
  5. ~Anonymous [20 October 2011 11:40]~

    Syukran atas pencerahan. Komen yang berguna dan baik daripada saudara.=)

    ~Anonymous [23 October 2011 00:23]~

    Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.

    ReplyDelete
  6. cuba sekali sekala bagi parti politik lain (pembangkan) plak memerintah.. 20 tahun lagi pun akan jadi macam Barisan Nasional memerintah juga.. korupsi, pecah belah.. jaga geng sendiri, alih2 rakyat juga jadi mangsa.. confirmlah.. nama nya politik.. takkan jujur punya.. selagi tak ada pemimpin yang fisabillillah kecuali Tuan Guru Nik Aziz.. Kalau si Anuar tu la.. tak yakin aku.. Nik Aziz Aku percaya.. Takbir... Allah huakbar.. Pilihanraya ni jom pangkah Parti Islam Semalaysia.. Bukan PKR.. Bukan Umno.. Bukan parti bangsa tetapi parti Islam... Sekarang aku percaya kata-kata tok guru.. esok dah mati Tuhan tak tanya apa bangsa kamu.. tapi dia tanya apa AGAMA kamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Tuhan je saudara memberikan komentar. Hati-hati dengan tulisan saudara. Semuanya adalah atas pengetahuan Allah swt. Ingat dalam akidah ahli sunnah wal jamaah, kita berusaha sedaya upaya pun (tu pun atas izin Allah), Allah la yang menentukan segalanya. Apa yang penting kita sebagai hamba-Nya bersama-sama menyokong perjuangan jemaah Islam, PAS.

      Delete
  7. sepanjang penglaman aku, cine ni baik bile bersebab jer....
    kalau seorang cina duduk dengan 10 orang melayu, comform cina ni hidup..
    tapi, kalau sorang melayu hidup dengan 10 orang cina, jawapannye, pegi mati la kau kalau kau tak kasi untung sama wa...
    tak tau la cina tmpat korang baik pulak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu!aku setuju!itu yg deme nak!

      Delete
    2. Ingat saudara-saudara. Memang tidak dinafikan ianya berlaku. Namun,bukan semua Cina ini berperilaku sedemikian. Sama la dengan orang melayu atau mana-mana bangsa kat dunia. Tiada kah bangsa melayu yang khianat, pecah amanah, zalim? Dan adakah tiada juga bangsa melayu yang baik, adil serta amanah? Ada otak sendiri mau fikir.

      Delete
    3. setuju dengan MAEL....

      Delete
  8. Yg baik itu dtgnya dari Allah dan yg buruk itu hakikatnya jua dtg dari Allah utk menzahirkan betapa lemahnya kita sebagai hamba..

    ReplyDelete
  9. UMNO dan BN dah buat lama doh pasal persaudaraan dengan cina dan lain2 bangsa,, tp apa kate Hj Hadi,,, haram,,sampaikan berpecah puak melayu di kampung2,,, kerana apa,,? kerana die kate Umno kwn ngan puak kafir,, tp kenapa sekarang boleh,,,? kemudian canang kat org ramai yang parti Islam ni tak pilih kaum.. plok doh,,, mengarut je lebihhh,, semua org doh tau,, tak payah berpura2,,,,salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana la konsep persaudaraan yang UMNO/BN buat ya? Adkah dengan "persaudaraan" itu kita mengikut telunjuk mereka atau mereka dapat mengenal keizzahan dan keadilan Islam? Satu persoalan, tapi komfem takder jawapan. ;)

      PAS tidak pernah "bersaudara" dengan mereka. PAS "bekerjasama" dengan mereka atas dasar dakwah serta politik semata-mata. Tak pernah PAS mnegikut telunjuk mereka denga menukar prinsip perjuangan. Strategi serta helah boleh diubah, prinsip? NO !!!

      -PeaCe-

      Delete
  10. satuju kalau melayu yang hancurkan negara dan ditangan melayu jugak ia akan bangkit..mmg melayu akan jatuh kalau kerjanya nak demontrasi je mcm puak2 kat atas ni..puak ini lah yg menjatuhkan melayu menjerumuskan lg islam lebih jaoh..mengagungkan hak2 demokrasi yg yang x mengenal agama..tp yang pasti bukan bukan puak2 inilah yg akan membangkitkan kembali agama dan bangsa...salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Demokrasi jika dipergunakan dengan sebaik-baiknya berpandukan Al Quran & Sunnah, insyaAllah saat kemenangan Islam akan tiba jua. Bila? Wallahualam. Ini hanyalah wasilah sementara ya, ingat. Apa yang penting, kita bersama menyokong orang nak buat baik, bangkang orang nak buat jahat. Tak gitu? ^^

      Delete
  11. berdasarkan kpd apa yg saudara tulis saya cuma dapat rumuskan yg walau apa pon jgnlah terlalu mempercayai sgt org cina ni.Tgk saja apa dah jd dgn singapura? bkn saya bersikap perkauman malahan saya sendiri berkawan dgn org cina dan sering berurusan dgn mereka tp lihat kembali kpd sejarah perang uhud dimana ketika 200 org pasukan yahudi madinah menawarkan pertolongan tetapi ditolak oleh Rasulullah atas alasn mereka belum memeluk islam.Apa pun kita haruslah ada rasa syak was sangka dgn mereka yg bkan islam ini tetapi bukanlah harus kita memusuhi mereka kerana dlm islam kita digalakkan berbaik2 dgn org bkn islam tetapi haruslah dgn berhati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syak wasangka buruk itu HARAM. Berhati-hati dengan orang kafir itu WAJIB demi kemaslahatan dan kedaulatan Islam. Baik saudara fahami betul-betul perbezaannya tersebut. InsyaAllah...

      Delete
    2. Sejarah telah membukti kan bahawa berhati hati adalah jalan yang baik..

      Delete
  12. semoga saja mereka TAHU BENAR apa perjuangan mereka..bukan hanya pi berkumpul, jerit sana, jerit sini..dan semoga pemerintah akan mendengarkan suara hati dan hasrat mereka..mereka..mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, tahu dan faham lagi. ^_^

      Delete
  13. Kisah sebenar dalang di sebalik hasutan untuk memulakan BUDAYA huru-hara...di negara Malaysia.

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/08/greetings-to-all-i-hope-to-share-with.html

    ReplyDelete
  14. kita orang islam tak mahu bersatu atas nama islam..cakar sana dan cakar sini...dengan orang kafir boleh pulak berbuak baik...fikir2 lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bukanlah baik sangat sampai menggadaikan prinsip perjuangan. Fahami ini:-

      "Kita bersetuju untuk tidak bersetuju."

      Itulah konsep politik sekarang, namun kena pastikanlah prinsip Islam tidak boleh dikompromi serta prinsip kesejagatan dan keadilan bersama itu sama-sama junjung.

      Delete

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen di bawah. InsyaAllah, jika ada sebarang persoalan dan perbincangan yang diutarakan, saya cuba jawab. InsyaAllah. Penggunaan "Anonymous" tidak digalakkan. Terima kasih. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL POPULAR SEPANJANG ZAMAN

ARTIKEL POPULAR BULANAN

ARTIKEL POPULAR MINGGUAN